Anak adalah anugerah yang tidak ternilai buat setiap pasangan. Bagi ibubapa yang baru pertama kali menerima kelahiran cahaya mata, sudah tentu anda ingin membeli bermacam barangan terutama sekali katil bayi. Kebanyakan katil bayi di pasaran berkualiti tinggi serta harga yang agak mahal. Kegunaan utama baby cot atau katil bayi ini adalah untuk memudahkan anda menyelesaikan kerja yang tertangguh semasa si kecil sedang tidur.

Jika bayi anda sudah mencecah umur 1 bulan keatas, ia akan mula melakukan pergerakan kecil seperti memusingkan badan ke kiri dan ke kanan serta cuba untuk bergerak dengan menggolekkan badan. Ini sangat bahaya untuk si kecil jika tiada pengawasan dari ibubapa kerana anak anda masih belum dapat mengawal sel-sel otot pergerakan dan mungkin akan menyebabkan si kecil terjatuh daripada katil.

Disinilah kepentingan katil bayi untuk si kecil. Ingin tahu info mengenai jenis katil bayi di pasaran? Ikuti list berikut :

1. IKEA Sniglar Baby Cot

Katil bayi simple dari IKEA
Harga mulai RM269.00
Ikea RM269.00

Barang kelengkapan seisi rumah dari Ikea ini memperkenalkan produk berkualiti tinggi untuk si kecil iaitu katil bayi yang diuji terjamin keselamatan anak anda. Katil bayi ini yang boleh dilaraskan mengikut dua aras berbeza serta dasarnya mempunyai ruang peredaran udara yang baik dapat menambahkan keselesaan anak anda semasa tidur.

Dengan menggunakan kayu beech padu, ketahanan katil ini sesuai untuk anak anda yang baru dilahirkan sehingga usia 3 tahun. Selamat mencuba.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. ROYALCOT R108 White Baby Cot

Katil bayi beroda yang dijamin selamat untuk si kecil
Harga mulai RM299.00
Motherhood Malaysia RM299.00

Katil bayi daripada Royalcot ini diperbuat daripada kayu getah dengan menggunakan cat tanpa toksik, dijamin selamat untuk kegunaan si kecil yang baru hendak tumbuh gigi dan suka menggigit. Katil bayi ini boleh dilaraskan mengikut kelesaaan peringkat tumbesaran si kecil dengan base katil daripada solid wood. Anak anda akan berasa selesa untuk berbaring di atas katil.

Sangat mudah untuk dipasang tanpa menggunakan perkakasan khas serta dibersihkan jika terkena kotoran dan tahan calar. Jika si kecil masih menyusu badan, cantumkan katil bayi ini dengan katil anda untuk memudahkan semasa penyusuan di waktu malam.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. CASA Cradle Baby Cot Wooden Rocking (Natural)

Katil bayi murah - rocking bed
Harga mulai RM162.00
Shopee Malaysia RM162.00

Katil bayi multifungsi ini didatangi dengan base katil yang diperbuat daripada kayu semulajadi berkualiti tinggi serta boleh juga digunakan sebagai rocking bed. Rel tempat tidur yang boleh dilaraskan ke aras tertentu mengikut perkembangan si kecil, usah risau akan keselamatan bayi anda yang sudah mula bergerak dengan sendiri.

Dilengkapi dengan sistem multifungsi dan beroda, ianya juga boleh ditukarkan menjadi meja setelah anak anda meningkat umur dan tidak perlu menggunakan katil bayi ini lagi. Tidak merugikan!

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. MAMAKIDDIES Large Infant Portable Baby Travel Cot

Katil bayi portable dan mudah untuk dibawa kemana saja
Harga mulai RM236.60
Shopee Malaysia RM236.60

Katil bayi 7-dalam-1 ini adalah pilihan ibubapa yang inginkan katil jenis portable dan mudah dibawa untuk perjalanan jauh. Diperbuat daripada 100% polyester, ianya mudah untuk dilipat dan disimpan di ruangan yang sempit. Poket juga disediakan untuk kegunaan menyimpan barangan bayi seperti botol susu, diapers, kain lampin dan pelbagai lagi barangan keperluan.

Dilengkapi dengan bassinet yang boleh ditanggalkan serta kanopi, anda juga boleh menggunakan katil ini sebagai tempat menukar diapers si kecil. Sangat mudah untuk dibawa semasa perjalanan jauh kerana bentuknya yang portable.

5. XL Twins Baby Cot Full Set 7 Set Bedding 117 x 110cm

Katil terbaik untuk bayi kembar
Harga mulai RM590.00
Lelong RM590.00

Buat ibubapa yang mempunyai bayi kembar, pasti segala barangan haruslah datang dalam ‘double’ set kerana ingin bayi kembar anda tampak seragam. Katil bayi juga boleh dibeli secara berasingan tetapi kos perbelanjaan juga akan menjadi ‘double’. Katil ini sesuai untuk bayi kembar anda yang baru dilahirkan sehingga berumur 3 tahun.

Saiz XL katil mampu menampung berat dan ketinggian bayi kembar anda yang semakin membesar. Pembahagi tengah katil juga boleh dibuka dan ditanggalkan untuk menambah keluasan katil. Jadi anak anda dapat bergerak dengan bebas tanpa sekatan.

6. Fixed Baby Cot

Katil yang sesuai untuk bayi perempuan
Harga mulai RM249.00
Shopee Malaysia RM249.00

Katil ini yang diperbuat daripada kayu pine dan sesuai untuk bayi perempuan baru dilahirkan sehingga mencecah umur 3 tahun. Untuk bayi yang masih menyusu, turunkan railing dan dekatkan katil bayi ini dengan katil anda bagi menyenangkan susuan si kecil.

Ianya dijamin selamat dan dilengkapi dengan rel yang dapat menahan bayi anda dari menggigit kayu katil ini. Set katil bayi ini juga didatangi dengan tilam kalis air untuk menghalang air kencing anak anda tembus sehingga ke bahagian dalam. Disertakan dengan kelambu yang kelihatan seperti kain langsir ala-ala princess, sesuai untuk bayi perempuan.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. Baby Safety Bed Rails / Bed Guard / Bed Fence

Pagar keselamatan untuk katil bayi
Harga mulai RM59.00
Shopee Malaysia RM59.00

Bagi sesetengah ibubapa, katil bayi adalah satu keperluan yang kurang penting untuk bayi kerana faktor tumbesaran dan ketinggian akan menyebabkan penggunaan sementara saja. Kini, anda boleh membeli pagar katil yang terbaik buat bayi anda yang dapat menjaga keselamatan si kecil bergerak tanpa pengawasan.

Pagar katil ini boleh dilaraskan mengikut kesesuaian anda dan butang untuk menurunkan pagar tidak akan terlihat bagi mengelakkan si kecil menekan butang tersebut dengan sendirinya. Risiko si kecil terhantuk pada pagar ini akan berkurangan kerana ianya dibalut menggunakan kain kanvas serta mudah untuk dibersihkan jika terkena kotoran.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Tentang Aishamza

An inspired novelist dream to explore the world of creative writing.

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!