Keibubapaan

Bawa Si Kecil Kemana Sahaja Dengan 10 Stroller ‘Lightweight’ Ini

Stroller ringan direka untuk kemudaha kerana cirinya yang ringan, mudah dilipat serta padat & kompak. Ini senarai stroller lightweight terbaik di Malaysia.


Editor · 12 Mar 2020, 4:55pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Bawa Si Kecil Kemana Sahaja Dengan 10 Stroller ‘Lightweight’ Ini

Jika anda mempunyai bayi dan ingin keluar rumah untuk melakukan aktiviti harian, stroller bayi pastinya salah satu alatan yang banyak memudahkan urusan anda. Ia didatangi dengan pelbagai jenis dan ramai ibubapa yang keliru untuk memilihnya. Di antara jenis stroller yang ada di pasaran ialah lightweight stroller atau stroller bayi yang ringan. 

Stroller jenis ini direka untuk kemudahan perjalanan kerana ciri-cirinya yang ringan daripada stroller biasa, mudah dilipat serta padat dan kompak untuk disimpan. 

Kandungan

Berapa ringankah berat stroller "lightweight"?

Stroller lightweight yang berada di pasaran kini mempunyai berat seringan 4.5kg hingga 9kg. Ini memudahkan ia dibawa kemana-mana dan tidak memerlukan ruang yang besar untuk simpanan. Jika anda gemar travelling, stroller jenis ini sudah tentu menjadi pilihan anda. Ada banyak stroller ringan yang boleh didapati masa kini. 

Ayuh lihat senarai stroller bayi ringan untuk panduan anda sebelum membelinya;

10 Stroller Bayi Ringan Pilihan Ibubapa Moden di Malaysia

Stroller bayi murah dan berkualiti tinggi setanding yang mahal 1 daripada 10
Little G Lightweight Foldable Seat Baby Stroller (LG003)
Partnership with Little G
Dari RM89
Lihat harga di Shopee Malaysia

Harga yang kurang daripada RM100, stroller Litlle G model LG003 ini hanyalah seberat 4.6kg sahaja tanpa sebarang muatan. Ia mempunyai tempat duduk yang luas dan berkusyen untuk mencapai keselesaan maksimum. 

Dijamin selamat dan kuat untuk menampung berat sehingga 20kg. Didatangi dengan pilihan warna seperti biru, hitam dan ungu, ianya berbaloi untuk dimiliki.

Stroller untuk anak 6 tahun dan ke bawah 2 daripada 10
Anakku Magic Stroller Backrest & Easy Folding
Partnership with
Dari RM140
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Anak yang berumur 6 tahun ke atas mungkin tidak gemar duduk di dalam stroller dalam jangkamasa yang lama. Namun, bagi ibubapa yang merancang untuk bersiar-siar dan berjalan-jalan di kawasan yang besar dalam masa yang lama, stroller ringan untuk anak pasti membantu dalam memudahkan urusan. 

Stroller 4 tayar dari Anakku ini dilengkapi dengan backrest yang senang dilipat dan dibawa kemana-mana. Ia juga amat kuat dan boleh digunakan untuk anak-anak dalam lingkungan umur 6 tahun ke bawah. 

Stroller bayi yang simple – beri keselesaan maksimum 3 daripada 10
LOUIS Ultra Lightweight Foldable Portable Magic Stroller
Partnership with
Dari RM599
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Mudah untuk digunakan, ringan dan stabil, stroller Louis ini sangat bagus untuk ibubapa moden yang tidak gemar stroller biasa dengan saiz lebih besar. Rekaannya simple, mempunyai two-way facing iaitu berhadapan ibubapa atau pun melihat ke hadapan, anda boleh memilih posisi yang membuat anak dan anda selesa. 

Stroller ini juga mempunyai 4 roda diperbuat daripada getah sintetik untuk kestabilan dan kekuatan yang maksimum. 

Stroller untuk si kecil yang menarik - tampung keberatan sehingga 20kg 4 daripada 10
Jollygear Paris Series Ultralight Foldable Baby Stroller
Partnership with
Dari RM97.02
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Stroller bayi Jollygear ini direka untuk mobiliti dengan hanya seberat 4.7kg. Ia dilengkapi dengan roda untuk semua permukaan dan spring suspension yang memudahkan perjalanan yang lancar pada setiap permukaan. 

Stroller baby ini sangat memudahkan pelbagai urusan dan semasa menyimpannya, anda boleh melipat dan sandarkan sahaja pada dinding. Tidak memerlukan ruangan yang luas untuk menyimpan stroller ini.

Stroller ringan untuk bayi kembar dengan rekaan minimalis 5 daripada 10
HoXiLe Lightweight Twin Stroller
Partnership with
Dari RM249
Lihat harga di Shopee Malaysia

Sesuai untuk bayi berumur 9 bulan ke atas, stroller ringan Hoxile ini hanyalah seberat 7kg dan mampu menampung berat sehingga 35kg. Ia mempunyai rakabentuk yang simple dan senang untuk digunakan serta menjimatkan ruang penyimpanan. 

Ianya mempunyai 12 tayar secara keseluruhan yang membantu memberi kestabilan pada stroller ini. Si kecil pasti akan berasa lebih selesa dengan stroller jenis ini. 

Stroller bayi baru lahir – lindungi si kecil dari sinaran UV 6 daripada 10
Prego One Hand Fold Stroller for Newborn
Partnership with Prego
Dari RM299
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Stroller Prego ini hanyalah 5.3kg dan direka khas untuk kemudahan ibu-ibu yang tidak boleh mengangkat stroller terlalu berat. Ianya boleh digunakan untuk bayi baru lahir sehingga anak berumur 4 tahun. Posisi kerusinya boleh diubah dari 170˚ untuk bayi baring dan tidur lena hinggalah posisi duduk sehingga  80˚. Ia juga didatangi dengan kanopi yang melindungi bayi dari UV dan boleh dibuka ketika berada di dalam bangunan. 

Stroller untuk si kecil yang menjangkau keberatan hingga 40kg 7 daripada 10
WOW High View Detachable Bassinet Anti-Shock Baby Stroller
Partnership with
Dari RM313.43
Lihat harga di Shopee Malaysia

Buat ibubapa yang mempunyai anak berat sehingga 40kg, mungkin sukar untuk mendapatkan stroller yang sesuai dan ringan di pasaran. Stroller WOW ini diperbuat dengan rangka besi yang berkualiti tinggi dan kuat serta mempunyai sistem kusyen dan spring untuk menyerap gegaran. 

Dilengkapi dengan sistem brek yang baik, ianya mudah diberhentikan. Alas kusyennya juga boleh dibuka untuk dicuci. Stroller ini boleh menampung berat muatan sehingga 70kg.

Stroller baby 2-in-1 jenis stainless steel – tahan lama dan lasak 8 daripada 10
OBaby Paris 2-in-1 Travel System Stroller (OB010)
Partnership with OBaby Paris
Dari RM239.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Stroller OBaby Paris model OB010 ini adalah kombinasi stroller baby dan carrier baby yang boleh diletakkan pada stroller. Rekaan premium dengan 3 roda ini mempunyai ketepatan mekanikal yang membuatkan ianya lebih tahan lasak daripada stroller biasa

Diperbuat dari stainless steel yang kuat, stroller ini mudah untuk dikendali dengan hanya satu tangan sahaja. Kerusi yang luas membolehkan carrier baby diletakkan di atas stroller tanpa mengganggu bayi yang nyenyak tidur. 

Stroller bayi yang boleh dilipat kecil dan jimatkan ruang 9 daripada 10
GB Pockit Compact, Easy Foldable & Lightweight Stroller
Partnership with GB Pockit
Dari RM441
Lihat harga di Shopee Malaysia

Stroller GB ini telah mendapat pengesahan dan boleh dibawa ke dalam kabin kapal terbang kerana bersaiz kompak dan kecil. Ianya ringan dan mudah dibawa kemana sahaja terutamanya semasa travelling

Stroller ini hanya memerlukan anda menekan satu butang sahaja untuk melipatnya bagi memudahkan penyimpanan pada ruang yang kecil. Rel tangannya juga boleh dibuka untuk simpanan. 

Stroller bayi sesuai buat travelling untuk bayi 6 bulan ke atas 10 daripada 10
Recaro Easylife Stroller Travel System
Partnership with Recaro
Dari RM1,299
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Stroller Easylife daripada RECARO ini sangat ringan dan kompak bagi memudahkan anda yang sering berjalan dan melancong. Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas, ia mampu menampumg muatan sehingga 15kg berbanding berat stroller ini yang hanya 5.7kg. 

Kerusinya selesa dan dilengkapi dengan harness 5-point serta footrest untuk bayi meletakkan kaki. Ia juga mempunyai ruangan untuk meletakkan barang-barang keperluan si kecil.

Lagi daripada ProductNation