Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Latih Si Kecil Anda Untuk Minum Susu Dengan 8 Botol Susu Buat Newborn

Pilihan alternatif selain penyusuan badan

Product in this article

Tidak dinafikan lagi bahawa penyusuan badan tentulah pemakanan terbaik untuk bayi baru lahir anda. Namun demikian, ada antara para ibu yang terhalang daripada menyusu bayi mereka akibat beberapa faktor seperti faktor kesihatan, kekangan masa mahupun bekalan susu semulajadi.

Maka demikian, bagi memastikan bayi mendapat makanan yang cukup seawal umurnya sehari, para ibu boleh memilih untuk menyusukan anak menggunakan botol. 

Berapa kuantiti botol susu yang diperlukan oleh newborn anda?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah kuantiti botol susu yang perlu disediakan untuk bayi baru lahir? Ini semua mengikut kemampuan ibubapa untuk menyediakan keperluan yang satu ini buat si kecil. 

Tetapi, sebagai panduan, cadangan berikut boleh diambil kira oleh para ibu dalam menyediakan kuantiti botol yang sesuai:

  • 2 hingga 4 botol: jika anak anda minum susu badan
  • 3 hingga 6 botol: jika menggunakan susu formula sepenuhnya
  • 6 botol atau lebih: jika anda bekerja dan menghantar anak ke daycare

Berikut, kami senaraikan botol-botol newborn yang berada di pasaran yang selamat dan sesuai digunakan untuk si comel anda. 

8 Botol Susu Khas Untuk Newborn

Nuby Bottle

RM 13.9
Nuby
1. Nuby Bottle
Botol susu untuk newborn yang murah

Botol susu Nuby Natural Touch Newborn ini murah dan selamat untuk kegunaan bayi baru lahir. Puting yang datang bersama botol susu Nuby ini sangat lembut untuk tidak mencederakan gusi bayi serta mempunyai injap aliran udara untuk menghalang bayi kembung selepas menyusu. Botol susu ini mudah untuk dibersihkan samada dengan menggunakan dishwasher atau segala jenis cucian bersteril. 

Tommee Tippee Newborn Bottle (5oz/150ml)

RM 22.90

Menggunakan botol susu Tommee Tippee ini memudahkan pengalihan  antara penggunaan botol susu dan susuan badan tanpa mengelirukan bayi. Ini kerana, botol susu ini direka dengan bentuk putting badan secara semulajadi. 

Selain daripada bentuknya yang ergonomik, botol susu ini juga mempunyai sengat pengukur untuk memudahkan ibubapa memantau sukatan susu yang diberi pada bayi. 

Philips Avent Natural Bottle (2oz)

RM 24.7
Botol susu terbaik untuk bayi yang lahir pramatang (preemie)
Philips Avent
3. Philips Avent Natural Bottle (2oz)
Botol susu bebas BPA dengan rekaan ergonomik

Botol susu Philips Avent ini diperbuat dari material gred makanan dan bebas BPA sekaligus menjamin keselamatan bayi. Rekabentuk botol yang ergonomik memudahkan anda untuk memegang dari semua arah. Ianya mudah untuk dicuci dan disimpan setelah digunakan. 

MAM Easy Start Anti-Colic Newborn Baby Bottle (4.5oz/130ml)

RM 28.00

Mengikut survey yang diambil, 80% para ibu bersetuju yang botol susu MAM Easy Start Anti-Colic Bottle ini dapat mengurangkan masalah kolik, angin dan perut kembung pada bayi. Ini membuatkan bayi lebih tenang menikmati susuan mereka. 

Botol susu MAM ini diinovasi dengan tapak yang mempunyai perudaraan yang baik serta putingnya leper membuatkan ia muat untuk mulut bayi yang kecil. 

Autumnz PPSU Wide Neck Feeding Bottle (6oz/180ml)

RM 30.3

Botol susu Autumnz untuk newborn ini diperbuat dari PPSU (Polyphenylsulfone) berkualiti tinggi. Bentuk ergonomik yang direka membuatkan botol ini ringan, tahan lasak, tahan lama dan juga mampu menahan tenaga haba yang tinggi. 

Puting anti-kolik yang dilengkapi bersama dengan botol ini mengurangkan si kecil cepat kembung perut dan penyusuan bayi lancar. 

Pigeon Wide Mouth PPSU Newborn Bottle (160ml)

RM 37

Dengan bentuk leher yang lebar, botol susu Pigeon ini memudahkan pengendalian cucian setelah digunakan untuk memastikan ianya sentiasa bersih serta bebas dari kuman dan bakteria.  Teknologi Air Ventilation System (AVS™) yang digunapakai mengurangkan pengambilan angin dan udara yang kebanyakannya menjadi penyebab bayi kembung. 

Botol ini diperbuat dari materia Polyphenylsulfone (PPSU) yang tahan lasak dan tahan lama. 

NUVITA : Mimic Anti-Colic System Baby Bottle (5oz/150ml)

RM 38.9

Bagi ibu-ibu yang mampu menyusu badan si comel tercinta dalam jangkamasa yang lama pasti sesuatu nikmat yang membahagiakan. Namun, adakalanya ada juga para ibu yang tidak mampu untuk menyusu lama kerana kekangan masa atau kembali pulang bekerja selepas cuti bersalin. 

Botol susu Nuvita Mimic ini boleh digunakan sejak dari lahir lagi dan membantu para ibu memberi alternatif kepada si comel antara penyusuan badan ataupun penggunaan botol susu secara semulajadi. 

Comotomo Natural Feels Baby Bottle 150ml (Single pack)

RM 47
Botol susu yang sesuai untuk bayi berusia 3 – 6 bulan

Botol susu Comotomo Natural Feel Baby mempunyai botol yang diperbuat daripada silikon. Walaupun bagi newborn, bayi selalunya aktif di peringkat awal dan sentuhan dapat merangsang bayi perkembangan pertumbuhan bayi. 

Dengan botol yang lembut ini pasti membantu bayi sepanjang waktu penyusuan. Silikon yang digunakan adalah sangat selamat serta 100% bebas dari bahan kinia berbahaya seperti BPA, PVS dan Phthalate.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article