Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

12 Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1 - 3 Tahun (2024)

Pastikan anda pilih susu anak mengikut keperluan si manja!

Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak terutama apabila berkaitan pemakanan dan penyusuan. 

Terdapat banyak susu formula tambahan yang sesuai untuk bayi berumur 1 tahun di pasaran.

Apabila bayi semakin membesar, mereka memerlukan lebih banyak vitamin dan zat untuk memastikan tumbesaran mereka konsisten dengan umur. 

Pelbagai jenis susu bayi yang anda boleh pilih seperti susu tambah berat badan bayi, susu untuk bayi sembelit, susu tanpa laktosa untuk bayi dan sebagainya.

Jom lihat senarai ‌jenama susu formula terbaik untuk bayi 1 tahun yang anda boleh dapatkan secara online.


Senarai 12 Susu Formula Untuk Bayi Berusia 1 Tahun

Susu formula terbaik secara keseluruhan untuk anak 1-3 tahun
Enfalac
Enfalac A+ Step 1 MFGM
mulai
RM318.00
Semak Enfalac A+ Step 1 MFGM harga dibawah:
add_circle Mengandungi prebiotik GOS
add_circle Mengandungi Zat Besi
add_circle Kaya dengan MFGM
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Enfalac A+ Step 1 mengandungi MFGM iaitu komponen lemak semula jadi yang terdapat dalam susu ibu serta bagus untuk perkembangan otak dan fungsi kognitif bayi.

Ciri-ciri:

Susu formula ini juga mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan ARA (Asid Arachidonic) yang merupakan nutrien penting untuk perkembangan otak dan fungsi penglihatan yang baik pada bayi.

Selain itu, Enfalac A+ Step 1 mengandungi prebiotik GOS (Galakto Oligosakarida) yang membantu memperkuat sistem pencernaan bayi dan menjaga saluran pencernaan si kecil.

Ciri ini memastikan susu formula ini mudah dihadam dan membantu mengurangkan potensi gangguan pencernaan pada bayi.

Menarik lagi, Enfalac A+ Step 1 mengandungi Zat Besi yang penting untuk pertumbuhan sel darah merah bayi untuk mengurangkan risiko penyakit anemia.

Enfalac A+ Step 1 juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh bayi untuk perkembangan fisikal dan kognitif yang sihat.

Review:

“Ini formula baru untuk Step 1 dan ada tambahan 2FL yang ada dalam susu badan ibu. Sangat recommended untuk baby! Baby minum mudah naik berat badan.”

Susu formula tanpa laktosa
Friso
mulai
RM42.20
Semak Friso Gold 3 harga dibawah:
add_circle Mudah dihadam
add_circle Bebas gula dan perisa tambahan
add_circle Formulasi lebih daripada 50 nutrient asas
remove_circle Harga mahal

Friso Gold 3 diformulasikan untuk membantu proses tumbesaran anak anda dan susu ini juga mudah dihadam oleh bayi.

Ini kerana dengan formulasi teknologi LockNutri yang membantu memastikan nutrisi utama diserap dengan baik oleh tubuh anak. 

Ciri ini juga akan membantu mengurangkan masalah gangguan pencernaan si kecil anda.

Formulanya direka khas untuk mudah dilarutkan hanya dengan suhu sederhana panas atau suam supaya mudah larut dan kurangkan pembentukan bubbles jika digoncang. 

Friso Gold Step 3 mengandungi nutrisi penting yang diperlukan oleh anak anda seperti Zat Besi, Kalsium, Vitamin D, Protein dan Lemak yang untuk perkembangan dan pertumbuhan yang sihat.

Susu formula ini mengandungi kompleks Prebiotik dan Probiotik Frisoshield yang membantu meningkatkan sistem imunisasi anak anda. 

Friso Gold Step 3 turut mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan AA (Asid Arahidonik) yang membantu dalam perkembangan otak dan fungsi penglihatan yang baik.

Jika anak anda mempunyai alergi susu lembu atau intoleransi, Friso Gold Step 3 menyediakan alternatif yang baik untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka.

Susu formula kurang gula
Nestlé
mulai
RM44.40
Semak Lactogen Step 1 harga dibawah:
add_circle Ada DHA
add_circle Mengandungi 100 juta kultur probiotik
add_circle Bantu pembentukan sel darah merah
remove_circle Harga mahal

Nestle adalah merupakan antara susu berkualiti tinggi di pasaran yang sesuai untuk bayi baru lahir hingga berusia 12 bulan. 

Diformulasi dengan Zat Besi, Protein, Lemak, Vitamin dan Mineral yang diperlukan untuk membantu bayi membesar dengan sihat.

Paling penting, susu ini mengandungi Omega 3 & 6, Lactobacillus Reuteri, Taurine dan L-Carnitine untuk menjaga usus si kecil dan memudahkan penghadaman.

Bagi ibu yang tidak dapat memberikan susu badan sepenuhnya, susu formula Lactogen Step 1 ini sesuai diberikan sebagai alternatif untuk bayi kerana susu ini seakan susu ibu. 

Menarik lagi, susu formula ini juga mengandungi 100 juta kultur probiotik untuk membantu dalam menjaga kesihatan saluran pencernaan kanak-kanak.

Kandungan DHA dalam susu ini akan membantu dalam perkembangan otak dan sistem imunisasi si kecil anda bagi memastikan bayi sentiasa sihat.

Susu formula yang tinggi DHA
mulai
RM96.80
Semak AptaGRO 3 harga dibawah:
add_circle ActiveDuoBio+™ bagus untuk tumbesaran
add_circle Mengandungi Prebiotik dan Probiotik
add_circle Mudah dihadam
remove_circle Harga mahal

AptaGRO 3 mengandungi nutrisi yang penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada usia 1 hingga 3 tahun. 

Susu formula AptaGro™ di formulasi daripada gabungan ActiveDuoBio+™ dan nutrien penting menyokong tumbesaran badan bayi serta menggalakkan perkembangan otak si manja.

AptaGro™ with ActiveDuoBio+™ mengandungi prebiotik GOS/lcFOS (9:1) dan probiotik  B.breve M-16V untuk menambahkan kumpulan bakteria baik di dalam badan bayi. 

Kandungan DHA di dalam susu Aptagro ini juga amat tinggi dan mencapai tahap kuantiti yang disyorkan oleh badan kesihatan antarabangsa. 

Kandungan DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan AA (Asid Arahidonik) dalam susu ini berfungsi untuk menyokong pembangunan otak yang optimum, membantu perkembangan kognitif dan fungsi penglihatan. 

AptaGRO 3 juga dihasilkan dengan teknologi yang membantu memastikan susu formula ini mudah dihadam oleh perut dan pencernaan kanak-kanak untuk mengurangkan risiko gangguan pencernaan.

Susu formula yang ada probiotik
mulai
RM62.50
Semak Nankid Optipro HA 3 harga dibawah:
add_circle Diformulasi dengan 100% protein gandum
add_circle Mengandungi lebih 100 juta probiotik
add_circle Mudah dihadam
remove_circle Harga mahal

Bagi bayi yang berumur 1 tahun dan mempunyai masalah penghadaman makanan, susu formula Nankid Optipro HA 3 ini sesuai dan selamat untuk diberi kepada si manja. 

Diformulasi dengan 100% protein gandum yang dihidrolisasi akan membantu bayi mencerna dan menyerap protein dengan mudah. 

Nankid Optipro HA 3 turut diformulasi dengan hipoalergenik, yang bermaksud diformulasikan khas untuk kanak-kanak yang mempunyai risiko alergi terhadap protein susu lembu. 

Susu Nankid Pro ini juga mengandungi lebih 100 juta probiotik yang membantu sistem penghadaman dan fungsi perut dan usus.

Selain itu, susu formula ini mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan ARA (Asid Arachidonic) yang membantu dalam perkembangan otak dan penglihatan yang baik pada kanak-kanak.

Nankid Optipro HA 3 juga menyediakan nutrien penting seperti Zat Besi, Kalsium, Vitamin dan mineral.

Ciri ini untuk menyokong pertumbuhan tulang yang sihat, fungsi otak, sistem imun dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

Susu formula untuk bayi 1 tahun perisa coklat
ABBOTT
mulai
RM79.00
Semak PEDIASURE Optiheight Milk Formula - Chocolate (850g) harga dibawah:
add_circle Berperisa coklat
add_circle Mengandungi 25 nutrien utama
add_circle Mengandungi Optiheight System
remove_circle Harga mahal

Susu formula Pediasure berperisa coklat ini mempunyai nutrisi lengkap dan seimbang untuk membantu bayi mencapai tumbesaran optima. 

Dilengkapi dengan 25 nutrien utama dalam pemakanan yang diperlukan oleh bayi untuk perkembangan tulang yang kuat dan otot tisu lebih sihat. 

PEDIASURE Optiheight mengandung nutrisi penting yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan optimal anak. 

Nutrisi tersebut termasuk Protein, Kalsium, Zat Besi, Vitamin dan Mineral yang membantu anak membesar dengan baik dan sihat.

Selain itu, susu formula ini dilengkapi dengan Optiheight System iaitu campuran Protein tinggi, Kalsium, Vitamin D, dan Zink yang menyokong pertumbuhan tinggi badan anak.

Susu formula ini juga mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan ARA (Asid Arachidonic) yang berfungsi untuk menyokong perkembangan otak dan fungsi kognitif anak.

Rasa coklat dalam susu ini pasti akan disukai oleh anak-anak sambil memberikan nutrisi dan vitamin terbaik untuk tumbesaran si manja anda.

Susu formula terbaik untuk bayi G6PD
Frisolac
mulai
RM105.40
Semak Frisolac Step 1 harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk bayi G6PD
add_circle Tidak mempunyai penambah perasa dan sukro
add_circle Mudah dihadam
remove_circle Harga mahal

Bayi yang didiagnos dengan masalah G6PD ini akan lebih cenderung untuk sensitif pada kekacang di dalam pengambilan makanannya. 

Diterbangkan khas dari Holland, susu Frisolac Step 1 yang tidak mempunyai kandungan soya menjadikannya selamat untuk bayi 1 tahun yang mempunyai masalah penyakit demam kuning. 

Dengan mengandungi nutrisi Prebiotik yang menyokong sistem pencernaan serta penghadaman bayi anda dengan lebih baik.

Frisolac Step 1 mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan ARA (Asid Arachidonic) iaitu lemak penting yang membantu dalam perkembangan otak dan fungsi penglihatan yang baik.

Menarik lagi, Vitamin B6 & C, zat besi dan zink yang ada di dalam kandungan susu Frisolac ini juga bagus untuk tumbesaran bayi dan memastikan bayi anda kekal sihat.

Susu formula bayi sembelit
Dumex Mamex Step 1
mulai
RM66.15
Semak Dumex Mamex Step 1 harga dibawah:
add_circle Mengandungi serat dan prebiotik
add_circle Dapat memberi kesihatan usus
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi alergi susu lembu

Susu Dumex Mamex ini mengandungi campuran Oligosaccharide GOS/IcFOS yang membantu meningkatkan Bifidobacterium dalam usus.

Campuran ini akan mengekalkan persekitaran yang baik pada usus si comel anda. 

Susu rumusan bayi ini juga diformulasikan dengan Protein, Kalsium, Zinc, Iodine, Vitamin A, Vitamin D dan K agar si manja akan mendapat nutrien yang cukup untuk pertumbuhannya. 

Susu ini boleh diberikan kepada bayi berusia 0-12 bulan tetapi tidak sesuai diberikan kepada bayi yang ada alahan pada susu lembu. 

Turut mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) untuk perkembangan otak dan mata bayi dan ARA (Asid Arachidonic) pula membantu dalam pembentukan membran sel dan sistem imun bayi.

Susu formula seakan susu ibu
Wyeth
mulai
RM115.00
Semak Wyeth S26 Gold SMA Step 1 harga dibawah:
add_circle Mengandungi kandungan soya
add_circle Mengandungi DHA, Choline & Lutein
add_circle Mengandungi Prebiotik
remove_circle Bau sedikit kuat

Melalui teknologi, susu formula Wyeth S26 Gold SMA Step 1 ini adalah antara susu premium yang boleh diberikan sebagai alternatif kepada bayi yang berumur 1 tahun ke atas. 

Susu S26 ini mengandungi DHA, Choline dan Lutein yang baik untuk pertumbuhan kognitif anak. 

Selain itu, susu formula ini turut mempunyai Oligofruktosa yang mengandungi khasiat Prebiotik (GOS) bagus untuk perut bayi.

Wyeth S26 Gold SMA Step 1 juga mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan ARA (Asid Arachidonic).

Dua jenis lemak penting ini yang membantu anak anda dari segi perkembangan otak dan fungsi penglihatan.

Susu formula untuk bayi 1 tahun yang susah makan
mulai
RM134.69
Semak Similac Gain Plus Gold Step 3 harga dibawah:
add_circle Bantu tingkatkan selera anak
add_circle Mengandungi Vitamin E & minyak sayuran
add_circle Mengandungi Prebiotik & Probiotik
remove_circle Harga mahal

Bagi menyelesaikan masalah si kecil kurang berat badan ideal, ibu bapa boleh cuba susu formula Similac Gain Plus Gold Step 3 ini. 

Kandungan Vitamin E dan minyak sayuran di dalam formula susu membantu melindungi lemak seperti DHA dari mudah teroksida serta menyerap nutrien yang diperlukan dengan efisien. 

Turut mengandungi kalsium dan vitamin D untuk menguatkan gigi serta tulang sekaligus membuatkan bayi membesar dengan kuat.

Selain itu, formulasi ini juga membantu menambah berat badan ideal mengikut had berat bayi dan menyokong pertumbuhan serta perkembangan yang optimal untuk anak 1 hingga 3 tahun.

Similac Gain Plus Gold Step 3 juga mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan ARA (Asid Arachidonic) untuk perkembangan otak dan fungsi penglihatan yang baik.

Menarik lagi, susu formula ini diformulasikan dengan kandungan Prebiotik untuk membantu meningkatkan sistem imun.

Manakala Probiotik pula untuk membantu dalam menjaga kesihatan saluran pencernaan kanak-kanak.

Susu formula untuk kuatkan tulang anak
Dutch Lady
Dutch Baby 0 - 12 Months
mulai
RM27.90
Semak Dutch Baby 0 - 12 Months harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mengandungi DHA dan AA
add_circle Mengandungi Prebiotik
add_circle Mudah dihadam
remove_circle Kurang sesuai untuk anak yang alah laktosa

Dutch Baby 0 - 12 Months menyediakan nutrisi lengkap dan seimbang yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan optimal bayi. 

Susu ini mengandungi Protein, Lemak, Karbohidrat, Vitamin dan Mineral yang penting bagi memastikan tumbesaran bayi secara menyeluruh termasuk organ si manja anda.

Selain itu, Dutch Baby 0 - 12 Months juga mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan AA (Asid Arachidonic) iaitu lemak penting untuk perkembangan otak dan fungsi penglihatan bayi.

Susu formula ini diformulasikan dengan kandungan Prebiotik yang membantu memperkuatkan sistem imunisasi tubuh bayi dan meningkatkan kekuatan saluran pencernaannya.

Formula ini juga di rumus untuk mudah dihadam oleh perut dan sistem pencernaan bayi bagi mengurangkan risiko gangguan pencernaan.

Susu formula murah
Dumex
Dumex Dugro Step 3
mulai
RM23.90
Semak Dumex Dugro Step 3 harga dibawah:
add_circle Ada 3 pilihan perisa susu
add_circle Mengandungi DHA dan AA
add_circle Mudah dihadam
add_circle Harga murah
remove_circle Rasa manis

Dumex Dugro Step 3 mengandungi nutrien penting yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat pada kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun. 

Susu ini diformulasikan daripada Zat Besi, Kalsium, Protein, Vitamin dan Mineral yang diperlukan untuk pembentukan tulang, otot, dan sistem tubuh yang lain.

Dumex Dugro Step 3 turut mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan AA (Asid Arahidonik) yang berfungsi untuk menyokong perkembangan otak dan fungsi penglihatan yang baik.

Menarik lagi, susu formula ini mengandungi kandungan Prebiotik, Nukleotida dan Antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imun kanak-kanak

Selain membantu anak melawan jangkitan dan penyakit, Dumex Dugro Step 3 mudah dihadam oleh perut dan pencernaan kanak-kanak untuk mengurangkan masalah gangguan pencernaan.

​​Dengan kombinasi optimum kandungan vitamin dalam susu ini adalah dalam nisbah 3 & 4 iaitu lingkungan yang disarankan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan.


Bolehkah bayi berumur 12 bulan ke atas diberi susu formula?

Jawapannya boleh. Jika para ibu merasakan wujudnya keperluan susu tambahan atau alternatif kepada bayi, susu formula dapat membantu seadanya. 

Ada beberapa sebab keperluan susu formula perlu diberikan kepada bayi antaranya seperti berat badan bayi tidak bertambah mengikut kadar sepatutnya.

Selain itu, kurang membuang air kecil, sering letih atau cerewet dan sesi penyusuan badan agak sekejap atau terlalu lama. 

Memilih susu formula yang sesuai adalah sangat penting bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh memberi risiko kepada bayi.

Oleh itu, ibu bapa hendaklah mengambil tahu jenis-jenis susu yang sesuai untuk diberi kepada bayi.


Susu Formula Tahan Berapa Lama Selepas Dibancuh?

Susu formula yang telah dibancuh sebaiknya digunakan secepat mungkin dalam lingkungan masa 1 jam. 

Ini kerana bakteria dapat berkembang dan membiak dengan cepat dalam susu yang telah dibancuh, terutama jika dibiarkan pada suhu bilik atau suhu panas dalam masa yang lama.

Susu formula yang telah dibancuh memiliki potensi perkembangan bakteria jika tidak disimpan dengan baik. 

Jika bayi tidak segera menghabiskan susu formula yang dibancuh, lebih baik membuang sisa susu setelah 1 jam selepas di minum.

Anda juga tidak disaran untuk menghangatkannya semula atau menyimpan susu yang telah diminum oleh anak.

Jika si kecil tidak minum susu yang sudah dibancuh dalam masa 1 jam, anda boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk.

Anda boleh keluarkan semula susu yang telah disejukkan tadi dan berikan terus pada bayi anda.

Ingat ya, jangan pernah panaskan semula susu formula yang telah dibancuh lebih dari sekali kerana susu tersebut mudah rosak.

Penting untuk sentiasa utamakan keselamatan dan kesihatan bayi dengan ikuti panduan penyimpanan dan penggunaan susu formula yang disarankan oleh pakar atau doktor.

Anda boleh tonton video di bawah tentang kesalahan ketika membancuh susu formula anak di rumah. Semoga bermanfaat!


Artikel Berkaitan

End of Article