Keibubapaan

15 Krim Ruam Bayi Terbaik 2026 (Muka, Leher & Punggung)

Kalau anda masih mencari ubat sapu ruam bayi atau krim ruam bayi, jom lihat senarai krim hilangkan ruam bayi yang sesuai untuk kulit bayi anda.


Editor · Updated 11 Sep 2026

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

15 Krim Ruam Bayi Terbaik 2026 (Muka, Leher & Punggung)

Jawapan ringkas: krim ruam bayi terbaik di Malaysia ialah Mustela Vitamin Barrier Cream (50ml), RM35.00 di Shopee Malaysia (harga disemak 11 September 2026). Ia sesuai untuk ruam lampin dan ruam kulit sensitif secara umum – untuk ruam yang teruk, berjangkit atau tidak reda selepas beberapa hari, jumpa doktor.

Bayi dan masalah ruam sudah menjadi perkara biasa kerana kulit mereka sangat sensitif.

Kandungan

Antara sebab lain bayi mudah terkena ruam adalah lampin tidak ditukar dengan kerap, kulit bayi tidak sesuai dengan lampin atau cuaca terlalu panas.

Jadi inisiatif untuk mengubatinya adalah dengan cara menyapu krim ruam bayi pada kawasan tersebut.

Khas buat ibu bapa yang baru menjadi parents, kami akan kongsikan ubat sapu ruam bayi yang bagus.

Jom lihat senarai krim hilangkan ruam bayi untuk anda mengikut kesesuaian kulit dan masalah.


Senarai 15 Krim Ruam Bayi Terbaik

Bepanthen Ointment (100g)
Krim ruam untuk bayi terbaik secara keseluruhan 1 daripada 15
Bepanthen Ointment (100g)
Dari RM32.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Selamat untuk ibu hamil
Membantu menyembuhkan kulit merekah
Kandungan krim hanya 100g
2 lagi
Sesuai juga untuk ibu yang menyusu
Bebas pewarna tambahan & pewangi

Sebab menjadi pilihan utama:

Krim jenama ini yang akan menghasilkan lapisan perlindungan terhadap penyebab kerengsaan yang sebabkan ruam lampin.

Ciri-ciri:

Bahagian punggung bayi adalah kawasan sensitif apabila terdedah kepada kotoran najis dan bakteria untuk tempoh yang lama. 

Mengandungi bahan aktif dexpanthenol yang akan bertukar menjadi asid panthothenic dalam sel kulit. 

Asid ini dikenali sebagai vitamin B5 yang mampu menyembuhkan kulit dan bagus untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru. 

Ubat sapu ruam bayi ini turut boleh disapu di payu dara ibu menyusu yang mengalami masalah puting susu pedih dan merekah. 

Malah, masalah kulit kering dan mengelupas juga boleh diselesaikan dengan penggunaan krim Bepanthen ini. 

Review:

"Krim ini memang berkesan dan ruam cepat baik sebab dah disarankan sendiri oleh doktor. Sesuai juga untuk bayi kulit sensitif."

Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme
Krim ruam badan bayi 2 daripada 15
Eucerin Baby Eczema Relief Body Creme
Eucerin
Dari RM39.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Terbukti secara klinikal
Orang dewasa boleh guna
Perlu nasihat doktor untuk bawah 3 bulan
3 lagi
Diperkaya dengan Ceramide 3
Bantu kuatkan lapisan perlindungan kulit
Hanya untuk ekzema ringan

Dirumus dengan Colloidal Oatmeal yang boleh melegakan masalah kegatalan dan kekeringan pada kulit ekzema.

Krim jenama Eucerin yang khas untuk bayi ini turut mengandungi Licochalcone

Bahan tersebut boleh membantu melegakan kulit yang kemerahan dan rengsa akibat ekzema dan ruam.

Selain itu, formula krim untuk eczema bayi ini turut melembapkan kulit agar tak mudah kering atau gatal.

Ibu bapa boleh sapu krim jenama nombor 1 pilihan pakar kanak-kanak ini pada kulit anak yang kering tanpa keraguan kerana tidak mengandungi pewangi, pewarna dan steroid. 

Krim ruam untuk bayi dengan kandungan prebiotik 3 daripada 15
Bud's Cherished Organics: Chubby Chubbs Face Cream (30ml)
Bud's
Dari RM51.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tidak melekit
Menghidrasikan kulit sensitif
Harga mahal
4 lagi
Tanpa pengawet & bahan kimia
Menghasilkan lapisan perlindungan kulit
Menggunakan bahan organik
Kurang sesuai untuk bahagian tubuh lain

Jika anak anda sering terkena masalah ruam susu pada wajahnya, gunalah krim jenama Buds yang diformulasikan khas untuk kulit muka bayi ini. 

Review daripada pengguna di Shopee mengatakan memang berkesan untuk hilangkan ruam susu pada pipi.

Tambahan pula, mengandungi prebiotik terpilih dan minyak tumbuhan semula jadi seperti minyak jojoba organik yang akan melembutkan kulit anak. 

Manakala daun zaitun serta ekstrak daun Rosemary pula bakal bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi kulit daripada radikal bahaya.

Produk penjagaan kulit organik ini sangat lembut pada kulit bayi. 

MayyaBaby Cream 5-in-1 Natural Herbs (50ml)
Krim ruam & gatal bayi 4 daripada 15
MayyaBaby Cream 5-in-1 Natural Herbs (50ml)
MayyaBaby
Dari RM31.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Cepat meresap
Merawat kulit kering & sensitif
Harga mahal
2 lagi
Melegakan selsema & batuk
Meredakan gatal & ruam lampin

Selain boleh menyembuhkan lepuhan, ekzema dan keradangan kulit, produk Mayyababy ini sangat bagus dalam merawat gigitan serangga dan boleh bertindak sebagai penghalau nyamuk. 

Disebabkan krim ini berasaskan air, teksturnya tidak melekit atau terasa berminyak apabila disapu pada kulit. 

Cuma mengandungi minyak argan, aloe vera, chamomile, minyak oren dan habbatus sauda, yang mengeluarkan bau wangian lemon.

Untuk bayi yang sering menangis akibat perut kembung, memang disarankan untuk guna produk ekzema ini sebab masalah itu boleh melegakan. 

Demam juga boleh dikurangkan dengan penggunaan krim bayi ini, jadi ia boleh jadi krim bayi pelbagai guna.

Youbaby Baby Cream
Krim ruam bayi di leher 5 daripada 15
Youbaby Baby Cream
Dari RM49
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Membantu kurang masalah kulit gatal
Kurangkan ruam bayi
Harga sedikit mahal
2 lagi
Sesuai untuk kulit sensitif
Produk bebas paraben & merkuri

Walaupun fungsi krim Youbaby ini lebih kepada untuk membantu masalah ekzema bayi, namun bagus juga untuk merawat masalah kudis, psoriasis, kembung perut dan tidur yang tidak lena.

Memiliki PH 5.5 dan tekstur krimnya tidak melekit, mudah meresap ke dalam kulit dan tidak terasa panas apabila disapu pada kulit.

Paling penting, produk Youbaby selamat digunakan pada bayi kerana tiada steoroid. 

Krim untuk eczema bayi ini telah dirumus khas menggunakan bahan premium seperti Casia Senna Leaf, Habatussauda, bawang putih, minyak Jojoba, Aloe Vera dan EO Geranium. 

Jadi dengan semua bahan ini sangat bagus untuk kesan luka terbakar, masalah kulit berair dan gigitan serangga turut boleh dikurangkan. 

QV Baby Moisturising Cream
Krim ruam untuk kulit bayi sensitif 6 daripada 15
QV Baby Moisturising Cream
Dari RM40.92
Lihat harga di Lazada Malaysia
pH seimbang
Tanpa pewangi & lanolin
Harga mahal
2 lagi
Mudah menyerap dalam kulit
Sesuai untuk kurangkan ruam lampin

Untuk si kecil yang memiliki kulit jenis sensitif, kering dan ekzema, krim ini boleh membantu mengurangkan kegatalan dan masalah kulit mengelupas. 

Ini kerana produk buatan Australian mengandungi Squalane yang akan mengekalkan kelembapan kulit. 

Turut diformulasikan dengan 3 jenis bahan melembap iaitu emollient, humectant dan occludent yang akan menjamin kulit kekal lembap sehingga 24 jam. 

Malah, ubat eczema untuk bayi ini juga sangat mudah digunakan kerana tidak melekit.

Boleh juga disapu pada kulit yang mengalami masalah dermatitis dan psoriasis. 

Paling penting, boleh disapu pada bahagian muka dan tubuh bayi selepas mandi. 

Pureen Nappy Rash Cream (50g)
Krim ruam untuk bayi ekzema 7 daripada 15
Pureen Nappy Rash Cream (50g)
Pureen
Dari RM12.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Mendapat kelulusan KKM
Melegakan ruam lampin bayi
Kandungan krim sedikit, hanya 50g
2 lagi
Harga murah
Sesuai juga untuk legakan ekzema & atopic

Untuk mereka yang baru sahaja bergelar ibu bapa, pastikan krim antiseptik ini sentiasa ada di rumah.

Ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk merawat ruam yang tiba-tiba ada pada kulit si manja. 

Produk Pureen khas untuk bayi ini bakal menghasilkan lapisan perlindungan yang akan mengurangkan kontak di antara kulit anak dan kekotoran.

Misalnya bakteria dan kuman yang ada dalam air kencing atau najisnya. 

Boleh juga digunakan sebagai langkah pencegahan terhadap ruam yang disebabkan oleh haba dan ruam air liur. 

Jangan lupa untuk sapu krim ruam ini pada punggung bayi sebelum pakaikan lampin baru.

Himalaya Diaper Rash Cream
Krim untuk ruam lampin bayi 8 daripada 15
Himalaya Diaper Rash Cream
Dari RM9.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Melembutkan kulit
Melegakan kulit sensitif
Harga mahal
2 lagi
Mengurangkan kemerahan kulit
Mengekalkan tahap kelembapan kulit

Diperbuat daripada Yashada Bhasma yang akan melindungi kulit dari jangkitan dan boleh kurangkan kerengsaan kulit.

Krim hilangkan ruam bayi ini selamat dan lembut digunakan untuk anak sebab bebas daripada paraben dan minyak mineral. 

Selain itu, ia juga telah diuji secara klinik dan juga tidak akan sebabkan alahan kerana hypoallergenic

Jadi, ibu boleh guna produk Himalaya ini tanpa ragu-ragu. 

Paling bagus, turut mengandungi minyak badam yang kaya dengan vitamin E dan D serta ada aloe vera yang bakal merawat ruam lampin, malah gatal-gatal juga dapat dikurangkan. 

Sudocrem Nappy Rash Cream
Krim hilangkan ruam lampin & ekzema 9 daripada 15
Sudocrem Nappy Rash Cream
Dari RM28.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Hypoallergenic
Melindungi kulit
Harga mahal
2 lagi
Melembutkan kulit anak
Ada pengiktirafan KKM

Krim Sudocrem pula sangat mudah digunakan kerana hanya sapu nipis pada kawasan kulit yang bermasalah dan sangat berkesan untuk merawat ruam akibat pemakaian lampin. 

Pembelian produk ini juga berbaloi kerana boleh merawat kulit yang melecet dan sesuai juga untuk bayi yang menghidap dermatitis dan eczema ringan. 

Mengandungi zinc oxide, benzoate dan benzyl alcohol, krim hilangkan ruam bayi ini turut boleh mengurangkan ketidakselesaan yang dialami oleh bayi akibat lampin yang basah dan lembap.

Produk ini juga tahan lama kerana anda hanya perlu menyapukan sedikit sahaja, jadi ia tidak cepat habis dan tidak perlu untuk beli setiap satu bulan. 

Joielle Baby Cream
Krim untuk ruam panas bayi 10 daripada 15
Joielle Baby Cream
Dari RM33
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Sesuai digunakan setiap hari
Kulit merekah jadi lebih lembap
Tidak sesuai untuk ruam teruk
2 lagi
Telah diuji secara klinikal
Kaya dengan manfaat vitamin E & aloe vera

Apa yang menariknya tentang krim ruam bayi jenama Joielle ini ialah akan melembapkan kulit tanpa rasa melekit atau berminyak setelah disapu. 

Sesuai untuk selesaikan masalah ruam panas anak kecil. 

Bukan itu sahaja, produk ini boleh digunakan tanpa was-was sebab bebas daripada bahan kimia bahaya dan dibuat berasaskan bahan semula jadi. 

Memang wajib ada dalam setiap diapers bag dan di rumah kerana boleh juga menghilangkan masalah ruam susu, ruam lampin dan ekzema ringan.

Sebamed Baby Protective Facial Cream 50ml
Krim untuk ruam bayi di muka 11 daripada 15
Sebamed Baby Protective Facial Cream 50ml
Dari RM75.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tanpa paraben
Ada vitasqualene & sodium hyaluronate
Harga mahal
3 lagi
Melindungi kulit bayi yang halus
Ada Allantoin untuk bina imuniti kulit
Melindungi dari persekitaran bahaya

Produk untuk kulit muka bayi keluaran Sebamed ini pula memang disarankan untuk mengurangkan ruam susu dan iritasi pada muka si comel anda. 

Jangan risau, krim ini selamat digunakan kerana telah menjalani ujian dermatologi. 

Selain boleh melembapkan kulit, produk ini dapat membentuk lapisan perlindungan untuk mengelakkan kehilangan kelembapan kerana mengandungi panthenol.

Malah dapat melindungi kawasan sekitar mulut daripada iritasi akibat terkena air liur. 

Paling penting, sangat mudah untuk digunakan dan cepat meresap ke dalam kulit. 

Krim sebanyak 50ml ini memiliki nilai pH 5.5 di mana ia akan mengaktifkan mantle acid yang akan menghasilkan perlindungan kulit yang sihat. 

anakku_baby_cream
Krim ruam bayi untuk kulit normal 12 daripada 15
Anakku Baby Nappy Cream
Anakku
Dari RM8.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Cepat menyerap
Murah
Tidak sesuai untuk ekzema teruk
2 lagi
Memberikan kelegaan kepada iritasi
Bebas paraben dan juga alkohol

Bagi mereka yang perlukan krim ruam bayi yang murah dan sesuai untuk kulit bayi yang normal, kami syorkan anda memilih Anakku Baby Nappy Cream.

Selain menjaga kulit lembut bayi daripada kelembapan, krim bayi ini juga memberikan kelegaan yang menenangkan kepada kulit yang iritasi.

Tambahan pula, mengandungi ekstrak chamomile untuk sifat yang menenangkan dan bebas daripada paraben, pewarna, dan alkohol.

Diformulasikan khas untuk kulit bayi yang normal dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

earth mama
Krim ruam bayi organik 13 daripada 15
Earth Mama Organic Baby Diaper Balm
Dari RM92
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tidak mengeringkan kulit
Bagus untuk kulit sensitif
Tekstur agak berminyak
1 lagi
cepat meresap

Bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan yang lembut, itulah sebabnya krim ruam bayi organik ini sangat sesuai.

Diformulasikan dengan bahan-bahan semulajadi seperti calendula yang sangat menenangkan dan telah diuji oleh dermatologist dan klinikal untuk mengelakkan iritasi.

Cara penggunaannya sangat mudah, hanya sapukan lapisan nipis selepas setiap pertukaran lampin dan selepas mandi.

Pastinya satu pilihan yang baik untuk penjagaan kulit si manja anda!

ezzera cream
Krim ruam untuk bayi kulit kering 14 daripada 15
Ezerra Cream 50g
Dari RM50.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bebas pewangi
Memberi kelegaan daripada rasa gatal
Harga mahal
2 lagi
Menenangkan dan selesa untuk kulit bayi
Memastikan kelembapan yang berkekalan

Ezerra Cream adalah pilihan terbaik untuk mengatasi masalah kulit kering dan gatal pada bayi.

Ia diformulasikan khas dengan bahan semulajadi yang membantu menghilangkan gatal pada kulit bayi.

Kandungan utama seperti Stimutex-AS membantu melegakan kulit sensitif daripada gatal dan iritasi, serta Saccharide Isomerate memberikan kelembapan dan mengekalkan kulit yang sihat.

Paling penting, ia juga tidak mengandungi steroid dan boleh digunakan pada bayi seawal 2 minggu.

mustella barrier cream
Krim ruam untuk bayi newborn 15 daripada 15
Mustela Vitamin Barrier Cream for All Skin Types (50ml)
Mustela
Dari RM33
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Membantu dalam pembaikan kulit
Mengurangkan kerengsaan dan kemerahan
Tiada pengesahan KKM
2 lagi
Hipoalergenik
Bau wangi

Krim bayi dari Mustela sememangnya terkenal di kalangan ibu bapa kerana boleh melindungi kulit lembut bayi daripada ruam dan kemerahan di bahagian lampin. 

Selain itu, ia juga mencegah kemerahan setiap kali pertukaran lampin dan memberikan kelegaan seawal beberapa penggunaan pertama. 

Dengan 98% bahan semula jadi termasuk:

  • Avocado Perseose: melindungi pelindung kulit melembapkan, dan memelihara sel kulit.
  • Oxeoline of Alcacea: meredakan dengan ciri-cirinya yang menenangkan.
  • Oleodistillat Bunga Matahari: membawa lipid penting untuk membina pelindung kulit dan mempercepatkan proses pembaikan.
  • Zink Oksida: memberikan perlindungan dan sifat anti-enzim.

Jangan risau, krim ini telah diuji di bawah dermatologis dan tidak mengandungi paraben, phthalate, dan phenoxyethanol serta sesuai untuk bayi baru lahir. 


Cara Memilih Krim Untuk Bayi Ruam Yang Sesuai 

Ibu bapa perlu teliti terlebih dahulu kandungan bahan yang digunakan dalam krim ruam yang ingin dibeli supaya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.

Bukan apa, takut menyebabkan alahan atau mengakibatkan iritasi pada kulit si manja dengan lebih teruk.

Kemudian, pastikan krim tersebut bebas daripada paraben, phthalates, lilin tiruan, pewarna tiruan dan pewangi. 

Kenal pasti juga jenis ruam yang dihadapi oleh bayi anda sama ada ruam itu berada di tahap sederhana atau teruk.

Jika ruam berkenaan hanya ringan, krim berasaskan petroluem dah memadai.

Tapi untuk ruam yang sederhana dan teruk, mungkin ibu bapa perlu gunakan produk berasaskan zinc-oxide

Selain itu, cari produk yang ada bahan semula jadi seperti Calendula atau aloe vera yang boleh mengurangkan kerengsaan kulit akibat ruam tadi. 

Untuk kepastian, sila rujuk doktor atau pakar kanak-kanak sebelum membeli sesuatu krim. 


Apa Kelebihan Dan Kekurangan Krim Ruam Bayi?

Ruam bayi sering berlaku di bahagian punggung dan ini akan menyebabkan rasa tidak selesa untuk bayi.

Untuk mengatasi masalah ini, ramai ibu bapa akan menggunakan krim ruam bayi untuk merawatnya.

Salah satu kelebihan krim untuk ruam bayi ialah dapat mengurangkan kesakitan, kepedihan, kemerahan dan meredakan ruam bayi yang sedia ada.

Sekaligus, ia membantu bayi tidur dengan lebih selesa dan membantu melindungi kulit bayi daripada jangkitan kulat atau bakteria.

Selain itu, produk ini boleh membantu melembapkan kulit bayi dan mengelakkannya daripada menjadi terlalu kering.

Krim untuk ruam bayi juga mudah didapati di farmasi dan secara online

Tapi antara kekurangan utama krim untuk ruam bayi ialah bahan-bahan yang digunakan dalam krim mungkin boleh menyebabkan reaksi alahan pada kulit bayi.

Ini boleh menjadikan kulit bayi lebih merah dan gatal. Oleh itu, penting untuk memilih krim yang sesuai dengan kulit bayi anda dan membaca label dengan teliti.

Produk ini juga boleh menjadi mahal bergantung kepada jenama dan kami galakkan anda berjumpa dengan doktor sebelum membeli krim untuk ruam bayi.

Selain penggunaan krim ruam bayi, ibu bapa boleh menggunakan alternatif lain seperti menjaga kebersihan bayi dan menukar lampin dengan kerap.


Berapa Lama Ruam Bayi Akan Hilang? 

Masalah ruam yang gatal dan berwarna merah pada kulit bayi dan kanak-kanak sememangnya akan menimbulkan kegusaran kepada ibu bapa. 

Jangan risau, dengan rawatan dan penjagaan kulit yang betul, ruam tersebut boleh sembuh dalam masa dua hingga tiga hari, contohnya ruam lampin.

Bagaimanapun, ada juga ruam yang akan hilang selepas beberapa minggu dan ada juga yang tak memerlukan rawatan langsung.

Sebagai contoh, ruam disebabkan cuaca panas akan sembuh dengan sendirinya dalam masa beberapa hari sahaja.  

Apa-apa pun, semuanya bergantung juga pada jenis kulit anak-anak dan keadaan semasa bayi anda. 


Penyebab Ruam Bayi 

Terdapat pelbagai jenis ruam yang dihadapi oleh kulit bayi yang ibu bapa perlu peka sebelum menyapukan apa-apa ubat bagi mengelakkan ruam menjadi lebih teruk.

Seperti ruam lampin, terjadi akibat bakteria yang terkumpul ketika memakai lampin yang kotor juga berlaku disebabkan kerengsaan kulit akibat kelembapan daripada najis bayi.

Penggunaan baby wipes atau sabun yang tidak sesuai dengan kulit anak juga boleh menjadi penyebab ruam di badan. 

Ruam akibat ekzema pula mungkin boleh terjadi sebab alahan pada sesetengah makanan atau fabrik pakaian. 

Di samping itu, cuaca yang panas juga boleh sebabkan ruam pada kulit anak anda. 

Apa pun, anda boleh ikuti video dibawah untuk mencegah ruam lampin bayi.


Soalan Lazim

Apakah krim yang sesuai untuk ruam muka bayi?

Untuk muka bayi, pilih krim berformula lembut tanpa wangian dan berasaskan bahan seperti zink oksida atau vitamin barrier, seperti yang disenaraikan di atas. Uji pada sekeping kecil kulit dahulu, dan jika ruam di muka merah, berair atau tidak reda dalam 2-3 hari, dapatkan nasihat doktor sebelum menyambung penggunaan.

Bagaimana cara menghilangkan ruam susu pada bayi?

Ruam berkaitan susu (selalunya di sekitar mulut atau dagu akibat air liur atau tumpahan susu) biasanya reda dengan membersihkan kawasan itu dengan lembut selepas menyusu dan menyapu krim barrier nipis untuk melindungi kulit. Elakkan menggosok kuat dan pastikan kulit kering sebelum menyapu krim.

Bagaimana cara menghilangkan ruam pada wajah bayi?

Sapukan krim ruam bayi yang sesuai dengan kulit sensitif dua hingga tiga kali sehari, dan kurangkan pendedahan kepada bahan yang mungkin menyebabkan kerengsaan seperti tisu basah berwangian. Jika ruam berterusan lebih daripada seminggu atau merebak, ini bukan lagi kes untuk diubati sendiri – berjumpa doktor.

Apakah ubat yang sesuai untuk merawat ruam lampin?

Krim barrier berasaskan zink oksida (seperti pilihan teratas di atas) adalah pilihan paling biasa untuk ruam lampin, disapu pada setiap pertukaran lampin. Menukar lampin dengan lebih kerap dan membiarkan kulit bayi "bernafas" seketika tanpa lampin turut membantu mempercepatkan penyembuhan.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation