Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Bedak Baby Terbaik di Malaysia 2024 (Jenama Bagus)

Tidak semua bedak sesuai untuk baby anda, jom lihat senarai kami!

Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah ibu bapa untuk sapu bedak untuk baby selepas mandi bagi mengekalkan kesegaran dan bau harum bayi. 

Bedak yang selamat untuk bayi juga boleh memberi keselesaan tambahan terutamanya ketika cuaca panas dan badan mula berpeluh. 

Memandangkan ada juga yang menggunakan bedak bayi di bahagian yang sensitif, ibu bapa perlu pastikan isi kandungan bedak bayi ini selamat dan sesuai untuknya. 

Ini bagi memastikan kulit si kecil anda tidak mudah iritasi dan naik ruam halus semasa memakai bedak baby powder.

Jom lihat senarai jenis bedak bayi yang sesuai digunakan oleh si manja dan kami juga ada kongsikan beberapa jenama bedak gatal bayi yang bagus untuk si manja anda!


Senarai 7 Bedak Baby Terbaik

Bedak terbaik untuk baby secara keseluruhan
Pureen Skin Protectant Powder AntiBacterial Formulation
Semak Pureen Skin Protectant Powder *AntiBacterial Formulation harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Tekstur bedak halus
add_circle Mengandungi Zinc Oxide
add_circle Mengandungi Chlorhexidine
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit luka

Sebab menjadi pilihan utama:

Pureen Skin Protectant Powder diformulasi dengan bahan anti bakteria yang bagus untuk kulit sensitif dan tidak menyebabkan kulit baby menjadi kasar.

Ciri-Ciri:

Pureen adalah jenama keluaran produk bayi yang terkenal dengan harga yang mampu milik. 

Dengan pelbagai rangkaian produk darinya, bedak bayi juga menjadi pilihan utama kerana selamat untuk diguna oleh baby

Kulit bayi mudah terdedah pada jangkitan bakteria dan juga ruam yang teruk akibat cuaca atau bahan mandian mereka, jadi penggunaan Pureen Skin Protectant Powder secara konsisten boleh elakkan situasi ini berlaku. 

Tekstur bedak bayi yang halus memudahkan sapuan pada badan bayi dan kulit baby anda tidak terasa tebal dan kasar.

Kandungan Zinc oxide ini membantu melegakan dan melindungi kulit bayi dari haba yang tinggi jadi sesuai digunakan ketika cuaca lembap. 

Bukan itu sahaja, bahan seperti Chlorhexidine akan melindungi kulit bayi anda daripada pembiakan bakteri akibat tindak balas dari produk yang tidak sesuai dengan kulit bayi. 

Review:

“Bagus dan sangat disarankan bagi ada yang ada masalah kulit kering dan berjerawat. Harga pun mampu milik,” 

Bedak bayi bebas paraben
Johnson
Johnson Baby Bed Time Powder
Semak Johnson Baby Bed Time Powder harga dibawah:
add_circle Diuji oleh pediatrician & dermatologist
add_circle Bebas pewarna, paraben dan phthalates
add_circle Direka khas untuk bayi
add_circle Membantu menghalang kulit dari melecet
add_circle Melembapkan kulit
remove_circle Mempunyai pewangi
remove_circle Boleh menyebabkan iritasi

Produk bedak bayi daripada jenama Johnson ini telah menjalani ujian klinikal dan disahkan selamat untuk kegunaan harian bayi. 

Ini kerana bahan yang terkandung dalam bedak bayi ini bebas dari pewarna, paraben dan phthalates.

Selain melengkapkan penggunaan bedak selepas mandi, bedak baby ini juga beri hasil kulit si kecil lebih lembut, segar dan lembap. 

Menariknya, bedak ini sesuai digunakan di waktu malam sebelum si kecil anda tidur kerana harumannya dapat memberi ketenangan sepanjang malam buat bayi. 

Chicco Baby Moments Talcum Powder
Semak Chicco Baby Moments Talcum Powder harga dibawah:
add_circle 95% dari sumber asli
add_circle SLS, SLES, Paraben, BHT free
add_circle Hypoallergenic
add_circle Beras kanji sebagai bahan utama
remove_circle Sukar didapati secara fizikal
remove_circle Harga mahal

Chicco Baby merupakan rangkaian jenama produk bayi dari Italy yang bukan sahaja fokus pada barangan baby seperti stroller malah ada juga produk penjagaan peribadi untuk baby.

Pastinya ramai parents yang akan mencari produk berasaskan sumber asli untuk bayi mereka dan bedak terbaik dari Chicco Baby ini diformulasi daripada 95% kandungannya sumber asli.

Bila buat pemilihan untuk produk bayi anda, pastikan produk bebas SLS, SLES, Paraben, BHT dan bedak Chicco ini bebas kesemua bahan yang dinyatakan.

Sumber asli utama yang digunakan adalah beras kanji yang bagus untuk buat kulit bayi lebih lembut dan teksturnya mudah menyerap. 

Paling penting, kulit bayi anda terjaga kerana bedak bayi ini bersifat hypoallergenic jadi ini tidak menyebabkan liang pori tersumbat.

Bedak baby paling wangi
Carrie Junior Powder Talc
Semak Carrie Junior Powder Talc harga dibawah:
add_circle Diperkaya dengan vitamin
add_circle Memberikan kesegaran
add_circle Kulit lembut
add_circle Bau wangi
remove_circle Ada pewangi tambahan

Dengan formula tambahan Fruito-E, Bedak Carrie Junior Groovy Grape Berry ini mengekalkan kesegaran dan keselesaan kulit bayi. 

Dihasilkan dengan gabungan semula jadi ekstrak buah-buahan, bedak bayi ini kaya dengan vitamin E dan nutrien.

Ciri ini akan bantu melegakan, menambahkan rasa kesegaran badan serta melindungi kulit bayi untuk kekal lembut dan berbau wangi.

Walaupun bedak ini mempunyai pewangi tambahan, produk ini juga mengandungi Solanum Lycopersicum untuk tingkat metabolisme badan dan buatkan diri rasa lebih tenang. 

Cara penggunaan pula sangat mudah, anda tuang sedikit bedak pada tapak tangan, ratakan bedak bayi ini pada seluruh tapak tangan dan terus sapukan pada badan bayi anda. 

AIKEN antibacterial Talc Powder
Semak AIKEN antibacterial Talc Powder harga dibawah:
add_circle Bedak untuk ruam
add_circle Menyerap lebihan kelembapan
add_circle Boleh diguna pada bahagian kaki yang berpeluh
add_circle Tekstur bedak halus
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kering

Bedak bayi terbaik dari Aiken ini memberikan kelegaan pada kulit daripada haba, iritasi, bau badan dan juga ketidakselesaan bauan kaki.

Turut berfungsi untuk menyerap lebihan minyak supaya kulit tidak mudah naik ruam dan mengurangkan rasa gatal akibat iritasi.

Bedak ini juga sangat bagus untuk melawan bakteria dan melindungi kulit dari mudah melecet akibat geseran antara kulit atau kain.

Untuk bayi, kami sarankan anda untuk sapu nipis pada kulit anak untuk beri kelegaan pada ruam terutamanya di wajah akibat peluh atau debu.

Bedak baby Aiken ini adalah bedak talkum antibakteria yang akan berikan perlindungan herba terapi dan kurangkan rasa kegatalan pada masalah kulit ringan.

Agnesia Antiseptic Powder Talcum
Semak Agnesia Antiseptic Powder Talcum harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk bayi & dewasa
add_circle Tidak mengandungi pewangi
add_circle Mengandungi zinc oxide
remove_circle Tidak disarankan untuk kulit sensitif yang teruk

Bayi atau anda sendiri sering kali menghadapi masalah kulit ruam? Bedak Agnesia ini adalah pilihan terbaik untuk bayi dan diri anda sendiri.

Bedak Agnesia ini adalah salah satu bedak antiseptik yang mengandungi bahan seperti Zinc Oxide. 

Bila ada ruam pada kulit, anda perlulah pilih bedak yang ada Zinc Oxide untuk melegakan kulit ruam dan mengurangkan rasa gatal pada kulit.

Bukan itu sahaja, bedak Agnesia ini juga boleh digunakan pada pelbagai jenis ruam termasuk ruam halus di muka anda akibat penggunaan solekan.

Menarik lagi, bedak ini juga boleh mengurangkan risiko ruam panas, ruam lampin dan rasa gatal akibat iritasi.   

Bedak yang selamat untuk bayi
HIMALAYA Baby Powder
Semak HIMALAYA Baby Powder harga dibawah:
add_circle Yashad bhasma bertindak sebagai anti microbial
add_circle Beri kesan sejuk pada kulit
add_circle Mengandungi minyak badam dan olive
add_circle Mengandungi Vetiver
remove_circle Kuantiti sedikit

Bedak baby dari HIMALAYA ini diformulasikan daripada bahan terbaik, Yashad Bhasma iaitu bahan antimicrobial pada kulit. 

Untuk pengetahuan, antimicrobial adalah agen yang akan menghentikan pertumbuhan atau membunuh mikroorganisme yang tumbuh pada kulit.

Selain itu, minyak badam dan olive dalam bedak bayi ini juga bantu melembabkan kulit dan mengelak kulit mudah melecit

Lebihan minyak pada kulit biasanya akan membuatkan kulit mudah rasa tidak selesa dan bedak bayi ini dapat bantu anda kerana mempunyai vetiver yang mengawal lebihan minyak.

Bila dalam keadaan panas, anda pakaikan sahaja pada bayi kerana bedak ini boleh memberikan kesan sejuk pada kulit.


Apakah Manfaat Dan Kegunaan Bedak Baby?

Penggunaan bedak ini boleh berkait dengan pelbagai sebab dapat merawat ruam pada penggunaan pampers, pergeseran antara kulit, bauan kurang enak dan pelbagai sebab lain.

Bila nak buat pilihan bedak pada bayi, semestinya ibu bapa akan memilih yang terbaik buat bayi mereka. Jom kami kongsikan beberapa manfaat dan kegunaan bedak baby!

  • Mencegah dan Meredakan Ruam Popok

Bedak bayi bantu menjaga kulit bayi sentiasa kering untuk kurangkan geseran dengan bahagian punggung bayi yang mungkin boleh menyebabkan ruam lampin. 

Bedak bayi juga memiliki sifat melegakan dan mengurangkan iritasi kulit yang meradang.

  • Menyerap Lembapan

Kebanyakan bedak bayi mengandung bahan yang dapat menyerap kelembapan berlebihan supaya kulit bayi tetap kering dan mengurangi risiko iritasi kulit.

  • Menyegarkan Kulit

Bedak bayi memberikan sensasi segar pada kulit bayi dan membantu menjaga kulit agar terus lembut dan halus.

  • Kurangkan Bau 

Bedak bayi dapat membantu mengurangkan bau tidak sedap yang mungkin disebabkan oleh kelembapan atau peluh kulit bayi.

Namun, penting untuk diingatkan bahawa tidak semua bayi sesuai untuk guna bedak kerana beberapa bayi mungkin memiliki kulit yang sensitif atau alergi terhadap bedak tertentu. 

Jika anda ingin menggunakan bedak bayi, pastikan untuk memilih yang bebas pewangi dan tidak mengandung bahan-bahan yang boleh menyebabkan iritasi kulit. 

Penting untuk perhatikan reaksi kulit bayi ketika penggunaan bedak dan dapatkan konsultasi doktor jika anak anda menunjukkan reaksi alergi.


Artikel Berkaitan

End of Article