Product in this article

Tidak kira apa jua sukan yang anda minati jika tidak mempunyai peralatan yang terbaik semasa bermain, pasti tidak boleh meningkatkan kemahiran atau belajar sesuatu yang baru. Begitu juga dengan permainan badminton. Selain daripada kasut, band pergelangan tangan, baju dan lain-lain, perkara yang paling penting ialah raket badminton. Mempunyai raket badminton terbaik akan membantu anda bermain dengan lebih baik, boleh menyerang dengan tepat dan sekaligus meningkatkan kemahiran anda.

Permainan yang bagus, bermula dengan menggunakan alatan yang baik. Tetapi setiap barangan yang dipilih harus diingatkan bahawa bukan jenama yang menentukan kualiti barangan atau permainan. Yang penting, skill. Ingin beraksi bagaikan Lee Chong Wei? Mari ikuti cadangan raket terbaik pada tahun ini!

Kualiti terbaik dengan harga yang mampu untuk dimiliki
1. PROTECH Badminton Racket
Kualiti terbaik dengan harga yang mampu untuk dimiliki
search Cari produk di Lazada Malaysia

Buat anda yang gemar bermain badminton tetapi masih ingin berjimat dalam pembelian, raket ini buat anda. Dengan harganya mampu milik dibawah RM 100, raket ini dicipta khas untuk permainan lasak dan fleksibel. Kualitinya yang tinggi memberikan keselesaan kepada pemain.

Diperbuat daripada gabungan material iaitu Box dan Aero serta mempunyai sistem Grommet 76 lubang. Tidak kira anda bermain di posisi apa sekalipun, raket ini direka untuk kegunaan konvensional. 

Gunakan raket ini untuk teknik smash lebih awesome
2. VICTOR Jetspeed S10 Badminton Racket
Gunakan raket ini untuk teknik smash lebih awesome
search Cari produk di Lazada Malaysia

Teknik smash menjadi antara perkara wajib dalam permainan badminton. Kelajuan bulu tangkis yang di pukul amat penting untuk mengalahkan pihak lawan. Setanding dengan namanya Victor Jetspeed, anda pasti akan digeruni kerana kemampuannya untuk menghantar bulu tangkis ke court pihak lawan dengan power sekali.

Untuk mendapat kelajuan smash yang baik, ketegangan tali haruslah bersesuaian di antara 24 hingga 26 lbs. Dengan ketegangan tali dan frame raket ini, pasti anda tampak hebat di gelanggang.

Serlahkan beginner’s luck anda dengan raket ini
3. CARLTON Badminton Racket
Serlahkan beginner’s luck anda dengan raket badminton ini
search Cari produk di Lazada Malaysia

Untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam permainan badminton, dapatkan raket daripada jenama Carlton ini. Diperbuat dari aluminium dan carbon shaft, ia tidak terlalu berat dan selesa untuk digunakan. Saiz gripnya adalah saiz sederhana ataupun medium, bersesuaian untuk kegunaan orang dewasa. Pasti tidak akan menyakitkan telapak tangan semasa menggunakannya. 

Raket yang tahan lasak untuk permainan beregu (double)
4. LI-NING Turbo Charging N9II
Raket yang tahan lasak untuk permainan beregu (double)
Buy Now RM120.00

Permainan badminton beregu bermaksud anda bermain bersama seorang partner menentang  pihak lawan yang juga 2 orang di dalam satu kumpulan. Dalam permainan beregu, sudah pasti game akan menjadi lebih agresif dan selalunya raket akan bertembung. 

Untuk mengelakkan raket rosak, raket Li-Ning ini adalah pilihan tepat kerana ianya diperbuat dengan bingkai TB Nano Dynamic Optimum, Stabilized Torsion Angle dan mempunyai sistem HDF Shock Absorption. Fleksibiliti raket ini sangat sederhana, ianya pasti akan membantu anda memenangi mata ekstra itu! 

Raket buat kanak-kanak, bakal pelapis pemain badminton negara
5. RIMTRONICS Children Basic Racket
Raket buat kanak-kanak, bakal pelapis pemain badminton negara
Buy Now RM9.50

Untuk pemain si cilik, mereka haruslah menggunakan raket khas bersesuaian dengan fizikal dan tenaga pada lengan. Jika mereka menggunakan raket saiz untuk orang dewasa, sudah pasti ianya berat dan panjang. Jadi, ibu bapa boleh membeli raket Rimtronics ini.

Keberatannya sesuai untuk si kecil kerana haruslah diukur juga kemampuan tenaga mereka untuk menghayun raket. Mempunyai kepanjangan 62cm, ianya sudah pasti membuat si cilik gembira semasa bermain badminton. Manalah tahu jika mereka bakal menjadi pemain kebangsaan satu hari nanti.

Raket yang ringan untuk aksi badminton tiada tandingan
6. MAXX Tornado Light Badminton Racket
Raket yang ringan untuk aksi badminton tiada tandingan
Buy Now RM189.90

Direka dengan menggunakan teknologi Jepun, raket badminton ini mampu memberikan kontrol dan kuasa yang maksimum untuk si pemain. Ianya diperbuat daripada 30t karbon mikro yang amat ringan, raket ini amat selesa untuk digunakan tanpa memberi kesakitan otot pada pemain.

Ciri-ciri lainnya termasuk teknologi Nano Autocure, Kelvar Joint dan Oval Drive Shaft. Pemain bolehlah memilih ketegangan tali yang dikehendaki untuk dipasang pada bingkai raket ini.  Miliki satu hari ini!

Raket terbaik dan sesuai untuk para wanita
7. YONEX Duora 10
Raket terbaik dan sesuai untuk para wanita
Buy Now RM125.00

Raket ini adalah antara yang terbaik dalam pasaran kerana jenama Yonex menjadi keutamaan pilihan pengguna. Ianya lengkap dengan teknologi Duora serta rekaan yang sesuai untuk lekaki dan wanita. Raket ini selesa untuk pemain melakukan teknik backhand dengan cepat. Selain itu ianya juga sesuai untuk kelajuan teknik smash yang kuat. Bingkainya diperbuat daripada H.M Graphite, Nanometric DR dan Ni-Ti Fiber.

Dikatakan sebagai teman baik Datuk Lee Chong Wei dalam gelanggang, raket ini sudah pasti menjanjikan anda pengalaman badminton yang luar biasa.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Peralatan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!