Product in this article

Segala jenis sukan dapat membantu meningkatkan kesihatan, dan salah satunya adalah aktiviti berbasikal yang dikatakan dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya dibahu, tangan dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh yang menarik.

Apakah jenis-jenis basikal yang ada di pasaran Malaysia?

Terdapat pelbagai jenis basikal yang ada untuk tujuan aktiviti berbukit, santai, lumba, aktiviti lasak dan sebagainya. Berikut beberapa jenis basikal telah kami senaraikan untuk anda mengikut spesifikasi tertentu.

1. Fixie Fixed Gear Bicycle Road Racing Bike

Basikal lumba atas jalan raya terbaik

Harga mulai RM280.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM280.00

Reka bentuk yang unik dan bergaya menjadikan sumber tarikan kepada basikal ini. Ia direka dengan karbon fiber yang berkualiti tinggi dan mempunyai sistem kelajuan shimano iaitu 18 kelajuan sora. Oleh kerana kehebatan yang dimiliki, ia turut menjadi basikal yang digemari oleh para penunggang basikal di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.

2. MyTools 26" Wheels Sport Mountain Bike 7 Plates 21 Speeds Change Road MTB Bicycle

Basikal sesuai untuk aktiviti riadah dan murah

Harga mulai RM303.03

shopping_cart Lazada Malaysia RM303.03 shopping_cart MyTools RM303.03

Ia hadir dengan pemegang yang stabil, 21 penukar kelajuan, tempat duduk yang selesa dan juga mempunyai body aluminium dan rim yang ringan serta tahan lasak yang sesuai untuk trek yang tidak rata.

Basikal ini melengkapi waktu riadah anda setiap hari.

3. Marsstar 20" Talus-I Foldable Bicycle With Rear Shifter

Basikal lipat terbaik yang ada gear

Harga mulai RM309.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM309.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM329.00

Basikal lipat yang kecil, mudah dan mempunyai 7 kelajuan yang boleh diselaraskan. Ia basikal yang diperbuat daripada besi aloi dan ringan untuk memberikan kelancaran ketika menunggang.

Selebihnya ia juga seperti basikal yang lain yang mempunyai brek, pedal, penukar kelajuan, tempat duduk yang selesa dan di tambah dengan tempat duduk pembonceng. Sangat mudah, anda hanya perlu lipat dan boleh dibawa ke mana sahaja walaupun ketika melancong.

4. Totem 26" TY5.0 Mountain Bike

Basikal bukit terbaik

Harga mulai RM575.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM575.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM575.00

Reka bentuk yang menarik dan keunikan basikal ini memberikan anda pengalaman menunggang yang memuaskan dengan kawalan kelajuan yang boleh diselaraskan mengikut kemahuan anda. Selain itu, ia direka dengan TZ50 rear derailleur yang memberikan penukaran gear yang lancar ketika menunggang, serta dilengkapi dengan tempat duduk yang selesa.

Tambahan pula, pedal yang mencengkam dapat memastikan agar kaki tidak menggelongsor, sekaligus mengutamakan keselamatan anda. Ia diperbuat daripada besi aluminium berkualiti yang tahan karat dan bagus walaupun digunakan dalam keadaan basah sekali pun.

5. Fresco Electric Bicycle Cool Bike 5

Basikal elektrik berbakul

Harga mulai RM1,788.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM1,788.00

Basikal yang mempunyai bateri yang boleh di charge ini boleh menampung sehingga 120kg muatan dan boleh mencapai kelajuan sehingga 28km-30km/jam. Ia juga datang dengan bakul hadapan untuk memudahkan anda meletak barangan. Kini boleh lah anda bergerak ke destinasi yang berdekatan dengan mudah tanpa perlu membawa kenderaan.

6. ASOGO A1726576-BC Mountain Bike Bicycle

Basikal untuk beginner yang berbadan besar atau gemuk

Harga mulai RM329.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM329.90

Basikal ini mempunyai tempat duduk yang selesa dan 18 gear kelajuan pada pemegang tangannya. 

Bukan sahaja itu, malah rangka badannya pula dibina dengan besi aloi tahan karat dan juga boleh menampung berat sehingga 120kg. Mudah untuk ditunggang dan sesuai bagi yang baru ingin melakukan aktiviti berbasikal.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecergasan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!