Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
serum rambut malaysia

17 Serum Rambut Terbaik di Malaysia 2024

Serum alternatif terbaik untuk dapatkan rambut yang sihat!

Memiliki rambut yang cantik dan sihat merupakan impian setiap wanita kerana rambut adalah makhota mereka.

Dengan penggayaan rambut yang diidamkan secara tidak langsung diri anda akan menjadi lebih yakin terutama untuk mereka yang pakai tudung.

Jadi bagi mendapatkan rambut yang sempurna, anda memerlukan penjagaan rapi dengan penggunaan syampu dan hair serum terbaik.

Ini kerana dapat memberi nutrisi yang cukup pada setiap helaian rambut rosak supaya rambut jadi sihat, akar rambut lebih kuat, bersinar, tidak pecah atau merekah.

Ada pelbagai jenis serum rambut seperti serum lebatkan rambut, serum rambut gugur, serum untuk rambut berminyak, pelembut rambut dan banyak lagi.

Bagi memudahkan pencarian anda, kami telah menyenaraikan serum rambut terbaik. Jom lihat!


Senarai 17 Serum Rambut Terbaik

Serum rambut terbaik secara keseluruhan
L’Oreal Paris Elseve Extraordinary Oil Gold
L’Oréal Paris Elseve.jpg
mulai
RM18.28
Semak L’Oreal Paris Elseve Extraordinary Oil Gold harga dibawah:
add_circle Mudah menyerap
add_circle Rambut lebih terurus
add_circle Anti rambut mengembang
add_circle Diperkaya dengan 6 jenis bunga
add_circle Melindungi dari kerosakan sinaran matahari
remove_circle Harga mahal
remove_circle Bau seperti herba ginseng

Sebab menjadi pilihan utama:

Serum ini mempunyai tekstur yang pekat dan mudah menyerap jadi tidak akan menyebabkan rambut anda mudah berminyak.

Ciri-ciri:

Jika anda menghadapi masalah rambut yang kering dan mudah tersimpul boleh menyebabkan rambut anda makin rosak dan tidak terurus.

Masalah ini boleh diatasi dengan serum rambut L’Oreal kerana dapat menjadikan rambut anda kurang kembang dan nampak lebih rapi serta kemas.

Malah dengan gabungan 6 jenis bunga yang kaya dengan Omega, pasti dapat memberikan hasil rambut yang sempurna.

Lebih-lebih lagi jika anda sering menggunakan alat pemanas pada rambut, sebaiknya guna serum ini supaya tidak rosak kerana serum ini dapat beri perlindungan sehingga suhu 200.

Ingin diingatkan disebabkan serum rambut ini memiliki tekstur yang pekat, cukup dengan hanya 1 pump untuk meratakan keseluruhan rambut.

Review:

“Untuk pemakaian kali pertama sudah menampakkan hasil, tapi hasil terbaik bila anda apply sebanyak dua kali, sewaktu rambut lembap dan kering.“

Serum rambut rebonding
Kerastase
serum untuk rambut kusam (Serum untuk rambut kusam)
mulai
RM120.00
Semak Kerastase Resistance Serum Therapiste (30ml) harga dibawah:
add_circle Rawat rambut rosak dan hujung bercabang
add_circle Rambut berkilau dan kekal bermaya
add_circle Dapat memulihkan semula fiber rambut
remove_circle Harga mahal

Kérastase Resistance Therapiste Serum mampu mengubah helaian rambut yang rosak menjadi sihat.

Selain itu, sesuai untuk kegunaan anda yang mengalami masalah rambut yang tebal dan tidak teratur supaya tidak kembang dan keras.

Ini kerana kandungan serum ini mengandungi asid amino dan formula yang unik, dimana  dapat beri perlindungan haba sehingga 230° C jadi anda dapat mengelakkan hujung rambut berpecah dan rambut yang tidak bermaya. 

Rasai keunikan serum ini untuk mendapatkan rambut yang berkilau dan kekal bermaya supaya anda akan melangkah keluar untuk bersantai dengan penuh yakin! 

Serum rambut lelaki
Good Virtues Co.
Terbaik untuk rambut mengembang
mulai
RM10.98
Semak Good Virtues Co. Multiple Repair Hair Serum (100ml) harga dibawah:
add_circle Aroma serum yang terbaik dan bau tahan lama
add_circle Rambut menjadi lembut dan bermaya
add_circle Hanya pump sedikit sahaja
add_circle Bau wangi
remove_circle Sedikit 'greasy' dan ambil masa untuk menyerap ke dalam rambut
remove_circle Ambil masa untuk menyerap ke dalam rambut

Good Virtues Co. Multiple Repair Hair Serum ini diperkaya dengan minyak Habbatus Sauda organik, vitamin E dan sesuai untuk rambut lelaki.

Fungsi bagi 2 bahan ini bagi membantu menyelesaikan masalah rambut bercabang, mengembang yang tidak teratur, kusut dan kasar.

Jangan risau, serum ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, Paraben, dan warna sintetik yang boleh menyebabkan masalah iritasi. 

Disebabkan kandungan serum ini tidak mengandungi bahan kimia, membuatkan rambut anda kelihatan lembab, sihat dan wangi sepanjang hari. 

Rambut anda akan menjadi lebih lembut, teratur dan tidak mengembang lagi selepas anda guna setiap hari secara konsisten.

mulai
RM14.84
Semak Safi Shayla Smooth And Manageable Hair Serum (50ml) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk wanita berhijab
add_circle Mengekalkan hidrasi
add_circle Menghalang radikal bebas pada rambut
add_circle Mampu membaik pulih kerosakan
remove_circle Tekstur seperti minyak

Bagi anda yang berhijab, kemungkinan untuk mengalami masalah rambut kering, helaian rambut tidak bermaya dan kusam adalah sangat tinggi.

Tapi, anda tidak perlu risau lagi apabila menggunakan serum rambut daripada Safi Shayla ini. 

Ini kerana serum ini tidak membuatkan rambut melekit dan akan memberi kelembutan dan sinaran buat rambut anda sepanjang masa. 

Rambut yang selalu tertutup sepanjang hari pasti akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Dengan serum ini, dapat memberikan haruman wangian pada rambut anda, walaupun berhijab. 

mulai
RM15.00
Semak WATSONS Halal Repairing Hair Serum (100ml) harga dibawah:
add_circle Halal
add_circle Harga murah
add_circle Bau wangi
add_circle Memberikan kebaikan kepada kulit kepala dan rambut
add_circle Mengandungi omega 3, habbatus sauda, vitamin
remove_circle Tekstur cair

Serum rambut biasanya harga mahal tapi seperti biasa produk dari Watsons ini semestinya harga mampu milik dengan kualiti tinggi dengan produk antarabangsa lain. 

Dengan harga murah, serum ini diperkaya dengan omega 3, Habbatus Sauda dan vitamin untuk memberi rambut anda kelihatan sihat.

Bukan itu sahaja, serum ini juga akan bantu anda merawat dan memberikan kesihatan terbaik untuk kulit kepala anda. 

Tunggu apa lagi? Jom miliki serum ini untuk dapatkan rambut sihat dengan harga yang berpatutan.

Serum anti-frizz terbaik untuk menguruskan rambut kusut
Faith Fleur
serum faith fleur
mulai
RM20.00
Semak Faith Fleur Serum Legend harga dibawah:
add_circle Aroma yang wangi
add_circle Tidak meninggalkan residu berminyak
add_circle Rambut bertambah lembut
remove_circle Mengandungi pewangi

Kelebihan yang terdapat pada serum anti-frizz Faith Fleur keluaran Citymary ini adalah dapat mengurangkan beberapa masalah rambut.

Antaranya keguguran rambut, mempulihkan kerosakan rambut, mencegah kelemumur atau ‘flakey’ pada kulit kepala.

Selain itu, dapat berfungsi untuk mengelakkan masalah rambut kering dan menggalakkan kadar penumbuhan rambut baru supaya rambut tampak lebih lebat. 

Bukan itu sahaja, serum ini juga mampu untuk memberi kelembutan pada rambut dan dapat berikan rambut kelihatan segar serta bermaya.

Anda tidak perlu risau, serum rambut ini tidak berminyak dan mempunyai tekstur yang sederhana pekat yang akan mudahkan anda sapu pada seluruh rambut.

Bagaimanapun, serum ini mempunyai bahan pewangi tambahan dan mungkin tidak sesuai untuk mereka yang ada masalah kuit kepala sensitif. 

Serum rambut terbaik untuk rambut gugur
Blondee
mulai
RM10.90
Semak Blondee Crystal Repair Hair Serum (120ml) harga dibawah:
add_circle Lindungi rambut dari sinaran UV
add_circle Tidak perlu bilas menggunakan air
add_circle Membaiki kerosakan rambut dari akar umbi
remove_circle Tekstur sedikit berminyak

Serum Blondee Crystal Repair Liquid ini terbaik untuk membaiki kerosakan pada rambut terutamanya pada hujung rambut.

Serum berkonsentrasi tinggi ini memberi perlindungan dari sinaran UV pada rambut anda jadi rambut tidak mudah rosak dan nipis.

Selain itu, mudah menyerap di setiap helaian rambut agar tidak berisiko terdedah pada radikal bebas.

Bahan aktif yang terdapat di dalam serum ini dapat ‘bekerja’ dengan baik jika cara penggunaannya juga dengan betul. 

Cukup titiskan pada telapak tangan dan sapukan pada keseluruhan rambut dan pastikan setiap helaian mendapat nutrisi yang sama.

Untuk kesan lebih baik, gunakan serum ini semasa rambut anda sedang basah. 

mulai
RM41.79
Semak Schwarzkopf BC Scalp Genesis Rebalancing Serum (100ml) harga dibawah:
add_circle Melembutkan rambut
add_circle Mengatasi kegatalan kulit kepala
add_circle Beri sensasi dingin
remove_circle Sedikit mahal

Schwarzkopf merupakan satu jenama tidak asing bagi dunia pendandan rambut dan cukup terkenal dengan keberkesanannya.

Walaupun harganya mahal, jenama ini boleh dikatakan rangkaian penjagaan rambut terbaik dan bagus untuk rambut bermasalah.

Malah, Schwarzkopf sangat sesuai untuk yang alami masalah kulit kepala berkelemumur dengan teruk.

Tambah pula, dapat menenangkan kulit kepala yang cepat sensitif terhadap bahan kimia berbahaya dan memperbaiki tekstur rambut menjadi lembut.

Diperkaya dengan Vitamin B5 dan bahan anti-fungal, serum ini dapat menghapuskan flakey pada kulit kepala dan meredakan iritasi serta kegatalan dengan baik.

Serum rambut terbaik selepas bersalin
Mama's Choice Strengthening Hair Serum
mulai
RM33.90
Semak Mama's Choice Strengthening Hair Serum harga dibawah:
add_circle Tidak melekit
add_circle Tiada alkohol, paraben & silikon
add_circle Boleh dipakai juga ketika hamil
add_circle Cepat meresap
remove_circle Harga mahal

Para ibu yang baru lepas bersalin tak perlu susah-susah ke salon untuk dapatkan rawatan rambut gugur sebab boleh buat sendiri di rumah dengan serum rambut ini. 

Dengan penggunaan yang konsisten, kami yakin mampu mengurangkan kehilangan rambut sehingga 71%. 

Ini kerana pertumbuhan rambut baru juga bakal digalakkan dengan bahan yang terkandung dalam produk ini. 

Diformulasikan daripada buah kiwi dan buah keras yang masing-masing kaya dengan vitamin untuk menguatkan akar rambut.

Malah bahan yang terkandung juga boleh sihatkan kulit kepala hingga hujung rambut. 

Sesuai digunakan oleh semua jenis rambut dan paling penting, tak perlu bilas lepas pakai.

Serum melebatkan rambut
Lucido L Hair Vitamin Oil Avocado
Lucido L Hair Vitamin Oil Avocado_1
mulai
RM0.00
Semak Lucido L Hair Vitamin Oil Avocado harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk rambut kering
add_circle Menjadikan rambut lebih lembut
add_circle Mengandungi vitamin A, C dan E
remove_circle Tekstur sedikit melekit

Lucido hair serum ini dijual dengan harga yang mampu milik dan kuantiti yang banyak membuatkan pembeliannya berbaloi.

Masalah rambut kering wajib anda rawat dengan menggunakan serum Avocado untuk mengurangkan masalah tersebut dan rambut tampak lebih sihat. 

Bukan itu sahaja, rambut yang rosak juga makin berkurang kerana serum ini diperkaya dengan vitamin A, C dan E untuk nutrisi terbaik pada rambut. 

Rambut yang kering dan rosak ini kebiasaannya keras dan kasar, tapi serum Lucido menjadikan rambut anda lebih lembut!

Serum rambut terbaik untuk lelaki
Ginger King Hair Growth Serum
mulai
RM3.99
Semak Ginger King Hair Growth Serum harga dibawah:
add_circle Bau wangi
add_circle Sesuai untuk tebalkan semula rambut
add_circle Tekstur tidak melekit
add_circle Mengawal minyak rambut
add_circle Kurangkan rambut gugur
remove_circle Saiz botol kecil

Jika anda mahu serum yang berkesan, botol bersaiz kecil dan mudah dibawa, anda boleh dapatkan Ginger King Hair Growth Serum 30ml ini.

Bukan sahaja berbau wangi, serum ini sesuai untuk anda yang mengalami masalah keguguran rambut yang teruk dan akan bantu anda tumbuh semula anak rambut baru.

Dengan kandungan Ginseng yang ada dalam serum ini akan meningkatkan Proliferasi Papila Dermal yang akan merangsangkan pertumbuhan rambut dengan cepat.

Memiliki tekstur yang tidak melekit akan mudahkan anda sapu pada seluruh akar rambut dan mudah menyerap bagi memastikan minyak rambut dapat di kawal dengan baik. 

Menerusi ulasan di Shopee, ramai pengguna menyatakan serum ini membantu mereka kurangkan rambut gugur dan masalah kelemumur dengan baik. 

Ini kerana bahan Polgonum Multiforum membantu merawat rambut yang ada masalah kelemumur, manakala Angelica pula akan bantu mengurangkan masalah keguguran rambut. 

Sebagai peringatan, anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan serum ini di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari bagi mengelakkan serum mudah rosak. 

Serum rambut untuk rambut kering
Mise En Scene
Mise En Scene Perfect Repair Serum
mulai
RM28.80
Semak Mise En Scene Perfect Repair Serum harga dibawah:
add_circle Boleh rawat masalah rambut bercabang
add_circle Sesuai untuk rambut kering & akar rapuh
add_circle Diperkaya argan oil
remove_circle Tekstur sedikit pekat

Anda mempunyai masalah rambut kering, mudah putuh dan bercabang? Boleh cuba Mise En Scene Perfect Repair Serum ini.

Serum ini mengandungi 7 minyak terpilih antaranya; Argan Oil, Camelia Oil, Marula Oil, Olive Oil, Jojoba Oil, Coconut Oil dan Apricot Oil.

Dengan kadungan premium minyak terpilih, ia menjadikan rambut anda lembap sebaiknya dan merawat rambut yang rosak.

Selain itu, serum ini juga melindungi rambut daripada menjadi rosak dan membuatkan rambut lebih lembut dan berkilat.

Anda boleh pilih antara 5 jenis serum dari jenama ini, antaranya:

  • Original (Orange) - Untuk kerosakan rambut yang biasa.

  • Rose (Hot Pink) - Mengandungi haruman ros dan untuk kerosakan rambut biasa.

  • Styling (Pink) - Untuk rambut yang digayakan selalu.

  • Super Rich ( Red) - Untuk rambut rosak teruk.

  • Watery (Grey) - Serum pelembap yang ringan, bersama haruman limau untuk melembapkan rambut. Sesuai untuk rambut nipis dan kasar.

Serum ini boleh digunakan semasa rambut kering ataupun basah, jadi ikut kesesuaian anda untuk menggunakan serum ini.

Serum rambut terbaik untuk rambut rosak
L'Oreal Paris
L'Oreal Paris Elseve Extraordinary Oil Pink
mulai
RM44.93
Semak L'Oreal Paris Elseve Extraordinary Oil Pink harga dibawah:
add_circle Untuk rambut rosak & bercabang
add_circle Beri kelembapan berpanjangan
remove_circle Harga sedikit mahal

Jenama yang tidak asing lagi bagi penjagaan rambut wanita, L'Oreal Paris Elseve Extraordinary Oil Pink sesuai digunakan jika anda mempunyai rambut yang rosak atau bercabang.

Diperkaya dengan ramuan 6 jenis minyak bunga, serum rambut ini akan memberikan kelembapan berpanjangan dan berikan kelembutan serta kilauan.

Tambahan lagi, rambut anda tidak akan nampak berminyak selepas memakai serum ini. 

Apa yang bagus, serum ini mampu menyerap dalam sehingga keratin rambut dan akar rambut, menjadikan rambut lebih sihat dari dalam.

Anda boleh gunakan serum ini sebelum dry rambut untuk elakkan rambut menjadi kering atau cepat rosak.

Serum rambut untuk rambut berwarna
Lucido-L
Lucido-L Argan Rich Oil Hair Treatment Oil
mulai
RM23.99
Semak Lucido-L Argan Rich Oil Hair Treatment Oil harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk rambut kering
add_circle Mengandungi argan oil
add_circle Menggalakkan pertumbuhan rambut
remove_circle Perlu pilih jenis yang bersesuaian

Serum Lucido-L ini mengandungi argan oil yang diketahui memberikan kelembapan dan kesihatan yang terbaik pada rambut melalui kandungan seperti Vitamin E dan fatty acids.

Selain memberi kelembapan berpanjangan, ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut agar rambut cepat panjang.

Bukan sahaja boleh bertindak memperbaiki rambut yang rosak dan rambut bercabang, malah turut meninggalkan kesan kilauan pada rambut dan membuatkan rambut nampak lebih cantik.

Anda boleh pilih antara 5 pilihan serum dari jenama ini:

  • Green -Untuk yang mahukan rambut berkilat dan sihat.
  • Purple - Untuk yang mahukan rambut lembut dan mudah diuruskan.
  • Blue - Untuk yang suka kelembapan rambut secara mendalam dan meninggalkan kesan seperti emas pada rambut.
  • Pink - Untuk yang mahukan rambut terasa ringat dan berurai bebas.
Serum rambut untuk kulit kepala kering
Kerastase Paris
Kerastase Discipline Oleo Relax Advanced Serum
mulai
RM116.00
Semak Kerastase Discipline Oleo Relax Advanced Serum harga dibawah:
add_circle Mengurangkan rambut kusut
add_circle Perlindungan anti-frizz
add_circle Menyerap sehingga ke akar rambut
remove_circle Harga mahal

Minyak rambut yang sangat berkhasiat, ia mengekalkan kelembapan rambut sehingga ke bahagian dalam dan memastikan rambut licin dari akar ke hujung.

Apa yang membuatkan serum rambut ini bagus adalah kerana mengandungi 3 minyak utama yang mengawal rambut yang kerinting agar mudah diurus.

Kelebihan lain, ia membuatkan rambut anda mudah diurus sepanjang hari walaupun dalam keadaan rambut yang lembap dan licin.

Tambahan lagi, serum ini memberikan perlindungan terhadap haba sehingga 230 darjah, menjadikan ia serum yang sempurna sekiranya anda gemar atau kerap menggayakan rambut bagi menghalang dari rambut terus rosak.

Serum rambut terbaik untuk menumbuhkan rambut
The Ordinary
The Ordinary Multi-Peptide Serum for Hair Density
mulai
RM132.90
Semak The Ordinary Multi-Peptide Serum for Hair Density harga dibawah:
add_circle Menumbuhkan rambut
add_circle Bahan berkualiti tinggi khas untuk rambut
add_circle Memberi kelembapan
remove_circle Tiada bau wangi

Dengan kandungan bahan berteknologi tinggi, serum ini mampu membantu rambut kelihatan lebih segar, tebal, padat dan lebih sihat secara keseluruhan.

Ia mampu untuk mengaktifkan semula sel stem folikel rambut, mengubah rambut dari akar ke hujung dan membuatkan rambut lebih lebat serta sihat.

Antara bahan berteknologi tinggi yang terkandung dalam serum ini adalah seperti Redensyl yang bertindak mengaktifkan stem cells, dan Baicapil yang bertindak memberi kekuatan kepada folikel rambut serta meningkatkan kualiti dan kuantiti rambut.

Bagaimanapun anda perlu berhati-hati tidak membeli produk The Ordinary Multi-Peptide Serum for Hair Density yang tiruan, dan kami di sini hanya kongsikan link yang tulen sahaja.

Jadi, jika anda mahu merawat rambut anda yang semakin menipis dan mahukan rambut kelihatan lebat kembali, boleh dapatkan serum rambut dari The Ordinary ini.


Apakah Kelebihan Menggunakan Serum Rambut?

Banyak manfaat yang rambut anda perolehi jika memakai serum rambut, terutamanya rambut yang menghadapi masalah kering atau kusam. 

Langkah penjagaan rambut bukan sekadar pada membersih atau merapi tapi juga pada mengekalkan nutrisi rambut. 

Mungkin kita lupa, struktur rambut sangat halus dan mudah putus. 

Maka ia memerlukan penjagaan yang khas bagi memelihara keratin, folikel dan pertumbuhan rambut. 

Anda boleh memilih serum rambut mengikut kesesuaian rambut atau masalah rambut yang ingin diatasi.

Hasil menyapu serum pada rambut bukan sahaja membantu membaikpulih masalah rambut tapi juga terbaik untuk styling

Penggunaan serum akan menjadikan rambut terlihat rapi, berbau harum dan berkilau sepanjang masa. 

Ada sesetengah serum juga turut merawat kulit kepala yang kering dan ada masalah mengelupas. 


Bagaimana Cara Pemakaian Serum Rambut Terbaik?

Cara menggunakannya sangat mudah, hanya perlu sapu rapi pada rambut lembap, bergantung pada cara penggunaan setiap produk.  

Selain itu, hanya memerlukan 1-2 pumps sudah cukup memadai untuk di sapukan pada rambut anda. 

Ada sesetengah serum, seeloknya dipakai selepas rambut anda kering. 

Serum ini hanya perlu dipakai pada hujung rambut, ini kerana pada bahagian hujung rambut kebiasaannya banyak kerosakan yang terjadi. 

Nak hasil terbaik, anda perlulah rajin pakai setiap kali syampu rambut tau!

Apa pun jom lihat video di bawah untuk tips hair care routine.


Bolehkah Serum Rambut Digunakan Pada Semua Jenis Rambut?

Kebiasaannya serum rambut dihasilkan mengikut jenis rambut dan untuk menyelesaikan masalah-masalah rambut tertentu. seperti untuk merawat rambut kering, bercabang, dan rambut nipis.

Jadi, jawapan singkatnya adalah tidak semua serum sesuai untuk semua jenis rambut dan anda perlu mengetahui terlebih dahulu apa masalah pada rambut anda sebelum membuat pembelian serum rambut.

Bagaimanapun, terdapat juga sesetengah serum yang dihasilkan untuk tujuan general seperti memberi kelembapan yang sesuai digunakan untuk semua jenis rambut.

Jika anda tidak pasti apakah jenis serum yang sesuai untuk rambut anda, boleh mendapatkan dahulu nasihat dari pakar rambut supaya anda tidak membazir beli serum yang salah. 


Artikel Berkaitan

End of Article