Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Sabun Mandi Paling Wangi & Tahan Lama di Malaysia 2024

Puas hati bila dapat mandi dengan sabun mandi yang wangi.

Sabun badan merupakan bahan mandian yang wajib ada dalam rutin seharian kita.

Lagipun negara memiliki geografi iklim khatulistiwa yang menjadikan kita perlu mandi sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sehari sebab cuaca panas dan lembap buatkan kita mudah berpeluh.

Jika tidak, badan akan rasa berlengas, melekit dan lebih teruk akan mengakibatkan daki atau kurap.

Jadi tidak hairanlah jika di pasaran begitu banyak pemilihan sabun mandi Malaysia dari pelbagai jenama sabun mandi.

Jom lihat senarai body wash wangi atau shower gel wangi yang tahan lama dan puas digunakan.


Senarai 15 Sabun Mandi Paling Wangi

Sabun mandi wangi terbaik secara keseluruhan
Dettol Shower Gel Skincare
mulai
RM11.61
Semak Dettol Shower Gel Skincare harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Membunuh kuman sehingga 99.9 peratus
add_circle Memberi perlindungan daripada kulit kering sehingga 8 jam
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan:

Sesuai untuk kulit kering dan sensitif, disamping memberi perlindungan pada kulit kering dan mampu membunuh 99.9 peratus kuman.

Ciri-ciri:

Ujian dermatologika dilakukan dan didapati dapat memberi perlindungan daripada kulit kering selama 8 jam.

Malah, dengan formula dari bahan semula jadi dan pembersihan daripada tumbuhan, pasti dapat memberi pembersihan yang menyeluruh.

Jangan risau, sabun ini tidak mengandungi bahan TCC dan Triclosan dan bacaan PH seimbang menjadikan sabun ini sesuai untuk kegunaan harian.

Review:

“Baunya sangat baik dan membuatkan kulit lembut sepanjang hari. Kulit keluarga saya jenis sensitif, jadi memang sesuai pakai.”

Carrie Junior Hair and Body Wash Groovy Grapeberry
mulai
RM17.26
Semak Carrie Junior Hair and Body Wash Groovy Grapeberry harga dibawah:
add_circle Dapat melembutkan kulit
add_circle Tidak membuatkan mata bayi pedih
add_circle Mengandungi ekstrak buah-buahan
remove_circle Hanya sesuai untuk kanak-kanak

Disebabkan Carrier Junior menggunakan ekstrak semula jadi buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan nutrien, ini membuatkan sabun mandi untuk bayi sangat wangi.

Malah, dapat melembutkan dan membersihkan badan si comel anda dengan berkesan.

Boleh digunakan pada bahagian rambut dan seluruh badan kanak-kanak.

Jangan risau, sabun ini bebas paraben menjadikan selamat digunakan kerana tidak memedihkan mata bayi.

Cara penggunaannya mudah sahaja, letakkan sabun dalam jumlah yang sesuai dengan saiz badan bayi pada span atau tapak tangan.

Kemudian, sapukan daripada rambut hingga ke kaki yang basah dan bilas sebersihnya.

Sabun mandi vanilla
May Bar Soap 85gX4
mulai
RM3.90
Semak May Bar Soap 85gX4 harga dibawah:
add_circle Terdapat 5 jenis wangian
add_circle Melembutkan kulit
add_circle Sesuai untuk semua peringkat umur
remove_circle Tidak sesuai bagi yang mempunyai masalah kulit kering

Dengan pek 4 buku sabun pada harga sekitar RM3.50-5.00, pastinya menjadi pembelian berbaloi dan menjimatkan.

Pek sabun wangi ini mempunyai pilihan 5 jenis wangian iaitu Diamond Dazzle, Rose Pleasure, Lavender Calm, White Radiance dan Milk Luxury.

Jadi dengan ramuan untuk penjagaan kulit pastinya memberikan kelembutan, kebersihan pada kulit anda.

Walaupun murah, sabun ini mampu bertahan sehingga 6 bulan. Sangat menjimatkan!

Lux Cooling Edition Bodywash
mulai
RM7.69
Semak Lux Cooling Edition Bodywash harga dibawah:
add_circle Dapat mencerahkan kulit
add_circle Mengandungi 4 khasiat yang berbeza
remove_circle Perlu memilih mengikut kesesuaian kulit

Terdapat empat pilihan wangian yang berbeza dimana setiap satunya dapat memberi khasiat yang berbeza mengikut jenis wangian.

Tetapi bau yang paling best adalah Muquet, mempunyai wangian yang mampu tahan lama.

Selain itu, antara kelebihan sabun badan ini, membantu penghasilan kolagen yang sihat dalam menjaga keanjalan kulit dan tona untuk awet muda.

Dengan khasiat yang ada, masalah kulit badan anda pasti dapat diselesaikan dengan mudah.

Safi Antibacterial Shower Cream Berry Smoothie
mulai
RM9.24
Semak Safi Antibacterial Shower Cream Berry Smoothie harga dibawah:
add_circle Mampu membunuh kuman sehingga 99 peratus
add_circle Dapat mencerahkan kulit
add_circle Bebas paraben
add_circle Bebas alkohol
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit bermasalah

Dengan kombinasi bahan semulajadi Strawberry, Lime dan Barli pastinya dapat menghasilkan bau yang menyenangkan.

Bukan saja wangi tapi mampu memberikan perlindungan harian kepada keluarga dengan membasmi sebanyak 99 peratus kuman.

Sabun ini bebas paraben, bebas alkohol menjadikan kulit anda tidak akan akan mengalami iritasi.

Bahan yang terkandung dalam sabun ini mampu memberi kecerahan pada kulit dan ini telah dibuktikan dari ujian In-Vitro.

Tapi, jika mengalami masalah kulit dan keadaan kulit semakin teruk, sebaiknya elakkan dari menggunakannya lagi.

Sabun mandi wangi tahan lama
The Body Shop British Rose Shower Gel
mulai
RM38.00
Semak The Body Shop British Rose Shower Gel harga dibawah:
add_circle Diperbuat daripada ekstrak bahan semulajadi
add_circle Dapat melembutkan dan menyegarkan kulit
add_circle Telah menjalani ujian dermatologi
remove_circle Harga mahal

Sabun ini dirumus dengan 92 peratus bahan semula jadi termasuk ekstrak ros dan aloe vera dari Mexico.

Bahan semula jadi ini dapat memberi kelembutan pada kulit serta memberi haruman seakan bunga.

Fakta ini telah dibuktikan setelah menjalani ujian dermatologi dan diperakui oleh The Vegan Society.

Sekaligus sabun dari jenama The Body Shop sesuai untuk semua jenis kulit.

Malah, botol sabun ini diperbuat daripada bahan mesra alam dan boleh dikitar semula.

Sabun mandi wangi shower gel
Shokubutsu Body Wash Sakura
mulai
RM6.72
Semak Shokubutsu Body Wash Sakura harga dibawah:
add_circle Menggunakan ramuan bahan semulajadi
add_circle Dapat melembutkan kulit
add_circle Dapat mencegah penuaan
add_circle Tidak melekit
remove_circle Terasa seperti ada lagi sabun walaupun badan sudah dibilas

Jenama sabun dari Jepun ini diperkaya dengan ramuan semula jadi seperti beras.

Bahan ini telah menjadi sinonim dengan wanita Jepun untuk mengekalkan kecantikan kulit.

Bagaimanapun Shokubutsu telah menemui rahsia keajaiban NukaOil atau minyak beras yang merupakan sumber semula jadi antioksidan.

Penemuan bahan baru ini dikatakan dapat memberi kulit kelihatan bersinar sekaligus dapat menghalang penuaan.

Selain itu, sabun ini diperkaya dengan formula pembersihan daripada tumbuhan yang memberi kelembutan pada kulit.

Tekstur sabun tidak melekit dan kandungan wangian infusi semula jadi menjadikan baunya tahan lama.

Sabun mandi wangi yang cair
Dove Shower Gel Beauty Nourishing
mulai
RM20.00
Semak Dove Shower Gel Beauty Nourishing harga dibawah:
add_circle Melembut dan melembabkan kulit
add_circle Menggunakan bahan semulajadi
add_circle Tidak menyakitkan kulit
add_circle Kandungan PH rendah
remove_circle Harga mahal

Sabun pelembap ini menggabungkan formula Nutrium Moisture dari bahan semula jadi dengan pembersih ringan.

Kombinasi bahan ini untuk mengekalkan kebersihan, kelembutan dan kelembapan pada kulit.

Sabun ini juga dapat memberi kulit menjadi lembut dengan hanya satu kali mandian.

Malah, jika pakai dengan konsisten minggu demi minggu akan membuatkan kulit lebih gebu, lembut dan licin.

Untuk pengetahuan anda, sabun ini menggunakan formula bukan sabun tapi menggunakan teknologi pembersihan daripada asid amino yang lebih lembut dan licin.

Kandungan PH dalam sabun ini rendah, tidak melebihi 7 membuatkan kulit tidak menjadi kasar atau menyebabkan iritasi.

Ginvera World Spa Swiss Body Wash Lavender and Chamomile
mulai
RM5.88
Semak Ginvera World Spa Swiss Body Wash Lavender and Chamomile harga dibawah:
add_circle Memberi ketenangan untuk tidur selepas mandi
add_circle Dapat melembutkan kulit
add_circle Bebas paraben
add_circle Harga murah
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit bermasalah

Sabun ini diperkaya dengan minyak pati lavender yang diformula dengan ekstrak Lavender dan Chamomile.

Gabungan ekstrak ini menjadikan bauan yang dihasilkan sangat wangi dan tahan lama.

Bukan saja wangi tapi sabun ini dapat membersihkan badan sekaligus menjadikan tekstur kulit lembut.

Jika anda menggunakan sabun ini sebelum tidur, pasti dapat memberi ketenangan sewaktu tidur.

Sabun mandi lelaki wangi
Lifebuoy
Lifebuoy Total 10 Shower Gel
mulai
RM16.90
Semak Lifebuoy Total 10 Shower Gel harga dibawah:
add_circle Membersih secara mendalam
add_circle Melindungi kulit daripada kuman
remove_circle Bau tidak terlalu wangi

Lifebuoy Total 10 mengandungi ramuan yang dipatenkan iaitu Active 5 dengan herba Thymol.

Bahan ini mempunyai kuasa antiseptik semulajadi dimana dapat membasmi kuman sebanyak 99.99 peratus dan dapat menyegarkan kulit.

Ramuan herba ini telah dibuktikan mampu membersihkan sehingga ke dalam liang pori badan dan membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan kulit.

Jika anda yang sukakan aktiviti sukan, sangat disarankan menggunakan sabun Lifebuoy Total 10 ini.

Sabun mandi wangi untuk kulit berminyak
Grace and Glow
sabun mandi wangi
mulai
RM22.23
Semak Grace and Glow Black Opium Body Wash Perfume Shower Gel harga dibawah:
add_circle Mempunyai haruman mewah YSL
add_circle Mengekalkan kelembapan kulit badan
add_circle Mencegah jerawat pada badan
add_circle Mencerahkan kulit
remove_circle Botol mudah rosak

Sabun mandi ini diformulasikan dengan wangian YSL yang mewah dan membuatkan kulit tubuh lebih cerah dan lembut.

Turut mengandungi niacinamide dan glutathione yang sangat baik untuk kulit badan kita.

Bukan sahaja boleh mencerahkan kulit tubuh, malah dapat menjaga kelembapan kulit, mengurangkan keradangan kulit badan, mencegah jerawat pada badan dan melindungi kulit badan dari pencemaran serta sinar matahari.

Cara penggunaannya juga sangat mudah, anda hanya perlu membasahi tangan, tuangkan mandian, gosok lembut pada seluruh badan dan biarkan selama 30 saat sebelum bilas dengan air.

Sabun mandi wangi untuk kulit kering
dove shower
mulai
RM25.90
Semak DOVE Shower Sensitive Skin harga dibawah:
add_circle Disyorkan oleh pakar dermatologi
add_circle Kulit lebih lembut
add_circle Hipoalergenik
remove_circle Harga mahal

Adakah anda sering mengalami masalah kekeringan pada kulit selepas mandi?

Kami syorkan anda beli sahaja Dove Sensitive Skin Body Wash.

Sabun ini memberikan shower foam yang banyak dan lembut akan menjadikan pengalaman mandi anda lebih menyenangkan.

Bukan sahaja membersihkan kulit, tetapi juga menjaga kelembapan dan nutrien kulit.

Rasai keselesaan dan kelegaan apabila mandi dengan Dove kerana tidak menyebabkan reaksi alergi pada kulit sensitif.

Kandungan Nutrium Moisture™ dalam sabun mandi ini membantu menambah semula nutrien yang hilang semasa anda mandi dan menjadikan kulit anda lebih lembut serta licin selepas hanya sekali mandi.

Sabun mandi wangi buah
Watson
Watson Watsons Gel Bath Body Wash
mulai
RM6.99
Semak Watsons Gel Bath Body Wash harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Mengekal kelembapan & kelembutan
add_circle Diuji secara dermatologi
remove_circle Tidak sesuai untuk baby

Mesti ramai yang pernah nampak sabun mandi dari Watsons ini tetapi belum pernah mencubanya, jadi kami cadangkan anda untuk cuba Watsons Gel Bath Body Wash ini.

Antara sebab kenapa anda perlu cuba adalah kerana ia mempunyai pelbagai pilihan wangian seperti lavender, ocean, floral, dan ada juga wangian buah seperti papaya, strawberry dan rock melon.

Pasti anda akan suka dengan pilihan wangian ini dan terasa lebih harum selepas mandi.

Selain itu, sabun mandian Watsons ini juga boleh berikan kelembapan dan kelembutan berpanjangan pada kulit badan anda selepas mandi.

Jangan risau, sabun mandian ini telah pun diuji secara dermatologi, jadi ia selamat untuk digunakan dan tidak akan membuatkan kulit badan terasa gatal atau ruam.

Sabun mandi wangi yang murah
SHINZU’I
SHINZU’I Skin Lightening Soap Bar
mulai
RM1.73
Semak SHINZU’I Skin Lightening Soap Bar harga dibawah:
add_circle Boleh mencerahkan kulit
add_circle Pelbagai pilihan wangian
add_circle Harga sangat murah
remove_circle Jenis sabun buku

Sabun dari jenama SHINZU’I bukan sekadar mempunyai wangian yang menyenangkan, malah boleh bertindak mencerahkan kulit anda.

Harga sabun ini juga sangat murah, jadi anda boleh jimat duit poket anda disamping dapat menggunakan sabun ini untuk tempoh yang lama.

Bagaimanapun, jika anda lebih suka sabun mandian jenis gel, mungkin sabun buku SHINZU’I kurang sesuai untuk anda.

Terdapat pelbagai pilihan haruman, antaranya; Kensho (Blue), Kirei (Red), Matsu (Green), Myori (Purple), Sakura (Pink), dan Hana (Yellow).

Jadi, anda pilih sahaja wangian pilihan anda dan terus buat pembelian!

Sabun mandi wangi untuk mencerahkan dan melembapkan kulit
Good Virtues Co.
Good Virtues Co.(GVC) Shower Cream
mulai
RM7.50
Semak Good Virtues Co.(GVC) Shower Cream harga dibawah:
add_circle Anti penuaan & anti bakteria
add_circle Melembapkan dan mencerahkan kulit
add_circle Tiada alkohol
remove_circle Tidak sesuai untuk baby

Sabun mandian Good Virtues Co. tidak asing lagi di pasaran sebagai salah satu sabun mandian pilihan ramai.

Kalau anda belum pernah mencuba lagi sabun mandian wangi dari Good Virtues Co. ini, jom kami kongsikan apa kelebihan sabun ini.

Sabun Good Virtues Co. boleh memberi kelembapan berpanjangan pada kulit anda serta boleh bertindak mencerahkan kulit.

Selain itu, ia tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kulit kering atau naik ruam seperti alkohol, paraben, SLES dan ALES.

Selamat digunakan dan yang paling penting sabun mandian ini 100% halal, jadi anda tidak akan rasa was-was semasa menggunakannya.


Apakah Cara Terbaik Memilih Sabun Yang Sesuai?

Pemilihan sabun yang sesuai adalah penting kerana sekiranya tersalah pilih, sabun tersebut akan membahayakan kulit.

Berikut adalah cara memilih sabun yang sesuai;

Kenali jenis kulit anda

Perkara pertama anda perlu mengenali jenis dan masalah kulit yang anda hadapi.

Ini kerana setiap jenis sabun telah dikhaskan untuk jenis dan masalah kulit yang berbeza.

Lagipun gusar jika sabun tersebut memberi kesan iritasi teruk dan tidak memberi kesan apa-apa pada badan.

Pilih sabun yang sesuai 

Bagi yang mempunyai masalah kulit kering, anda disarankan memilih sabun jenis gel atau losyen untuk melembapkan kulit.

Manakala bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak, anda disaran untuk memilih sabun yang terdapat ramuan oil control.

Jika anda mempunyai kulit sensitif, elakkan menggunakan sabun mandi yang mempunyai bahan detergen kerana boleh menyebabkan kulit iritasi.

Pilih sabun yang mempunyai kandungan anti bakteria

Sabun yang mempunyai kandungan anti bakteria dapat membunuh kuman atau bakteria yang menjadi penyebab kepada bau badan anda.

Kandugan anti bakteria juga mampu mencegah daripada mengalami jangkitan pada kulit.

Pilih sabun yang sesuai dengan aktiviti harian anda

Seterusnya, anda perlu memastikan sesuai dengan aktiviti harian anda.

Jika aktiviti harian anda banyak terdedah dengan kotoran, anda disarankan untuk memilih sabun yang mempunyai kandungan anti bakteria yang kuat.

Pastikan sabun anda pilih tidak tarikh luput

Ingin diingatkan sabun yang telah melepasi tarikh luput boleh menyebabkan anda mengalami iritasi atau jangkitan pada kulit.


Apa Perbezaan Shower Gel & Body Wash?

Kedua-dua jenis bahan mandian ini mempunyai fungsinya tersendiri, membersihkan dan menyegarkan badan.

Cuma bergantung pada kandungan jenama sabun dimana mempunyai kelebihan yang berlainan.

Malah, kedua-duanya juga digunakan dengan cara yang sama iaitu menggunakan span atau diletakkan ditangan untuk menyingkirkan kotoran.

Tapi, tetap ada perbezaan. Antaranya:

Tekstur

Kita boleh lihat dari tekstur kedua-dua sabun ini dimana shower gel memiliki tekstur yang lebih kenyal seperti gel.

Manakala body wash pula sabun dalam bentuk cecair.

Aroma

Aroma body wash kebiasaannya lebih lembut dan tidak terlalu kuat.

Berbeza dengan shower gel yang mempunyai aroma yang lebih kuat, malah kadang-kala baunya mampu melekat pada kulit sepanjang hari.

Kemampuan

Seterusnya kadar kelembapan juga berbeza kerana bahan kandungannya.

Body wash jauh lebih melembabkan berbanding shower gel.

Oleh itu, body wash menjadi pilihan tepat bagi mereka yang memiliki kulit kering.

Natijahnya, kedua-dua sabun memiliki kelebihan tersendiri cuma anda perlu mengetahui sabun jenis apa sesuai untuk kulit anda.


Bolehkah saya menggunakan sabun wangi di muka?

Kalau boleh anda perlu elakkan mengguna sabun badan pada wajah anda, ini kerana kandungan dalam sabun badan tidak sesuai untuk kulit wajah.

Jika anda mempunyai kulit wajah yang sensitif, ini akan membuatkan wajah anda breakout atau kering sehingga menimbulkan jerawat.

Sebaiknya, gunakan pencuci muka untuk muka anda dan sabun badan untuk badan anda, tidak kiralah sewangi apa pun sabun badan itu sehingga membuatkan anda mahu menggunakannya di muka.


Artikel Berkaitan

End of Article