Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
Produk Pencerah

12 Produk Pencerah/Pemutih Kulit Wajah Terbaik Malaysia 2024

Nak nampak cantik, pastikan kulit wajah kekal berseri dan sihat.

Terdapat banyak produk memutihkan kulit di pasaran dan mencerahkan kulit wajah bukan perkara yang mudah. 

Tidak semua produk yang mencerahkan wajah sesuai dengan kulit kita, lebih lagi jika anda pertama kali mahu mencuba.

Untuk memilih krim pencerah wajah terbaik yang sesuai dengan wajah, mungkin akan buatkan anda bingung. Jangan risau, kami bantu!

Jom lihat senarai produk untuk putihkan kulit mengikut kesesuaian kulit anda. 


Senarai 12 Produk Watson Untuk Putihkan Kulit Wajah

Produk memutihkan kulit wajah terbaik secara keseluruhan
AIKEN Vita-C Brightening Cleanser 100G
Semak AIKEN Vita-C Brightening Cleanser 100G harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Perbaiki warna tona kulit
add_circle Mengurangkan bintik merah
remove_circle Hasil terbaik jika menggunakan set penjagaan kulitnya

Sebab menjadi pilihan utama:

Rangkaian produk Aiken memfokuskan untuk kulit bermasalah seperti jerawat dan sensitif.

Ciri-ciri:

Ini adalah ciri menarik tentang produk terbaru Aiken - boleh digunakan pada wajah yang berminyak dan juga kulit sensitif dan telah pun lulus ujian dermatalogis.

Kandungannya mengandungi vitamin C sehingga 65x ganda berbanding produk biasa yang pastinya menjadikan kulit wajah anda cerah dalam masa 5 hari sahaja. 

Bukan itu sahaja produk ini dapat membekalkan antioksidan pada kulit wajah anda dan mencerahkan juga parut hitam akibat jerawat. 

Kulit anda makin cerah dan jerawat juga makin berkurang dan terbukti secara klinikal berkesan seawal 3 hari penggunaan. 

Dengan bahan Tea Tree Oil dari Australia ini berfungsi membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat pada wajah. 

Miliki kulit cerah, sihat dan bebas jerawat ini dengan hasil terbaik jika menggunakan set penuh dari Aiken.

Review:

‘Kulit bebas jerawat, makin cerah dan glowing, kulit juga tidak berminyak yang menyebabkan liang pori tersumbat.’

Krim pencerah wajah yang sesuai untuk remaja
Semak Nivea Extra White Radiant and Smooth Cream harga dibawah:
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Aroma harum dan wangi
add_circle Sesuai untuk kulit kering & kusam
remove_circle Kesan hasil yang makan masa

Pencerah Wajah NIVEA Radiant and Smooth Cream ini sesuai untuk remaja yang masih belum mempunyai masalah kulit.

Deep White Essence ini mampu membaikpulih dan menyuburkan sel kulit menjadi lebih terang serta berseri dari dalam.

Pada mereka yang sukakan aktiviti luar, tak perlu takut dengan masalah kulit kering atau berjerawat kerana krim Nivea ini mempunyai Vitamin C.

Pelembab ini juga dapat menghalang sinaran UV daripada menembus masuk ke dalam kulit sekaligus dapat menyelesaikan masalah kulit kusam dan tona tidak sekata.

Bahan yang digunakan dalam krim mampu menyerap pantas ke dalam lapisan kulit tanpa meninggalkan sebarang kesan sampingan misalnya, melekit atau kemerah-merahan.

Hasilnya, kulit anda menjadi lembut, segar dan berseri jika penggunaan secara konsisten. 

Pencerah wajah untuk remaja
Wardah
Semak Wardah White Secret Facial Wash with AHA (100ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi AHA (Alpha Hydroxy Acid)
add_circle Tiada masalah kulit kusam & liang pori tersumbat
add_circle Melembutkan kulit wajah
remove_circle Kulit wajah akan terasa tegang sementara
remove_circle Bau wangian yang agak kuat

Pembersih muka Wardah ini sangat sesuai bagi mereka yang sering memakai makeup seharian.

Ini kerana pencuci muka ini dapat membersih wajah anda sehingga ke dalam lubang pori tanpa menyebabkan iritasi.

Bagi yang ingin mencuba produk ini, anda tak perlu risau memikirkan jenis kulit kerana Wardah White Secret Facial Wash with AHA ini sesuai untuk setiap jenis kulit tidak kira normal, kering atau berminyak.

Bahan utama yang digunakan Asid Laktik dan AHA Semulajadi yang mampu menyegarkan, melembutkan dan mencerahkan kulit wajah.

Cara penggunaan, anda hanya gunakannya 2 kali sehari pada setiap hari.

Pencuci muka Hada Labo
Hada Labo
Semak Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash harga dibawah:
add_circle Cruelty-free & bebas alkohol
add_circle Kulit wajah tidak kering dengan kandungan Super Hyaluronic Acid
add_circle Mencerahkan kulit
remove_circle SLS - kurang sesuai untuk kulit sensitif

Pencuci muka Hydra Whitening dari Hada Labo ini mengandungi bahan pembersih semula jadi iaitu penghidratan asid hyaluronik super.

Bahan ini untuk menghidrat dan melembapkan kulit sehingga ke dalam lubang pori semasa proses membersihkan.

Ia sekaligus membuatkan kulit anda akan terasa segar, lembut dan anjal.

Anda boleh gunakan sehari dua kali iaitu sebelah pagi dan malam dan basuh dengan air suam. 

Kami menasihati untuk anda elakkan mencuci di bahagian mata kerana buih yang dihasilkan akan memedihkan mata.

Ini kerana bahan yang digunakan adalah Butylene Glycol, Sodium Myristoyl Glutamate, Sorbitol, Sodium Methyl Cocyl Taurate, Sodium Lauroyl Glutamte, Cocomide DEA dan bahan asid yang lain.

Produk pencerah muka untuk lelaki
Gatsby
Semak Gatsby Cooling Face Wash Clear Whitening (100g) harga dibawah:
add_circle Dapat mencerahkan kulit
add_circle Menghapuskan sel-sel kulit mati
add_circle Halang pembentukan melanin & penghasilan minyak
remove_circle Hanya sesuai untuk kulit normal

Dengan kandungan ekstrak betik, kacang keladi dan partikel skrub, pencuci muka Gatsby ini akan mencerahkan kulit wajah.

Ia juga akan menyingkirkan kulit mati, membuang baki minyak serta membuang kotoran yang terperangkap dalam lubang pori dengan lebih bersih. 

Cara penggunaan, anda hanya keluarkan bahan cucian 2-3cm pada tapak tangan, terus sapu ke wajah yang sudah dibilas dengan air dan cuci sehingga bersih.

Pasti kulit anda terasa dingin dan segar selepas memakai pencuci wajah ini kerana mempunyai sensasi penyejukkan. 

Semak Garnier Light Complete Booster Serum (With Vitamin C) (30ml) harga dibawah:
add_circle Mengandungi Niacinamide
add_circle Mempunyai Phenylethyl Resorcinol
add_circle Mudah menyerap pada kulit
remove_circle Kandungan Citric Acid boleh menyebabkan iritasi
remove_circle Tekstur sedikit melekit

Tahukah anda vitamin C adalah satu produk asas dalam set penjagaan muka?

Vitamin C ini bukan sahaja baik untuk badan malah ia membantu kulit wajah kita tidak kusam. 

Jika wajah anda mempunyai jeragat, kandungan niacinamide akan bertindak melindungi kulit agar tidak berlaku sunburn.

Kandungan Phenylethyl resorcinol pula akan membantu untuk mencerahkan kulit wajah, dan meneutralkan kesan kerosakan akibat radikal bebas. 

Anda boleh gunakan serum ini pada waktu pagi dan malam untuk dapatkan hasil maksimum! 

ALIA Brightening Night Moisturiser 50ml
Semak ALIA Brightening Night Moisturiser 50ml harga dibawah:
add_circle Diperkaya dengan Habbatus Sauda
add_circle Kombinasi dari Jeju Lily, Silver Vine Extract
add_circle Mengandungi vitamin C dan B3
remove_circle Saiz kecil

Krim malam kebiasaanya krim kecantikkan untuk kulit wajah dan krim ini perlu dipakai selepas mandi dan sebelum waktu tidur bagi merawat wajah.

Krim muka Alia ini mempunyai rumusan dari Jeju Lily, Silver Vine estrak yang merupakan rahsia kecantikkan sejak sekian lama. 

Selain itu, vitamin C dan B3 membantu kulit wajah anda semakin cerah dan sekatakan tona kulit. 

Jika anda mempunyai masalah kulit seperti dark spot dan kulit kurang tegang, krim ini dapat mengurangkan kesan tersebut dengan penggunaan yang konsisten.

Hasilnya, kulit anda kana tampak lebih cantik, anjal, kelihatan hidrasi dan segar sepanjang hari. 

Pencerah wajah untuk kulit kombinasi
ZEPHYRINE Algae Whitening Toner 200ml
Semak ZEPHYRINE Algae Whitening Toner 200ml harga dibawah:
add_circle Berkesan seawal 7 hari
add_circle Menyegarkan wajah
add_circle Mengecilkan liang pori
add_circle Memberikan kesan cerah sehingga 2x ganda
remove_circle Harga yang mahal
remove_circle Stok terhad

Tahukah anda, dengan penggunaan toner juga dapat memberi kesan yang sangat baik pada wajah? 

Bukan hanya sekadar menutup liang pori selepas mencuci wajah, malah akan dapat mencerahkan wajah. 

Toner keluaran Zephyrine ini mempunyai Algae yang meningkatkan kadar mencerahkan kulit sehingga 2x ganda. 

Bahan kandungan calendula estrak memberikan kesan menyegarkan dan mampu mengecilkan liang pori wajah anda.

Kadar penyerapan untuk mencerahkan adalah sehingga 8 kali ganda akan memberi kesan yang efektif.

Selain itu, kulit anda juga menjadi lebih cerah, liang pori juga makin mengecil serta kulit licin ‘skin glass’. 

Pencerah wajah untuk kulit kering
Premium Hada Labo Face Mask 1 Piece
Semak Premium Hada Labo Face Mask 1 Piece harga dibawah:
add_circle Mempunyai Niacinimide
add_circle Bahan seperti Arbutin, serta vitamin C
add_circle Bebas pewangi
add_circle Menstabilkan pH pada wajah
remove_circle Hasil terbaik jika dipakai 3-4 kali seminggu

Mask wajah ini mengandungi vitamin yang sangat diperlukan oleh kulit wajah bagi membekalkan pelbagai kebaikkan untuk mengekalkan kesihatan wajah.

Premium Hada Labo Face mask ini direka khusus untuk mencerahkan wajah anda. 

Ia juga mengandungi arbutin yang tinggi bagi melawan kesan tompokkan dan mengembalikan keanjalan serta menstabilkan tona wajah. 

Dengan kandungan vitamin C, face mask ini dapat mencerahkan dan membaiki kulit yang terkesan akibat sinaran UV. 

Hasilnya, kulit wajah anda akan kelihatan cerah dan segar sepanjang hari. 

Jangan risau, mask ini sesuai jika anda mempunyai masalah kulit sensitif.

Krim glowing
Good Virtues Co.
GOOD VIRTUES CO Brightening Night Cream
Semak Good Virtues Co. Brightening Night Cream harga dibawah:
add_circle Bebas paraben
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Mencerahkan kulit wajah
add_circle Diperkaya dengan organik Habbatus Sauda
remove_circle Kesan terbaik jika menggunakan set lengkap produk ini

Krim malam kebiasaannya lebih berkesan jika digunakan saat tidur untuk nutrisi menyerap dengan baik pada kulit ketika badan sedang rehat.

Formulasi bagi krim malam ini adalah dari organik habbatus sauda yang akan membantu kulit lebih anjal dan sihat. 

Vitamin C yang terdapat pada krim malam ini membantu mencerahkan tona wajah yang anda inginkan. 

Jangan risau, produk ini tidak mengeringkan wajah anda kerana bahan hyaluronic acid bantu mengekalkan kelembapan pada wajah. 

SAFI Perfect White Radiant Beauty Cream 16G
Semak SAFI Perfect White Radiant Beauty Cream 16G harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Dapat mencerahkan kulit
add_circle Kaya dengan vitamin C
remove_circle Hanya mempunyai satu tona pilihan krim

Krim siang Safi mengandungi Nano Bio White yang mencerahkan kulit anda secara sekata.

Ia juga mampu mencerahkan dark spot di kulit wajah anda yan terjadi akibat sinaran UV atau parut jerawat.

Kakadu Plum yang kaya dengan vitamin C bagi memberikan kulit wajah yang mulus dan cantik. 

Bukan sahaja berfungsi sebagai krim siang, malah ia boleh juga dijadikan sebagai base makeup anda.

Dengan penggunaan secara konsisten, wajah makin cantik dan makeup anda akan tahan lebih lama.

Krim pencerah Garden of Eden
Garden of Eden
ROSA E Brightening Hydra Cream
Semak ROSA E Brightening Hydra Cream harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit sepanjang 72 jam
add_circle Meratakan tona kulit tidak sekata
add_circle Ekstrak pencerahan telah dibuktikan secara klinikal
add_circle Mampu mencerahkan kulit
add_circle Menegangkan kulit wajah
remove_circle Harga mahal

Krim ini mengandungi ramuan baru iaitu tumbuhan semulajadi sebanyak 95% yang mana dapat bertindak tiga kali ganda melembapkan wajah.

Malah, dengan penggunaan krim ini hidrasi pada wajah dapat bertahan selama 72 jam dengan kesan mencerahkan kulit.

Kalau anda ada masalah pigmentasi, krim ini dapat bantu meratakan warna kulit serta meningkatkan kecerahan kulit dalaman.

Selain itu, produk ini mengandungi 8 jenis Asid Hyaluronik ditambah dengan water booster, Saccharide Isomerate (Pentavitin) yang dapat melembapkan kulit lebih lama.

Jangan risau, produk ini telah diuji oleh dermatologis jadi sesuai untuk semua jenis kulit termasuk jenis sensitif.


Cara Putihkan Kulit

Terdapat banyak cara untuk memutihkan atau mencerahkan kulit wajah di rumah dengan mudah. 

Bermula dari pemakanan, skincare, lotion, vitamin semuanya ada peranan tersendiri. 

Jika anda mahu mulakan dengan menjaga cara pemakanan, kebiasaannya anda dinasihatkan untuk kurangkan minum kopi. 

Untuk skincare, anda boleh cuba cari kandungan bahan seperti Niacinamide, Vitamin C, Retinol, Arbutin di dalam produk pilihan.

Bahan-bahan ini adalah antara bahan paling mudah dijumpai dan kebiasaannya ada dalam skincare khas untuk mencerahkan kulit.

Tak cukup dengan itu sahaja, anda perlu memakai sunscreen atau sunblock pada wajah dan badan untuk melindungi sinaran UV. 

Lotion, atau krim badan ini juga penting dan anda haruslah cari lotion khas untuk mencerahkan. 

Akhir sekali, amalkan supplement tambahan seperti vitamin C yang bagus untuk mencerahkan kulit. 

Nak cerah atau putih memerlukan usaha yang lebih dan konsisten untuk hasil yang lumayan. 


Apakah Pencerah/Pemutih Wajah Yang Sesuai Untuk Kulit? 

Ingin mencari produk pemutih wajah yang berkesan untuk kulit muka? 

Kenalpasti kulit wajah anda dan teliti isi kandungan sesuatu produk terlebih dahulu. 

Perhatikan label pada setiap produk belian anda terutamanya yang berkesan untuk mencerahkan kulit wajah. 

Produknya haruslah bebas merkuri dan sebarang bahan kimia berbahaya serta mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 


Apa Itu Produk Pencerah Wajah?

Untuk hapuskan bintik hitam dengan berkesan pada kulit wajah anda, amalkan penggunaan produk pencerahan kulit. 

Bagi yang hadapi masalah hiperpigmentasi, produk ini amat diperlukan untuk melindungi cela pada kulit wajah anda.

Hiperpigmentasi disebabkan oleh kulit sering terdedah kepada cahaya matahari, maka dengan ini terjadinya pembentukan melanin. 

Dengan menggunakan produk pencerah, ianya dapat mengembalikan tona kulit menjadi sekata.


Bahan-bahan Yang Perlu Dititkberatkan

Jika anda tidak perhatikan label dengan betul, pasti ada produk pencerah yang akan buatkan kulit anda iritasi atau melepuh. 

Terdapat beberapa bahan yang bersesuaian untuk mencerah dan memutihkan kulit tanpa membuatkan kulit anda terasa pedih. 

Antara bahan-bahannya adalah;

  • Hydroquinone – Bahan ini antara bahan yang mudah didapati dalam produk pencerah. Bahan ini juga mungkin boleh menyebabkan kulit menjadi iritasi dan kemerahan jika salah penggunaan.
  • Kojic Acid – Digunakan untuk mengubati kondisi kulit bermasalah seperti sunburn, parut dan penuaan.
  • Arbutin – Merupakan sebatian organik yang diekstrak daripada buahan beri yang membantu menghalang penghasilan pigmentasi. 

Bahan berfungsi sebagai agen pencerahan kulit yang ringan.

  • Vitamin C – Mengandungi bahan yang dapat menghalang pembentukan melanin dan mengembalikan tona kulit sekata serta melindungi cela seperti bintik hitam dan pigmentasi
  • Retinol – Dikenali sebagai Vitamin A yang dapat meningkatkan keanjalan serta menghapus kedutan dan garis halus pada kulit wajah. 

Tiada lagi masalah kulit tidak sekata dan ianya juga berfungsi untuk melembutkan permukaan kulit anda

  • Alpha & Beta Hydroxy Acids – Fungsi AHA & BHA adalah untuk proses pengelupasan kulit.

Dapat membuang sel-sel kulit mati dan meninggalkan lapisan kulit yang baru.


Bahan Sesuai Untuk Kulit Sensitif

Produk pencerah kulit sememangnya sesuai untuk semua jenis kulit tapi mungkin bagi yang mempunyai kulit sensitif agak sukar untuk mencari produk yang tepat.

Kebiasaannya, bahan utama yang terdapat dalam kebanyakan produk pencerah dan pemutih adalah hydroquinone. 

Bahan ini boleh menyebabkan iritasi seperti kemerahan, gatal atau kering pada kulit sensitif. 

Jadi jika anda mempunyai kulit sensitif, disyorkan untuk anda mencari produk yang mempunyai bahan alternatif seperti;

  • Ekstrak Bearberry – Bahan pencerah dan pemutih semulajadi yang mengandungi Arbutin.
  • Niacinamide – Mengurangkan pigmentasi dan penuaan dengan berkesan sambil menenangkan kulit.
  • Glutathione – Seringkali terdapat dalam minyak sapu, losyen, pil dan sabun.

Bahan antioksidan ini dicipta khas untuk mencerahkan kulit dengan berkesan.


Pemutihan Kulit vs Pencerahan Kulit

Pemutihan kulit dikenali sebagai rawatan pelunturan kulit yang direka khas untuk menjadikannya satu tona lebih cerah. 

Produk sebegini selalunya mengandungi bahan kimia yang berbahaya berbanding pemutihan kulit.

Ini kerana fungsi mencerahkan kulit adalah untuk membuatkan kulit anda tampak lebih segar dan bermaya.

Misi pencerah kulit adalah untuk tidak melunturkan tona kulit normal anda tetapi menghapuskan cela seperti melanin dan bintik hitam. 

Produk pencerah berkesan untuk membuang sel-sel kulit mati dan meninggalkan lapisan kulit baru agar kulit kelihatan glowing

Bahan kecantikan utama yang dapat melawan penuaan dan melembutkan tona kulit adalah produk pencerahan kulit.

Penting untuk anda ketahui terma berbeza untuk ketiga-tiga perkara ini. 

Elakkan daripada menggunakan produk pemutih kulit (peluntur) kerana kandungannya akan menyebabkan kulit anda semakin bermasalah. 

Daripada menggunakan produk pemutih, lebih baik gunakan produk pencerah. 

Kebelakangan ini juga terdapat banyak produk yang dijual di dalam media sosial yang menawarkan kaedah pemutih kulit dengan berkesan. 

Jangan mudah tertipu, ya! 


Artikel Berkaitan

End of Article