Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Kawal Minyak & Sebum Dengan 10 Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak

Atasi masalah kulit berminyak dengan pilihan pencuci muka yang sesuai!

Product in this article

Tahukah anda pencuci muka juga memainkan peranan yang penting untuk penjagaan kulit wajah? Pencuci muka datang dari dua jenis iaitu jenis berbuih dan tanpa buih. Dengan mencuci muka, ia dapat membantu anda mengatasi masalah jerawat, membuang sel kulit mati, mengelakkan dari pori tersumbat, mencerahkan, mengawal minyak, dan juga melindungi kulit dari pencemaran.

Apakah kandungan pencuci muka yang bersesuaian untuk kulit berminyak?

Pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak adalah bahan kandungannya berfungsi menghapuskan blackhead, minyak dan kotoran berlebihan pada kulit wajah anda dengan melakukan pembersihan secara mendalam. Pilih pencuci muka yang mengandungi kandungan pH rendah agar mudah untuk membuang minyak yang melekat pada kulit wajah. 

Yang penting, perhatikan dulu bahan kandungan melalui label pencuci muka tersebut sebelum anda membelinya dan haruslah bersesuaian dengan jenis kulit. Ayuh lihat senarai dibawah untuk mengetahui pencuci muka yang sesuai untuk kulit berminyak;

10 Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak

Garnier Pure Active Matcha De-Tox Deep Clean Foam

RM 8

Pencuci muka yang bertindak dengan 100 kali ganda anti-oksidan untuk kulit muka anda. Ia mengandungi ekstrak teh matcha yang membantu mengawal kulit yang berminyak dan menghapuskan kulit yang kusam akibat sering terdedah kepada cuaca panas.

Selain itu, ia turut membantu mencegah jerawat dengan mengurangkan bakteria disebabkan oleh habuk dan pencemaran. Sememangnya pencuci muka yang 96% dapat mengurangkan masalah minyak berlebihan pada kulit muka anda.

Nivea Extra White Repair Pore Minimiser Foam 100g

RM 14.32

Alami kulit bebas dari masalah seperti jerawat, muka berminyak dan solekan sepanjang hari dan akibat pencemaran dengan menggunakan pencuci muka ini. Pencuci muka ini dapat membersihkan liang pori yang tersumbat dan mengurangkan kemunculan jerawat, pori terbuka dan bintik hitam di wajah anda.

Ia mempunyai formula pembersihan yang mendalam iaitu mengandungi pearl whitening complex  yang memberikan kesan pemutihan bagi kulit kusam. Wajah tampil lebih cerah dan bebas dari masalah selepas beberapa penggunaan.

Cetaphil® Gentle Skin Cleanser 125ML

RM 17.3
Cetaphil
3. Cetaphil® Gentle Skin Cleanser 125ML
Pencuci muka berformula ringan – elak iritasi dan kulit meradang

Pembersih Cetaphil datang dari formula yang ringan dan tidak menjadikan kulit muka iritasi malah ia melegakan kulit semasa proses pembersihan. Dengan formula bebas sabun, ia memberi perlindungan semulajadi kepada wajah anda bagi mengekalkan kesegaran dan mengawal minyak berlebihan.

Direka dengan khusus untuk semua jenis kulit dan sangat berkesan untuk menjaga kulit anda. Pastinya pencuci muka yang terbaik kerana ianya menenangkan dan meninggalkan kulit kelihatan lebih licin dan lembut.

Senka Perfect Whip Cleanser 120g

RM 16.91
4. Senka Perfect Whip Cleanser 120g
Pencuci muka yang mengawal minyak sambil beri lembapan

Pencuci muka Senka ini mengandungi bahan utama iaitu asid amino yang membantu menghilangkan kotoran dan mengatasi masalah kulit muka anda. Ia menembusi liang-liang untuk membersih kotoran dan mengeluarkan sebum agar kulit menjadi bersih, lembut dan lembap. Pencuci muka yang terbaik untuk penjagaan kulit seharian anda agar ia kelihatan bersih, lembut dan bebas minyak.

Biore Skin Caring Facial Foam Scrub (Normal – Oily)

RM 24.39

Pencuci muka dari Jepun ini, diformulasi daripada proses pengelupasan untuk menghapuskan kotoran dan menutup liang pori yang terbuka akibat tersumbat. Teksturnya kaya berkrim mampu meresap jauh ke dalam lapisan kulit sambil melembutkan kulit anda. Ianya dapat melindungi cela yang tampil pada kulit wajah anda dengan hanya beberapa kali cucian sahaja. 

Sesuai untuk kulit normal yang cenderung berminyak, pencuci muka ini dapat menghapus sel-sel kulit mati. Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diingini.

COSRX Good Morning Low-pH Cleanser (150ml)

RM 26

Pencuci muka yang mengandungi minyak Tea Tree ini sangat lembut pada kulit wajah dan tidak akan membuatkan kulit anda teriritasi atau merengsa selepas menggunakannya. Ianya diformulasi dengan pH rendah agar mengembalikan lembapan dan kekalkan hidrasi sepanjang masa. 

Ianya juga mampu menghapus sebum berlebihan yang melekat pada kulit wajah dan membuang sel-sel kulit mati dalam satu proses pembersihan secara mendalam. Gunakan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Himalaya Purifying Neem Face Wash (150ml)

RM 26.61
add_circle Sesuai buat kulit yang 'super' berminyak
add_circle Melambatkan pertumbuhan jerawat
add_circle Bebas paraben, SLES, sulfat dan sabun
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kombinasi

Himalaya Purifying Neem Face Wash menggunakan bahan semulajadi seperti neem dan kunyit untuk membantu membasmi masalah kulit. Tambahan pula dengan bahan semulajadi di dalam pencuci muka ini membantu mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit muka anda. 

Kulit akan menjadi lebih lembut, segar dan licin dengan beberapa kali penggunaannya. Tiada lagi masalah kulit berminyak!

CeraVe Foaming Facial Cleanser - Normal to Oily Skin (87ml)

RM 58

Diuji secara klinikal dan direkomendasi oleh ahli dermatologi, pencuci muka bersifat non-comedogenic ini terbaik untuk anda yang mempunyai kulit muka normal cenderung berminyak. Ianya tidak akan mengeringkan dan membuatkan kulit wajah anda teriritasi atau merengsa selepas cucian. 

Diformulasi dengan Niacinamide, Ceramide dan asid Hyaluronik serta bebas pewangi, ianya membantu dan melindungi kulit anda daripada radikal bebas. Kulit akan tampil segar dan lebih bermaya.

Some By Mi AHA BHA 30 Days Miracle Acne Foam (100ml)

RM 32.9

Pencuci muka yang diterbangkan khas dari Korea ini khusus untuk merawat kulit berminyak cenderung jerawat. Jika anda alami masalah ‘breakout’, ini mungkin disebabkan oleh kulit wajah menghasilkan minyak berlebihan hingga menyebabkan terjadinya timbul jerawat. 

Diformulasi dengan asid Salicylic, ianya mampu untuk membersih secara mendalam liang pori yang tersumbat. Kulit wajah anda akan menjadi lebih sihat dan bebas jerawat.

Hada Labo Blemish & Oil Control Hydrating Foaming Wash

RM 30.73

Pencuci muka Hada Labo semestinya terbaik kerana ia mengandungi ekstrak hatomugi dan bunga chamomile yang membantu memberi ketenangan kepada kulit dan keseimbangan pH bagi yang berkulit berminyak. Buih halusnya yang lembut dapat membasuh segala kotoran dan sisa minyak berlebihan di wajah setiap kali anda mencuci muka.

Anda tidak perlu risau kerana ia pencuci yang bebas dari bahan wangian, pewarna dan juga minyak mineral.

Ekstra: 11 Pencuci Muka untuk Sempurnakan Rutin Penjagaan Wajah Anda

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article