Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

13 Pencuci Muka Terbaik di Malaysia

Safi Sari Gamat & Habbatus Sauda Pembersih Muka Anti Jerawat 100G

RM 9.6
Safi
1. Safi Sari Gamat & Habbatus Sauda Pembersih Muka Anti Jerawat 100G
Pencuci muka terbaik untuk kulit berjerawat
Updated on 14th August 2020
add_circle Kulit bebas minyak dan jerawat
add_circle 17 bahan bernutrisi tinggi
add_circle Bebas alkohol, gluten, sulfat dan silikon
remove_circle Mengandungi bahan pewangi sintetik
remove_circle Bersifat comedogenic

Jerawat hanya tumbuh pada kulit berminyak? Pendapat ini tidak benar sama sekali. Jerawat boleh tumbuh pada mana-mana jenis kulit, baik kulit berminyak, kombinasi mahupun kulit kering. Selain daripada faktor hormon, terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyebabkan jerawat seperti tindak balas terhadap bahan kimia di dalam produk skincare, kotoran dari persekitaran dan pori tersumbat.

Gamat kebiasaannya digunakan secara tradisional oleh masyarakat cina dan melayu untuk menyembuhkan luka atau rawatan penyakit kulit. Kini ia digunakan dengan lebih meluas di dalam produk komersial seperti pencuci muka daripada Safi ini.

Jadi bagaimanakah gamat berfungsi untuk kulit berjerawat? Menurut portal myhealth.gov.my, Vitamin E yang terdapat pada cecair di dalam gamat bersifat antioksida dan antibakteria. Kedua-duanya amat penting bagi melindungi kulit daripada radikal bebas daripada persekitaran dan menghalang bakteria daripada tersumbat pada pori.  

Produk ini bersifat non-comedogenic (tidak menyumbat liang pori) dan menghasilkan buih yang lembut pada kulit untuk menyingkirkan minyak, kotoran dan make-up tanpa meninggalkan rasa kering pada kulit wajah.

Himalaya Purifying Neem Face Wash (150ml)

RM 19.96
Himalaya Herbals
2. Himalaya Purifying Neem Face Wash (150ml)
Pencuci muka terbaik dari Watsons
Updated on 12th August 2020
add_circle Sesuai buat kulit yang 'super' berminyak
add_circle Melambatkan pertumbuhan jerawat
add_circle Bebas paraben, SLES, sulfat dan sabun
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kombinasi

Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash adalah bersifat antibakteria yang dapat melindungi kulit daripada ditumbuhi jerawat. Bukan itu sahaja, pencuci muka ini juga dapat membersihkan kotoran daripada kulit wajah & membersihkan liang pori yang tersumbat. Ia adalah amat lembut pada kulit hasil formulasi 100% herba aktif nya dan bebas daripada bahan kimia seperti paraben, SLS/SLES dan phthalates (bahan kimia yang boleh merosakkan sistem reproduktif seseorang individu.)

Penggunaan cleanser ini secara berterusan dan mengelakkan daripada jerawat tumbuh di wajah. Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash adalah sesuai bagi semua jenis kulit daripada kulit normal, berminyak, kombinasi sehinggalah kulit sensitif dan cenderung untuk acne.

Berdasarkan kajian kami, terdapat begiu banyak feedback positif daripada para pengguna di online shopping site popular seperti Amazon dan Shopee. Para pengguna berpendapat bahawa pencuci muka ini berfungsi dengan baik seperti yang dijanjikan.

Antara kebaikan bahan-bahan utama (neem) dalam pencuci muka ini adalah:

Neem:

  • memperbaiki kesihatan kulit dari akar umbinya supaya acne tidak tumbuh semula
  • bersifat anti-keradangan dan anti-bakteria yang dapat menghalang serta merenjatkan pertumbuhan acne.

Kunyit:

  • menjadikan kulit halus dan lembut

Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel (150ml)

RM 18.22
Simple
3. Simple Kind To Skin Refreshing Facial Wash Gel (150ml)
Pencuci muka terbaik untuk kulit sensitif
Updated on 12th August 2020
add_circle 100% bebas sabun
add_circle Tiada pewangi atau pewarna tiruan
add_circle Bebas bahan kimia
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif dan berminyak
remove_circle Tak sesuai guna dengan kerap
remove_circle Kulit mudah terasa tegang

Pencuci muka ini sesuai untuk kulit sensitif atau mereka yang berkulit normal dan mencari pencuci muka basic yang ‘mild’ dan boleh digunakan untuk kegunaan harian. Brand Simple adalah amat popular dengan formulasinya yang bebas daripada bahan kimia yag tidak elok untuk kulit seperti paraben. Memandangkan cleanser ini adalah 100% bebas sabun ia tidak menghasilkan banyak buih seperti cleanser yang lain. Pencuci muka ini adalah amat lembut dan tidak menyebabkan kulit berasa tegang setelah cucian. Ia juga dapat menenangkan dan memberi kelembapan pada kulit.

Pencuci muka ini adalah sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit berminyak. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, tidak perlu ragu-ragu lagi, produk ini amat sesuai untuk anda. Ia bukan sahaja membersihkan kulit wajah malah membuatkan kulit wajah lebih glowy. Ia juga mengandungi B5 yang dapat melembapkan dan melembutkan kulit, serta vitamin E yang dapat melindungi kulit daripada pencemaran luar dan juga mengurangkan impak sinaran matahari pada kulit.

Mungkin ini sebabnya produk ini bertahan begitu lama di pasaran!

Baca juga: 7 Pencuci Muka Terbaik untuk Mereka yang Memiliki Kulit Sensitif

NIVEA MEN Cleanser Whitening Oil Control Foam

RM 14.65
Nivea Men
4. NIVEA MEN Cleanser Whitening Oil Control Foam
Terbaik untuk lelaki kulit berminyak yang berjerawat
Updated on 12th August 2020
add_circle Tidak menyebabkan kulit iritasi
add_circle Halang penghasilan minyak berlebihan
add_circle Mencerahkan kulit
remove_circle Tidak berkesan untuk memutihkan kulit

Semakin ramai lelaki yang mula sedar akan kepentingan penjagaan kulit wajah. Nivea kini kembali dengan produk terbaru khas untuk lelaki tampil dengan kulit wajah yang sihat.

Pencuci muka dari Nivea Men ini mampu mengawal penghasilan minyak berlebihan di muka agar anda sentiasa segar walaupun kekal aktif setiap hari.

Kulit muka berminyak seringkali menyebabkan pori muka tersumbat ditambah pula dengan kotoran yang melekat di muka selepas seharian berada di luar rumah. Hal ini menyebabkan kulit wajah cenderung untuk mendapat jerawat.

Dengan formulasi Carnitine Power with Oil Control Technology, anda tidak perlu risau lagi kerana formulasi ini dapat membersihkan liang pori secara mendalam di samping mengawal minyak semula jadi di kulit muka. Lebih menarik lagi, pencuci muka ini juga mampu mencerahkan tona kulit wajah dalam masa beberapa minggu sahaja.

Gunakan 1-2 kali sehari  secara konsisten bergantung kepada jenis kulit untuk kesan yang lebih optimum. Kini kulit wajah yang sihat dan segar tidak lagi mustahil untuk lelaki aktif di luar sana!

Baca juga: 7 Pencuci Muka Untuk Mengawal Minyak Berlebihan

EVERSOFT Gingko & Yuzu Cleansing Foam

RM 15.9
Pencuci muka dari bahan organik terbaik
Eversoft
5. EVERSOFT Gingko & Yuzu Cleansing Foam
Pencuci muka dari bahan organik terbaik
Updated on 12th August 2020
add_circle Tekstur berkrim, sesuai untuk kulit berminyak
add_circle Tidak mengeringkan kulit
add_circle Aroma harum yang menarik
remove_circle Hanya terdapat di drugstore sahaja

Kini Eversoft muncul dengan pencuci muka berbuih berasaskan gingko dan buah yuzu. Pencuci muka ini diperbuat daripada 100% bahan semula jadi yang menghasilkan buih yang lembut untuk kulit wajah.

Diformulasi dari Jepun, pencuci muka ini sesuai untuk semua generasi dan jenis kulit terutamanya kulit berminyak yang cenderung berjerawat dan berfungsi sebagai pelembap buat anda yang berkulit kering.

Ekstrak gingko dan buah yuzu terkenal dengan khasiatnya sebagai antioksida yang berkesan melawan radikal bebas pada kulit dan membantu regenerasi lapisan kulit baharu. Kombinasi dua ekstrak ini mampu membersihkan liang pori yang tersumbat akibat penghasilan minyak yang berlebihan juga kotoran yang melekat di wajah sepanjang hari. Hasilnya, kulit anda akan lebih bersih dan segar.

Formulasi ini juga ternyata berkesan untuk menghalang pembiakan bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat. Pencuci muka ini juga sangat lembut pada kulit wajah, sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif dan kering. Selain tidak mengakibatkan iritasi pada kulit, wajah anda akan kekal hidrasi dan lembap sepanjang hari.

Mahukan kulit lembap bebas jerawat, ini pilihan terbaik anda!

 

GARNIER Light Complete Foam (100ml)

RM 7.14
Garnier
6. GARNIER Light Complete Foam (100ml)
Terbaik untuk mencerahkan kulit
Updated on 12th August 2020
add_circle Pembersihan secara mendalam
add_circle Mencerahkan kulit secara intensif
add_circle Tekstur yang lembut dan berkrim
remove_circle Bau lemon yang kuat
remove_circle Tidak memudarkan bintik hitam

Kulit yang kusam merupakan antara masalah utama wanita di Malaysia. Tetapi jangan risau, Garnier Light Complete Foam yang kaya dengan ekstrak lemon asli dapat membantu anda yang mempunyai masalah ini. Seperti yang diketahui umum, ekstrak lemon sangat berkesan untuk mencerahkan tona kulit.

Pencuci muka Garnier Light Complete Foam ini mampu memulihkan kulit wajah anda yang kusam di samping menambah baik kompleksi kulit wajah anda. Formulasi yang menyegarkan ini dapat memastikan anda tampak cerah berseri setiap hari.

Ekstrak lemon yang juga merupakan agen antioksida mampu melawan radikal bebas. Dengan tekstur berbuihnya, pencuci muka ini mampu membersihkan liang pori secara mendalam dan lebih intensif sambil melembut kulit wajah anda. Hasilnya, kulit anda tidak berminyak dan bebas jerawat.

Kaya dengan vitamin C, pencuci muka ini ternyata mampu mencerahkan muka secara efektif jika digunakan secara konsisten. Formulasi ini juga bersifat lembut di kulit muka dan tidak mengakibatkan iritasi kulit.

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, produk ini selamat digunakan untuk semua jenis kulit terutanya kulit normal dan berminyak. Apa tunggu lagi, cubalah bertukar kepada Garnier Light Complete Foam untuk anda yang mahukan kulit wajah yang cerah dan sihat.

EUCERIN Pro-Acne Solution Cleansing Gel (200ml)

RM 37.1
Terbaik untuk kulit sensitif serta jerawat, jeragat dan kesan parut
Eucerin
7. EUCERIN Pro-Acne Solution Cleansing Gel (200ml)
Terbaik untuk kulit sensitif, jeragat dan kesan parut
Updated on 12th August 2020
add_circle Kecilkan liang pori
add_circle Menghalang pertumbuhan jerawat
add_circle Menghapus whitehead & blackhead
add_circle Sesuai untuk kulit super sensitif
remove_circle Kadar efektif agak lambat berbanding pencuci lain
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit kering melampau

Eucerin Pro-Acne solution Cleansing Gel ini dirumus khas untuk anda yang menghadapi masalah jerawat. Formulasi yang lembut pada kulit serta bebas daripada kandungan sabun dan haruman ini amatlah sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif. Pencuci muka bertekstur gel ini tidak akan merengsa atau menyebabkan iritasi kulit.

Pencuci muka yang mengandungi 6% Ampho-Tensides ini bukan sahaja menghilangkan minyak berlebihan, kotoran asing dan bahan solekan juga dapat dibersihkan secara total dari liang pori muka.

Yang lebih menarik lagi adalah selepas membersihkan liang pori wajah, formulasi bersifat non-comodogenic ini mampu mengecilkan liang pori muka, menghapuskan blackhead dan whitehead,  melembutkan kulit dan menghilangkan parut pada wajah!

Kandungan bahan antibakteria dalam gel pencuci muka ini dapat menghalang pembiakan bakteria pada kulit lalu menghalang pertumbuhan jerawat. Diuji secara klinikal, rumusan ini selamat digunakan untuk inu mengandung.

Dengan Eucerin Pro-Acne Solution Cleansing Gel, anda boleh katakan selamat tinggal jerawat dan parut pada muka yang mengganggu keterampilan wajah anda sekian lama!

 

HADA LABO Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash

RM 34.9
Hada Labo
8. HADA LABO Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash
Terbaik untuk kulit kering
Updated on 12th August 2020

Jika anda mempunyai masalah kulit kering dan kasar, Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash adalah penyelamat terbaik untuk masalah ini disebabkan kandungan hyaluronic acid yang tinggi.

Hyaluronic acid merupakan komponen penting dalam mengekalkan kelembapan kulit. Seiring pertambahan usia, penghasilan HA semakin berkurang dan menyebabkan kulit kering. Dengan pencuci muka ini, masalah kulit kering dapat diatasi dengan berkesan.

Formulasi ini juga mengandungi glycerin yang berperanan untuk mengimbangi tahap kelembapan semula jadi kulit wajah. Kelembapan kulit dapat ditingkatkan sebanyak dua kali ganda! Tekstur kulit wajah juga akan menjadi lebih baik disamping menghilangkan garis-garis halus di muka.

Produk ini juga bebas alkohol, wangian, minyak mineral dan pewarna tiruan. Jadi, gunakanlah tanpa was-was untuk anda yang mempunyai kulit sensitif kerana pencuci muka ini bersifat lembut dan tidak menyebabkan iritasi kulit.

Gunakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja sudah memadai untuk membersihkan kulit wajah anda. Kini tiada lagi kulit kering dan kasar dengan Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash.

Baca juga: Bersihkan Wajah Anda Dengan 7 Pencuci Muka Untuk Kulit Kering

Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin (150ml)

RM 39.9
Terbaik untuk kulit kombinasi
Sebamed
9. Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin (150ml)
Terbaik untuk kulit kombinasi
Updated on 12th August 2020
add_circle Baik untuk kegunaan harian
add_circle Bersihkan liang pori secara mendalam
add_circle Halang penghasilan sebum berlebihan
remove_circle Tidak sesuai untuk 'fungal-acne'

Pencuci muka dari Sebamed ini terkenal di kalangan pengguna yang memiliki kulit jenis kombinasi cenderung berminyak. Ianya diperbuat daripada 100% bebas sabun dan alkali yang tidak akan membuatkan kulit menjadi rengsa. 

Tekstur yang lembut dan sangat efektif untuk pembersihan liang pori secara mendalam. Pencuci muka ini juga dapat menghalang penghasilan sebum berlebihan yang akan membuatkan kulit tampak 'oily'.

Dengan mengandungi Hamamelis Virginia dan Pro-Vitamin B5, ianya membantu kulit kekal hidrasi dan dapat menenangkan kulit meradang akibat sensitif. Ianya juga memberi sensasi dingin pada kulit agar tidak tambah iritasi. Elakkan berada di dalam keadaan stres kerana ianya akan menyebabkan kulit wajah menjadi lebih teruk dan masalah jerawat juga akan terjadi. 

Bahan aktif yang terdapat dalam pencuci muka ini dapat menghapuskan masalah kulit wajah dan tahap pH seimbang akan menguatkan lagi penghadang kulit. Gunakan 2 kali sehari untuk kesan lebih sempurna.  

Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam 150ml

RM 24
Pencuci muka Korea terbaik
Innisfree
10. Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam 150ml
Pencuci muka diimport khas dari Korea
Updated on 12th August 2020
add_circle Kulit terasa lembap dan lembut
add_circle Tidak menegangkan kulit
add_circle Bau yang harum
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit berminyak

Pencuci muka yang diterbangkan dari Korea Selatan ini menggunakan abu yang terhasil daripada letusan gunung berapi di Pulau Jeju sebagai bahan utamanya. Bahan ini kaya dengan mineral dan mempunyai keupayaan menyerap minyak  berlebihan dan sel-sel mati di kulit wajah secara efektif.

Partikel buih yang dihasilkan menggunakan pencuci muka ini lebih kecil saiznya berbanding saiz liang pori menjadikan pembersihan kulit wajah dapat dilakukan dengan lebih mendalam dan sempurna. Segala kotoran yang melekat di wajah akibat seharian di luar rumah dapat dinyahkan. Hasilnya, kulit wajah tampak segar dan bermaya.

Bebas daripada bahan kimia berbahaya, pencuci muka ini dijamin selamat digunakan oleh semua jenis kulit termasuk kulit kering, kombinasi, normal dan sensitif.

Gunakan secara konsisten 1-2 kali sehari bagi kulit normal atau kombinasi, manakala bagi kulit bermasalah, penggunaan sekali sehari sahaja sudah memadai untuk mendapat hasil kulit terbaik. Kulit bak aktres Korea tidak mustahil lagi dengan Innisfree Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam!

OXY Whitening Oil Control Wash

RM 11.06
Pencuci muka sesuai untuk remaja
11. OXY Whitening Oil Control Wash
Pencuci muka sesuai untuk remaja
Updated on 12th August 2020
add_circle Kulit tidak berasa kering setelah cucian

Bagi remaja yang mempunyai kulit berminyak, Oxy Whitening Oil Control Wash ini sesuai untuk anda. Dengan gaya hidup yang aktif dalam kalangan remaja, pencuci muka ini adalah jalan mudah untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat.

Pencuci muka ini mengandungi dua jenis ekstrak herba untul mengawal penghasilan minyak berlebihan iaitu Argania Spinosa dan Serenoa Serrulata. Bahan ini juga menghalang iritasi kulit dan menjadikan kulit wajah lebih segar bermaya.

Dengan Giga White Technology, pencuci muka ini juga mencerah kulit wajah yang kusam, menjadikan tona kulit sekata serusnya menaikkan seri wajah semula jadi anda.

Buih yang terhasil daripada pencuci muka ini membersih jauh ke dalam liang pori menjadikan kulit anda bebas dari kotoran setelah seharian beraktiviti di luar rumah. Bukan sahaja membersihkan liang pori, formulasi ini juga mengecikan liang pori di wajah anda!

Kandungan Belgian Wheat dalam formulasi ini memastikan kulit anda kekal lembap dan terhidrat sepanjang hari. Kulit anda juga tidak akan merasa kering setelah mencuci muka.

Rutin harian yang sibuk tidak lagi boleh menjadi alasan untuk kekal cantik dan berseri dengan Oxy Whitening Oil Control Wash!

NEUTROGENA Deep Clean Facial Cleanser (150ml)

RM 22.05
Neutrogena
12. NEUTROGENA Deep Clean Facial Cleanser (150ml)
Pencuci muka untuk blackhead and whitehead. Terbaik untuk kulit berminyak & kombinasi
Updated on 12th August 2020
add_circle Tiada alkohol
add_circle Tiada minyak
add_circle Tidak mengeringkan kulit
add_circle Murah

Anda mempunyai masalah blackhead dan whitehead? Neutrogena ada penyelesaiannya. Neutrogena Deep Clean Facial Cleanser merupakan pencuci muka yang bersifat non-comdogenic ataupun tidak menyumbat mampu membersihkan liang pori wajah dengan mendalam. Hal ini dapat memastikan pembersihan yang sempurna dapat dilakukan.

Terdapat dua cara pencuci muka ini memastikan wajah anda kekal segar dan bersih sepanjang hari. Pertama, kandungan hydroxy acid dalam pencuci muka ini akan meresap jauh ke dalam lapisan wajah dan melarutkan kotoran, minyak dan bahan solekan.

Kedua, ia juga membersihkan sel-sel kulit mati di lapisan luar kulit wajah yang menyebabkan kulit kering dan kusam. Hasilnya kulih lebih lembut dan bermaya.

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, pencuci muka ini dapat mengelakkan liang pori tersumbat yang menjadi permulaan kepada penghasilan blackhead dan whitehead serta jerawat.

Gunakan 1-2 kali sehari untuk kulit wajah bebas blackhead dan whitehead!

Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)

RM 23.80
Cetaphil
13. Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)
Pencuci muka untuk kulit sensitif. Sesuai juga untuk bayi
Updated on 12th August 2020

Pencuci muka yang bersifat lembut ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan kulit bayi. Ditambah pula bebas pewangi dan sabun, ia tidak menyebabkan iritasi kulit. Jad, ia selamat digunakan oleh setiap generasi.

Pencuci tanpa buih ini juga membersih sambil melembapkan kulit tanpa menghilangkan minyak semulajadi kulit wajah. Kulit anda akan kekal bersih dan lembap sepanjang hari.

Penggunaan seharian amatlah digalakkan untuk seisi keluarga kerana pencuci muka ini boleh digunakan sebagai sabun mandi juga.

Dengan formulasi pH yang seimbang, pH semulajadi kulit dapat dikekalkan. Hal ini boleh mengelakkan iritasi dan kulit kering. Kulit akan kekal terhidrat dengan penggunaan seharian pencuci muka ini.

Jika anda mempunyai masalah dengan pemilihan pencuci muka yang tidak sesuai selama ini, Cetaphil Gentle Skin Cleanser mungkin adalah jawapannya. Pencuci muka yang dipercayai oleh ahli dermatologi ini juga diakui sebagai jenama penjagaan kulit dermatologikal nombor 1 di Malaysia.

Pencuci muka ini boleh digunakan dengan air atau tanpa air. Menarik bukan?

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Apa itu pencuci muka? 

Pencuci muka adalah produk penjagaan kulit yang berkesan untuk menghapus kotoran pada kulit wajah agar ianya sentiasa kelihatan segar dan bersih. Ianya merupakan produk penjagaan kulit yang paling wajib untuk setiap individu.

Pencemaran udara boleh mengakibatkan kulit wajah terkena radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Penting untuk anda mencuci wajah 2 kali sehari. Selain kotoran yang ada pada wajah, kulit juga menghasilkan minyak dan sebum berlebihan yang akan mengakibatkan terjadinya ‘breakout’.

Ini adalah sebab utama penggunaan pencuci muka untuk menghapuskan kotoran dan menghalang penghasilan minyak berlebihan.

Dimanakah pencuci muka dijual di Malaysia?

watsons-malaysia
Image credit: capitaland.com

Pencuci muka adalah produk yang paling penting dalam penjagaan kulit dan ianya ada dijual dimana-mana sahaja. Disini kami rekomendasi beberapa kedai online dan offline untuk memudahkan anda melakukan pembelian;

Online

  1. Hermo: Jika anda gemar membeli barangan kecantikan online, Hermo bukanlah sesuatu yang asing bagi anda. Ditubuhkan pada tahun 2012, segala rangkaian barangan kecantikan daripada local dan antarabangsa (termasuk pencuci muka) terdapat disini.
  2. Sephora: Laman web ini menjual barangan kecantikan premium berbanding Hermo. Tetapi jangan risau. Sephora juga ada menawarkan harga-harga menarik yang mampu untuk dimiliki. Barangannya boleh didapati secara online dan offline (disini kami sertakan senarai lokasi Sephora berdekatan anda).
  3. Watsons: Watson merupakan drugstore utama di Malaysia pilihan ramai untuk membeli barangan kecantikan. Seperti Sephora, Watson juga boleh didapati secara online dan offline. Kunjungi Lazada dan Shopee untuk membeli barangan secara ekslusif dari Watsons.
  4. Laman web seperti Lazada dan Shopee : Senang, mudah dan ringkas. Anda boleh dapatkan segala jenis barangan di 2 laman web ini. Namun, ianya tidak menggalakkan penjualan barangan palsu tetapi masih boleh didapati di laman-laman web ini. Berhati-hati semasa melakukan pembelian. Pastikan reseller mendapat rating yang bagus. Kami cadangkan untuk anda membuat pembelian melalui kedai rasmi.

Offline

  1. Drugstore / farmasi : seperti yang dinyatakan di atas,drugstore seperti Watsons, Guardian dan Caring menawarkan pelbagai rangkaian pencuci muka untuk anda pilih. Jika anda lebih gemar membeli secara fizikal, kunjungilah drugstore berdekatan anda sekarang!
  2. Kedai serbaneka : Kedai-kedai popular seperti Aeon, Parkson dan Isetan juga menjual barangan kecantikan premium seperti Laneige, Kose, Estee Lauder dan banyak lagi.
  3. Pasar raya : Untuk anda yang mencari pencuci muka mengikut bajet, cubalah pasar raya seperti Tesco dan Aeon Big. Kedai-kedai ini lebih menjual barangan komersial seperti Safi, Garnier dan Biore. 

Bilakah masa yang terbaik untuk membelinya?

Pencuci muka merupakan produk asas yang penting untuk anda. Tidak perlu menunggu masa yang sesuai untuk membelinya. Pastikan anda sentiasa ada pencuci muka agar boleh digunakan setiap hari.

Namun, anda juga boleh selalu layari laman web atau lihat jualan langsung yang menjimatkan wang dan juga masa anda;

  1. Hermo’s Birthday Sale – Jualan hebat ini adalah yang terbesar di Hermo dan lebih baik dari jualan-jualan langsung yang lain seperti 12.12. Siapsedia untuk melakukan pembelian dan berbelanja lebih untuk dapatkan sampel percuma.
  2. Sephora Black Friday Sale – Kenapa Black Friday? Ini kerana Sephora merupakan hakmilik syarikat di Amerika dan Black Friday adalah jualan hebat besar-besaran yang diadakan setiap tahun. Diskaun sehingga 50%, penghantaran percuma dan Sephora sering menawarkan kod promosi potongan sehingga 15%.
  3. Jualan Gudang – Jualan ini selalunya menjual barangan lebih kepada pakaian dan keperluan rumah. Tetapi ada juga barangan kecantikan yang membuat jualan gudang seperti jenama SaSa. Klik butang ‘like’ dan ‘follow’ social media jenama ini agar tidak ketinggalan sebarang promosi dan jualan hebat.
  4. Tip bonus – anda juga boleh mendapatkan produk kecantikan secara percuma. Kempen dari jenama tertentu akan melakukan system pertukaran dimana anda boleh menukar botol pencuci muka kosong dengan yang baru. Selalunya drugstore yang melakukan roadshow. Jadi, tunggu apa lagi? Jangan lupa ‘follow’ sosial media rasmi agar tidak ketinggalan.

Kenalpasti Kulit Wajah Anda 

Sudah banyak pencuci muka yang dicuba tetapi satu pun tidak sesuai untuk kulit wajah anda? Pertama sekali, anda perlu mengenalpasti jenis-jenis kulit wajah terlebih dahulu sebelum membeli dan menggunakannya. Secara am, kulit muka terbahagi kepada 5 jenis: Normal, kombinasi, berminyak, kering dan sensitif

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda dapati daripada internet bagaimana untuk mengenalpasti kulit anda berada dalam kategori yang tepat. Cuci wajah anda dengan pembersih yang lembut dan tidak mengeringkan kulit. Pastikan kulit anda bersih daripada sebarang kotoran. Tunggu selama sejam selepas mencuci kerana ketika itu pH wajah akan kembali kepada asal dan kenalpasti dengan menggunakan kertas serap minyak (blotting paper) pada wajah;

  • Berminyak : kertas melekat dan menyerap lebihan minyak sehingga menjadi lutsinar
  • Kering : tidak melekat dan tiada minyak pada kertas
  • Kombinasi : kertas akan melekat pada bahagian T-Zone

Pilihlah Pencuci Muka Yang Universal

Woman Having Bubble Bath

Tahukah anda pemilihan pencuci muka yang tepat juga memainkan peranan penting untuk memastikan kulit wajah kekal bermaya dan sihat setiap masa? Hati-hati semasa memilih produk dan elak dari menggunakan pencuci muka dengan mengandungi bahan kimia yang merbahaya. 

Gunakan pencuci muka yang lembut dan halus. Lebih elok jika pencuci muka tersebut jenis banyak buih kerana ianya akan meresap masuk ke dalam liang pori untuk membersihkan kotoran pada lapisan kulit dengan berkesan. Pilihlah yang mengandungi asid pH 5.5, elakkan yang beralkali. Yang penting, bebas paraben dan alkohol untuk mengelakkan kulit anda daipada risiko kanser.

Wajah Yang Halus dan Mulus

Kulit wajah tampak segar dan bermaya sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Tetapi langkah penjagaan juga haruslah tepat dan bukannya “hentam kromo” sahaja. Tips yang tepat adalah gunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah, skrub muka dua kali seminggu, cuci dengan air suam, tanggalkan mekap sebelum mencuci muka, cuci dahulu tangan anda dari, fokus pada T-Zone dan gunakan facial mask

Cara Yang Betul Untuk Menukar Produk Skincare Baru

Terdapat pelbagai produk skincare yang baru boleh didapati di internet. Tetapi sejauh mana kesahihannya? Banyak perkongsian ilmu dari pakar imej dan doktor pakar sakit kulit mencadangkan bahawa jika anda ingin bertukar ke set produk skincare yang baru, rehatkan kulit wajah anda selama seminggu sebelum mencuba produk yang baru. 

Ini adalah kerana tempoh yang baik untuk melihat reaksi kulit terhadap produk terbaru adalah sekitar 7 hingga 10 hari. Jika tiada tindak balas negatif berlaku dalam tempoh tersebut, pencuci muka itu sesuai untuk anda. Tindak balas produk untuk setiap kulit berbeza. Ada yang dalam masa beberapa jam, hari mahupun bulan.     

Sudah bersedia untuk dapatkan kulit wajah sempurna? Cubalah langkah-langkah ini dan selamat berjaya!  

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article