Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Lindungi Kulit Tanpa Mencemarkan Terumbu Karang Semasa Bercuti Dengan 7 Sunscreen Mesra Alam Ini

Peliharalah kesihatan hidupan laut kita!

Memakai sunscreen ataupun sunblock telah menjadi kebiasaan bagi sesetengah individu yang menjaga kulit wajah mereka daripada dimamah bahaya sinaran matahari. Namun, tahukah anda bahawa sesetengah  bahan didalam sunscreen tersebut mendatangkan bahaya kepada hidupan laut dan juga membunuh terumbu karang?

Jika anda pernah ternampak gambar terumbu karang yang berwarna putih, mungkin bagi anda ianya cantik dan unik, tetapi, secara benarnya, terumbu karang yang berwarna putih itu telah mati dan kelamaan akan bertukar menjadi hitam. Dan kebanyakannya kerana air laut yang telah tercemar dengan bahan sunscreen dan produk penjagaan badan yang berunsurkan kimia. 

Bagaimanakah cara untuk megenal pasti sunscreen jenis mesra terumbu karang?

Untuk mengenalpasti produk sunscreen yang boleh dipakai ketika ingin melakukan aktiviti air di laut dan pantai itu senang saja. Kebanyakan produk sunscreen zaman sekarang ini akan meletakkan label “reef-safe” atau “reef-friendly” sebagai tanda bahawa produk tersebut dapat digunakan ketika bermandi manda di lautan nanti. 

Tetapi jika sunscreen tersebut tidak mempunyai label, anda boleh melihat senarai bahan yang digunakan pada belakang bekas sunscreen tersebut. Elakkan dari menggunakan sunscreen yang mengandungi oxybenzone dan octinoxate.

Suncreen terbaik untuk kulit sensitif dan kulit jenis gelap
La Roche-Posay
Semak La Roche Posay Anthelios Shake Fluid Invisible Fragrance-free SPF50+ 50ml harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Senang diaplikasi pada kulit
add_circle Kemasan matte
remove_circle Mengandungi alcohol denat
remove_circle Boleh menyebabkan breakout pada kulit matang

Sangat sesuai untuk yang mempunyai kulit sensitif kerana sunscreen ini bebas allergen,bebas pewangi, bersifat non-comedogenic dan juga tidak memberikan kesan white cast pada wajah. Jadi ianya sangat sesuai untuk sesiapa yang berkulit gelap. 

Sunscreen ini mempunyai tekstur yang sangat ringan, nipis dan juga memberikan kemasan matte jadi ianya sangat sesuai untuk orang yang mempunyai kulit berminyak dan juga berjerawat. Bukan itu sahaja, walaupun botolnya kecil, dan harganya yang tinggi, sunscreen ini tahan lama kerana anda hanya perlu menggunakan sedikit sahaja untuk keseluruhan wajah. 

Namun, review juga mengatakan bahawa sunscreen ini tidak sesuai buat kulit matang kerana menyumbat pori dan mengakibatkan blackhead.

Primer solekan dengan sunscreen SPF tinggi
Supergoop!
Semak Supergoop! Glowscreen Broad Spectrum Sunscreen Primer SPF 40 PA++ harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit kering
add_circle Tekstur nipis dan senang diaplikasi pada kulit
add_circle Kemasan dewy dan glowy
remove_circle Memberikan white cast pada kulit gelap

Kebanyakan primer solekan tidak mempunyai SPF, dan jika ada pun pasti SPF-nya rendah seperti SPF 15 dan SPF 30. Dengan itu kami cadangkan sunscreen daripada Supergoop! ini. Sunscreen ini sangat sesuai buat sesiapa yang ingin mengenakan solekan tetapi tidak suka menggunakan sunscreen yang biasa kerana boleh membuatkan solekan tampak tebal dan cakey. 

Primer sunscreen daripada Supergoop! ini sangat sesuai untuk solekan jenis glowy dan dewy kerana formulanya yang pearlescent. Bukan itu sahaja, sunscreen ini juga akan memberikan kilauan pada kulit jika dipakai begitu sahaja yang menjadikan kulit tampak sihat dan menawan. 

Sunscreen ini sangat ringan, sesuai buat kulit kering kerana formulanya yang menghidrat, dan juga mesra terumbu karang dan hidupan lautan. Namun tidak sesuai buat kulit jenis berminyak kerana kulit boleh kelihatan terlampau berkilau dan juga merimaskan.

Baca juga: Lindungi Kulit Anda Dari Sinaran UV Dengan 13 Sunblock Ini

Terbaik untuk menjaga kesihatan rambut berwarna ataupun chemical-treated
Supergoop!
Semak Supergoop! Poof Part Hair Scalp Powder SPF 45 harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit kepala sensitif
add_circle Senang digunakan dengan botol semburan
add_circle Dapat memberikan volume pada rambut nipis
remove_circle Serbuk menjadi tergumpal dan berketul pada rambut jenis berminyak
remove_circle Memudarkan warna rambut

Sunscreen daripada Supergoop! ini sangat unik kerana ianya khas untuk digunakan pada kulit kepala dan rambut. Sesuai untuk sesiapa yang mempunyai jenis rambut nipis dan kulit kepala yang senang sunburn, serbuk sunscreen ini akan melindungi kulit kepala dan helaian rambut anda dan juga memberikan volume kepada rambut nipis anda. 

Sunscreen ini jenis mineral ataupun dikenali sebagai physical sunscreen, jadi ianya sangat mesra terumbu karang dan hidupan laut. Sunscreen ini juga akan melindungi rambut berwarna daripada kerosakan matahari. Ianya sama seperti dry shampoo yang mempunyai kuasa SPF.

Teksturnya berserbuk nipis, tetapi tidak berminyak, dan tidak berwarna.

Sunscreen mampu milik sesuai untuk aktiviti air dan sukan
Badger
Semak Badger Company Sport Sunscreen Cream SPF 35 harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit kering, normal dan kombinasi
add_circle Tekstur tebal dan pekat, tidak mudah tertanggal ketika membuat aktiviti air dan juga berpeluh
add_circle Tidak mempunyai bau
remove_circle Memberikan white cast
remove_circle Memberikan kesan berminyak

Jika anda gemar melakukan aktiviti sukan dan air, sunscreen ini pasti akan menjadi kegemaran anda. Sunscreen ini mempunyai tekstur produk yang pekat dan likat supaya ianya susah tertanggal dan terhapus ketika berpeluh ataupun berada didalam air. 

Sunscreen ini juga sangat sesuai buat sesiapa yang menggemari produk organic dan vegan kerana produk ini telah diiktiraf sebagai produk organic dan vegan. Sifat sunscreen ini juga broad spectrum bermaksud ianya akan menlindungi kulit anda dengan meluas. Namun produk ini tidak sesuai buat kulit gelap kerana akan meninggalkan white cast.

Terbaik untuk kulit berminyak dan jerawat
Semak REN Clean Screen Mineral SPF 30 harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit berjerawat dan berminyak
add_circle Tekstur nipis dan ringan
add_circle Diperbuat menggunakan bahan natural
remove_circle Boleh mengeringkan kulit jenis kering

Ren Clean Skincare ini sangat popular dengan formulanya yang vegan dan menggunakan bahan natural dan bebas bahan kimia. Sama seperti sunscreen ini juga yang bersifat nipis dan ringan sesuai untuk kulit berjerawat dan berminyak.

Kemasannya yang matte akan mengelakkan kulit daripada berminyak dan berkilau. Sunscreen ini juga melindung daripada sinaran UVA dan UVB termasuklah blue light. 

Sunscreen ini juga amat sesuai buat kulit sensitif kerana tidak mempunyai bahan yang akan mengeringkan, dan juga mengiritasikan kulit seperti paraben, pewangi, pengawet, dan pewarna.

Baca juga: Lindungilah Kulit Anda Daripada ‘Kekejaman’ Sinar UV Dengan 7 Sunscreen Dari Watsons Ini 

Sunscreen jenis spray untuk badan dan muka
Caudalie Paris
Semak Caudalie Milky Sun Spray SPF50 harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kulit kering dan berminyak
add_circle Tekstur nipis dan milky yang sangat menghidratkan
add_circle Mempunyai haruman musim panas yang berbunga dan manis
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Semburan sunscreen ini sangat sesuai jika anda ingin meluangakn masa di luar pada jangka masa yang lama kerana anda hanya perlu menyembur sahaja jika ingin aplikasi semula. Sunscreen ini mempunyai tekstur yang cair dan milky seperti susu. Ianya sangat mudah menyerap ke dalam kulit dan sangat senang digunakan. 

Sesuai buat jenis kulit berminyak, sunscreen ini tidak akan menyebabkan kulit melekit dan juga berkilau. Sunscreen ini juga sesuai buat yang inginkan kulit sawo matang naun tidak membahayakan, kerana formulanya akan memberikan kulit anda ‘luminous tan’. 

Namun sunscreen ini tidak sesuai buat kulit sensitif kerana mengandungi pewangi, tetapi, pasti menambat hati sesiapa yang menyukai wangian musim panas yang berbunga dan manis.

Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk bayi dan kanak-kanak kecil
Thinksport
Semak Thinksport SPF50+ Sunscreen harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kesemua jenis kulit termasuklah sensitif dan bayi
add_circle Tekstur losyen krim yang senang menyerap
add_circle Tidak melekit dan bermiyak
remove_circle Memberikan sedikit white cast

Susncreen bersifat waterproof ini sangat sesuai untuk digunakan buat aktiviti luar dan air. Bukan itu sahaja, malah, sunscreen ini sesuai buat kanak-kanak kecil dan bayi juga kerana formulanya yang sesuai buat kulit sensitif dan juga organic. 

Sunscreen ini sesuai buat kesemua jenis kulit kerana ianya tidak pekat, senang menyerap, tidak mempunyai bau, dan juga bebas minyak!

Baca juga: Sayangi Kulit Anda - Gunakan 10 Sunscreen Alcohol-Free Ini

End of Article