Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Halang Pembentukan Melanin Dengan 10 Pelembap Terbaik Untuk Kulit Jeragat

Selamat tinggal bintik hitam!

Product in this article

Moisturizer jarang diberi perhatian oleh para wanita dalam rutin penjagaan wajah. Masalah seperti ini yang selalunya mendorong kepada punca mengapa kebanyakan wanita memiliki kulit jeragat dan kusam. Jeragat sebenarnya disebabkan oleh lebihan akses minyak yang terkumpul di bawah saluran kelenjar sebum atau nama saintifiknya, Sabaceous; sejenis akar rambut yang telah dicemari oksida berbahaya. 

Apakah cara paling berkesan bagi menghapuskan jeragat?

Walaupun jeragat tidak menjejaskan kesihatan seseorang, namun ia boleh memberi kesan efek yang mendalam seperti kurang keyakinan diri atau terasa penampilan tidak sempurna. Anda haruslah mengingati bahawa rutin penjagaan adalah kunci utama bagi menghapuskan jeragat.

Disini, kami menyediakan beberapa rekomendasi produk bagi membantu anda yang mempunyai masalah jeragat. Selamat mencuba! 

10 Moisturizer Untuk Hilangkan Jeragat di Malaysia

Safi Oxywhite Pelembap Gel Cerah Sempurna

RM 19.9
Moisturizer water-based – terbaik untuk remaja
Safi
1. Safi Oxywhite Pelembap Gel Cerah Sempurna
Pelembap murah dari drugstore untuk remaja
Updated on 7th August 2020

Dengan mengandungi bahan berasaskan air, Safi Balqis White Trilogy Hydragel Facial Moisturizer ini adalah pelembap terbaik buat para remaja. Kandungan asid Hyaluronik, Arbutin, Nano BioWhite dan ekstrak buah Kiwi dalam pelembap ini pula berkesan dalam mencerah serta mengekalkan kesegaran sepanjang hari. 

Ianya juga dapat melindungi kulit wajah dari radikal bebas serta pencemaran udara yang kotor.

Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30

RM 23.9
Moisturizer untuk memutihkan wajah
Garnier
2. Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream SPF30
Pelembap sesuai untuk mencerahkan wajah tidak bermaya
Updated on 8th August 2020
add_circle Beri lembapan dan menyerap pantas ke dalam kulit
add_circle Mencerahkan kulit agar tona kulit sekata
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Kulit lebih lembut
remove_circle Aroma floral yang kuat
remove_circle Kesan hasil lebih lama

Garnier Sakura White Day Cream ini sangat popular kerana kepantasannya yang berkesan dalam mencerahkan kulit. Pelembap serasi dengan semua kondisi kulit ini mengandungi kandungan SPF21 yang tinggi demi memberi perlindungan secukupnya buat kulit anda. 

Ekstrak Sakura, Vitamin B3 dan C di dalamnya pula akan membuatkan kulit anda terasa lebih lembut, gebu dan licin selepas hanya empat minggu menggunakannya.

Simple Kind to Skin Protecting Moisture Cream SPF30 (50ml)

RM 27.75
Simple
3. Simple Kind to Skin Protecting Moisture Cream SPF30 (50ml)
Pelembap dengan kandungan SPF, sesuai untuk kaum lelaki
Updated on 8th August 2020

Diformulasi dengan bahan seperti Vitamin E dan B3, Glycerin serta Sweet Almond Oil, krim pelembap ini mampu mengekalkan hidrasi sehingga 24 jam. Simple Protecting Moisturizing Cream, ini juga dirumus khas dengan bahan anti-lekit, menjadikan kulit anda bebas kilau serta tampil cerah berseri sepanjang hari. 

Kini, tiada lagi penampilan kedut atau garis halus pada kulit wajah anda! 

Clinelle Pure Swiss Hydra Calm Moisturizer Cream (40ml)

RM 46.22
Clinelle
4. Clinelle Pure Swiss Hydra Calm Moisturizer Cream (40ml)
Pelembap mengandungi asid Hyaluronik – terbaik untuk jeragat dan kering
Updated on 7th August 2020

Clinelle Pure Swiss Hydra Calm Moisturizer Cream ini mengandungi kepekatan asid Hyaluronik yang tinggi, menyerap pantas ke dalam lapisan kulit anda dan memberi lembapan sehingga 72 jam lamanya. 

Dilengkapi dengan Bio-Calm Complex dan Pure Swiss Thermal Spring, krim bertekstur ringan ini dapat menenangkan ketegangan serta memperkuatkan sistem pertahanan kulit agar kekal awet muda sentiasa. Selamat tinggal kesan kedutan! 

Bio Essence Be Bio-Hydra Aqua Moisturizing Gel

RM 39.13
Bio Essence
5. Bio Essence Be Bio-Hydra Aqua Moisturizing Gel
Pelembap bersifat gel untuk kulit jeragat cenderung sensitif
Updated on 8th August 2020
add_circle Ringan dan terbaik untuk kulit normal dan kombinasi
add_circle Pulihkan keanjalan kulit
add_circle Beri hidrasi secara intensif
remove_circle Tidak sesuai untuk kulit sensitif kerana bahan asid

Bio-Essence Hydra Aqua Moisturizing ini mengandungi 3x penyerapan terus ke dalam lapisan kulit demi menjaga keanjalan dan penghidratan kulit wajah. Krim pelembap yang bersifat gel ini sesuai digunakan pada bila-bila masa terutama di saat cuaca di Malaysia yang tidak menentu ini. 

Mengandungi bahan-bahan organik yang sihat seperti ekstrak Cranberry, minyak zaitun dan alga Jeju Marine, pelembap ini akan sentiasa melindingi kulit anda dari polusi serta radikal bebas yang berbahaya. Hebat kan?

Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream

RM 59.9
Olay
6. Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream
Pelembap kekal keanjalan pada kulit - melawan kesan penuaan
Updated on 8th August 2020

Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream ini memiliki formula tidak melekit dengan hydra-firming complex + amino-peptide complex yang dapat membantu mengekalkan kulit muka agar kelihatan lebih awet muda. Produk ini juga tidak mengandungi pewangi tambahan dan selamat untuk digunakan setiap malam. Selamat tinggal garis halus!

The Body Shop Vitamin E Intense Moisture Cream

RM 92
The Body Shop
7. The Body Shop Vitamin E Intense Moisture Cream
Pelembap untuk kulit jeragat - kurangkan kesan letih dan kekusaman
Updated on 7th August 2020

Pelembap atau moisturizer adalah kunci utama dalam rejimen penjagaan wajah, ini kerana pelembap merupakan asas atau penghadang buat kulit anda dari pencemaran berbahaya. Oleh itu, memang sangat penting buat anda yang memiliki kulit kering untuk memakai pelembap 2 kali sehari. 

Gunakan Body Shop Vitamin E Moisture Cream ini agar kulit nampak lebih segar dan tampil lebih berseri hari demi hari.

First Aid Beauty Ultra Repair Face Moisturizer

RM 110
First Aid Beauty
8. First Aid Beauty Ultra Repair Face Moisturizer
Pelembap terbaik dari Sephora untuk kulit jeragat
Updated on 29th January 2020

Pelembap Ultra Repair Cream dari jenama antarabangsa First Aid Beauty ini mampu melindungi kulit anda dari sebarang kandungan kimia merbahaya seperti bahan-bahan yang terdapat di dalam foundation mahupun solekan yang lain. Usah risau! Krim ini akan membantu menghidrat kulit kering akibat dehidrasi. 

Buat wanita yang aktif bersolek setiap hari, diingatkan bahawa anda wajib memakai pelembap agar kulit anda sentiasa tampil sihat dan segar.

Laneige Water Bank Moisture Cream 50ml

RM 155
Moisturizer bahan dasar air
Laneige
9. Laneige Water Bank Moisture Cream 50ml
Pelembap dari Korea untuk kulit kombinasi cenderung berminyak
Updated on 8th August 2020

Laneige Water Bank Moisture Cream ini memberi lembapan sepenuhnya buat kulit anda dengan formula asid Hyaluronik yang tinggi. Krim pelembap dari Korea ini turut membantu dalam mengawal minyak yang berlebihan agar kulit anda kekal selesa, bersih dan segar sepanjang hari. 

Diuji secara klinikal, krim ini akan memastikan kulit anda dilindungi melalui bahan dasar air atau water-based formula di dalamnya agar kulit wajah kekal lembap.

Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Gel Cream

RM 127.00
Kiehl's
10. Kiehl's Ultra Facial Oil-Free Gel Cream
Pelembap untuk kulit jeragat dan cenderung jerawat
Updated on 8th August 2020
add_circle Terbaik untuk kulit kombinasi, bebas minyak
add_circle Tekstur ringan, sesuai untuk kegunaan harian
add_circle Serapan pantas ke dalam kulit
remove_circle Bau alkohol yang kuat
remove_circle Tidak beri lembapan berpanjangan

Sekiranya anda mempunyai kondisi kulit yang normal tetapi cenderung kepada tumbuhnya jerawat, Kiehl’s Ultra Facial Oil-Free Gel Cream ini mungkin menjadi penyelesaiannya. Teksturnya bebas minyak dapat menghalang dari penghasilan jerawat pada kulit, sekaligus membuatkan wajah anda tampak berseri. Pelembap ini juga bebas paraben dan pewangi tiruan.

Dengan ekstrak Cylindrica Root, Antarcticine dan Cucumber, krim pelembap ini juga dapat melindungi kulit anda dari pencemaran udara. Cubalah!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article