Product in this article

Masih ramai lagi di antara kita yang tidak sedar akan kepentingan memakai sunblock atau sunscreen. Pelik juga, kerana fungsinya sangat penting untuk melindungi kulit daripada sinaran UV atau cahaya terik matahari. Oleh itu, sia sia sahajalah rutin penjagaan wajah atau setebal mana solekan yang dikenakan jika tidak dilengkapi dengan penggunaan sunblock atau sunscreen ini. 

Perlu anda ketahui, pendedahan berterusan di bawah sinar UV akan menyebabkan kekeringan melampau, penuaan awal dari usia sebenar atau cenderung kepada terbakarnya lapisan kulit luar atau sunburn. Jadi, dengan menambah sunblock ke dalam rutin penjagaan wajah, ia berperanan membekalkan khasiat, nutrisi serta vitamin secukupnya kepada kulit wajah anda. Jom lihat senarai dibawah yang akan memberi sedikit info sunblock / sunscreen  bersesuaian untuk setiap jenis kulit berbeza;

1. WARDAH Sun Care Sunscreen Gel SPF30 (40ml)

Sunblock dengan harga mampu milik – murah dan berkualiti

Harga mulai RM12.10

shopping_cart Shopee Malaysia RM20.00 shopping_cart Watsons Malaysia RM12.10

Produk Wardah Sun Care Sunscreen Gel SPF30 bertekstur gel ini mengandungi manfaat yang melindungi kulit dari terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Bukan sekadar memiliki SPF30, namun juga memiliki kandungan PA+++ yang bertindak sebagai penghalang atau filter UVA dan UVB dari sinar terik matahari dan kandungan Vitamin E sebagai antioksidan. 

Selain itu, kandungan Aloe Vera dan Pro Vitamin B5 di dalamnya juga berfungsi untuk melembapkan kulit agar terasa nyaman dan segar sepanjang hari.

2. BIORE UV Perfect Block Milk Moisture SPF50 (25ml)

Sunblock berkesan merawat dan menutup kesan jerawat

Harga mulai RM15.85

Dengan ekstrak Vitamin E serta Rice Germ, sunblock dari jenama Biore ini bukan sahaja dapat melindungi kulit anda dari sinaran UV, malahan dapat merawat dan menutup kesan cela seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik hitam yang terdapat pada wajah. Tidak berminyak atau melekit, produk ini juga merupakan waterproof  atau kalis air. 

Jadi, anda tidak perlu bimbang sekiranya sedang berpeluh kerana ia akan kekal lama tidak kira apa jua kondisi cuaca. Sesuai buat anda yang berkulit kering, sunblock ini juga selamat digunakan sebagai asas solekan.

3. HADA LABO Air Aqua UV Fresh SPF50 PA+++

Sunblock untuk kulit kusam, menghindari kulit dari kesan penuaan

Harga mulai RM54.90

shopping_cart Watsons Malaysia RM54.90 shopping_cart Hermo Malaysia RM54.90

Seperti yang anda sedia maklum, pendedahan berterusan di bawah sinaran UV mungkin menjadi penyebab utama pada tanda awal penuaan atau kekusaman. Oleh itu, sunblock dari Hada Labo yang bertekstur krim ini memberi 5 sistem pertahanan UV untuk perlindungan sepenuhnya buat kulit anda. 

Sunblock ini juga mempunyai bahan anti penuaan untuk keperluan kulit agar tampil kekal muda serta bebas dari kedutan dan garis halus. Pastikan anda memakainya secara konsisten untuk memastikan penghidratan dan menenangkan kulit kering akibat pendedahan matahari.

4. L’OREAL Paris UV Perfect Even Complexion (30ml)

Sunblock dengan hasil kemasan matte, kulit kekal bebas minyak

Harga mulai RM32.19

shopping_cart Shopee Malaysia RM32.19 shopping_cart Lazada Malaysia RM40.24

Bersifat ultra-ringan dan muda meresap apabila bersentuhan pada kulit, L'Oréal Paris UV Perfect Matte & Fresh adalah intipati cecair yang tidak melekit serta bebas minyak. Sunblock ini menawarkan perlindungan sehingga 12 jam bagi melindungi kulit sepenuhnya daripada penuaan, kegelapan dan radikal bebas. 

Diperkaya dengan penapis Mexoryl, losyen pelindung ini melindungi kulit wajah agar tampil bebas minyak atau kilat serta tidak menyebabkan kulit mengering. Meninggalkan kulit menjadi lebih lembut, licin dan berseri dari sebarang polusi merbahaya.

Jika anda seorang yang aktif melakukan aktiviti di luar atau sering berjemur di pantai, gunakan SUNPLAY Skin Aqua UV Moisture. Sunblock ini mengandungi SPF yang tinggi, bersedia melindungi kulit anda dari radiasi UV terutamanya sinaran UVA yang sangat merbahaya. Tambahan juga, ianya waterproof (kalis air) dan sweat proof (kalis peluh). 

Sunblock ini meminimumkan penuaan dan hyperpigmentation, memberi lembapan sepenuhnya kepada kulit anda. Gunakan ia sebagai salah satu langkah dalam rutin penjagaan kulit anda. Untuk perlindungan maksimum, gunakan setiap 2 jam selepas terdedah kepada matahari dan air.

6. NIVEA Sun Protect & Moisture SPF50 (75ml)

Sunblock bagus untuk kegunaan remaja alami masalah kulit kering

Harga mulai RM27.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM27.90 shopping_cart Watsons Malaysia RM27.90

Nivea Sun Lotion Moisturising ini sangat lembut dan ringan, mampu melindungi kulit anda dari terjadinya sunburn. Dengan formula Panthenol serta Vitamin E, ia menghidrat kulit anda dari terasa kering serta korasakan akibat pendedahan berpanjangan di bawah matahari. 

Selain itu, sunblock ini juga mempunyai sistem anti-penuaan. Buat para remaja yang ingin mencuba sunblock buat kali pertama atau yang aktif melakukan aktiviti di luar, cuba produk ini. Ianya selamat digunakan setiap hari. Kini anda bebas melakukan apa jua jenis aktiviti!

Sunblock dari Innisfree yang mengandungi ekstrak Sunflower Oil dan Jeju Green Tea yang berfungsi dengan baik bagi mengawal penghidratan selama 5-6 jam. Krim dari Korea tanpa sebum ini juga mempunyai penapis mineral 100% untuk menguruskan dan menghalang kulit anda daripada berminyak serta peluh untuk memastikan kulit sentiasa tampil berseri. 

Sesuai untuk kulit wanita Asia, pelindung matahari Korea ini menggunakan pelbagai ramuan yang lengkap melindungi kulit anda sepenuhnya daripada sinaran UVB dan UVA yang terik.

8. ETUDE HOUSE Sunprise Mid Airy Finish SPF50

Sunblock untuk kulit kombinasi cenderung kering, tidak menyebabkan iritasi

Harga mulai RM38.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM56.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM38.00

Sekiranya anda mencari sunblock yang sesuai dengan kondisi kulit kombinasi, cuba Etude House Sunprise Mid Airy Finish SPF30 ini. Ia menawarkan perlindungan dari sinar UV serta membantu dalam memberi efek pencerahan semula jadi tanpa merosakkan kondisi kulit. Ia akan menghidrat kawasan kering dalam pada masa yang sama, mengawal akses minyak dan menutup liang pori. 

Kaya dengan kandungan Titanium Dioxyde serta Zinc Oxygen, ia menjaga kulit tanpa menyebabkan kesan pedih atau iritasi. Teksturnya yang lembut, sangat efektif bagi mengekalkan lembapan buat kulit.

9. Cetaphil UVA/UVB Defense SPF50 50ml

Sunblock terbaik untuk kulit sensitif dengan bahan bebas alkohol

Harga mulai RM70.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM70.00 shopping_cart Watsons Malaysia RM110.18

Bebas dari sebarang alkohol, pewangi tiruan serta paraben, Cetaphil UVA/UVB Defence SPF50+ ini adalah solusi terbaik buat anda yang memiliki kulit kering serta sensitif. Dengan menggunakan teknologi Mexoryl yang dipatenkan, produk ini menggabungkan tujuh penapis dan membina penghalang fizikal demi melindungi kulit dari kerosakan cahaya terik matahari. 

Tinggi dengan kandungan SPF50, sunblock ini dapat membantu memperbaiki masalah kulit sensitif dalam pada masa yang sama, memberi kelegaan dan mengekalkan lembapan pada wajah. Sangat mesra pada kulit sensitif, kini kulit anda bebas dari sunburn!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!