Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Kulit Flawless dengan 7 Pencuci Muka Untuk Kulit Jerawat Terbaik

Serlahkan keyakinan diri dengan wajah bebas jerawat dan cela!

Product in this article

Jerawat seringkali terjadi akibat perubahan hormon, stres, penyalahgunaan produk solekan, pemakanan, terdedah kepada sinaran UV dan pakaian. Kebanyakan orang yang mempunyai masalah jerawat pasti rasa runsing untuk mencari produk yang bersesuaian dengan kulit wajah berjerawat ini.

Apakah pencuci muka untuk kulit berjerawat yang terbaik untuk anda?

Teliti dahulu isi kandungan produk pencuci muka untuk jenis kulit berjerawat seperti bahan yang mampu membersih dan menghilangkan kotoran punca jerawat, mengunci hidrasi dari dalam dan mengurangkan kadar iritasi pada kulit wajah serta kerengsangan. 

Jom lihat senarai pilihan produk pencuci muka terbaik untuk anda yang mengalami masalah kulit berjerawat:

COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser (150ml)

RM 30
COSRX
1. COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser (150ml)
Membanteras jerawat pasir degil dengan asid Salicylic
Updated on 12th August 2020

Jerawat pasir terjadi kerana kelenjar dibawah permukaan kulit tersumbat disebabkan oleh faktor perubahan hormon, tekanan, ataupun kebersihan muka yang tidak dijaga. 

Diformulasi dengan khasiat asid Salicylic, ia bertindak secara lembut untuk menghilangkan kotoran seperti sebum. Kulit wajah anda akan tampak lembut dan licin tanpa meninggalkan rasa kesat.

Neutrogena Deep Clean Acne Foam Cleanser

RM 22.9
Neutrogena
2. Neutrogena Deep Clean Acne Foam Cleanser
Tinggalkan wajah berminyak dan jerawat dengan pencuci muka ini
Updated on 12th August 2020

Kadang kala kulit berjerawat terhasil daripada minyak berlebihan hasil kulit kering, kusam dan tidak bermaya. Pembersih muka buih berasaskan gliserin yang terbukti secara klinikal ini boleh menghilangkan kotoran, sebum, minyak dan sel-sel kulit mati sambil mengembalikan seri wajah anda.

Ia diformulasi dengan bahan anti-bakteria dan Natural Botanical Complex yang membantu melawan bakteria penyebab jerawat dan mencegahnya sambil menghidrat kulit.

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash

RM 27.9
Hada Labo
3. Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash
Tiada lagi masalah kulit kusam – wajah tampil cerah dan berseri
Updated on 12th August 2020

Kulit kusam terjadi apabila kulit wajah anda dipenuhi dengan sebum lebihan, radikal bebas, minyak dan sel kulit mati yang menempel pada kulit. Dengan membaiki penghadang kulit, masalah kulit anda yang lain akan pulih secara automatik.

Asid Hyaluronik yang terkandung dalam pencuci muka ini bertindak membaikpulih masalah kelembapan penghadang kulit. Dengan 2 jenis Hyaluronic Acid, pencuci muka ini menjanjikan kulit muka yang lembut, licin dan cerah dengan setiap cucian.

Klairs Rich Moist Foaming Cleanser (100ml)

RM 53
Klairs
4. Klairs Rich Moist Foaming Cleanser (100ml)
Pencuci muka hypoallergenic dan bebas alkohol untuk si kulit sensitif
Updated on 12th August 2020

Jika kulit anda sensitif dan berjerawat, bertukarlah ke pembersih muka hypoallergenic. Klairs menggunakan formula asid Amino, yang menjadikan kulit anda lembap dan membersih liang-liang pori anda secara mendalam. 

Ia juga mengandungi asid Hyaluronik, Ceramide dan minyak zaitun untuk memberi penghidratan secara maksima. Tekstur wajah anda lebih lembut dan halus kerana ia mengandungi bahan pengelupasan semula jadi yang tidak akan merengsakan kulit.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)

RM 23.80
Cetaphil
5. Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)
Pencuci muka Holy Grail dari farmasi, disyorkan oleh pakar dermatologi
Updated on 12th August 2020

Dengan formula yang ringan dan melegakan jerawat, produk ini direka secara khas untuk semua jenis kulit termasuk kulit bermasalah ekzema dan psoraisis. Formulanya yang bebas sabun dan buih, membersih tanpa menyebabkan rengsa serta melembap kulit. 

Ia mampu untuk membersih sisa-sisa sebum dan radikal bebas daripada menyumbat liang pori. Berkesan untuk mengecutkan jerawat dengan cepat.

Neogen Real Fresh Foam Green Tea

RM 43.5
Neogen
6. Neogen Real Fresh Foam Green Tea
Wajah cerah dan bebas parut dengan ekstrak daun teh hijau
Updated on 12th August 2020

Produk unik ini mengandungi daun teh hijau asli dan 100% Camellia Sinensis Water untuk kesegaran semulajadi. Ia membantu mengecutkan jerawat dengan cepat dan mengurangkan sebum serta minyak berlebihan sambil membersihkan liang pori tersumbat. 

Produk yang terbukti secara klinikal ini juga mampu membuang sel mati dan kerosakan kulit akibat terdedah kepada sinaran UV.

The Face Shop Jeju Volcanic Lava Pore Daily Cleansing Foam (150ml)

RM 43.00
The Face Shop
7. The Face Shop Jeju Volcanic Lava Pore Daily Cleansing Foam (150ml)
Formula abu lava gunung berapi untuk menghilangkan bintik hitam
Updated on 12th August 2020

Bintik hitam terhasil apabila liang pori anda tersumbat dengan lebihan minyak dan sebum serta akibat sinaran ultraviolet. 

Produk pencuci muka daripada The Face Shop ini direka khas menggunakan rumusan abu lava gunung berapi Jeju yang mempunyai tindakan 2-dalam-1 yang berfungsi sebagai gabungan masker dan pencuci muka yang berkesan membuang kotoran, minyak dan bintik hitam tersumbat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article