Setiap daripada kita pasti ada masalah kulit wajah yang berbeza seperti masalah jerawat, kulit berminyak dan kulit wajah berparut.
Tapi apa yang lebih memeningkan apabila jerawat atau luka tersebut meninggalkan kesan parut dalam yang sukar untuk hilang.
Jawapan untuk masalah ini, anda perlukan ubat parut atau cream hilangkan parut paling berkesan untuk kulit wajah yang lebih mulus.
Di pasaran memang banyak piihan ubat hilangkan parut sampai kita pun tak tahu nak pilih ubat hilang parut terbaik yang mana satu dan yang sesuai dengan jenis parut kita.
Jadi, kami ada jalan penyelesaian dengan bantu anda senaraikan produk hilangkan parut jerawat dan juga parut luka dengan berkesan.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 17 Krim Hilangkan Parut
Sebab menjadi pilihan utama:
Krim parut untuk luka ini mengandungi teknologi CX5 yang inovatif dan mengandungi ramuan unik ester Vitamin C yang memberi faedah perlindungan dan bertindak sebagai agen pencerah kulit.
Ciri-ciri:
Sesuai untuk anda yang alami parut jenis hyperthropic dan keloid, teknologi silikon pada krim ini dapat membantu mengurangkan kesan cela parut tersebut.
Pembentukan melanin atau pigmentasi yang muncul pada permukaan kulit wajah anda juga akan berkurangan jika penggunaan secara konsisten.
Walaupun hasilnya agak lambat berbanding krim lain, tetapi dijamin selamat digunakan untuk semua jenis kulit.
Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi dimana boleh digunakan pada bekas luka yang tidak melebihi 2 tahun seperti pembedahan atau kesan terbakar kecuali luka terbakar tahap ketiga.
Jadi, sangat sesuai untuk para ibu mengandung yang bersalin melalui proses pebedahan bagi menghilangkan parut tersebut.
Review:
"Ada parut dalam, lepas pakai setiap hari, parut nampak macam tak ada dah dalam masa 3 bulan."
Krim ini diperkaya dengan minyak Rose Hip dan Vitamin E, sangat berkhasiat dan dapat membantu melindungi kulit.
Krim ini akan menyerap ke dalam kulit untuk memperbaiki beberapa masalah, antaranya:
- Mengurangkan parut jerawat dan jeragat
- Melembapkan kulit kering
- Memperbaiki tekstur kulit rosak
- Mengurangkan warna kulit kusam
Dengan kandungan bahan antioksidan krim ini berkesan untuk memberi ketegangan pada kulit.
Malah mampu mengurangkan kesan stretch marks dan menenangkan kulit kemerahan yang disebabkan oleh sunburn.
Krim parut ini mampu membaiki kesan parut, tanda regangan dan cela pada permukaan kulit kerana kaya dengan emolien yang dirumus dengan Vitamin E berkualiti tinggi serta diperkaya dengan Shea dan Cocoa Butter.
Selain itu krim ini juga dapat melambatkan proses penuaan pada kulit dengan memudarkan kedutan dan garis halus yang muncul pada permukaan kulit wajah sekaligus memberi keanjalan pada wajah seperti awet muda.
Kandungan perlindungan ekstranya pula membantu menghalang radikal bebas melekat pada kulit wajah, mengurangkan tanda parut serta membaiki tisu wajah akibat sinar UV atau stretch marks.
Sangat bagus bagi kulit bermasalah seperti sensitif dan kering jadi krim ini tidak akan menyebabkan kulit menjadi iritasi.
Krim Vitamin E dari Derma Health ini kaya dengan pelembap dan antioksidan yang dapat membaikpulih kerosakan kulit dengan baik.
Malah, dengan kandungan 10,000iu Vitamin E, krim ini mampu memberi manfaat dalam banyak perkara. Antaranya:
- Mengekalkan kesihatan kulit.
- Melambatkan proses penuaan.
- Dapat membaikit kulit berparut.
- Mengurangkan garisan stretch marks.
- Dapat melindungi kulit dari sinar UV.
Selain itu, krim ini sesuai untuk kulit kering kerana dapat dapat mengekalkan lembapan pada kulit sepanjang hari jadi.
Cara pemakaian krim ini, gunakan selepas mandi kerana liang pori kulit wajah sedang terbuka selepas mandi.
Krim merawat parut dari Mederma merupakan krim no.1 yang disyorkan oleh doktor pakar kulit di Jerman.
Ini kerana bahan yang digunakan seperti Aqua (purified), PEG-4, Aloe Barbadensis Leaf Juice dan lain-lain dapat menyelesaikan masalah kulit berparut dan menjadikan kulit lebih anjal.
Jangan risau, krim ini bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti alkohol tapi, jika krim ini menyebabkan kulit iritasi atau merengsa, hentikan penggunaan dengan segera.
Cara penggunaanya, sapukan krim Mederma pada parut dengan lembut sebaik sahaja luka sembuh.
Gunakan dua kali sehari selama dua bulan pada parut baru manakala 3-6 bulan pada parut yang lebih tua atau dalam.
Jika penggunaan harian yang konsisten, anda akan melihat parut pada permukaan kulit hampir tidak kelihatan.
Bagi mereka yang sedang hamil, lepas bersalin atau proses menurunkan berat badan, bahagian kulit tertentu terutama perut pasti berlaku regangan.
Jadi, Palmer's Cocoa Butter Stretch Mark Lotion ada jalan penyelesaian kerana mampu mengurangkan garisan stretch marks.
Malah krim ini mengandungi Argan Oil, Sweet Almond Oil, Centella Asiatica, Elastin, Collagen, Vitamin E, Shea Butter, Cocoa Butter dimana dapat mengurangkan kegatalan pada kulit.
Dalam masa yang sama boleh digunakan sebagai pelembap kulit bagi yang mengalami masalah kulit kering.
Bagusnya lagi, krim ini menyerap pantas ke dalam lapisan kulit menjadikan kulit anjal dan lembap sepanjang hari atau selama 48 jam.
Cara penggunaanya, hanya sapu mengikut pusingan jam pada bahagian perut bagi ibu mengandung sehingga bayi dilahirkan.
Manakala, bagi yang ingin menurunkan berat badan, sapu pada bahagian selulit. Lakukan dua kali sehari.
Krim ini mengandungi bahan yang dapat memberi kesan positif pada beberapa masalah kulit, antaranya:
- Memudarkan & menghilangkan parut dalam.
- Mengecutkan jerawat.
- Menghilangkan jeragat.
- Mengawal kulit berminyak.
- Mengecilkan liang pori.
- Melembapkan kulit kering.
- Merawat rasa gatal untuk masalah kulit alergik dan ekzema.
Menariknya lagi, dapat membunuh kuman yang melekat pada kulit.
Dengan adanya bahan antiseptik, krim ini dapat mengurangkan ruam dan jerawat.
Kandungan Krim Herbal Blend ini dihasilkan daripada 4 jenis tumbuh-tumbuhan herba iaitu daun Sage, Horse Chesnut, Yarrow dan Rosemary.
Semua bahan tradisional ini boleh merawat parut pada kulit tanpa menggunakan apa-apa campuran bahan kimia.
Selain itu Shaklee Essential Herbal Blend Multi Purpose Cream ini mampu melembutkan kulit seperti bahagian tumit, merawat segala jenis ruam, merawat luka pada puting susu ibu, mengurangkan selulit dan banyak lagi.
Menariknya lagi, krim ini sesuai untuk penggunaan semua peringkat umur dari bayi sehingga dewasa tidak kira lelaki atau wanita.
Ibu mengandung dan warga emas juga boleh pakai untuk melembutkan kulit atau mengurangkan garisan selulit.
Gunakan pada tempat yang bermasalah pada setiap hari setiap kali selepas mandi atau jika perlu.
Serum ini bukan sahaja menghilangkan parut jerawat tetapi mampu menghilang parut demam campak dan parut luka.
Kandungan antioksidan yang tinggi akan membantu anda mempercepatkan memudarkan parut pada kulit anda.
Selain itu, bahan Vitamin E juga berfungsi sebagai anti keradangan secara semula jadi.
Dengan bahan yang berkualiti, kulit akan kelihatan lebih cerah dan menjadikan kulit lebih lembap tanpa mengeringkan lapisan kulit anda.
Cocoa oil pula akan melindungi kulit dari kotoran luar yang boleh menyebabkan kerosakan pada tisu.
Bagi wanita yang ingin hilangkan stretch mark dan melegakan gatal, dapatkan je Mama's Choice Stretch Mark Cream.
Diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi seperti:
- Lipobelle soyaglycone: Merangsang pengeluaran kolagen, meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan kedutan.
- Mentega shea & minyak zaitun: Menenangkan dan melembapkan kulit.
- Minyak jojoba: Menyuburkan dan memulihkan keanjalan kulit anda.
Halal, hypoallergenic, diuji secara dermatologi, bebas paraben, bebas alkohol dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Walau bagaimanapun, krim tidak boleh digunakan pada kawasan puting semasa breastfeeding.
Dinasihatkan untuk mengurut krim pada perut dan kawasan lain yang terjejas pada waktu pagi dan malam.
Bio oil ini terkenal dengan kemampuannya mengurangkan parut pada badan.
Ini kerana bahan yang digunakan semuanya berasaskan organik dan selamat untuk kulit badan.
Ciri lain lagi berfungsi mengurangkan atau memudarkan stretch mark pada kulit badan.
Tapi perlu di ingatkan, hanya mampu mengurangkan sahaja bukan untuk menghilangkan kesan tersebut.
Bukan sahaja berfungsi memudarkan kesan-kesan diatas, malah Vitamin E di dalam Bio Oil juga mampu melindungi kulit dari radikal bebas.
Retinyl Palmitate (Vitamin A) ini akan mengurangkan jerawat serta meningkatkan penghasilan collagen yang baik untuk kulit.
Banyak sebenarnya kegunaan produk ini, mahal tapi berbaloi.
Bahan utama krim ini adalah Vitamin E yang mana dapat memberi banyak kebaikan pada kulit.
Antaranya mencerahkan kulit, mengurangkan selulit dapat melicinkan kulit dan banyak lagi.
Paling penting, krim ini dapat mengembalikan kulit asal walaupun terdapat parut dalam pada kulit.
Jangan risau, boleh digunakan pada bahagian muka dan seluruh kulit yang mempunyai masalah.
Bagi yang ada masalah parut kaki yang banyak atau kesan jahitan selepas pebedahan, kami syorkan krim Scars ini.
Krim ini menganguni ekstrak lavender, propolis, allanosin, chlorhexidine acetate, sodium hyaluronate dan bahan aktif yang lain.
Ini menjadikan sesuai untuk parut kudis, parut yang dalam, luka pembedahan, gatal kemerahan, lebam, parut jerawat dan lain-lain.
Jangan risau, krim ini sesuai untuk semua orang termaasuk kanak-kanak, wanita mengandung dan dewasa.
Cara penggunaan mudah saja sapukan pasa kawasan berparut dan biarkan selama 8 jam. Pakai waktu siang dan malam.
Kami ingin ingatkan, simpan krim ini dalam tempat sejuk dan elakkan simpan dalam suhu yang panas.
Blackmores Natural Vitamin E Cream adalah krim pelembap yang dapat memberikan kulit yang lebih sihat.
Diformulasikan dengan Vitamin E semula jadi, avocado oil, apricot kernel oil, dan Vitamin A.
Selain itu, krim parut ini boleh memberikan kelembapan intensif, melindungi kulit, menyuburkan dan melicinkan kulit.
Bebas dari pewarna, wangian, dan paraben, jadi selamat digunakan pada mana-mana bahagian badan.
Gel parut yang terbukti secara klinikal berkesan dalam mencegah dan merawat parut hipertrofik dan keloid yang disebabkan oleh kemalangan, luka bakar, atau pembedahan.
Sesuai untuk jenis parut lain seperti jerawat, calar, C-section scar dan gigitan serangga.
Mengandungi 3 bahan utama iaitu Vitamin E, Vitamin C dan glycosaminoglycans (MPS) yang dirumus khas untuk memperbaiki penampilan parut lama dan baru hanya dalam 4 minggu.
Ia melakukan tindakan tiga kali ganda dalam mencerahkan bekas parut, mengurangkan gatal-gatal, meratakan dan melembutkan parut.
Pakar perubatan turut mengesyorkan Hiruscar Silicone Pro sebagai pilihan terbaik untuk mencegah dan merawat parut yang timbul dan merah.
Formulanya cepat kering, lembut pada kulit, selamat untuk kulit sensitif dan juga boleh menutup parut yang tidak rata dan timbul.
Satu tiub 10g Hiruscar Silicone Pro boleh bertahan sehingga 1.5 - 2 bulan.
BREYLEE acne scar removal cream boleh mengurangkan penampilan parut lama dan baru, tapi kena consistent pakai selalu.
Krim ini mengandungi niacinamide, ekstrak herba semula jadi Portulaca Oleracea dan faktor pertumbuhan epidermis yang membantu menenangkan, melembutkan, dan memperbaiki kulit.
Ia juga meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penampilan keseluruhan kulit.
Tambah lagi, cream hilangkan parut ini amat bermanfaat untuk menggalakkan pertumbuhan pelbagai sel dalam tisu epidermis dan mempercepatkan pertumbuhan semula sel.
Jadi, ia sesuai untuk merawat parut yang ditinggalkan oleh trauma dan luka bakar.
Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, lebih baik cuba pada bahagian kecil kulit terlebih dahulu.
Hanya sapukan pada kawasan parut 2 hingga 3 kali sehari, pada waktu pagi dan petang.
Krim pelembap Shiseido Essential Energy direka untuk meningkatkan rutin penjagaan kulit anda, dan ia cepat meresap ke dalam kulit.
Diperkayakan dengan Ekstrak Akar Ginseng dan campuran eksklusif Asid Hialuronik, krim ini memberi nutrisi mendalam kepada kulit anda,
Ia menjadikan kulit wajah anda semakin lembut, tegang, dan berseri seharian dan sehingga 24 jam.
Formula unik krim ini menyokong pengeluaran Asid Hialuronik kulit anda secara semula jadi, secara tidak langsung dapat meningkatkan keupayaannya untuk mengekalkan kelembapan.
Kulit wajah akan menjadi lebih licin, dan liang pori serta garis halus berkurangan selepas empat minggu penggunaan.
Tambahan lagi, ia diuji oleh ahli dermatologi, tidak menyebabkan pori tersumbat, dan bebas minyak mineral, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.
Parut adalah hasil dari proses penyembuhan kulit dan tisu semula jadi selepas berlaku kecederaan pada permukaan kulit.
Boleh terjadi di mana-mana anggota badan disebabkan kecederaan trauma, jangkitan atau pembedahan.
Tisu yang normal digantikan dengan tisu fibrosis dan parut terbentuk sama ada pada tisu dalaman atau permukaan kulit.
Bagaimanakah Krim Parut Berfungsi?
Parut terjadi kerana tindak balas penghasilan kolagen semula jadi yang berlebihan akibat luka.
Krim parut mengandungi bahan-bahan seperti silikon, Vitamin E, allantoin yang dapat mencerahkan warna parut.
Bahan ini juga dapat memberi kelembapan yang mencukupi bagi melembutkan dan meratakan bahagian berparut tersebut.
Anda boleh dengarkan perkongsian dari video di bawah cara hilangkan parut.
Bilakah Waktu Terbaik Untuk Memakai Krim Hapus Parut?
Jika luka anda terlampau dalam dan telah dijangkiti kuman, pastikan berjumpa dengan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan krim hapus parut.
Ini kerana, bagi mengelakkan luka lambat sembuh atau dijangkiti kuman kerana tidak pakai ubat yang betul.
Selepas saja dapati luka sudah kering dan tidak lagi berkudis, anda boleh sapukan krim hapus parut.
Untuk lebih selamat, pastikan luka anda dalam keadaan seperti berikut;
- Luka tidak lagi berasa sakit atau gatal.
- Anda telah melengkapkan kitaran antibiotik anda.
- Luka telah tertutup sepenuhnya dan tiada lagi kuping.
- Luka tidak bengkak atau merah dan tidak sentiasa berubah warna atau bentuk.
Ada Berapa Jenis Parut?
Parut juga terdapat beberapa jenis jadi sebelum merawat, pastikan anda ketahui jenis parut yang anda ada supaya dapat beri rawatan yang tepat.
-
Parut keloid
Parut keloid terhasil akibat pembentukan tisu fibrosis yang berlebihan dan melibatkan kulit sekeliling yang normal.
Parut ini bukan sahaja hodoh kerana warnanya yang lebih gelap tapi boleh menyebabkan komplikasi lain seperti sakit, gatal dan mengganggu pergerakan tubuh.
-
Parut kontraktur
Parut kontraktur sering berlaku selepas kecederaan pada kulit akibat luka kebakaran, kelecuran atau kehilangan kulit akibat kecederaan lain.
Tisu fibrosis akan menarik kulit di antara permukaan sendi seperti jari tangan, siku dan leher.
Malah boleh menarik kulit yang lembut seperti kelopak mata dan bibir.
-
Parut Hipertrofi
Parut hipertrofi akan kelihatan tebal dari permukaan kulit dan berwarna kemerah-merahan.
Cara Memilih Krim Hapus Parut Yang Terbaik?
Berikut beberapa tips berguna untuk membantu anda memilih krim hapus parut:
- Sebelum membeli ubat hilangkan parut, kenali dan fahami dahulu jenis parut, sama ada parut baru atau lama, serta tahap keterukannya.
- Utamakan krim mengandungi bahan aktif seperti ekstrak herba, ekstrak aloe vera atau vitamin C & E yang membantu proses penjanaan semula kulit.
- Elakkan krim hapus parut yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan kerengsaan atau alahan.
- Pilih jenama yang telah terbukti berkesan dan selamat digunakan serta baca ulasan pengguna lain tentang cream hilangkan parut sebelum membeli.
- Ingat, parut memerlukan masa untuk pulih dan gunakan krim secara konsisten selama beberapa bulan sehingga kesan positif dapat dilihat.
- Rawat parut sebaik sahaja ia berlaku. Ini dapat mempercepatkan proses penyembuhan dan mencegah ianya bertambah teruk.
- Anda boleh berunding dengan pakar dermatologi untuk cadangan mengenai produk hapus parut yang paling sesuai untuk jenis parut anda.