Kecantikan

Dengan 9 Minyak Rambut Dari Drugstore, Belailah Mahkota Berharga Anda

Semasa membeli minyak rambut, pilihlah yang mengandungi vitamin A, E & B12. Berikut beberapa minyak rambut kelapa, aloe vera, argan oil dll dari drugstore.


Editor · Updated 29 May 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Dengan 9 Minyak Rambut Dari Drugstore, Belailah Mahkota Berharga Anda

Minyak rambut merupakan sejenis mineral yang baik dan berfungsi sebagai lapisan luaran buat rambut dan menyihatkan kutikel. Kini, terdapat lambakan produk di pasaran yang sudah diperbaiki isi kandungannya seperti pewangi, bahan mineral, argan dan ekstrak bunga untuk mengharumkan lagi rambut anda. Minyak rambut juga bertindak sebagai pelembap yang bertujuan untuk melembutkan dan kekal bersinar. Memiliki rambut yang sihat dan bersinar pastinya merupakan impian setiap wanita ataupun lelaki. Pastikan anda menggunakan minyak rambut yang sesuai.

Pilihlah minyak rambut yang mengandungi bahan semulajadi seperti organik. Selain daripada minyak jojoba anda juga boleh memilih minyak yang mengandungi vitamin A, E dan B12 untuk rambut anda. Tips penting memilih minyak rambut bersesuaian; kenalpasti jenis rambut anda terlebih dahulu. Berikut beberapa produk minyak rambut yang sesuai untuk jenis-jenis rambut anda.

Kandungan
Minyak untuk melurus dan kekalkan warna rambut 1 daripada 10
L’OREAL Extraordinary Oil Red (100ml)
Partnership with
Dari RM27.32
Lihat harga di Hermo Malaysia

Minyak rambut ini dirumus khas dengan campuran ekstrak minyak bunga Marticaria, Lotus, Rose, Chamomile, Flak dan Tiare. Ianya minyak yang sangat luar biasa kerana membantu untuk melembutkan rambut, merawat dan juga membantu mengekalkan warna rambut agar kelihatan bersinar. 

Anda tidak perlu risau akan hasilnya kerana ia mengandungi bahan bebas minyak bahkan memberi kemasan yang sempurna untuk dandanan rambut anda.

Minyak khusus untuk rambut kusut – agar mudah diuruskan 2 daripada 10
MA CHERIE Hair Oil (60ml)
Partnership with
Dari RM39.90
Lihat harga di Hermo Malaysia

Minyak rambut dengan aroma yang mewangi ini menjadikan anda bebas untuk melepaskan rambut bagi yang free hair walaupun berada di luar. Dengan bertekstur minyak yang ringan dan membekal nutrisi yang diperlukan untuk rambut anda sehingga ke akar.

Dirumus khas dari ekstrak madu dan baik untuk membantu rambut yang rosak atau mengawal rambut yang kembang agar lebih mudah diuruskan.

Sesuai untuk anda yang mengalami masalah rambut kering 3 daripada 10
KUMANO YUSHI Horse Oil with Tsubaki Oil Treatment
Partnership with
Dari RM32.90
Lihat harga di Hermo Malaysia

Minyak dari jenama yang diterbangkan khas dari Jepun ini dapat memastikan pengurusan rambut lebih terkawal agar tidak kelihatan kusut dan kasar. Ianya berfungsi untuk melicinkan dan memberi kesinaran yang sempurna buat rambut anda. Selain itu, ia juga mengekalkan lembapan pada rambut yang kering sehingga ke setiap helaian.

Diperkaya dengan Horse Oil dan Tsubaki Oil, produk ini mampu untuk mengekalkan penghidratan buat rambut anda agar tampil segar serta bermaya. Usah risau! Ianya tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya atau ekstrak daripada haiwan semasa proses pembuatannya.

Untuk kegunaan rambut gugur, sesuai buat kaum lelaki 4 daripada 10
HIMALAYA Revitalizing Hair Oil (200ml)
Partnership with
Dari RM23
Lihat harga di Lazada Malaysia

Minyak rambut dengan protein semulajadi ini meningkatkan kesuburan rambut sehingga ke akarnya. Ianya menggalakkan pertumbuhan rambut dan juga mengelakkan kulit kepala dari gatal.

Dengan nutrisi yang secukupnya diberikan, produk ini juga dapat mengawal rambut dari keguguran. Kini, anda lebih yakin untuk membelai rambut tanpa perlu risau tentang keguguran. Sesuai untuk kegunaan kaum lelaki yang ingin menjaga kesihatan rambut.

Terbaik untuk rambut yang melakukan teknik rebonding 5 daripada 10
LUCIDO-L Hair Vitamin Oil (Dry Hair) 50ml
Partnership with
Dari RM15.19
Lihat harga di Lazada Malaysia

Minyak rambut Lucido-L mempunyai minyak bunga matahari, Vitamin A, C, E dan alpukat untuk mendapatkan rambut yang sihat. Minyak ini juga membantu untuk merawat rambut kering agar dapat mengekalkan kelembapan supaya tidak kusut. Malah ia juga memastikan rambut kekal lurus dan lebih mudah untuk disikat.

Diperkaya dengan minyak vitamin yang ringan, wangi dan mudah meresap pada rambut untuk memberi nutrisi yang diperlukan oleh rambut.

Minyak terbaik untuk melembutkan rambut agar sentiasa bersinar 6 daripada 10
ELLIPS Hair Vitamin - Hair Recovery (Jojoba Oil)
Partnership with
Dari RM4.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Minyak rambut ini dirumus khas untuk merawat masalah rambut yang rosak, kerinting ataupun  berwarna. Ia mengandungi Pro-Vitamin B5, Vitamin A dan E yang baik untuk memastikan kelembapan dan khasiat buat rambut.

Minyak Jojoba yang terkandung di dalam minyak ini pula dapat membantu dalam mengekalkan lembapan kepada rambut agar tidak mudah kering walaupun anda sering terdedah di bawah matahari.

Minyak rambut dari bahan organik seperti kelapa dan bunga Lavender 7 daripada 10
TROPIKA Baby Hair & Body Oil Aroma Lavender (30ml)
Partnership with
Dari RM15.57
Lihat harga di Lazada Malaysia

Minyak dari produk Tropika ini sesuai digunakan untuk bukan sahaja rambut tetapi seluruh badan bayi. Ianya memiliki khasiat minyak kelapa yang memberi perlindungan untuk mendapatkan hasil kulit dan rambut yang lebih lembut.

Ianya juga turut menyokong pertumbuhan rambut yang sihat dan membuatkan rambut bayi lebih lembut dan bersinar. Minyak ini menyediakan semua protein penting yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sempurna.

Terbaik untuk rambut rosak – mengandungi minyak Argan 8 daripada 10
WATSONS Argan Hair Oil Treatment
Partnership with
Dari RM12.90
Lihat harga di Watsons Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Produk untuk rambut yang mengandungi minyak Argan ini ialah bertekstur ringan dan menyuburkan rambut dari akarnya. Ianya digunakan apabila anda selesai membasuh rambut dan mampu untuk memastikan rambut tidak lagi kering.

Anda tidak perlu risau kerana ianya minyak yang bebas dari paraben, pewangi dan pewarna tiruan. Bau aroma dari minyak Argan ini juga turut dapat memberikan lagi kesegaran serta menenangkan kulit kepala.

Minyak untuk rambut tebal dan memanjangkannya dengan cepat 9 daripada 10
PERCY & REED Smoothed, Sealed & Sensational No Oil For Thick Hair
Partnership with
Dari RM41
Lihat harga di Shopee Malaysia

Minyak dari biji delima ini berkesan untuk memastikan rambut lebih terurus, tidak kering dan sesuai untuk anda yang memiliki rambut tebal. Ianya adalah minyak rambut yang dapat menyuburkan dan membaiki rambut anda dengan lebih sempurna.

Anda tidak perlu risau kerana ia akan menghalang penghasilan minyak berlebihan pada rambut dan juga sangat ringan untuk dipakai setiap hari tanpa perlu risau akan kewujudan kelemumur.

Sesuai untuk rambut beruban – menjaga rambut sehingga ke akar umbi 10 daripada 10
Minyak Rambut 18 Herba Ayurveda (210ml)
Partnership with
Dari RM35
Lihat harga di Shopee Malaysia

Minyak rambut dengan rawatan ayuverda ini, baik untuk memberi kelegaan kepada kulit kepala yang memiliki masalah kelemumur. Produk ini turut memberi sensasi penyejukkan pada kulit kepala serta menenangkannya akibat kegatalan. Ianya minyak yang juga sesuai untuk kegunaan pada rambut beruban yang dapat melembutkan rambut.

Minyak rambut dengan ramuan 18 herba ini sangat menakjubkan dan dapat memberikan anda rambut yang diimpikan bagi mendapatkan rambut yang bewarna hitam berkilat.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation