Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

13 Contact Lens Terbaik & Selamat di Malaysia 2024

Mata nampak lebih menawan jika pakai jenama contact lens yang betul.

Menurut satu kajian di US Centres for Disease Control and Prevention (CDC), sebanyak 90% daripada 40 juta rakyat Amerika memakai contact lens dan tak mengikuti panduan penjagaan yang betul.

Bagaimana pula peratusan rakyat Malaysia? Adakah anda antara golongan yang hanya tahu pakai contact lens tapi tidak tahu cara penjagaan contact lens yang bagus atau jenama contact lens yang selamat?

Ia tetap masih menjadi persoalan untuk membeli contact lens Malaysia.

Penjagaan lens mata amat penting dan tentu kita nak pilih lens mata terbaik dan juga untuk lebih cantik boleh pilih warna lens yang bersesuaian dengan wajah.

Sebenarnya, membersihkan contact lens yang biasa atau contact lens power ini juga memerlukan air yang dikhaskan seperti Renu contact lens solution.

Jangan risau, jom belajar cara pakai dan pilih contact lens yang sesuai untuk anda. Boleh pilih juga Harga lens ada power atau colour contact lens.

Ada banyak brand contact lens di pasaran dan pelbagai harga contact lens ditawarkan untuk pembeli, jadi tinggal pilih je contact lens brand yang bagus.

Jadi, jom kita lihat senarai jenama contact lens selamat dan beberapa perkara yang anda perlu tahu apabila pakai contact lens.


Senarai 13 Contact Lens Terbaik

Contact lens untuk power tinggi
Alcon
Semak Alcon Air Optix Hydraglyde harga dibawah:
add_circle 6X lebih oksigen
add_circle Selesa dipakai harian
add_circle Contact lens jenis bulanan
add_circle Mengekalkan hidrasi permukaan lens
remove_circle Tidak boleh dipakai oleh orang tak rabun

Sebab Menjadi Pilihan Utama;

Produk Alcon yang diperbuat bahan silikon ini direka dengan Hydraglyde.

Ciri-ciri;

Bahan ini akan membantu permukaan kanta mata terbaik ini untuk kekalkan kelembapan dengan lebih lama jadi mata juga tak cepat kering tau.

Teknologi Smartshield memberikan lapisan perlindungan ultra nipis di luar kanta agar jumlah permukaan silikon yang terdedah boleh dikurangkan. 

Kanta sentuh dengan diameter 14.2mm ini ada pelbagai pilihan power, antaranya -1.75, -4.50 sehinggalah -8.00 dan -10.50. 

Jadi, memang sesuai untuk orang rabun tinggi dan mencari contact lens power yang sangat tinggi. 

Terdapat tiga pasang kanta sentuh dalam setiap pek jadi anda boleh buat stok dan simpan di rumah.

Review;

‘Contact lens Malaysia paling terbaik sebab tak mengeringkan mata langsung. Sangat selesa dan sesuai dipakai pada mata. Cerah pandangan lepas pakai produk ni,’

Contact lens dengan power
Biofinity Monthly CooperVision
Semak Biofinity Monthly CooperVision harga dibawah:
add_circle Tahan lama
add_circle Selesa dipakai
add_circle Kebolebasahan semulajadi tak kering
add_circle Banyak pilihan power untuk orang rabun
remove_circle Tiada perlindungan UV

Contact lens dengan power keluaran CooperVision ini yang mempunyai diameter lens ialah 14.0mm. 

Produk ini mempunyai 3 pasang kanta lekap dalam 1 kotak jadi anda tak perlu beli contact lens dengan kerap kerana kanta sentuh ini jenis bulanan. 

Ini bermakna anda boleh pakai kanta lekap ini setiap hari selama sebulan. 

Ingin diingatkan, anda perlu cuci dan bilas dengan cecair khas setiap kali selepas pemakaian agar tahan lama. 

Selain itu, teknologi Aquaform® Comfort Science™ pada soft lens ini membenarkan oksigen yang mencukupi untuk melalui mata. 

Mata juga tak mudah kering dan ditambah pula contact lens ini mempunyai kandungan air sehingga 48%.

Contact lens Korea
KOREA Contact Lens Viral
Semak KOREA Contact Lens Viral harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Diameter lens 14mm-16mm
add_circle Lengkung asas (base curve) 8.6mm
add_circle Pelbagai pilihan warna
remove_circle Tiada power
remove_circle Mungkin tak sesuai dengan mata sesetengah orang

Anda tak rabun tapi tetap mahu pakai contact lens colour untuk tampil bergaya seperti orang Korea? 

Kanta lekap ini akan menjadikan mata anda lebih seksi dan menawan kerana terdapat lebih 10 pilihan warna yang stylish untuk anda dapatkan. 

Antaranya, biru, angel brown, aqua, flower grey, hydrocor silver dan peanut brown

Selain itu, kanta lekap yang diimport dari Korea dijual sepasang dalam 1 kotak ini merupakan jenis bulanan atau monthly disposal

Turut mempunyai kandungan air sebanyak 38% dan anda tak digalakkan untuk memakai contact lens ini lebih 8 jam sehari tau.

Perlu diingatkan, anda perlu tukar kepada kanta lekap baru setiap 1 ke 3 bulan sebab penggunaan maksima produk ini ialah 3 bulan sahaja.

QUINLIVAN FLORA Daily Disposable Cosmetics Contact Lens (10pcs)
Semak QUINLIVAN FLORA Daily Disposable Cosmetics Contact Lens (10pcs) harga dibawah:
add_circle Kandungan air 42%
add_circle 5 pasang dalam sekotak
add_circle Lens 2 tona warna
add_circle Mudah dipakai
remove_circle Perlu terus dibuang lepas 1 kali pemakaian

Jenama contact lens colour merupakan hasil sentuhan pelakon Taiwan iaitu Hannah Quinlivan.

Contact lens ini telah direka khas dengan kerjasama pakar kosmetik dari Jepun supaya kanta lekap berwarna ini selesa dipakai. 

Tambahan pula, kanta sentuh harian ini diperbuat dari bahan Hefilcon yang tinggi dengan kandungan air di mana mata tak akan mudah kering. 

Bahagian saiz pula, contact lens ini mempunyai saiz lengkok asas 8.6 mm yang sesuai dengan kebanyakan orang Asia. 

Lebih menarik, contact lens power ini juga memiliki perlindungan dari UV A, UV B yang akan mengurangkan sinar ultraviolet yang bahaya pada mata. 

Jangan risau, bahan pewarna yang digunakan untuk menghasilkan warna lens juga telah mendapat kelulusan dari FDA 21 CFR.

Semak Firstlook Celebrite 16mm Big Eye 3 Months Color Contact Lens 2pcs /box harga dibawah:
add_circle Membesarkan iris mata
add_circle Ada perlindungan radiasi UV pada kornea
add_circle Kandungan 45%
add_circle Ada pelbagai pilihan power
remove_circle Mata mudah kering

Mahu mata tampil lebih besar walaupun sepet? Contact lens Firstlook dengan diameter 16mm memang khas untuk anda. 

Terdapat 9 pilihan warnanya yang menawan seperti starry brown, hazel, hitam, lamour grey dan coklat.

Semua warna ini akan memberikan kesan warna dan bentuk anak mata kelihatan semulajadi.  

Malah, mata juga tak mudah kering kerana produk ini direka dengan teknologi kesan kelembapan Hydration Plus (HA+).

Teknologi ini memberi anda selesa memakainya dalam tempoh yang lama tanpa rasa mata kering.

Kanta lekap jenis pakai buang 3 bulan ini bukan sahaja dijual dengan power, malah individu yang tak rabun juga boleh pakai kerana ada pilihan power -0.00. 

Paling menarik, contact lens dari jenama ini boleh mengurangkan masalah mata silau.

Blincon Classic Elegance 3 Months Cosmetic Contact Lenses (2pcs)
Semak Blincon Classic Elegance 3 Months Cosmetic Contact Lenses (2pcs) harga dibawah:
add_circle Diameter lens 14.2mm
add_circle Kandungan air 40%
add_circle Lengkung asas saiz 8.60mm
add_circle Mata tampak lebih besar
remove_circle Perlu beli 2 pek jika power kiri & kanan berbeza

Contact lens brand Blincon ini jenis pakai buang 3 bulan dan sesuai digayakan oleh golongan professional juga. 

Anda tak perlu ragu-ragu untuk pakai produk ini sebab jenama contact lens yang selamat ini telah mendapat pengesahan daripada FDA. 

Pilihan warnanya juga menggiurkan hati para wanita seperti hitam dan coklat jika mahu tampil semula jadi.

Manakala warna hijau zaitun, biru aquamarine dan kelabu jika anda mahu nampak lain dari yang lain. 

Kanta lekap ini diperbuat dari bahan hema yang sangat lembut dan selesa dipakai.

Sangat sesuai untuk kedua-dua individu rabun dan tak rabun kerana ada banyak pilihan power termasuklah tanpa power (0.00). 

Contact lens untuk mata sensitif
Johnson & Johnson
Johnson & Johnson 1 Day ACUVUE Moist Daily Contact Lenses (30pcs)
Semak Johnson & Johnson 1 Day ACUVUE Moist Daily Contact Lenses (30pcs) harga dibawah:
add_circle Mengurangkan ketidakselesaan mata
add_circle Sesuai untuk orang ada alergi
add_circle Kelembapan kekal lama, tak mudah kering
remove_circle Bukan kanta lekap kosmetik
remove_circle Tidak boleh dipakai untuk orang tak rabun

Kanta lekap daripada ACUVUE ini mengandungi 58% kandungan air dan telah diformulasikan dengan teknologi LACREON.

Teknologi ini akan memasukkan ejen pembasahan secara terus ke dalam kanta mata agar akan kekal selesa sepanjang hari. 

Turut hadir dengan 2 pilihan saiz lengkung asas iaitu 8.5mm dan 9.0mm, jadi pilih sahaja yang paling sesuai dengan saiz mata anda. 

Bukan itu sahaja, penglihatan anda yang rabun akan menjadi lebih jelas sebab ada banyak pilihan power optikal, antaranya -0.50, -1.25, -4.50, -7.00 dan banyak lagi. 

Setiap pasang kanta lekap juga telah dipek dengan kemas dan bersih bersama cecair khas saline dan povidone. 

Jangan lupa untuk terus buang produk ini selepas ditanggalkan sebab ia jenis pakai buang harian jadi hanya sekali guna sahaja.

Maxvue Airsoft Monthly Disposable Contact Lenses 6pcsbox
Semak Maxvue Airsoft Monthly Disposable Contact Lenses 6pcs/box harga dibawah:
add_circle 6 pieces dalam 1 kotak
add_circle Perlindungan UV dari sinaran berbahaya
add_circle Keselesaan berpanjangan
add_circle 7x lebih oksigen
remove_circle Tidak boleh dipakai oleh orang tak rabun
remove_circle Tiada power 700 ke atas

Mata yang kering menjadi penyebab anda tak boleh bergaya dengan contact lens yang cantik? 

Jangan risau, kanta sentuh jenis pakai buang bulanan dari Airsoft akan jadi solusi terbaik masalah tesebut kerana kandungan airnya hanyalah sebanyak  47%. 

Contact lens power yang diperbuat daripada bahan unik hydrogel silikon ini bakal menggabungkan oksigen yang masuk ke dalam lens dan air yang tinggi. 

Jadi, mata anda akna rasa lebih selesa dan sihat sepanjang penggunaan.

Selain itu, kadar kebolehtelapan oksigennya juga sangat efisyen iaitu 190 (Dk/t). 

Mata akan tetap selesa walaupun anda perlu mengguna telefon pintar dan laptop dalam tempoh yang lama ketika memakai kanta sentuh ini sepanjang hari. 

Anda juga dapat mengurangkan masalah mata merah apabila menggunakan kanta lekap ini.

Bausch + Lomb Ultra Monthly Silicone Hydrogel Contact Lens (3pcs)
Semak Bausch + Lomb Ultra Monthly Silicone Hydrogel Contact Lens (3pcs) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk pemanduan malam
add_circle Mengurangkan masalah silau
add_circle Kandungan air 46%
add_circle Pelbagai pilihan power optikal
remove_circle Tiada perlindungan UVA/UVB

Anda yang mengalami masalah astigmatism akan digalakkan untuk pakai kanta lekap jenama terbaik ini.

Kanta lekap ini mempunyai teknologi MoistureSeal pada produk ini akan mengekalkan 95% kelembapan kanta selama 16 jam penuh. 

Kalau anda sering meluangkan masa di hadapan skrin telefon pintar atau peranti digital lain, kesihatan mata tetap terjaga. 

Dengan pemakaian contact lens terbaik ini sebab mata tak akan cepat kering atau letih. 

Di samping itu, kanta bulanan dengan diameter 14.2mm yang diperbuat daripada 54% bahan Samfilcon A ini turut mempunyai lengkung asas 8.5mm.

Rekaan di bahagian hujung kanta ini juga nipis untuk keselesaan yang berterusan sepanjang hari. 

Dijamin selepas ini tiada lagi masalah mata kering atau tak selesa lepas akibat tengok skrin telefon lama-lama.

Alcon Freshlook One Day Color Daily Cosmetics Contact Lenses
Semak Alcon Freshlook One Day Color Daily Cosmetics Contact Lenses harga dibawah:
add_circle Lens jenis harian
add_circle Kandungan air 69%
add_circle 10 pcs dalam sekotak
add_circle Selesa dipakai
remove_circle Pilihan warna lens agak terhad

Bagi anda yang baru sahaja mahu cuba memakai contact lens tetapi takut tak selesa, anda boleh dapatkan segera produk Alcon Freshlook One Day Color ini. 

Kanta lekap ini memang sangat mudah dipakai dan sesuai untuk beginner

Tambahan pula, contact lens berwarna ini ada pelbagai pilihan power dari serendah -0.50, -3.00 hinggalah -7.50 dan -8.00. 

Anda tak rabun tapi nak mata tampil lebih cantik daripada biasa pun tiada masalah kerana ada juga pilihan tanpa power iaitu 0.00. 

Antara warna kanta yang boleh dipilih pula ialah biru, hijau, pure hazel dan kelabu. 

Kanta lekap lembut dan fleksibel ini mempunyai diameter 13.8 mm dan saiz lengkung asas 8.6mm. 

Paling menarik, kanta lekap ini akan kekal dalam mata sepanjang hari tanpa bergerak dari posisinya jadi mata juga akan tetap segar, terhidrasi dan sihat.

ColourVue 3 Tones 3 Months Contact Lenses (2pcs)
Semak ColourVue 3 Tones 3 Months Contact Lenses (2pcs) harga dibawah:
add_circle Rekaan nipis (0.06mm)
add_circle Ada banyak pilihan power
add_circle Tanpa power juga tersedia
add_circle Selesa & kebolehtelapan oksigen bagus
remove_circle Tiada perlindungan UV

Dapatkan kanta lekap bulanan ColourVue jika anda kurang menggemari warna terang yang dikeluarkan oleh contact lens jenama lain.

Kanta lekap jenama ini menarik kerana produk ini menggabungkan 3 tona warna. 

Diperbuat daripada bahan hydrogen selamat yang telah diluluskan oleh FDA US, kanta sentuh ini mempunyai bahagian hujung bulat agar kornea mata tak cedera atau rosak. 

Turut tampil dengan beberapa rekaan yang sesuai untuk warna mata gelap dan cerah, jadi tak akan nampak terlalu fake

Kanta lekap ini jenis bulanan, kandungan airnya pula sebanyak 45% serta mempunyai lengkung asas 8.6mm dan diameter 14.0mm.

Warna Ash, Aqua, biru, coklat, kelabu dan hijau merupakan antara warna menarik yang boleh dipilih.

Horien Eye Secret 38% Daily Disposable Hydrogel Soft Color Contact Lenses (10 Pcs : Boxes).jpeg
Semak Horien Eye Secret 38% Daily Disposable Hydrogel Soft Color Contact Lenses harga dibawah:
add_circle Ada hydrogel
add_circle Kanta lekap harian
add_circle 6 pilihan warna
add_circle 5 pasang dalam satu kotak
remove_circle Mata mudah kering

Kanta lekap dari Horien Eye Secret ini memberikan keselesaan pada pengguna kerana diperbuat daripada bahan hydrogel.

Bahan ini memastikan kanta lekap kekal lembut dan fleksibel untuk memudahkannya sesuai dengan bentuk mata.

Penggunaan kanta lekap harian ini akan bantu mata anda kekal segar dan sihat kerana hanya sekali penggunaan sahaja.

Oleh itu, anda dapat kurangkan risiko jangkitan mata dan iritasi pada mata anda.

Selain itu, kanta lekap ini mempunyai corak yang cantik dan mata anda akan nampak natural tau!

Dalam satu kotak tersedia 5 pasang kanta lekap dan ada 6 warna pilihan warna yang menarik seperti warna hitam, hijau, coklat, ash grey dan ash rose.

Anda juga dapat jaga mata daripada sinaran UV berbahaya kerana ada teknologi protection UV yang mampu melindungi mata.

Contact lens murah
Enpris
enpris colored contact lens.jpeg
Semak Enpris Color Monthly Contact Lenses harga dibawah:
add_circle Murah
add_circle 6 pilihan warna
add_circle Diameter 14.5mm
remove_circle Mata mudah kering

Untuk anda yang mencari kanta lekap murah, berbaloi dan cantik, jenama Enpris ini mungkin boleh menjadi pilihan anda.

Kanta lekap ini akan memberikan tampilan yang lebih menarik dan membuatkan mata anda nampak seperti warna mata asli.

Ada 6 warna pilihan yang anda boleh pilih mengikut cita rasa seperti warna coklat, hijau, kuning dan banyak lagi.

Jangan risau, kanta lekap ini boleh digunakan dalam jangka waktu yang lebih lama berbanding lensa kontak harian.


Cara Pakai Contact Lens

Anda pengguna baru contact lens? Jangan risau, jom belajar cara mudah pakai kanta lekap tanpa memedihkan mata.

Berikut adalah beberapa langkah perlu anda ikuti untuk memakai contact lens:

  1. Cuci tangan anda dengan sabun dan air, keringkan dengan kain bersih.
  2. Sediakan contact lens dan cecair pembersihnya untuk contact lens.
  3. Letakkan contact lens di bahagian hujung jari telunjuk, pastikan bahagian yang melengkung menghadap ke atas.
  4. Gunakan jari tengah tangan yang sama untuk menarik kelopak mata atas.
  5. Gunakan jari telunjuk tangan yang lain untuk menarik kelopak mata bawah.
  6. Masukkan contact lens di bola mata anda, dan pastikan kanta lekap tak terlipat.
  7. Setelah contact lens dipasang, lepaskan jari dan perlahan-lahan kedipkan mata anda.
  8. Ulang langkah yang sama pada mata sebelah lagi.
  9. Setelah kedua kanta lekap dipasang, periksa kejelasan mata anda.
  10. Jangan lupa untuk mengganti cecair pembersih contact lens setiap kali selepas penggunaan untuk pastikan kebersihan kanta lekap itu.

Pastikan anda selalu mencuci tangan sebelum memakai atau membuka contact lens untuk mencegah jangkitan dan iritasi. 

Jika anda rasa tak selesa atau mengalami iritasi setelah memakai contact lens, segera buka kanta lekap tersebut dan dapatkan nasihat daripada doktor. 


Adakah Pemakaian Contact Lens Elok Untuk Mata? 

Contact lens atau kanta lekap dipakai oleh individu yang mempunyai masalah rabun sebab fungsinya sama macam cermin mata yang mempunyai power

Namun, ada juga sesetengah individu yang tidak rabun ingin memakai contact lens untuk menampakkan mata mereka kelihatan lebih cantik. 

Ini kerana ada juga contact lens yang tidak mempunyai power dan dikenali sebagai kanta lekap berwarna. 

Bagi menjawab persoalan, tiada masalah pun untuk pakai contact lens asalkan anda memakainya dalam tempoh yang disarankan sahaja. 

Paling penting, pastikan anda dapatkan kanta lekap dari jenama yang boleh dipercayai di kedai cermin mata dengan nasihat optometris yang bertauliah agar kesihatan mata tidak terjejas. 


Cara Pilih Power Contact Lens

Pemilihan power contact lens tak semestinya sama dengan nilai power cermin mata yang anda selalu pakai. 

Ini kerana cermin mata dipakai jauh dari mata, manakala kanta lekap pula dipakai dalam mata. 

Jarak antara mata dan cermin mata secara puratanya adalah 12mm dan jarak ini dikenali sebagai jarak vertex

Oleh itu, sudah semestinya power contact lens tak akan sama dengan power cermin mata biasa. 

Contohnya, jika power anda -4.00D hingga -5.00D, ini bermakna anda harus pakai kanta lekap dengan power kurang 0.25 daripada power cermin mata anda. 

Apa-apa pun, pastikan anda dapatkan dahulu nasihat atau buat pemeriksaan mata terlebih dahulu dengan pengamal optometri sebelum mendapatkan kanta lekap ini. 

Dah tahu power contact lens terbaik untuk anda tapi tak tahu nak pakai contact lens macam mana, jom tengok video berikut.


Berapa Jamkah Sehari Yang Dibolehkan Untuk Saya Memakai Kanta Sentuh

Lazimnya, setiap kanta lekap atau sentuh boleh dipakai antara lapan jam hingga 12 jam sehari. 

Kalau masih tak pasti, rujuk sahaja pada kotak pembungkusan contact lens dan ikuti arahan yang disediakan. 

Paling penting, jangan sesekali tidur dalam keadaan masih lagi memakai kanta lekap sebab mata boleh jadi pedih dan tidak selesa. 

Lagi teruk, contact lens mungkin akan bergerak ke bahagian belakang mata. 

Kalau buat juga, anda berisiko besar untuk mendapat penyakit berkaitan mata. 

Di samping itu, elakkan juga daripada memakai kanta sentuh semalaman kerana ia tidak baik untuk penglihatan anda. 


Artikel Berkaitan

End of Article