Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

7 Syampu "Underrated" Dari Drugstore Malaysia yang Setanding Jenama Mahal

Agar rambut sentiasa kekal sihat dan bermaya.

Masalah rambut seringkali terjadi akibat penghasilan sebum berlebihan di kawasan kulit kepala dan stres adalah punca utama terjadinya rambut bermasalah. Antara masalah yang sering dihadapi ialah rambut gugur, kering, kelemumur, kutu dan berminyak.

Adakah syampu drugstore tidak elok untuk rambut?

Penggunaan syampu yang sesuai penting dalam rutin penjagaan rambut agar sihat, bersih, bermaya dan kekal terurus. Terdapat produk syampu dijual di drugstore atau farmasi setanding jenama syampu yang mahal yang elok untuk rambut. Berikut info lanjut mengenai produk syampu di drugstore/farmasi dengan harga mampu milik;

Syampu drugstore untuk rambut gugur
SAFI SHAYLA Hair Fall Control Shampoo
From
RM16.75
Check SAFI SHAYLA Hair Fall Control Shampoo price below:

Adakah rambut anda mudah gugur? Pilihlah syampu jenama Safi Shayla ini untuk menyelesaikan masalah rambut anda. Syampu ini diformulasikan dengan protein untuk menguatkan struktur rambut. Ia juga diperkayakan dengan Habbatus Sauda untuk memberi kelembapan dan melembutkan rambut sambil melindunginya daripada mudah gugur. Tiada lagi masalah rambut gugur dengan syampu ini.

Shampoo drugstore terbaik untuk rambut kering
NUNATURE Hydration Shampoo (250ml)
From
RM21.50
Check NUNATURE Hydration Shampoo (250ml) price below:

Syampu jenama Nunature ini adalah penyelesaian untuk masalah rambut yang kering dan rosak. Ia membersih dengan lembut dan memberikan kelembapan pada rambut yang kering. Hasilnya, rambut mudah diurus dan kekal sihat dari akar hingga ke hujung. Syampu ini juga menghidrasi rambut dan kulit kepala dengan optimum di samping dapat mengurangkan masalah keguguran rambut.

Bebas paraben, SLS dan SLES – selamat untuk rambut dan tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit kepala.

Syampu kelemumur dari farmasi yang sesuai untuk anda
Sunsilk Hijab Anti Dandruff Shampoo (320ml)
Sunsilk
sunsilk kelemumur hijab recharge
From
RM10.50
Check Sunsilk Hijab Anti Dandruff Shampoo (320ml) price below:
add_circle Haruman bertahan sehingga 48 jam
add_circle Buatkan rambut tidak mudah putus
add_circle Kurangkan keguguran
remove_circle Stok terhad

Syampu anti-kelemumur ini diformulasi agar sesuai digunakan oleh wanita bertudung. Syampu jenama Sunsilk ini diinspirasikan daripada bahan semulajadi seperti ekstrak Fig dan akar ginseng. Dilengkapi dengan wangian yang dibebaskan daripada Pearl Technology agar rambut sentiasa harum sepanjang hari.

Rambut akan menjadi lembut dan bebas kelemumur dengan pemakaian syampu ini. Kulit kepala anda tidak lagi merasa ‘flakey’.

Syampu basmi kutu dengan berkesan
DELICE Shampoo Kills Lice/Anti-Kutu (40ml)
From
RM17.40
Check DELICE Shampoo Kills Lice/Anti-Kutu (40ml) price below:

Masalah kutu terjadi apabila berlakunya aktiviti pada rambut mangsa seperti menggunakan sikat dengan orang yang mempunyai masalah kutu atau rambut bersentuhan terutama bagi anak-anak yang masih bersekolah. Syampu ini adalah pilihan terbaik untuk menyelesaikan masalah anda kerana ia sangat efektif untuk mematikan kutu dan larvanya.

Gunakan syampu basmi kutu ini, kemudian balut kepala anda dengan tuala selama beberapa minit untuk membiarkan kutu-kutu tersebut keluar dengan sendirinya. Lakukan setiap hari selama seminggu untuk melihat hasil keberkesanannya.

Syampu keratin terbaik untuk melembut dan meluruskan rambut
WATSONS Hair System Keratin Silk Shampoo
From
RM26.30
Check WATSONS Hair System Keratin Silk Shampoo price below:

Syampu dari rangkaian produk Watsons ini mengandungi keratin yang membekalkan protein untuk rambut. Syampu ini membersih rambut sambil membelai kulit kepala dengan lembut. Ia menyeimbangkan kelembapan kulit kepala agar rambut sentiasa lembut dan bersinar. Selain dapat menyihatkan rambut, syampu keratin ini juga membantu mengurangkan masalah rambut bercabang.

Syampu yang murah dan berkualiti
SENSEZ Beauty Smooth & Shiny Damaged Hair Shampoo (150ml)
From
RM7.48
Check SENSEZ Beauty Smooth & Shiny Damaged Hair Shampoo (150ml) price below:

Syampu jenama Sensez Beauty ini diformulasikan untuk merawat rambut rosak. Diperkaya dengan bahan semulajadi seperti ekstrak dan protein berasaskan beras untuk mengurangkan rambut di samping menggalakkan kadar pertumbuhan rambut. Syampu ini juga mengandungi ekstrak timun untuk mengekalkan kesegaran rambut manakala ekstrak limau nipis akan menjadikannya lembut dan bersinar.

Dengan harga yang mampu milik, syampu ini diformulasikan dengan Vitamin B5 serta bebas daripada paraben dan silikon.

Syampu untuk rambut panjang
HIMALAYA Herbals Shampoo Volume & Bounce
From
RM25.16
Check HIMALAYA Herbals Shampoo Volume & Bounce price below:

Keunikan syampu herba jenama Himalaya ini difornulasi daripada ekstrak buah-buahan dan tumbuhan yang dapat membersihkan rambut jenis panjang dengan efektif di samping menambahkan volum. Kandungan ekstrak betik membekalkan sumber protein manakala esktrak Licorice akan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Syampu ini juga mengandungi ekstrak Soapberry dan timun merupakan agen pembersih dari bahan natural yang efektif.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article