Tahukah anda, memiliki rambut yang cantik dan sihat sememangnya keinginan semua wanita? Dengan rambut yang lembut dan cantik kita akan berasa lebih berkeyakinan. Serum rambut baik untuk membantu rambut agar terus terhidrat, tidak rosak, lembut, mudah diurus, kekal lebat, melebatkan rambut dan yang paling penting memiliki rambut yang kuat.

Jika ingin membeli serum, pastikan ia sesuai dengan jenis rambut anda. Berikut beberapa jenis serum untuk jenis rambut anda.

1. Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Serum 40ml

Serum untuk rambut gugur

Harga mulai RM21.20

shopping_cart Hermo Malaysia RM21.20

Serum rambut yang diformulakan dengan miromoisture ini sangat bagus dalam membantu mengurangkan keguguran rambut akibat kerosakan. Selain itu, ia juga turut memberi kelembutan dan menambahbaikkan rambut yang rosak. Dengan rumusan yang ringan, ia tidak berminyakkan rambut anda, malah memberi rambut kelihatan lebih licin dan berkilat.

8 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. YOKO Intensive Hair Serum 50ml

Serum terbaik untuk rambut panjang yang kering

Harga mulai RM36.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM36.00

Minyak serum asli yang dirumus khas dari buah alpukat ini dapat membantu untuk mengatasi rambut kering. Selain itu, ia kaya dengan Vitamin A, D dan E dan mengandungi asid amino. Rambut akan lebih terpelihara dan dilindungi dengan serum ini untuk memastikan ia mendapat nutrisi yang secukupnya agar kekal terhidrat. Ia juga merangsang pertumbuhan rambut yang sihat dan akan menjadikan rambut anda lebih kuat dan sangat lembut apabila disikat.

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Yves Rocher Nutri Repair Anti-Breakage Strengthening Serum 100ml

Terbaik untuk rambut rosak

Harga mulai RM38.50

shopping_cart Hermo Malaysia RM38.50

Para botani kecantikan telah memilih minyak jojoba untuk serum terbaik hasilan mereka.
Minyak jojoba sangat baik dalam memberi penghidratan pada rambut dan membaiki rambut
yang rosak akibat dari sering terdedah kepada matahari. Rambut anda akan kelihatan lebih
bersinar, kuat dan lembut dengan pemakaian serum ini secara berterusan.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. Arimino Mint Treatment Serum 110ml

Serum untuk rambut rebonding dan ikal

Harga mulai RM99.64

shopping_cart Hermo Malaysia RM99.64

Serum ini dapat membantu rambut anda yang rosak akibat dari rawatan kimia iaitu meluruskan dan mengerintingkan rambut. Dengan rasa sensasi sejuk dari daun pudina ia memberikan kesegaran untuk kulit kepala anda. Ia juga melindungi rambut dari kerosakan haba bagi yang sering terdedah di bawah sinaran. Selain itu, serum ini mudah meresap ke akar rambut untuk proses pembaikan. Hasilnya, rambut anda akan tampil lebih bergaya dan menyerlah.

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. [Rose Edition] Mise En Scene Perfect Serum 70ml

Serum rambut anti-frizz terbaik

Harga mulai RM47.70

shopping_cart Hermo Malaysia RM47.70

Serum ini mempunyai ramuan dari royal jelly, minyak argan dan air mawar yang membantu dalam memperbaiki rambut yang rosak dengan berkesan. Teknologi meterai sutera yang diguna pakai membuatkan rambut anda menjadi lebih licin dan menghalang dari kusut. Edisi ros ini bukan sahaja mencantikkan rambut anda yang kusut, malah menjadikan rambut lebih harum untuk dibelai.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. Kerastase Resistance Serum Therapiste - 30ml

Serum untuk rambut kusam

Harga mulai RM90.00

shopping_cart Lazada MY RM90.00

Kérastase Resistance Therapiste Serum mampu mengubah rambut yang rosak menjadi sihat. Ia sesuai untuk rambut yang tebal dan tidak teratur. Dengan asid amino dan formula yang unik, serum ini memberikan perlindungan haba sehingga 230 ° C untuk mengelakkan hujung rambut berpecah dan rambut yang tidak bermaya. Rasai keunikan serum ini untuk mendapatkan rambut yang berkilau dan kekal bermaya.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. Good Virtues Co Multiple Repair Hair Serum

Terbaik untuk rambut mengembang

Harga mulai RM17.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM17.90

Serum ini diperkaya dengan minyak habbatus sauda organik (Organik Minyak Sawit Organik) dan vitamin E bagi membantu untuk masalah rambut bercabang, rambut keriting mengerbang yang tidak teratur, kusut dan kasar. Serum ini juga bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, Paraben, dan warna sintetik. Ia juga tidak diuji pada haiwan. Rambut akan lebih lembut, teratur dan tidak mengembang lagi dengan penggunaan setiap hari.

13 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang S. Amirah

-Remember to have courage & be kind - Parttime writer & fulltime mother of one

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!