Product in this article

Apakah cara terbaik untuk mengekalkan kelembapan pada kulit wajah? 

Kulit kering merupakan permasalahan kulit yang umum. Genetik, pemakaian kosmetik yang tidak bersesuaian, stres dan ketidakseimbangan kulit merupakan penyumbang utama dalam terjadinya masalah kulit kering.

Jadi, apakah cara terbaik bagi merawat masalah kulit kering ini? Senang sahaja. 

Yang pertama, pastikan anda minum air yang secukupnya. Bukan hanya ia dapat memberi penghidratan, malah melembapkan sel kulit.

Kedua, sekiranya anda seorang yang gemar mengenakan solekan tebal, seelok-eloknya mininumkan pemakaian alat solek kerana ia dapat menghindar kulit dari bahan kimia terkandung dalam produk kosmetik.

Ketiga, pastikan anda memakai dan mengikut langkah aplikasi penjagaan wajah yang betul. 

Di bawah, kami menyediakan beberapa produk yang bersesuaian dengan kulit anda yang kering. Jom ikuti senarai dibawah!

1. HIMALAYA HERBALS Moisturizing Aloe Vera Face Wash

Pencuci muka sesuai untuk kulit kering dan berminyak/ kombinasi

Harga mulai RM26.61

shopping_cart Watsons Malaysia RM26.61 shopping_cart Shopee Malaysia RM32.30

Antara penyebab kulit kering adalah kurangnya kadar minyak dan air di permukaan luar kulit. Kondisi kulit kering juga dapat mengakibatkan tingkatnya sensitiviti kulit. Adalah lebih baik jika anda memilih produk yang mengandungi agen pelembap sebanyak mungkin. Seperti Moisturizing Aloe Vera Face Wash dari Himalaya ini. 

Ianya bukan sahaja dapat mengekalkan lembapan pada kulit wajah selepas mencuci, malahan memberi hidrasi berpanjangan agar kulit tidak lagi iritasi akibat kering.

2. SKINFOOD Brightening Scrub Foam (150ml)

Exfoliating skrub dari Korea dengan inti pati beras untuk melembapkan kulit

Harga mulai RM38.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM38.00

Bagi yang mempunyai masalah kulit kering, anda patut cuba exfoliating skrub muka yang dihasilkan dengan inti pati kandungan beras ini. Scrub dari jenama Korea, Skinfood ini akan merawat kulit wajah anda agar kelihatan awet muda serta bebas penuaan. Untuk anda yang memiliki kulit kering, jangan gunakan skrub terlalu kerap. 

Ini akan menyebabkan kulit wajah anda bertambah kering dan mengelupas. Pastikan anda menggunakan scrub ini seminggu sekali sahaja supaya ianya dapat menghapus sel-sel kulit mati dan membuatkan wajah tampil lebih segar.  

3. NEUTROGENA Alcohol Free Toner

Toner untuk kulit kering dari drugstore seperti Watson dan dijamin berkualiti

Harga mulai RM14.00

Sekiranya anda memiliki masalah kulit kering yang ketara, gunakan produk toner bebas dari sebarang kandungan alkohol seperti Neutrogena Alcohol Free Toner ini. Bukan sahaja ianya bebas alkohol, malah kandungan toner ini juga bersifat non-comedogenic dan hypoallergenic. Hanya tuangkan toner ini di kapas dan sapu perlahan-lahan di wajah demi kelembapan berpanjangan!

4. By Wishtrend Natural Vitamin 21.5 Enhancing Sheet Mask

Face mask untuk remaja yang berkondisi kulit kering

Harga mulai RM8.00

Wajib bagi anda yang mempunyai kondisi kulit kering untuk memakai masker wajah kerana ia akan membekalkan nutrisi secukupnya pada kulit anda. Wishtrend Natural Vitamin Enhancing Sheet Mask ini mempunyai 1.3 kali keupayaan penyerapan dan sememangnya berkesan dalam membantu menenangkan serta menghidrat keremajaan kulit. Cubalah.

5. AVENE Soothing Eye Contour Cream (10ml)

Krim bawah mata untuk rawatan kulit kering dan sensitif

Harga mulai RM41.40

Anda mempunyai bahagian bawah mata yang kering atau sensitif? Atau kedua-duanya sekali? Nah, gunakan Soothing Eye Contour Cream dari Avene. Ia diasaskan untuk menjaga dan mengurangkan kemerahan serta iritasi di bawah mata. Telah terbukti secara klinikal, produk ini juga bebas dari sebarang pewangi tambahan. Memang sesuai buat anda yang berkulit kering.

6. THE ORDINARY Hyaluronic Acid 2% + B5 (30ml)

Serum untuk kulit kering serta melawan penumbuhan jerawat

Harga mulai RM33.85

shopping_cart Shopee Malaysia RM33.85 shopping_cart Lazada Malaysia RM43.90

Tidak kira apa jua kondisi kulit anda, memakai serum adalah wajib dalam rutin penjagaan wajah. Ini kerana, fungsi serum adalah untuk menarik lembapan extra buat kulit anda. The Ordinary Hyaluronic Acid akan menjadi penghadang buat penumbuhan jerawat yang tidak diingini selain membekalkan lembapan berpanjangan buat kulit anda. 

Kini kulit anda akan nampak lebih sihat, cerah dan bermaya.

7. CLINELLE WhitenUp Spot Corrector Essence

Essence dengan Vitamin C khas untuk kulit kering dan jeragat

Harga mulai RM41.10

Wajah anda nampak kering, kusam dan tidak bermaya? Kembalikan keserian dan tona kulit sekata dengan Clinelle WhitenUp Spot Corrector Essence ini. Dengan ekstrak bunga Daisy serta diperkaya dengan Vitamin C, essence ini dapat mengurangkan pigmentasi dan menutup cela di wajah hanya dalam masa 14 hari. 

Ianya mampu memberi pencerahan ekstra buat kulit kusam anda. Tiada lagi masalah kulit tidak bermaya!

8. THE BODY SHOP Vitamin E Intense Moisture Cream

Pelembap terbaik untuk kulit kering - kurangkan kesan letih dan kusam

Harga mulai RM86.00

shopping_cart The Body Shop RM86.00 shopping_cart Lazada Malaysia RM86.00

Pelembap atau moisturizer adalah kunci utama dalam rejimen penjagaan wajah, ini kerana pelembap merupakan asas atau penghadang buat kulit anda dari pencemaran berbahaya. Oleh itu, memang sangat penting buat anda yang memiliki kulit kering untuk memakai pelembap 2 kali sehari. Gunakan Body Shop Vitamin E Moisture Cream ini agar kulit nampak lebih segar dan tampil lebih berseri hari demi hari.

9. OLAY REGENERIST Micro-Sculpting Night Cream

Krim malam memberi keanjalan pada kulit kering - melawan kesan penuaan

Harga mulai RM60.00

Olay Regenerist Micro-Sculpting Night Cream ini memiliki formula tidak melekit dengan hydra-firming complex + amino-peptide complex yang dapat membantu mengekalkan kulit muka agar kelihatan lebih awet muda. Produk ini juga tidak mengandungi pewangi tambahan dan selamat untuk digunakan setiap malam. Selamat tinggal garis halus!

10. Sunplay Skin Aqua UV Whitening Moisture Gel SPF50 PA++ 80g

Sunblock untuk kulit kering, melindungi wajah dan muka dari sinaran UV

Harga mulai RM27.09

Ahli dermatologi mengesyorkan bahawa pemakaian sunblock atau sunscreen adalah penting, terutama untuk kulit kering. Sunblock ini akan membantu dalam memberi lembapan sepenuhnya kepada kulit anda. Gunakan ia sebagai salah satu langkah dalam rutin penjagaan kulit anda. Untuk perlindungan maksimum, gunakan setiap 2 jam selepas terdedah kepada matahari dan air.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecantikan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!