Product in this article

Jeragat terhasil apabila kulit muka terdedah kepada kerosakan kulit seperti jerawat dan luka yang menyebabkan parut gelap dan terhasilnya melanin pada kulit wajah. Ianya juga boleh terjadi akibat kulit sering terdedah kepada sinaran UVA dan UVB. Untuk mengelakkan ini berlaku, penjagaan wajah haruslah bermula dari produk pencuci muka supaya anda boleh membendung punca jeragat terhasil ataupun membaikipulih kesan jeragat lama. 

Selain menggunakan produk tinggi SPF untuk menggelakkan sinaran UV daripada merosakkan kulit anda, gunakan produk pencerahan dan pemutihan yang mengandungi Vitamin C dan bahan pengelupasan (exfoliate) yang melawan tompokan hitam dan jeragat dengan sempurna. Nah, ikuti list dibawah ini untuk mengetahui pencuci muka yang berkesan melawan cela seperti jeragat;

Pencuci muka dari farmasi, terbaik untuk menghapus jeragat
1. HADA LABO Tamagohada AHA + BHA Facial Wash
Pencuci muka dari farmasi, terbaik untuk menghapus jeragat
Buy Now RM35.90

Diperkaya dengan kebaikan Alpha Hydroxy Acid (AHA) dan Beta Hydroxy Acid (BHA), pencuci muka ini menjadikan kulit anda sehalus dan secerah kulit telur! Dengan menggunakan pencuci muka ini, ianya bertujuan untuk membuang sel kulit mati yang menyebabkan jeragat dan mendedahkan kulit baru lebih cerah, sekata dan bebas cela. 

Ianya tidak memedihkan dan tidak akan mudah iritasi serta keradangan pada kulit wajah anda. Kandungan AHA dan BHA dalam pencuci muka ini dapat merangsang pengeluaran kolagen untuk membaiki penghadang lembapan supaya kulit sentiasa lembut dan kekal terhidrat.

Pencuci muka untuk lelaki 2-dalam-1, mencuci sambil bercukur dengan mudah
2. GARNIER MEN Power White Brightening Foam (100ml)
Pencuci muka untuk lelaki 2-dalam-1, mencuci sambil bercukur dengan mudah
Buy Now RM13.35

Terbukti secara klinikal bahawa kulit lelaki lebih tebal dan ‘durable’ berbanding kulit perempuan dan kebanyakannya tidak mempunyai masalah yang serius. Jadi, tiada masalah untuk menggunakan sebarang jenis pencuci muka sekalipun. Pencuci muka pencerah ini dapat menghilangkan segala kesan sebum dan kotoran yang menjadi penyebab kulit kusam.


Diperkaya dengan kebaikan serbuk arang dan Icy Mineral, pencuci ‘heavy duty’ ini amat berkesan untuk menyedut kotoran dari dalam pori, meratakan tona dan melembap kulit dalam pada masa yang sama.

Pencuci muka untuk kulit kusam dan sensitif – tidak merengsakan kulit
3. EUCERIN White Therapy Cleansing Foam (150ml)
Khas buat anda yang memiliki kulit kering dan jeragat
Buy Now RM39.00

Pencuci muka dari Eucerin White Therapy Cleansing Foam ini mengandungi Dio Active iaitu bahan yang berkesan tetapi lembut untuk mengurangkan penampilan jeragat dalam masa yang sama tidak memedihkan dan menyebabkan iritasi pada wajah. Produk ini menyegarkan dan mengembalikan kulit wajah bebas kusam dan cerah berseri. 

Diperkaya juga dengan khasiat yang telah melalui proses formulasi khas, bahan-bahan yang digunakan juga bebas alkohol dan tiada pewarna tiruan agar kulit tidak meradang. Sesuai untuk anda yang alami kulit bermasalah seperti kering dan sensitif.

Pencuci muka Himalaya untuk kulit kusam – bantu menghilangkan bintik hitam
4. HIMALAYA HERBALS Clear Complexion Whitening Face Wash (150ml)
Harganya murah dan berkualiti tinggi dengan bahan semulajadi
Buy Now RM25.00

Anda tidak perlu risau lagi jika mencari produk berharga rendah tetapi berkesan. Himalaya sangat terkenal dengan menggunakan bahan semulajadi di dalam produknya. Rangkaian pencuci muka untuk mencerah dan memutihkan kulit daripada Himalaya ini mengandungi khasiat likoris, White Dammer dan Safron yang menjadikan kulit satu tona lebih cerah, bebas jeragat, bintik hitam dan kesan parut. 

Pencuci muka ini bebas daripada bahan kimia yang membahayakan kulit dan kesihatan seperti paraben, SLS/SLES serta Phtalates. Menjadikan ianya produk yang tepat untuk anda jika mencari produk murah dan berkualiti.

Untuk kulit berminyak dan jeragat – menghalang penghasilan minyak berlebihan
5. MARIO BADESCU Glycolic Foaming Cleanser (177ml)
Untuk kulit berminyak dan jeragat – menghalang penghasilan minyak berlebihan
Buy Now RM27.00

Gunalah pencuci muka dari Mario Badescu ini yang mengandungi glycolic acid daripada ekstrak herba-herba yang akan membantu menghapus dan mengelupaskan sel kulit mati degil dengan lembut tanpa mencalarkan kulit. Glycolic acid akan membantu menghakis lapisan sel mati pada kulit yang menjadi penyebab jeragat, parut dan kulit kusam. 

Teksturnya berbusa akan menarik dan menyedut segala kotoran serta sebum yang menyebabkan kulit berminyak. Ianya dapat menyeimbangkan kembali kadar pH dalam kulit supaya kulit tidak berjeragat dan kelihatan kusam.

Pencuci muka khas untuk kulit rawan jerawat dan jeragat
6. OXY Acne Control Whitening Wash (100g)
Pencuci muka khas untuk kulit rawan jerawat dan jeragat
Buy Now RM12.90

Jika anda mencari pencuci muka untuk jeragat yang tidak menyebabkan iritasi pada kulit muka anda, Oxy anda jawapannya. Bukan sahaja berkesan menutupi cela wajah akibat jeragat, pencuci muka ini juga akan menghapuskan jerawat anda menggunakan teknologi Acnoplex 4 dalam 1 Acne Solution. 

Ianya bertindak sebagai agen yang akan melawan pembentukan jerawat, mencerahkan kesan jeragat, membersih secara mendalam untuk meyedut keluar segala kotoran, menghalang penghasilan sebum dan minyak yang terperangkap didalam pori. Pencuci muka ini juga dapat mengekalkan lembapan pada kulit wajah anda dengan kandungan Vitamin E nya.

Melawan anti-penuaan dan jeragat dengan sempurna
7. PHILOSOHY The Microdelivery Exfoliating Facial Wash (240ml)
Melawan anti-penuaan dan jeragat dengan sempurna
Buy Now RM43.00

Produk mewah ini menggunakan kaedah mencuci sambil memberikan hasil seperti anda membuat rawatan microdermabrasion. Formulanya juga diperkaya dengan bahan yang melindungi kulit dengan antioksidan yang membantu kadar kelembapan supaya kulit lebih montok.Pembersih muka yang bertekstur lembut ini dirumus untuk membantu membersih secara mengelupaskan kulit.

Ianya dapat merangsang pengeluaran kolagen supaya kulit yang baru lebih cerah, bersih, bebas kedutan dan tiada bintik jeragat akan timbul dipermukaan kulit. Kulit wajah akan menjadi lebih anjal dan lembut membuatkan anda tampil seperti 10 tahun lebih muda!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecantikan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!