Product in this article

Kebanyakan orang yang mempunyai masalah jerawat pasti rasa runsing untuk mencari produk yang bersesuaian dengan kulit wajah berjerawat ini. Jerawat seringkali terjadi akibat perubahan hormon, stres, penyalahgunaan produk solekan, pemakanan, terdedah kepada sinaran UV dan pakaian. Nah, gunakan produk yang betul dengan melakukan langkah penjagaan tepat bagi menghapuskan kesan parut dan melambatkan kadar pertumbuhan jerawat. Salah satunya adalah mencuci muka dengan bersih.

Teliti dahulu isi kandungan produk pencuci muka untuk jenis kulit berjerawat seperti bahan yang mampu membersih dan menghilangkan kotoran punca jerawat, mengunci hidrasi dari dalam dan mengurangkan kadar iritasi pada kulit wajah serta kerengsangan. Jom ikuti senarai pilihan produk pencuci muka terbaik untuk anda yang mengalami masalah kulit berjerawat;

1. COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser (150ml)

Membanteras jerawat pasir degil dengan asid Salicylic

Harga mulai RM30.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM35.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM30.00

Jerawat pasir kebiasaanya sering membiak pada permukaan dahi. Ini terjadi kerana kelenjar dibawah permukaan kulit tersumbat disebabkan oleh faktor perubahan hormon, tekanan, ataupun kebersihan muka yang tidak dijaga. Hilangkan masalah jerawat pasir ini dengan produk yang dapat menghalang lebihan minyak agar kulit anda tidak akan menyebabkan liang pori dan kelenjar tersumbat. 

Diformulasi dengan khasiat asid Salicylic yang membantu mengurangkan jerawat bagi memulihkan kembali keadaan kulit. Ia berfungsi secara perlahan-lahan untuk menghilangkan kekotoran seperti sebum semasa memerangi jerawat dan cela. Kulit wajah anda akan tampak lembut dan licin tanpa meninggalkan rasa kesat. 

2. NEUTROGENA Deep Clean Acne Foam Cleanser

Tinggalkan wajah berminyak dan jerawat dengan pencuci muka ini

Harga mulai RM21.90

shopping_cart Watsons Malaysia RM22.95 shopping_cart Shopee Malaysia RM21.90

Kadang kala kulit berjerawat akan menghasilkan minyak berlebihan dan membuatkan kulit wajah anda tampak kusam dan tidak bermaya. Pembersih muka buih berasaskan gliserin yang terbukti secara klinikal ini, berhasil untuk menghilangkan kotoran, sebum, minyak dan sel-sel kulit mati sambil mengembalikan seri wajah anda. 

Diformulasi dengan bahan anti-bakteria dan Natural Botanical Complex yang berfungsi dengan berkesan untuk membantu melawan bakteria penyebab jerawat dan mencegahnya sambil membantu menenangkan serta menghidrat kulit. Dengan pencuci muka ini, kulit tidak akan menjadi kering dengan sistem kawalan minyak yang lembut.

3. HADA LABO Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash

Tiada lagi masalah kulit kusam – wajah tampil cerah dan berseri

Harga mulai RM27.90

Kulit kusam terjadi apabila kulit wajah anda dipenuhi dengan sebum lebihan, radikal bebas, minyak dan sel kulit mati yang menempel pada kulit. Gunakan skrub dan pencuci muka yang membersih secara mendalam sambil memberi hidrasi berpanjangan. Dengan menfokuskan membaiki penghadang kulit, masalah kulit anda yang lain juga turut pulih secara automatik.

Kebaikan asid Hyaluronik yang terkandung dalam pencuci muka ini bertindak membaikpulih masalah penghadang kelembapan kulit. Dengan 2 jenis Hyaluronic Acid, pencuci muka ini menjanjikan kulit muka yang lembut, licin dan cerah dengan setiap cucian. 

4. KLAIRS Rich Moist Foaming Cleanser (100ml)

Pencuci muka hypoallergenic dan bebas alkohol untuk si kulit sensitif

Harga mulai RM56.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM56.00 shopping_cart Shopee Malaysia RM68.00

Penjagaan kulit yang tepat bermula daripada pembersih muka hypoallergenic yang betul. Jika anda mengalami masalah kulit sensitif dan berjerawat, mulakan dengan menukar pembersih muka. Klairs menggunakan formula asid Amino yang merupakan komponen utama protein, menjadikan kulit anda lembap dan membersih liang-liang pori anda secara mendalam. 

Dengan mengandungi asid Hyaluronik, Ceramide dan minyak zaitun untuk memberi penghidratan secara maksima. Pencuci muka ini juga akan mengubah tekstur wajah anda kepada lembut dan halus kerana ia mengandungi bahan pengelupasan semula jadi yang tidak akan merengsakan kulit. Sesuai untuk menghapuskan jerawat dengan berkesan. 

5. CETAPHIL Gentle Skin Cleanser (250ml)

Pencuci muka Holy Grail dari farmasi, disyorkan oleh pakar dermatologi

Harga mulai RM23.80

shopping_cart Caring eStore Malaysia RM25.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM23.80

Pasti anda sentiasa mendengar nama produk popular ini dimana-mana sahaja bukan? Dengan mengandungi rumusan formula yang ringan dan tidak menjengkelkan kulit malah melegakan kulit berjerawat serta iritasi semasa ia dibersihkan. Produk ini direka secara khusus untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang mengalami masalah ekzema dan psoraisis. 

Formulanya yang bebas sabun dan buih, membersih tanpa menyebabkan rengsa serta melembap kulit. Ianya mampu untuk membersih residu sebum dan radikal bebas daripada menyumbat liang pori. Berkesan untuk mengecutkan jerawat dengan cepat.

6. NEOGEN Dermalogy Real Fresh Green Tea Foam Cleanser

Wajah cerah dan bebas parut dengan ekstrak daun teh hijau

Harga mulai RM43.90

shopping_cart Lazada Malaysia RM43.90 shopping_cart Shopee Malaysia RM45.00

Produk unik ini mengandungi daun teh hijau yang asli di dalamnya dengan menggunakan 100% Camellia Sinensis Water agar ia dapat memberi kesegaran semulajadi. Tekstur busanya seperti krim yang memberi sensasi menyegarkan pada kulit berjerawat. Ekstrak daun teh hijau juga membantu dalam pengecutan jerawat dengan cepat dan mengurangkan sebum serta minyak berlebihan sambil membersihkan liang pori tersumbat. 

Produk ini terbukti secara klinikal, ianya mampu untuk meningkatkan tahap kelembapan kulit, mengurangkan sebum, mencerah kulit, membuang sel mati, memperbaiki liang pori dan kerosakan kulit akibat terdedah kepada sinaran UV. 

7. THE FACE SHOP Jeju Volcanic Lava Pore Daily Cleansing Foam (150ml)

Formula abu lava gunung berapi untuk menghilangkan bintik hitam

Harga mulai RM43.00

shopping_cart Hermo Malaysia RM43.00

Bintik hitam terhasil apabila liang pori anda tersumbat dengan lebihan minyak dan sebum. Dengan ini, anda haruslah memilih pencuci muka yang membersih secara mendalam sambil menghilangkan bintik hitam dan kesan minyak lebihan yang tersumbat. Produk pencuci muka daripada The Face Shop ini direka khas menggunakan rumusan abu lava gunung berapi Jeju yang mempunyai tindakan 2-dalam-1 yang berfungsi sebagai gabungan masker dan pencuci muka yang berkesan membuang kotoran, minyak dan bintik hitam tersumbat. 

Hasilnya, bintik hitam berkurangan, jerawat pantas mengecut dan muka tidak lagi berminyak.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Kecantikan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!