Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

15 Foundation Terbaik untuk Kulit Berminyak di Malaysia 2024

Carilah yang sesuai dengan keperluan kulit anda!

Foundation atau bedak asas merupakan antara produk solekan yang berfungsi menutup cela dan meratakan warna kulit.

Cuma, setiap daripada kita perlu mencari foundation yang sesuai untuk jenis kulit memandangkan semua orang memiliki jenis kulit yang berbeza.

Golongan paling sukar mencari foundation terbaik adalah mereka yang memiliki jenis kulit berminyak kerana perlu pilih foundation untuk oily skin.

Foundation yang tidak berminyak lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak, tapi kalau tak yakin untuk beli tiada masalah, lihat sahaja review pengguna sebelum ini.

Jadi kali ini kami senaraikan foundation yang sesuai untuk kulit berminyak dan ada juga jenis foundation untuk kulit berminyak.


Senarai 15 Foundation Untuk Kulit Berminyak

Foundation terbaik secara keseluruhan
Maybelline
Foundation farmasi terbaik untuk remaja
Semak Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation harga dibawah:
add_circle Perlindungan SPF 22
add_circle Formula Superfine Silky Particies
add_circle Lebih 20 jenis pilihan tona warna
remove_circle Terlalu berminyak
remove_circle Tekstur sedikit berat

Sebab Menjadi Pilihan Utama:

Produk keluaran Maybelline New York ini telah menjadi pilihan ramai wanita Malaysia kerana menawarkan 25 pilihan shades yang sesuai dengan tona kulit kebanyakan wanita Asia.

Ciri-ciri:

Anda boleh gunakannya tanpa ragu-ragu kerana sudah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi.

Foundation ini bersifat non-comedogenic yang mana tidak akan menyebabkan pori tersumbat

Malah, foundation terbaik untuk kulit berminyak yang hadir dalam kuantiti sebanyak 30ml ini turut boleh mengawal kilauan wajah kerana menyerap minyak. 

Kesannya, kulit anda tetap kelihatan cantik walaupun dah pakai untuk tempoh lama hingga 16 jam.  

Selain itu, ia turut memberikan wajah anda kemasan matte yang licin dan semula jadi kerana ketidaksempurnaan kulit telah disembunyikan. 

Review:

"Teksturnya sangat okay dan licin untuk kulit berminyak. Tak terlalu berat serta mudah di blend untuk samakan dengan tona warna kulit asal. Yang penting, tak buat muka nampak kelabu."

Foundation kulit berminyak dan berjerawat
O.TWO.O Invisible Cove Foundation 30ml
Semak O.TWO.O Invisible Cove Foundation harga dibawah:
add_circle Tidak mudah berpeluh
add_circle Tidak berminyak
add_circle Menyamarkan pori
add_circle Ada kesan melembapkan
remove_circle Hanya ada 8 pilihan shades

Jika anda tercari-cari liquid foundation yang mampu milik, boleh cuba untuk dapatkan jenama O.TWO.O ini. 

Setiap pembelian sebotol anda akan dapat sebanyak 30ml.

Jangan risau, bahan yang terkandung sesuai untuk pelbagai jenis kulit termasuk kulit normal, kombinasi dan berminyak. 

Walaupun produk dari China tetapi telah menjalani ujian dermatologi untuk kulit alergi.

Paling bagus, ia sangat lembut dan terasa ringan pada kulit walaupun dipakai seharian.

Memang sesuai untuk yang inginkan foundation yang bebas minyak, jadi ia boleh mengawal kilauan dan minyak pada muka. 

Foundation ini mampu menutup lingkaran hitam bawah mata dan bintik kemerahan serta boleh dipakai untuk jangka masa yang panjang. 

Foundation kulit berminyak tahan lama
L'Oreal Paris
Semak L'Oreal Make Up Designer Infallible 24H Liquid Foundation harga dibawah:
add_circle Kalis air
add_circle Rasa ringan pada kulit
add_circle Kulit masih boleh bernafas
add_circle Tidak menyebabkan pori tersumbat
remove_circle Harga mahal

Produk ini pula bakal menutup semua cela pada wajah anda kerana jenis full coverage.

Diformulasi dari bahan yang menyerap minyak, foundation L’Oreal Paris ini juga kalis peluh dan tidak mudah melekat pada objek lain terutama jika pakai face mask.

Memiliki ciri tekstur liquid yang sangat mudah untuk blend pada wajah dan nipis.

Jangan risau, terdapat 10 pilihan shades yang sesuai dengan setiap tona warna kulit masing-masing.

Uniknya lagi, boleh dipakai sepanjang hari hingga 24 jam kerana mengandungi perlindungan SPF dan sesuai dengan semua jenis kulit termasuk oily skin.

Foundation Wardah untuk kulit berminyak
Wardah
Wardah Colorfit Velvet Powder Foudation
Semak Wardah Colorfit Velvet Powder Foudation harga dibawah:
add_circle Non acnegenic
add_circle Lulus ujian dermatologist
add_circle Anti bacteria formula
add_circle Mempunyai spf30
remove_circle Tiada face pad

Produk dari Indonesia ini diperbuat dari formula anti-bakteria dan tidak mudah melekat pada pelitup muka kerana transferproof

sangat ideal untuk wanita yang berkulit cerah mahupun gelap. 

Apa yang menarik lagi tentang foundation jenis bedak ini ialah tidak akan menyebabkan pori-pori tersumbat kerana jenis non-comedogenic

Malah mampu menngurangkan lubang pori yang terbuka kelihatan jelas sekali gus wajah tampak lebih licin dan cantik. 

Dengan teknologi SkinMatch, foundation Wardah juga bakal memberikan wajah anda kesan cantik yang diingini. 

Paling penting, sangat mudah untuk di blend dengan tona semula jadi kulit si pemakai.

Foundation kulit berminyak di drugstore
Silkygirl Magic All-In-One Powder Foundation
Semak Silkygirl Magic All-In-One Powder Foundation harga dibawah:
add_circle Tanpa paraben & minyak
add_circle Kesan matte semula jadi
add_circle Harga murah bawah RM20
add_circle Mengurangkan kedutan halus
add_circle Tidak diuji pada haiwan
remove_circle Pilihan tona warna terhad

Foundation memainkan peranan penting untuk penghasilan mekap cantik tanpa cela.

Dengan foundation dari SilkyGirl yang diformulasikan khas untuk warna kulit wanita Asia.

Anda juga tak perlu touch up solekan dengan kerap kerana mampu kekal sehingga 24jam.

Mengandungi perlindungan cahaya matahari SPF 35 dan sesuai untuk semua jenis kulit wajah

Tidak diperbuat dengan bahan pewangi tetapi mengandungi ekstrak bunga Calendula dan Wild Mango Butter yang mampu menghidratkan dan melembutkan kulit wajah. 

Manakala ekstrak daun Mulberi dan Sakura yang ada di dalamnya pula menjadikan tona kulit lebih cerah dan licin. 

Wajah juga tidak mudah berkilau kerana tidak berminyak. 

Foundation untuk remaja
Luna The Foundation by Mira Filzah
Semak Luna The Foundation by Mira Filzah harga dibawah:
add_circle Tekstur ringan
add_circle Tidak meradangkan kulit
add_circle Perlindungan SPF 35++
add_circle Kaya dengan antioksidan
add_circle Sesuai dengan semua jenis kulit
remove_circle Harga agak mahal

Untuk anda yang memiliki masalah kulit berjerawat dan lubang pori besar boleh cuba produk Luna The Foundation. 

Ini kerana diperkaya dengan ekstrak Centella Asiatica, yang boleh mengurangkan saiz saiz pori wajah.

Tambahan pula, mengandungi ekstrak benih Avena Strigosa iaitu oat hitam yang mengekalkan kulit lembap berpanjangan sehingga 24 jam. 

Kulit juga bakal terasa lebih licin, dapat mengurangkan sebum dan jerawat boleh dikurangkan kerana foundation ini mengandungi kandungan bahan vitamin E. 

Terdapat dua pilihan tona warna kulit yang boleh dipilih iaitu medium dan fair, jadi kulit tidak mudah jadi bercapuk kalau pakai produk ini.

Foundation untuk kulit berminyak yang waterproof
Wardah
Wardah Lightening Liquid Foundation
Semak Wardah Lightening Liquid Foundation harga dibawah:
add_circle Harga berpatutan
add_circle Tahan lama, 12 jam
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Formula non-comedogenic
remove_circle Pilihan tona warna terhad

Ucapkan selamat tinggal kepada mekap yang tebal yang boleh menyebabkan anda rasa tidak selesa kerana kini anda diselamatkan keluaran foundation Wardah ini. 

Walaupun foundation tapi mempunyai ciri 2 dalam 1 kerana  mempunyai SPF 30.

Terdapat empat pilihan shades iaitu Light Beige, Beige, Ivory dan Natural.

Teksturnya sangat ringan dan mudah untuk di blend sekaligus menjadikan produk ini sesuai dipakai setiap hari. 

Bagusnya lagi, foundation ini tidak akan menyebabkan pori kulit wajah tersumbat. 

Besar botol liquid foundation sebanyak 25ml dan akan memberi kesan matte yang sangat cantik dan semula jadi. 

Foundation untuk kulit berminyak murah
Emina Bare With Me Mineral Mild Foundation
Semak Emina Bare With Me Mineral Mild Foundation harga dibawah:
add_circle Tidak menyebabkan jerawat
add_circle Tahan hingga 8 jam
add_circle Hypoallergenic
add_circle Tekstur ringan
remove_circle Harga mahal bagi sesetengah individu

Produk keluaran Emina boleh jadi kawan baik anda setiap hari kerana mudah dibawa ke mana-mana. 

Jadi, usah risau jika wajah anda jenis berminyak sebab foundation ini boleh dipakai pada semua jenis kulit. 

Selain mudah dioles pada kulit wajah menggunakan hujung jari atau beauty blender, turut diformulasikan dengan perlindungan matahari SPF 25 PA+++. 

Setiap kali selepas pemakaian, kulit kelihatan licin dan sihat kerana ia mampu beri hasil kemasan separuh matte.  

Walaupun hanya mempunyai 4 pilihan tona warna kulit iaitu Light, Natural Caramel dan Mocca tapi semuanya sesuai untuk semua jenis kulit asia. 

Bagusnya lagi, foundation untuk muka berminyak sebanyak 30ml ini juga tidak akan menyebabkan pori wajah daripada tersumbat.

Foundation untuk kulit berminyak dan kusam
FCC Stay Matte Foundation 30ml
Semak FCC Stay Matte Foundation harga dibawah:
add_circle Mengawal sebum
add_circle Meminimalkan pori
add_circle Diperkaya dengan mineral
add_circle Sesuai dengan kulit berminyak
add_circle Kulit berjerawat juga boleh pakai
remove_circle Harga mahal
remove_circle Hanya ada 3 pilihan tona warna

Foundation dari FCC ini perlu menjadi pilihan wanita muslimah kerana mesra wuduk.

Malah jenis full coverage yang tidak menyebabkan anda rasa macam pakai mekap yang terlalu tebal. 

Disebabkan bersifat non-comedogenic, produk cruelty-free dari Turki ini tidak akan menyebabkan pori anda tersumbat dan membuatkan kulit rasa segar.

Teksturnya yang ringan dan berkrim memudahkan lagi untuk oles foundation untuk oily skin.

Yang penting, ia bertindak juga sebagai anti-bacterial yang akan mengeringkan jerawat yang dah sedia ada pada wajah penggunanya. 

Foundation terbaik untuk kulit berminyak
ETUDE Double Lasting Foundation SPF35 PA++
Semak Etude House Double Lasting Foundation SPF35 PA++ harga dibawah:
add_circle Ringan pada kulit
add_circle Memberi cover sehingga 24 jam
add_circle Mengandungi mint beads untuk mengurangkan bintik merah pada wajah
add_circle Matte finishing
add_circle Mempunyai 19 jenis tona
remove_circle Kebanyakkan pilihan tona sold out

Etude adalah jenama yang datang dari Korea dan foundation ini juga mempunyai spf35 untuk perlindungan kulit wajah dari sinaran UV. 

Paling menarik, foundation terbaik untuk kulit berminyak ini mempunyai badan mint beads untuk membantu kulit yang kemerahan.

Kulit terus flawless tanpa kelihatan kemerahan pada wajah, malah ianya ringan dan tidak melekit pada wajah. 

Memberikan kesan matte pada akhir pemakaian dan ianya mampu bertahan sehingga 24 jam. 

Jadi anda yang ada kulit kemerahan akibat jerawat atau masalah kulit patut cuba foundation Etude ni. 

Foundation untuk kulit berminyak dan pori besar
Simplysiti Argan Wonder Foundation
Semak Simplysiti Argan Wonder Foundation harga dibawah:
add_circle Mengandungi glycerin untuk melembapkan kulit
add_circle Vitamin E didalamnya
add_circle Argan oil memberikan kesan awet mudapada kulit
remove_circle Agak berminyak

Siapa saja yang tidak kenal dengan jenama tempatan yang setanding antarabangsa Simply Siti ini. 

Bagi foundation pilihan, ianya mengutamakan argan oil bagi kebanyakkan product keluaran dibawah rangkaian ini. 

Argan oil sangat bagus bagi memberikan keanjalan, awet muda pada kulitwajah. 

Sambil gunakan foundation pada kulit untuk kecantikkan, sekaligus rumusannya memberikan kulit yang lebih sihat. 

Bukan itu sahaja, mengandungi vitamin E yang bagus untuk kulit serta spf20 pada foundation ini. 

Bagi anda yang mempunyai liang pori terbuka, foundation terbaik ini mampu mengurangkan kelihatannya liang pori tu tau.

Foundation kulit berminyak untuk pemula
Wardah Everyday Luminous Liquid Foundation
Semak Wardah Everyday Luminous Liquid Foundation harga dibawah:
add_circle Boleh digunakan pada semua jenis kulit
add_circle Memberi kesan kelembapan
add_circle Melindungi kulit dari sinar matahari - SPF15
remove_circle Perlu guna moisturizer bagi kulit kering

Wardah Everyday Luminous Liquid Foundation mempunyai tekstur yang ringan dengan formula yang menyatunya sempurna pada kulit, memberikan rasa selesa untuk digunakan setiap hari.

Menggunakan formula pigmen mikro, pigmen halus yang direka untuk menyembunyikan tompok hitam dan parut jerawat di wajah.

Sementara itu, turut mengandungi Moisture Active yang bukan sekadar memberi kelembapan pada wajah tetapi menghasilkan kesan semi-matte.

Kandungan SPF15 dalam foundation ini akan melindungi kulit wajah anda daripada sinar matahari.

Tips Penggunaan:

Bagi kulit kering, gunakan Moisturizer dari Siri Penjagaan Kulit Wardah terlebih dahulu. Selepas menggunakan foundation, gunakan Bedak Wardah untuk hasil akhir matte yang terbaik.

Foundation untuk kulit berminyak dan bintik hitam
Wardah Exclusive Liquid Foundation SPF 30
Semak Wardah Exclusive Liquid Foundation SPF 30 harga dibawah:
add_circle Mengkaburkan liang pori dan bintik hitam
add_circle Tahan lama
add_circle Memberi kesan kelembapan
add_circle Melindungi kulit dari sinar matahari - SPF30
remove_circle Sukar didapatkan di pasaran

Wardah Exclusive Liquid Foundation SPF 30 menawarkan liputan tanpa cela dengan tekstur ringan, memberikan penampilan semula jadi dan kesan matte yang tahan sepanjang hari. 

Ia dihasilkan dengan formula istimewa yang diperkaya dengan silky particles yang halus, memberi kesan terbaik pada wajah.

Sangat berkesan menutup liang pori, bintik hitam, dan ketidaksekataan warna kulit dengan mudah.

Turut mengandungi minyak Macadamia untuk memberikan kelembapan pada kulit, manakala SPF 30 memastikan perlindungan kulit wajah dari sinar matahari.

Cara pakai mudah sahaja, cuma perlu goncangkan botol dengan baik sebelum guna, kemudian sapukan dengan rata pada wajah yang bersih.

Foundation untuk kulit berminyak dan melindungi kulit
MAYBELLINE Fit Me Matte Liq Foundation SPF 220 Natural Beige
Semak Maybelline Fit Me Matte Liq Foundation SPF 220 Natural Beige harga dibawah:
add_circle Tidak melekit
add_circle Memberi kesan semula jadi
add_circle Tahan lama
remove_circle Sukar dapatkan warna shade yang lain

Cipta penampilan sempurna dengan foundation MAYBELLINE Fit Me Matte SPF 220, formula yang sesuai untuk kulit berminyak. 

Foundation No.1 dari Maybelline ini direka khas untuk memberikan hasil matte dan menutup liang roma, jadi akan memberikan penampilan semula jadi dan tanpa cela pada kulit. 

Paling bagus, wajah anda tidak rasa melekit dan tetap kelihatan berkilau kerana foundation yang mudah disapu ini berfungsi untuk memberikan kesan matte tanpa membuatkan rasa kurang selesa.

Formula ringan dan mudah digunakan ini membolehkan anda menggunakannya dengan mudah, sama ada dengan menggunakan hujung jari atau alat applicator

Bagaimanapun, sukar untuk dapatkan warna shade lain bagi foundation ini dan hanya dapat Natural Beige sahaja.

Foundation kulit berminyak dan sensitif
Maybelline Superstay 24H Full Coverage Powder Foundation
Semak Maybelline Superstay 24H Full Coverage Powder Foundation harga dibawah:
add_circle Diuji secara dermatologi
add_circle Tahan sehingga 24 jam
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Harga sedikit mahal

Rasai kecantikan wajah yang sempurna sepanjang hari dengan Maybelline Super Stay® 24H Full Coverage Powder Foundation ini. 

Formula tinggi pigmen ini memastikan liputan penuh yang kekal sepanjang hari, menjadikannya pilihan utama untuk tona kulit yang tahan lama dan kesan matte.

Dengan pelbagai pilihan warna yang sepadan dengan pelbagai tona kulit, dari Classic Ivory hingga Golden, anda boleh mencari padanan yang sempurna untuk warna kulit anda. 

Formula ini ringan dan selesa, tahan pudar, dan menawarkan kawalan minyak yang berpanjangan.

Selain itu, turut dilengkapi dengan span untuk penggunaan yang mudah di mana sahaja, menjadikannya foundation serba guna dalam rutin solekan anda. 

Paling penting, ia telah diuji secara dermatologi, diuji untuk kesan sampingan alergi, jadi ia sangat sesuai untuk kulit sensitif.


Apakah Perbezaan Antara Foundation Liquid, Compact, Dan Powder Untuk Kulit Berminyak?

Liquid, compact, dan powder adalah formulasi yang berbeza yang direka khas untuk pelbagai keutamaan dan jenis kulit, termasuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. 

Berikut adalah perbezaan utama di antara mereka:

  • Asas Cecair (liquid):

Asas cecair atau liquid mempunyai ketumpatan cecair yang boleh gunakan secara sedikit atau liputan penuh pada wajah.

Biasanya memberikan finishing semula jadi atau kesan bersinar, dan sesetengah mungkin menawarkan hasil matte sesuai untuk kulit berminyak.

Cara penggunaannya pula adalah dengan span bedak, berus, atau menggunakan hujung jari.

Biasanya, asas cecair boleh menjadi layer, membolehkan anda membina lapisan untuk liputan tambahan.

Asas cecair sesuai untuk mereka yang mahukan formula yang serba boleh dan ingin finishing yang kelihatan semula jadi.

  • Asas Padat (compact):

Asas padat atau compact adalah formulasi setengah pepejal atau berasaskan krim.

Ia menawarkan finishing yang lebih matte atau bersinar, menjadikannya sesuai untuk kulit berminyak.

Digunakan dengan span bedak, berus, atau boleh juga digunakan dengan jari.

Seperti asas cecair, jenis compact juga boleh menjadi layer dan membina lapisan tambahan.

Compact berfungsi dengan baik untuk mereka yang mahukan tekstur krim dengan liputan boleh dibina.

  • Asas Bedak (powder):

Asas bedak adalah jenis kering dan datang dalam bentuk bedak padat atau loose powder.

Ia memberikan kesan matte pada wajah, menjadikannya sesuai untuk kulit berminyak dengan menyerap lebihan minyak.

Digunakan dengan berus atau span, mudah dan cepat untuk digunakan, dan ia juga boleh dilapisi untuk liputan yang lebih tinggi.

Asas bedak sesuai untuk mereka yang menggemari rasa ringan pada wajah dan perlukan kawalan minyak.

Pilihan antara asas cecair, padat, atau bedak untuk kulit berminyak bergantung kepada keutamaan peribadi, finishing yang diinginkan, dan faktor gaya hidup. 

Mencuba formulasi yang berbeza boleh membantu anda mencari yang terbaik untuk jenis kulit dan keutamaan peribadi anda.


Bolehkah Saya Menggunakan Foundation Matte Pada Kulit Berminyak?

Jawapan ringkasnya Ya, foundation matte sesuai untuk kulit berminyak. 

Foundation matte dirumus khas untuk memberikan tona kulit bebas kilauan dan membantu mengawal kelebihan minyak pada kulit. 

Biasanya foundation matte mengandungi bahan yang menyerap minyak dan memberikan tona matte yang lembut pada kulit.

Jika anda mempunyai kulit berminyak, menggunakan foundation matte boleh membantu mengurangkan kilauan dan menjadikan kulit kelihatan matte sepanjang hari. 

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk memilih foundation matte yang direka khas untuk kulit berminyak dan memberikan liputan yang tahan lama. 

Selain itu, penjagaan kulit yang betul, termasuk membersih dan melembapkan kulit, adalah penting untuk mengekalkan kulit yang seimbang dan sihat.


Jenis Foundation Untuk Kulit Berminyak 

Foundation yang berasaskan bedak lebih sesuai dengan kulit muka berminyak.

Tapi jika anda kurang gemar dengan produk jenis ini, jangan risau kerana terdapat banyak foundation jenis liquid terbaru yang boleh menghalang kulit dari berminyak ketika pakai mekap. 

Ini kerana liquid foundation terkini mengandungi bahan yang boleh melembapkan kulit.

Selain itu, foundation jenis serum juga sesuai untuk mereka yang memiliki kulit berminyak dan kombinasi kerana ringan dan akan terasa nipis apabila dipakai. 

Produk foundation full coverage atau medium coverage pula boleh menutup kesan celaan seperti parut jerawat daripada kelihatan terlalu ketara pada wajah anda. 

Ini kerana selalunya kulit berminyak juga lebih mudah menghasilkan jerawat. 

Jadi, pastikan anda dapatkan foundation yang boleh mengawal penghasilan minyak atau sebum ketika memakai mekap. 


Cara Memilih Foundation Untuk Kulit Berminyak 

Boleh ikuti tips yang kami kongsikan ini agar tidak tersalah pilih foundation jika kulit anda jenis berminyak. 

Bukan apa, kalau salah pilih produk, mungkin boleh menyebabkan masalah jerawat, lubang pori besar dan blackhead semakin teruk. 

Caranya adalah:

  • Elakkan dari beli produk yang berasaskan alkohol dan minyak. 

Ini kerana ia boleh menyebabkan minyak akan terhasil lebih banyak. 

Boleh cuba produk foundation yang berasaskan air. 

  • Cuba dulu produk pada kulit wajah 

Elakkan dari cuba foundation di tangan kerana warna kulit muka dan tangan adalah berbeza. 

Sebaiknya calit sedikit pada wajah. Jangan lupa untuk ambil shade atau kod warna yang sesuai dengan tona semula jadi kulit anda.

Jika anda inginkan penjelasan lebih terperinci, boleh tonton video ini. Semoga bermanfaat!


Artikel Berkaitan

End of Article