Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Berikan 8 Pasir Kucing Terbaik Untuk Si Manja Berkaki Empat Anda

Si manja ke ‘toilet’ dengan senang hati

Product in this article

Berapa kali pasir kucing perlu ditukar?

Secara amnya, pasir kucing perlu ditukar 2 kali seminggu. Tetapi bergantung juga kepada situasi, jika kucing anda menggunakannya dengan lebih kerap, anda perlu menukarnya setiap hari atau sekali seminggu.

Kami telah melayari pelbagai laman sesawang yang mengulas tentang produk pasir kucing yang terbaik untuk di pasaran. Oleh itu, ayuh kita berkongsi tentang jenis-jenis pasir kucing terbaik dapat mnggembirakan si comel.

KingStar Fresh Crystal Cat Litter 5L

RM 13.99
KingStar
1. KingStar Fresh Crystal Cat Litter 5L
Pasir kucing berbentuk kristal dan bebas toksik
Updated on 21st January 2020

Walaupun terdapat kes kebimbangan daripada tuan kucing, mengatakan bahawa terdapat beberapa produk pasir kucing yang diperbuat daripada gel silika dan mengakibatkan tapak kaki kucing merasa tidak selesa. Ini kerana butiran manik kristal tersekat didalam tapak kaki si comel dan ada juga yang melibatkan keracunan terhadap kucing peliharaan akibat tertelan butiran manik kristal silika ini. 

Usah risau! Pasir kucing ini bebas toksik dan tidak akan menyebabkan keracunan jika tertelan dan boleh dicerna. Tahan sehingga sebulan dan menyerap bauan dengan baik.  

ECO Natural Pine Wood Cat Litter

RM 49.9
ECO
2. ECO Natural Pine Wood Cat Litter
Didatangi dalam pek 20kg, pasir ini mudah larut dalam air
Updated on 21st January 2020

Salah satu kebaikan yang ditawarkan oleh pasir kucing yang diperbuat 100% daripada kayu pokok pine ini adalah ianya bebas habuk, bersifat semula jadi dan dapat meelenyapkan bau najis sebanyak 3 kali lebih daripada pasir kucing tanah liat yang lain. Dengan bauan naturalnya yang menyegarkan dan palet manik kayuan besar dan ringan ini, membuatkan sesi pembersihan kotak pasir kucing lebih mudah dan tidak berselerak. 

Salah satu manfaat yang paling bagus ialah, palet kayu pine ini boleh larut didalam air dan boleh dipam didalam tandas utuk pembersihan yang mudah. 

Tesco Everyday Value Clumping Cat Litter (3.5L)

RM 6.99
Tesco
3. Tesco Everyday Value Clumping Cat Litter (3.5L)
Pasir kucing paling murah di pasaran, lengkap dengan pembasmi anti-bakteria
Updated on 21st January 2020

Pasir kucing ekonomi yang diperbuat daripada tanah liat Bentonite ini menyerap bauan dan tahan sehingga 7 hari. Sesuai untuk kegunaan am harian untuk si comel anda. Ianya tidak mempunyai bau dan amat sesuai digunakan jika anda mempunyai kucing peliharaan yang cerwet terhadap bau wangi yang kuat pada pasir mereka. 

Mudah untuk dibersihkan kerana tanah liat Betonite yang telah terkena kotoran najis dan urine itu akan terkumpul serta melekat supaya senang untuk ditapis, dibuang atau diganti. 

Kit Cat Clump Charcoal Cat Litter (7L)

RM 19
Kit Cat
4. Kit Cat Clump Charcoal Cat Litter (7L)
Pasir kucing anti-bauan dan diperbuat daripada arang
Updated on 21st January 2020

Diperbuat 100% daripada hampas soya ini bersifat biodegradable dan mesra alam. Ianya tidak akan menyebabkan haiwan comel anda cepat jatuh sakit terhadap debu yang dihasilkan oleh pasir hampas soya ini. Antara sebab mengapa jenama Kit Soya ini amat bagus sekali adalah kerana, mereka mengambil hampas soya daripada kilang-kilang pemprosesan soya dan menginovasikannya menjadi pasir kucing yang selamat, bebas toksik dan kimia berbahaya. 

Pasir kucing ini menyerap lembapan 3 kali lebih kuat daripada tanah liat biasa dan mudah larut dalam air serta boleh dipam  ke dalam tandas untuk pembersihan mudah. 

Cats Best Oko Plus Organic Cat Litter (10L)

RM 41
Cat's Best
5. Cats Best Oko Plus Organic Cat Litter (10L)
Sesuai untuk kucing baka Anggora – diperkaya dengan bahan organik
Updated on 21st January 2020

Jika anda mempunyai kucing peliharaan daripada baka Anggora, anda pasti tahu bahawa mereka amat cerewet tentang pasir kucing mereka. Kucing Anggora tidak menyukai jenis pasir kucing tanah liat jenis berhabuk ataupun kristal silika kerana ianya akan tersekat dan melekat diatas bulu badan yang panjang serta lebat. Sesuai untuk kucing domestik seperti Anggora dan Parsi yang memiliki bulu lebat. 

Diperbuat 100% daripada bahan tumbuhan organik semulajadi, pasir ini amat senang untuk dibersihkan dan mempunyai bauan natural yang menyegarkan. 

CARE CAT Betonite Cat Litter (10L)

RM 13
6. CARE CAT Betonite Cat Litter (10L)
Pasir kucing yang diperbuat daripada tanah liat Bentonite
Updated on 21st January 2020

Produk yang diperbuat daripada tanah liat Bentonite ini bukan seperti pasir kucing tanah liat yang lainnya. Produk  berkualiti tinggi ini diproses khas dan mempunyai kadar penyerapan air dan kapasiti penyahbauan yang tinggi. 

Ianya mudah bergumpal apabila bersentuhan dengan cairan urine dan kotoran lain serta akan memudahkan proses menapis gumpalan tersebut untuk dibuang bagi mengelakkan pembaziran.

Fussie Cat Scoopable Cat Litter (10L)

RM 20.9
Fussie Cat
7. Fussie Cat Scoopable Cat Litter (10L)
Pasir kucing yang halus sesuai untuk kegunaan anak kucing
Updated on 21st January 2020

Jika anda mahukan pasir yang tidak akan menyakitkan anak kucing atau kucing dewasa anda, produk ini adalah jawapannya. Walaupun diperbuat daripada tanah liat Betonite yang mempunyai tekstur lembut dan halus, ianya dirumus untuk mengelak lembapan daripada tenggelam ke bahagian bawah kotak pasir kucing anda. 

Pasir ini juga amat sesuai untuk pemilik rumah yang mementingkan kebersihan kerana ianya bebas habuk dan tidak akan membuat lantai rumah anda berselerak, tidak kira samada pada permukaan sofa atau katil anda selepas si comel melepaskan ‘hajat’.

REAL Cat Litter Multicat (10L)

RM 17.99
8. REAL Cat Litter Multicat (10L)
Pasir kucing terbaik untuk kucing indoor agar rumah bebas habuk
Updated on 21st January 2020

Difomulasi bagi membantu pemilik-pemilik kucing yang mempunyai isu dari segi bau kurang menyenangkan dan kebersihan, pasir kucing ini juga berfungsi untuk membunuh serta anti-bakteria. Bukan itu sahaja, kebersihan rumah terjamin kerana pembiakan virus dan bakteria di kawasan bekas pasir kucing dapat dikawal. 

Kesihatan ahli keluarga anda juga terjamin, terutama sekali jika ada di kalangan ahli keluarga yang sedang mengandung atau pun mempunyai bayi serta anak-anak kecil. Ini kerana sistem imun mereka masih belum kuat serta mudah dijangkiti oleh bakteria dan virus.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article