Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

9 Makanan Kucing Tidak Lebih Dari RM50 untuk Manjakan Si Gebu

Tak perlu berbelanja lebih lagi!

Product in this article

Memilih makanan kucing yang mengandungi nutrien seimbang dan kadar protein secukupnya untuk memenuhi keperluan si manja anda boleh menjadi sesuatu yang sukar. Kucing bersifat karnivor, yang bermakna nutrisi mereka terutamanya terdiri daripada protein haiwan.

Namun, pemakanan kucing juga boleh menjadi rumit apabila keperluan nutrisi mereka yang sentiasa harus dijaga.

Apakah yang terdapat di dalam makanan kucing?

Makanan kucing merangkumi nutrien utama yang penting untuk mengekalkan kesihatan mereka iaitu protein, lemak dan serat seperti ayam, ikan, sayuran serta bijian. Namun mengikut keperluan kucing masing-masing, tidak kesemua kucing sesuai dengan makanan yang sama.

Oleh kerana itu terdapat banyak jenis makanan kucing mengikut kategori seperti makanan kucing tinggi lemak untuk masalah bulu dan kulit, tinggi protein buat kucing yang mengalami masalah kurang berat badan dan makanan tinggi serat untuk kucing alami masalah penghadaman.

Haiwan kecil ini juga sebenarnya bersifat memilih. Jika makanan yang dirasakan tidak ‘kena dengan tekaknya’, pasti si gebu tidak teragak untuk menolak. Maka, haruslah memilih makanan yang berkualiti tinggi. Terdapat banyak juga jenama makanan kucing dengan harga berpatutan. Ayuh, lihat senarai produk makanan kucing yang sesuai buat si gebu anda;

GREENS Cat Food Super All in 1 Chicken/Seafood (1kg)

RM 9.9

Jenama Greens ini amat sesuai untuk si manja berbulu anda itu kerana makanan ini padat dengan kesemua bahan yang kucing anda perlukan dengan secukupnya. Diperkaya dengan asid Linoleik, Omega 3 dan Omega 6 untuk meningkatkan kecantikan bulu dan kesihatan kulit, makanan kucing ini juga ditambah dengan kebaikan taurin untuk memelihara kesihatan jantung dan keadaan saraf optik si manja. 

Ianya mengandungi formula tumbuhan Yucca mengawal bau makanan kucing yang sangat kuat. Bukan sahaja murah, malah padat dengan nutrisi yang seimbang untuk kucing yang sihat dan cerdas.

SMARTHEART Gold Skin and Coat Care (1.2kg)

RM 22
2. SMARTHEART Gold Skin and Coat Care (1.2kg)
Makanan kucing Parsi terbaik – terbaik menjaga kesihatan si gebu

Makanan ini dirumus untuk kucing jenis Parsi yang diperkaya dengan lemak yang akan membantu kucing Parsi menjaga bulu dengan baik. Sifat bulunya yang panjang dan tebal, telah menjadi rutin kucing Parsi untuk membersihkan bulu dengan menjilat bulu mereka dengan kerap.

Ini akan menimbulkan masalah ketulan rambut yang tersekat di celah kerongkong mereka. Difomulasi dengan rumusan ‘anti hairball’, campuran khusus serat yang akan membantu merangsang dan mengawal masalah pencernaan bulu.

WONO HAIR & SKIN Super Premium Cat Food (1kg)

RM 14
3. WONO HAIR & SKIN Super Premium Cat Food (1kg)
Makanan kucing super premium – khas buat bulu dan kulit yang cantik

Diperkaya dengan kandungan protein dan lemaknya, Wono amat sesuai jika anda mempunyai kucing yang tidak gemar membersihkan diri sendiri, kerana makanan ini akan membantu bulu mereka menjadi lebih terurus. Wono juga diperkaya dengan supplemen vitamin yang akan membantu dalam meningkatkan selera makan si manja anda.

ME-O PERSIAN Anti Hairball Formula (1kg)

RM 18
4. ME-O PERSIAN Anti Hairball Formula (1kg)
Makanan kucing cepat gemuk – sesuai untuk kucing sakit dan alergi makanan

Tahukah anda, kucing boleh menjadi kurang berat mungkin kerana ianya mempunyai penyakit, tidak suka dengan makanan yang diberi ataupun alergi kepada makanan tersebut. Disebabkan itu, anda harus mencuba pelbagai jenama dan produk makanan untuk melihat kesesuaian dengan si gebu. Makanan kucing jenama Me-O ini mungkin dipasarkan untuk kucing Parsi sahaja. 

Namun, kandungan protein dan kalorinya tinggi, amat sesuai untuk meningkatkan berat badan kucing yang sakit ataupun alergi makanan. Makanan ini diformulasi untuk kucing parsi yang akan membantu mencantikkan dan melebatkan bulu tanpa bergumpal.

CATSRANG Adult Cat Food (1.5kg)

RM 37.99
5. CATSRANG Adult Cat Food (1.5kg)
Makanan kucing sesuai untuk menghalang bulu gugur dengan banyak

Jenama Catsrang ini amat sesuai untuk kucing yang mengalami keguguran bulu yang banyak kerana ianya diperkaya dengan Vitamin A, Enzyme Betaglucan dan Selenium untuk membantu membaiki kesihatan sistem imun kucing dan membuatkan bulu serta kulit si gebu anda lebih lebat dan tebal. Bukan itu sahaja, jika kucing anda mengalami keguguran bulu, pasti masalah gumpalan bulu meningkat juga. 

Makanan kucing ini amat bagus sekali kerana ianya mengandungi formula mengawal gumpalan bulu seperti serat diet. Ekstrak pulpa sayuran bit pula akan membantu gumpalan bulu untuk tidak menganggu sistem pencernaan kucing anda.

WHISKAS Junior Ocean Fish (1.1kg)

RM 14.51
6. WHISKAS Junior Ocean Fish (1.1kg)
Makanan anak kucing terbaik – membantu tumbesaran organ dalaman dan tulang

Dengan formula penghadaman yang sihat, makanan anak kucing ini mengandungi campuran serat unik dengan prebiotik serta sayur Bit yang akan menyokong keupayaan anak kucing anda menyerap nutrien. 

Diperkaya dengan Vitamin E yang membantu mengekalkan sistem imun yang kuat dan juga ratio optimum antara Omega 6 dan 3 untuk lapisan kulit serta bulu yang sentiasa lembut dan sihat.

FRIESKIES Surfin Favorites 1.1kg

RM 13.9
7. FRIESKIES Surfin Favorites 1.1kg
Makanan untuk kucing kampung – sesuai untuk semua kucing aktif

Makanan kucing juga harus mempunyai bahan yang memelihara imunisasi mereka supaya tidak cepat terkena penyakit akibat terdedah di kawasan luar seperti parasit, fungus dan sporo. Makanan ini amat sesuai untuk kucing yang sering bermain diluar rumah kerana diperbuat dengan bahan yang meningkatkan daya sistem umunisasi si manja. 

Bukan itu sahaja, kepelbagaian perisa makanan yang mengandungi Omega 3 & 6, Vitamin A dan anitioksidan juga membuatkan tenaga si gebu anda meningkat serta tidak mudah letih supaya si manja bertenaga sepanjang hari.

POWERCAT Cat Food (1.3kg)

RM 14
8. POWERCAT Cat Food (1.3kg)
Makanan kucing premium yang dijamin bahan kandungan halal

Mencari makanan kucing patuh dengan peraturan syarak dan sebetulnya halal serta bersih boleh menjadi satu pencarian yang jarang ditemui ini kerana kebanyakan makanan kucing premium diperbuat dari negara luar. Pastikan isi kandungan dan bahan yang terdapat di dalam makanan kucing tersebut mendapat kelulusan Halal. 

Makanan kucing lokal yang dikilangkan diMalaysia ini halal dan telah disahkan. Diperbuat daripada 32% protein dan bahan semula jadi, makanan kucing Powercat ini amat sesuai untuk kucing dewasa yang sihat dan cerdas. Kadar proteinnya tinggi juga amat sesuai untuk kucing yang aktif diluar rumah.

BLACKWOOD Original Formula Chicken and Brown Rice

RM 100.5

Blackwood Original Formula ini adalah salah satu jenama yang popular dengan makanan kucing super premium. Diperkaya dengan protein daging ayam yang semula jadi, bermakna ianya tidak diperbuat daripada perasa ayam, tetapi daripada daging ayam asli.

Diperbuat dengan kebaikan beras perang untuk serat yang bagus, dan nutrien lain yang seimbang. 

Ianya juga tinggi dengan Omega 6 dan 3 serta asid lelemak yang baik untuk kulit dan bulu yang cantik. Makanan ini juga sesuai jika anda sensitif dengan bau kerana ianya kurang bau serta tidak mengandungi bahan perisa tambahan dan pewarna tiruan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article