Hari Raya adalah hari bagi umat Islam meraikan setelah setelah sebulan berpuasa dan amat penting bagi anda untuk berasa selesa dan yakin sepanjang hari. Jangan hanya menganggap wanita sahaja yang boleh bergaya sakan pada Hari Raya, lelaki juga apa kurangnya. Dahulu mungkin pilihan pakaian untuk lelaki tidak banyak tetapi kini, bermacam gaya dan fesyen ada di pasaran khas buat kaum Adam.

Jadi, inilah masa anda! Ingin mencari #OOTD untuk Hari Raya nanti? Mari lihat apakah pilihan-pilihan yang menarik bagi anda tanpa perlu gusar akan nilainya. Setahun sekali berbelanja, apa salahnya. No hal lah, esktra kan sikit bajet anda.

1. Amar Amran Baju Melayu Maher Zain

Harga mulai RM155.00

shopping_cart Zalora Malaysia RM155.00

Hati perempuan mana yang tidak cair jika melihat jejaka berpakaian Baju Melayu lengkap? Pasti inilah set Baju Melayu yang anda cari. Ianya diperbuat dari fabrik satin sutera yang memberikan impak klasik kepada yang memakainya dan sesuai bagi mereka yang ingin kelihatan classy di Hari Raya.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

2. Baju Melayu ILHAM

Harga mulai RM69.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM69.00

Baju Melayu Cekak Musang dengan potongan klasik, selalunya akan menjadi pilihan kaum Adam untuk sambutan pada Hari Raya pertama. Ini sahaja masanya untuk berkunjung ke rumah sanak-saudara dengan pakaian yang sempurna mengikut tatatertib. 

Diperbuat daripada material Satin Valentino, ianya dapat menyerap peluh dengan baik dan tidak akan membuatkan anda terasa panas sepanjang memakainya walaupun seharian. Ini baru #OOTD Hari Raya pertama 2019 ini! 

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

3. Baju Melayu Moden Baby Blue Sakura

Harga mulai RM70.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM70.00

Koleksi Raya 2019 kali ini menampilkan baju-baju menarik untuk dijadikan pilihan. Baju Melayu moden ini menawarkan keselesaan semasa anda memakainya dengan pilihan rona menarik. Materialnya campuran Satin dan Cotton, tahan lasak dan tidak mudah carik.  

Tidak perlu diseterika dan boleh dibasuh menggunakan mesin basuh. Rona baju ini tidak cepat luntur. Usah risau! Baju ini tidak akan kelihatan lusuh walaupun anda mencucinya berkali-kali.

5 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

4. WNI Baju Melayu Slim Fit

Harga mulai RM110.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM110.00

Bagi anda yang tidak gemar memakai sampin, boleh sahaja mencuba Baju Melayu berkonsepkan trendi ini. Walaupun potongannya masih mengekalkan gaya klasik, sesuai untuk anda yang memiliki tubuh fit dan slender. 

Tidak perlu lagi memakai sampin sebagai pelengkap gaya, hanya memakai Baju Melayu pilihan daripada WNI ini akan membuatkan tumpuan sanak-saudara fokus kepada anda sahaja. Ayuh, set the trend!

7 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

5. Kamdar Jumaart Mens Baju Melayu Johor

Harga mulai RM63.92

shopping_cart Lazada Malaysia RM63.92

Baju Melayu Johor mempunyai kelainan daripada Baju Melayu yang biasa. Ianya berkolar bulat dan sampin juga dibiarkan didalam top Baju Melayu. Pastinya ini boleh membantu mereka yang ingin menyorok bunting makanan daripada kelihatan!

4 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

6. Mayasilk Baju Melayu SB Contrast Diamond Print

Harga mulai RM89.40

shopping_cart Zalora Malaysia RM89.40

Berani menonjol? Jika ya, inilah Baju Melayu moden ini untuk anda! Kebiasaannya, Baju Melayu tidak mempunyai corak, namun yang ini lengkap dengan corak berlian diseluruh baju. Anda pasti menjadi bualan seluruh kampung.

2 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

7. MAYASILK Kurta Printed Collar

Harga mulai RM100.00

shopping_cart Zalora Malaysia RM100.00

Salah satu baju yang menjadi kegemaran kaum Adam di Malaysia ini adalah baju top, lebih dikenali sebagai kurta. Pakaian pilihan ini mudah untuk dipakai dengan materialnya diperbuat 100% daripada kapas asli yang lembut. Tidak membuatkan anda terasa panas dan juga cepat menyerap peluh walaupun berjemur di bawah terik matahari.

Anda akan tampil lebih bergaya dengan kurta daripada Mayasilk ini. Lebih ‘handsome’ dari biasa. 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

8. LAGENDAS Arsa Batik

Harga mulai RM109.00

shopping_cart Zalora Malaysia RM109.00

Bila sebut pasal batik sahaja, pasti anda merasakan pakaian ini hanya sesuai untuk majlis formal. Tidak benar! Batik merupakan pakaian yang berasal dari Jawa dan ianya boleh dipakai pada bila-bila masa, dimana jua. Tidak kira majlis atau tempat asalkan bersesuaian. 

Jika ingin tampilkan dengan gaya trendi dan kelainan, pilihan batik berlengan pendek ini sesuai untuk anda. 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

9. Kamdar Jumaart Mens Long Jubah

Harga mulai RM65.31

shopping_cart Lazada Malaysia RM65.31

Jika anda ingin menggayakan ala Arab pada Hari Raya, cubalah jubah. Jubah untuk lelaki dari Kamdar ini boleh didapati dari saiz XS ke 3XL. Jadi, setiap pilihan pasti ada untuk semua.

10. Baju Melayu Soft Cotton Dewasa

Harga mulai RM88.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM88.00

Cotton lembut adalah material yang asing bagi Baju Melayu tetapi, inilah ia! Baju Melayu ini pasti memberikan anda rasa nyaman sepanjang hari, jadi ziarah-menziarahi ahli keluarga dan teman bukanlah satu halangan bagi anda.

3 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

11. AMAR AMRAN Kurta Al Imran in Mustard Yellow

Harga mulai RM139.00

shopping_cart FashionValet RM139.00

Jika pilihan baju kurta sebelum ini adalah berlengan panjang, top kurta berlengan pendek juga ada di pasaran dengan potongan yang ringkas dan memberi keselesaan buat si pemakai. Materialnya Premium Quality Poly-Cotton sangat berkualiti tinggi. 

Boleh disuaipadan dengan semua jenis seluar, anda pasti akan menjadi tumpuan pada Hari Raya ini! 

12. Baju Melayu Johor Teluk Belanga

Harga mulai RM59.90

shopping_cart Shopee Malaysia RM59.90

Sesetengah daripada anda mungkin gemarkan Baju Melayu Cekak Musang. Tetapi bagi yang tidak menggemari kolar baju terlalu tinggi, Baju Melayu dengan potongan Teluk Belanga ini direkomendasi sesuai untuk anda. Ianya sesuai dipakai pada bila-bila masa samada untuk Hari Raya atau kenduri. 

Untuk mengekalkan material baju ini dengan lebih sempurna, cuci dengan tangan dan elakkan daripada menggunakan mesin basuh. 

1 orang telah menambahkan produk ini ke dalam Wishlist mereka

13. Jubah Lelaki

Harga mulai RM69.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM69.00

Untuk memudahkan anda semasa menunaikan solat Hari Raya, pilihlah jubah ini kerana kainnya sangat lembut dan selesa. Jubah ini akan membuatkan anda tampil trendi. Diperbuat daripada kain Cotton yang berkualiti tinggi, ianya dijamin tidak memanaskan. 

Bukan sahaja boleh dipakai semasa Hari Raya malahan ianya juga sesuai untuk digunakan pada solat Jumaat. 

14. BLEU Natar Branti Batik Shirt in Black

Harga mulai RM95.00

shopping_cart FashionValet RM95.00

Pakaian untuk koleksi Raya 2019 ini daripada Bleu Natar menampilkan gabungan tekstil tradisional dengan rekaan kontemporari yang akan menaikkan lagi seri si pemakai. Sesuai dipakai untuk semua jenis acara dan majlis, tidak kira samada Hari Raya atau kenduri kahwin, batik shirt ini memberi keselesaan berpanjangan buat anda. 

Dengan potongan slim fit dan berlengan panjang, si pemakai yang mempunyai bentuk badan fit serta slender akan tampil lebih handsome dari biasa. Sudah pasti mencuri tumpuan pada Hari Raya nanti. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Tentang Aishamza

An inspired novelist dream to explore the world of creative writing.

Rekomendasi Bacaan

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!