Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Makanan Kucing Murah Terbaik 2024 (Bawah RM50)

Tak perlu berbelanja lebih lagi!

Kalau ada bela kucing tak kira luar atau dalam rumah, pasti ingin beri yang terbaik untuk mereka.

Lebih-lebih lagi kucing yang dibela jenis Ragdoll atau Maine Coon, memang memerlukan penjagaan yang baik supaya bulu mereka kekal cantik.

Salah satu cara penjagaan yang baik adalah beri makanan kucing yang bagus dan sesuai untuk baka mereka.

Tapi masalah sekarang terdapat banyak makanan terbaik untuk kucing yang ada di pasaran.

Jadi kami bantu anda dengan menyenaraikan beberapa jenama makanan kucing untuk gemuk dan bulu cantik. Jom lihat!


Senarai 10 Jenama Makanan Terbaik Untuk Kucing

Makanan kucing terbaik secara keseluruhan
Misha
Semak MISHA Dry Cat Food harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kucing 3 bulan ke atas
add_circle Halal
add_circle Ada minyak Omega 3 dan 6
add_circle Bebas pewarna tiruan & garam tambahan

Sebab menjadi pilihan:

Makanan kucing dari jenama Misha ini mempunyai tahap protein yang baik. 

Ciri-ciri:

Produk MISHA Dry Cat Food merupakan produk tempatan yang membantu mengawal berat badan kucing dengan sempurna. 

Dengan kandungan protein yang tinggi (32%), sangat sesuai untuk semua jenis dan peringkat usia kucing, bermula dari 3 bulan ke atas.

Bukan itu sahaja, produk ini juga membekalkan kandungan vitamin & mineral yang seimbang.

Malah dapat memulihkan bahagian otot badan kucing yang cedera, menguatkan penglihatan, menjaga gigi serta menguatkan tulang mereka. 

Selain itu, mempunyai asid lemak Omega 3 dan 6 untuk memastikan kot bulu kucing anda sihat dan berkilat.

Makanan kucing ini berbentuk kibble yang nipis dan lebih kecil daripada syiling 5 sen.

Terdapat tiga jenis makanan kucing iaitu Ocean Fish, Chicken Tuna dan Seafood.

Review:

“Produk misha mmg terbaik 100% boleh repeat lagi. Anak kucing suka makan. Kucing dewasa pun suka. Buka je tupperware tu terus datang….”

Makanan kucing terbaik untuk bulu
Blackwood
Semak BLACKWOOD Original Formula Chicken and Brown Rice harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk kucing yang 'cerewet'
add_circle Mengandungi daging ayam dan brown rice
add_circle Bebas pewarna dan perasa tiruan
remove_circle Harga sedikit mahal

Blackwood Original Formula ini adalah salah satu jenama yang popular dengan makanan kucing super premium. 

Diperkaya dengan protein ayam semula jadi, yang menjadikannya berbeza daripada produk yang mengandungi perasa ayam.

Selain itu, diperbuat dengan kebaikan beras perang yang mempunyai serat yang baik dan nutrien penting lain. Tinggi dengan Omega 6 dan 3 serta asid lemak yang baik untuk kulit dan bulu yang cantik. 

Makanan ini juga sesuai jika anda sensitif dengan bau kerana ia juga kurang bau dan tidak mengandungi perisa tambahan atau pewarna tiruan.

Semak GREENS Cat Food Super All in 1 Chicken/Seafood (1kg) harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk semua jenis kucing
add_circle Bulu kucing lebih lebat
add_circle Menambah selera kucing
remove_circle Mungkin menyebabkan cirit

Makanan jenama Greens ini sesuai untuk si bulu kerana padat dengan nutrisi seimbang yang diperlukan oleh kucing dengan kuantiti yang mencukupi.

Diperkaya dengan asid Linoleik, Omega 3 dan Omega 6 untuk meningkatkan kecantikan bulu dan kesihatan kulit. 

Tambah pula terdapat kebaikan taurin untuk memelihara kesihatan jantung dan keadaan saraf optik kucing anda. 

Selain itu, mengandungi formula tumbuhan Yucca yang membantu mengurangkan bau air kencing dan najis kucing. 

Walaupun jenama makanan kucing ini kurang dikenali tapi jangan risau, makanan kucing ini mempunyai Pensijilan Keselamatan ISO dan HACCP Antarabangsa.

Semak SMARTHEART Gold Skin and Coat Care harga dibawah:
add_circle Bagus untuk buah pinggang
add_circle Mengurangkan bulu gugur
add_circle Mengilatkan bulu kucing
add_circle Mengandungi Yucca

Makanan ini mengandungi Omega 3, Omega 6 serta kolagen tambahan yang akan membantu bulu mereka kekal sihat dan berkilat. 

Kucing biasanya merapikan diri dengan menjilat bulunya, jadi dengan makanan ini dapat mengurangkan masalah hair ball.

Ini kerana mempunyai campuran gentian khas yang membantu fungsi kawalan bola rambut.

Tambah lagi, makanan kucing ini mampu mengekalkan kesihatan buah pinggang dan meminimumkan bau najis kerana mengandungi Yucca.

Makanan anak kucing/kitten
WHISKAS
Semak WHISKAS Junior Ocean Fish (1.1kg) harga dibawah:
add_circle Mengandungi 41 nutrien penting
add_circle Tiada perasa tiruan atau pengawet
add_circle Bahan-bahan berkualiti tinggi
remove_circle Tidak sesuai untuk kucing dewasa

Makanan anak kucing Whiskas ini direka untuk menyediakan diet berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pemakanan anak kucing dari 2 hingga 12 bulan.

Dengan formula penghadaman yang sihat, makanan anak kucing ini mengandungi campuran serat dan prebiotik serta DHA yang menyokong perkembangan mata & otak anak kucing.

Diperkaya dengan Vitamin E yang membantu menguatkan sistem imun. Ratio optimum antara Omega 6 dan 3 dalam makanan kucing ini dapat menguatkan lapisan kulit serta membuatkan bulu kucing sentiasa bersinar.

Selain itu, mengandungi kalsium, fosforus, dan vitamin D untuk tulang yang sihat dan pertumbuhan badan anak kucing anda.

WHISKAS Junior Ocean Fish membantu anak kucing anda membesar menjadi kucing yang kuat, sihat dan aktif.

Makanan kucing yang bagus untuk kucing kampung
Semak POWERCAT Cat Food harga dibawah:
add_circle Tiada bahan pengawet
add_circle Tiada warna tiruan
add_circle Produk bumiputera

Mencari makanan kucing yang halal boleh menjadi satu tugas yang agak sukar kerana kebanyakan makanan kucing premium diperbuat dari negara luar. 

Tapi jangan risau, makanan kucing ini dikilangkan di Malaysia dan telah disahkan halal. 

Diperbuat daripada 32% protein dan bahan semula jadi, makanan kucing Powercat ini sesuai untuk kucing sihat yang suka aktif di luar rumah.

Produk bumiputera ini juga mengandungi Omega 3, Omega 6 dan memenuhi piawaian tinggi yang ditetapkan oleh AAFCO.

Kitomo Kenko Nutrition Super Premium (4.5kg)
Semak Kitomo Kenko Nutrition Super Premium (4.5kg) harga dibawah:
add_circle Bahan berkualiti tinggi
add_circle Menyihatkan kulit dan bulu
add_circle Menguatkan jantung dan gigi
remove_circle Tidak sesuai untuk kucing luar

Terdapat tiga perisa makanan berbeza iaitu fish & chicken, hair & skin dan ocean tuna. 

Dibuat dengan bahan-bahan berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan seekor kucing.

Tambah pula pembuatan makanan ini mengikuti piawaian bawah garis Analysis Plus Critical Control Point (HACCP) with Godd Manufacturing Pratice (GMP).

Ini menjadikan, makanan ini bagus untuk menguatkan jantung, gigi, tulang dan sistem peredaran darah kucing. 

Dengan makan makanan ini, kucing anda akan kelihatan lebih sihat dan bulu kucing terlihat lebih cantik.

Ingin diingatkan, makanan ini sesuai untuk anak kucing berusia 4 bulan sehingga dewasa.

Makanan kucing terbaik untuk gemuk
Egocat Weight Plus Super Premium Cat Food 1kg
Semak Egocat Weight Plus Super Premium Cat Food 1kg harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk semua jenis kucing
add_circle Diproses dari protein segar
add_circle Mengurangkan bau najis

Makanan kucing jenama Egocat ini antara pilihan terbaik untuk kucing anda kerana diperbuat daripada protein segar.

Semua protein ini dapat membantu menaikkan berat badan kucing dan sesuai untuk usia si bulu 6 bulan ke atas.

Selain itu, mengandungi sunflower oil dan vitamin B yang bertindak sebagai antioksidan dan membantu menjaga kesihatan kucing anda. 

Tidak hanya itu, makanan ini juga diperkaya dengan fish oil yang akan membantu mencantikkan bulu kucing dan kandungan YUCCA membantu mengurangkan bau najis. 

Makanan kucing untuk gemuk dan bulu cantik ini juga dapat membantu menjaga sistem pencernaan kucing untuk semua peringkat umur kucing.

Makanan kucing murah tapi bagus
Button and Bows 1kg
Semak Button and Bows harga dibawah:
add_circle Diperbuat dari bahan berkualiti tinggi
add_circle Membantu sistem pencernaan
add_circle Sesuai untuk semua kucing

Makanan kucing jenama Button and Bows ini diperbuat dari bahan-bahan berkualiti tinggi seperti ikan, daging ayam dan bijrin yang seimbang untuk nutrisi yang lengkap.

Ditambah lagi, dengan kandungan asid lemak Omega 6 dan Omega 3 untuk kulit dan bulu kucing yang sihat. 

Kandungan taurin dalam makanan kucing ini akan membantu penglihatan dan jantung bertambah sihat. Makanan ini juga sangat mudah dihadam.

Najis kucing anda berbau sangat kuat dan tidak menyenangkan buat anda sekeluarga? 

Anda tak perlu risau, ini kerana kandungan serat pulpa bit menjadikan sistem pencernaan kucing semakin sihat dan kerja pembersihan najis kucing juga semakin mudah.

Makanan kucing premium murah
Belif Cat Food Chicken & Turkey
Semak Belif Cat Food Chicken & Turkey harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk diet
add_circle Mengandungi taurin
add_circle Tidak mengandungi bahan pengawet
remove_circle Bau makanan kucing tidak menyenangkan

Belif Cat Food Chicken & Turkey adalah pilihan yang bagus untuk anak kucing dan kucing dewasa.

Dengan kandungan Asid Amino, dapat memberi kulit dan bulu kucing anda lebih sihat dan berkilat.

Malah dengan kandungan taurin, makanan kucing yang bagus ini dapat memberi penglihatan yang lebih baik.

Makanan kucing ini sesuai untuk diet dan dapat membantu dalam proses pencernaan serta mencegah pembentukan batu di dalam buah pinggang kucing anda.


Apakah Makanan Yang Mesti Dielakkan Oleh Kucing?

Jika anda seorang pencinta kucing, pasti anda ingin beri makanan terbaik supaya mereka sentiasa sihat.

Tapi, terdapat beberapa jenis makanan yang sebaiknya dielakkan untuk diberi kepada kucing.

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang tidak boleh diberikan kepada kucing:

  • Susu dan produk tenusu

Susu tidak baik untuk kucing kerana banyak kucing tidak tahan laktosa. 

Ini bermakna jika mereka minum susu dengan kerap, boleh membawa kesan yang serius kepada kesihatan mereka. 

Jadi, kami syorkan anda memberi susu kepada kucing anda hanya dalam jumlah yang sedikit dan sebagai hidangan istimewa.

  • Makanan yang mengandungi bahan pengawet

Ini kerana bahan pengawet boleh menyebabkan masalah pada hati kucing anda, dan boleh menyebabkan kemerosotan kesihatan yang serius. 

  • Bawang dan bawang putih

Kedua-dua bahan ini boleh menyebabkan keracunan makanan pada kucing, dengan simptom seperti gejala lesu, kurang selera makan, dan lemah.

  • Daging mentah, ikan, atau telur mentah

Kucing perlu mencerna protein dengan cara yang berbeza daripada manusia.

Jadi beri mereka makanan yang tidak diproses boleh menyebabkan masalah pencernaan. 

Daging mentah atau ikan mentah juga boleh mengandungi bakteria yang tidak selamat untuk kucing.

  • Tuna

Walaupun tuna mempunyai beberapa nutrien yang baik untuk kucing, bukanlah makanan yang baik untuk mereka jika mereka makan terlalu banyak.

Ini kerana tuna boleh mengandungi paras merkuri yang tinggi. 

Elakkan juga beri mereka makan tuna yang mentah dalam kuantiti yang banyak.

Oleh itu, berhati-hati dengan apa yang anda berikan kepada kucing anda. 

Beberapa perkara yang mungkin dia makan boleh membuatnya sangat sakit. 

Jika anda rasa kucing anda telah makan sesuatu yang tidak sepatutnya, bawa dia ke doktor haiwan dengan segera.


Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Makanan Kucing?

Kucing antara haiwan yang sangat disayangi oleh ramai orang kerana sifat manja dan telatah spontan mereka.

Tidak hairanlah kalau kita nampak ada orang bagi makan dekat kucing jalanan.

Tapi bagaimana kita nak pastikan haiwan kesayangan kita dapat makanan yang berkhasiat?

Pertama sekali, ketahui bahawa kucing mempunyai keperluan berbeza kerana sesetengah makanan direka khusus untuk membantu kucing yang mengalami masalah tertentu.

Misalnya masalah kurang berat badan, bulu gugur atau mengalami masalah pencernaan.

Kedua, pastikan pilih makanan kucing yang diproses dengan baik dan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi. 

Jangan memilih makanan kucing yang mengandungi bahan pengawet yang tidak selamat.

Ketiga, pastikan kucing anda mendapat air yang cukup kerana kucing memerlukan lebih banyak air daripada manusia.

Akhir sekali, selain makanan kering atau dalam tin, anda juga boleh memberikan ikan segar sebagai diet tambahan kepada kucing anda. 

Ini akan menjamin bahawa kucing anda mendapat pelbagai nutrisi yang diperlukan.


Jenis Makanan Kucing & Berapa Banyak Hidangan Diperlukan

Kucing anda memerlukan makanan seimbang untuk kekal sihat. 

Masalahnya terdapat pelbagai jenis makanan yang tersedia, seperti makanan kering, makanan basah dan makanan segar. 

Mana satu yang terbaik? Jom kita lihat penerangan berikut.

Makanan kering adalah pilihan yang paling popular untuk kucing kerana ia tahan lama dan mudah disimpan. 

Bagaimanapun, makanan segar juga baik untuk mereka kerana mempunyai lebih banyak air, nutrien dan berkhasiat.

Ingin diingatkan diet kucing anda bergantung pada berat, umur dan tahap aktivitinya.

Tapi apa yang anda perlu tahu, kucing dewasa memerlukan sekitar 2-3 hidangan sehari.

Manakala kucing yang lebih aktif atau yang lebih gemuk mungkin perlu lebih banyak hidangan.

Selain itu, pastikan anda membaca label pada makanan kucing anda untuk mengetahui berapa banyak yang mereka perlu makan setiap hari.

Sebaiknya berbincang dengan doktor haiwan anda untuk mendapatkan pendapat mereka tentang berapa banyak kucing anda perlu makan. 

Jadi, jangan lupa untuk memberikan kucing anda diet yang sesuai dengan protein yang tinggi dan pastikan mereka mendapat makanan kucing yang bagus.


Apakah Yang Terdapat Dalam Makanan Kucing?

Anda pasti bertanya-tanya apa yang terdapat dalam makanan kucing yang kita beri setiap hari.

Dalam setiap makanan kucing, terdapat protein, lemak, karbohidrat, vitamin, mineral, dan air.

Protein seperti daging, ikan, atau telur merupakan sumber nutrisi utama bagi kucing. 

Protein merupakan bahan asas makanan kucing yang diperlukan untuk membina dan memperbaiki tisu.

Manakala lemak memberikan tenaga tambahan dan serat membantu proses pencernaan.

Selain itu, makanan kucing juga mengandungi karbohidrat seperti jagung, gandum atau jagung, sebagai sumber tenaga tambahan. 

Vitamin dan mineral juga ditambahkan ke dalam makanan kucing untuk pertumbuhan kucing dan memenuhi keperluan nutrisi kucing. 

Pastikan tidak mengandungi bahan yang berbahaya seperti garam yang berlebihan atau pengawet yang tidak selamat. 

Ingatlah, kesihatan kucing anda bergantung kepada apa yang anda berikan kepada mereka untuk dimakan.

Jadi, pilihlah makanan terbaik untuk kucing dan sesuai dengan keperluan mereka.


Artikel Berkaitan

End of Article