Bagi memastikan kucing kesayangan anda mendapat zat yang mencukupi, pemilihan jenis makanan sihat untuk kucing amat penting supaya tubuh dan bulu mereka kekal sihat.
Bagaimanapun, tidak semua jenis makanan kucing sesuai untuk setiap kucing terutamanya apabila kucing kesayangan anda seperti anak kucing kecil perlukan nutrisi yang lebih.
Sama seperti manusia, kucing juga perlukan makanan terbaik untuk kucing dan makanan sihat untuk kucing bagi memastikan mereka dapat membesar dengan baik.
Anda tidak perlu pening lagi, jom lihat senarai makanan kucing yang bagus untuk si bulus manja anda, dan paling penting makanan kucing Malaysia ini sesuai untuk si bulus.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 18 Makanan Kucing Terbaik di Malaysia
Sebab menjadi pilihan utama:
Tidak dinafikan, pasti semua najis kucing berbau tapi dengan makanan kucing jenama Glory Cat ini, masalah ini mungkin dapat dikurangkan.
Ciri-ciri:
Makanan kucing ini diperkaya dengan ekstrak ubi kayu, serat semula jadi dan prebiotik yang dapat membantu mengurangkan bau najis.
Selain itu, makanan kucing jenama Glory ini juga dapat membantu meningkatkan sistem pencernaan kucing.
Ini kerana kandungannya kurang sodium atau garam dan ciri ini dapat melindungi sistem buang air kecil si manja.
Makanan kucing ini juga mempunyai nutrisi tinggi baik untuk semua kucing tidak kira jenis dan baka.
Dengan mengandungi bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak rice bran, poultry meal, ocean fish meal dan minyak ikan tuna, bulu serta kulit si manja menjadi lebih gebu dan lembut.
Review:
“Kucing saya suka makan makanan kucing dari Glory Cat. Bulu kucing pun makin gebu dan lembut. Nak repeat order lagi lepas ini. Highly recommended!”
Produk Power Cat diperbuat daripada bahan bahan semula jadi dan telah diiktiraf halal.
Makanan kucing tempatan ini diperbuat daripada 32% protein dimana sesuai untuk kucing dewasa terutama jenis kucing outdoor.
Kelebihan memilih produk Power Cat adalah dapat menjamin proses tumbesaran si manja serta mengekalkan jisim otot yang baik.
Selain itu, makanan kucing ini dapat membantu mengekalkan sel darah merah yang mana dapat membantu proses pencernaan dan saraf kucing anda.
Walaupun harganya agak murah berbanding jenama lain, kualiti makanan kucing ini diperakui setanding jenama mahal.
Kandungannya dapat membantu mengurangkan bebola bulu dan melancarkan sistem pencernaan kucing.
Kibble makanan Royal Canin ini direka khas dengan bentuk seakan kacang badam untuk memudahkan kucing untuk makan dan hadam.
Selain itu, diperbuat khas untuk kucing baka berkelas seperti Persian dewasa kerana mengandungi 100 peratus nutrisi dan protein seimbang yang baik buat si bulu gebu.
Erti kata lain dapat membantu bulu kucing anda menjadi lebih gebu dan lembut serta melindunginya daripada serangan jangkitan kuman pada kulit atau kutu.
Dalam pada masa yang sama, masalah pengumpulan 'hairball' semasa si manja membersihkan dirinya dapat dikurangkan.
Bagaimanapun,makanan kucing ini hanya boleh diberikan kepada kucing Persian yang sudah mencecah umur 12 bulan.
Makanan kucing berjenama Misha ini lengkap dengan nutrisi seimbang Taurin, Glukosamin serta minyak Omega 3 dan 6.
Semua kandungan ini dapat memberi kulit kucing sihat, bulu yang gebu, penglihatan yang jelas serta sendi yang kuat.
Lebih istimewa, tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan, garam tambahan dan sodium chloride yang boleh menyebabkan bulu kucing gugur.
Produk ini juga mengandungi protein tinggi sebanyak 32% daripada sumber ikan dan daging asli untuk menyokong tumbesaran si manja.
Terdapat pelbagai jenis perisa yang boleh anda pilih mengikut kegemaran kucing kesayangan anda.
Makanan kucing Misha ini akan membuatkan bulunya kekal lebat, bersinar dan mewah tanpa perlu kerap di grooming! Jimat duit!
Untuk pengetahuan, nutrisi dan jenis makanan anak kucing atau kitten dan kucing dewasa berbeza.
Jadi, makanan kucing dari jenama Purina ini telah diuji terlebih dahulu oleh ahli pemakanan.
Kandungan makanan kucing dari Purina ini adalah daging ayam sebenar serta mengandungi jumlah nutrien yang telah ditetapkan.
Makanan kucing ini sangat sesuai untuk anak kucing dari umur 3 minggu ke atas sebagai alternatif kepada susu badan si ibu.
Turut diperkaya dengan asid lemak Omega-6 yang diformulasi oleh pakar pemakanan Purina, menjadikan kulit serta bulu kucing anda lebih lembut dan bersinar.
Produk Purina One Kitten ini mendapat pengiktirafan sebagai jenama makanan kucing terbaik bagi semua jenis kitten.
Bagaimanapun, pastikan anda mengawal pemberian makanan untuk membiasakan diri si kecil dengan makanan 'solid food'.
Jika anda mempunyai baka kucing yang cerewet, cubalah berikan makanan kucing jenama Blackwood.
Ini kerana kandungan protein tinggi disediakan istimewa untuk mengekalkan nutrien dan khasiat makanan.
Diperbuat daripada isi daging ayam dan brown rice untuk memenuhi keperluan pemakanan yang ditetapkan oleh AAFCO.
Blackwood juga merupakan makanan kucing semula jadi yang tidak menggunakan perisa tambahan dan pewarna tiruan yang merosakkan sistem pencernaan si manja.
Terdapat juga vitamin bernutrisi tinggi yang ada dalam makanan ini untuk si manja anda kekal aktif dan bertenaga.
Seperti makanan-makanan kucing yang lain, fungsi makanan ini juga dapat membuatkan kulit dan bulu kucing anda menjadi lebih sihat serta bersinar.
Ingin memastikan si manja anda memiliki bulu yang lebat, gebu dengan mata yang bersinar? Mudah saja!
Berikan saja makanan kucing daripada Greens ini yang kaya dengan kolagen untuk meningkatkan kesihatan kulit, bulu dan mata si manja anda.
Turut diformulasi dengan kawalan pengumpulan bulu (hairball control) dan diperkaya oleh lutein yang menjaga serta melindungi mata si bulu manja anda.
Sesuai untuk semua jenis baka kucing dan dijamin selamat serta tidak mengandungi sebarang bahan pengawet tambahan.
Harganya juga agak murah jika dibandingkan dengan jenama makanan kucing yang lain kerana dengan harga dibawah RM100 anda dah dapat makanan kucing dalam lingkungan 8kg.
Tidak kira samada untuk 'house cat' atau 'stray cat', makanan kucing ini sesuai untuk semua.
Makanan Kering Kucing VitalPlus merupakan makanan lengkap dan seimbang untuk kucing semua baka.
Ini kerana mengandungi daging sebenar dengan nilai nutrisi yang tinggi serta tenaga yang padat dengan protein berkualiti.
Terkandung juga vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kucing untuk kehidupan yang sihat.
Malah, perasa ayam dan salmon mengandungi karbohidrat yang sangat mudah dihadam untuk membantu penghadaman dan membantu mencegah gangguan usus.
Penggunaan minyak salmon segar adalah untuk memenuhi selera makan kucing sekaligus menjadikan kulit kucing lebih sihat dan berkilat.
Di samping itu, diperkaya dengan pelbagai makanan tambahan bagi menyokong kesihatan kucing secara keseluruhan.
Jika kucing anda bunting atau baru bersalin, sangat penting untuk ibu dan anak kucing anda menerima nutrisi makanan yang mencukupi.
Jadi jenama Royal Canin jenis ini merupakan pemakanan yang sesuai kerana dapat memberi kesihatan ibu kucing dan permulaan yang terbaik untuk anak kucing.
Royal Canin Mother & Babycat diformulasikan dengan mempertimbangkan keperluan pemakanan ibu dan anak kucingnya.
Antara kandungan yang terdapat adalah antioksidan kompleks yang tinggi yang dapat membantu serta menyokong pertahanan semula jadi anak kucing.
Turut diperkaya dengan DHA, iaitu asid lemak omega-3 semula jadi bagi membantu perkembangan otak anak kucing anda.
Jangan risau, kibble ini mempunyai tekstur lembut jadi jika anda ingin jadikan kibble seperti bubur, hanya perlu ditambahkan air suam saja.
Dalam masa yang sama, makanan kucing ini juga mudah untuk anak kucing makan.
Makanan kering dari ProDiet mengandungi protein berkualiti dengan pilihan ikan yang terbaik.
Malah mengandungi nutrien bagi menyokong kawalan bebola bulu kucing, mengurangkan bau najis dan membantu mengekalkan kebersihan gigi kucing.
Selain itu, kandungan protein ProDiet Chicken & Tuna Dry Food ini dapat mengekalkan keperluan kucing anda.
Ini kerana lemak yang digunakan dapat menyokong serta membekalkan tenaga dan lemak menjadikan diet lebih enak kepada kucing.
Kelebihan lain adalah dapat membantu mengekalkan kulit dan lapisan bulu yang sihat untuk kucing anda.
Jenama Yummy Mix mengandungi banyak jenis perasa makanan anda boleh pilih dan setiap satunya mempunyai kelebihan sendiri.
Tapi, jika anda mempunyai kucing yang ada masalah penghadaman, anda boleh memberinya Yummy Mix berperisa ayam dan tuna.
Lagipun makanan kering ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kucing seperti boleh mengurangkan kucing anda muntah bebola rambut, meningkatkan tahap imuniti kucing dan meningkatkan kecerdasan dan penglihatannya.
Selain daripada itu, mengandungi Glucosamine dan Taurin untuk penglihatan dan sendi yang baik.
Malah, kandungan Omega-3 dan 6 pula akan menghasilkan kot bulu yang cantik dan imuniti yang tinggi.
Untuk anda yang mencari makanan kucing untuk kurangkan masalah bola rambut atau hairball, SmartHeart Cat Dry Food - Hairball Control ini sesuai untuk anda.
Makanan kucing ini dirumuskan dengan serat yang tinggi untuk membantu menjaga saluran pencernaan kucing tetap lancar dan pengeluaran bola rambut dapat dikeluarkan secara semula jadi.
SmartHeart Cat Dry Food - Hairball Control mengandung nutrisi yang seimbang seperti protein, vitamin, mineral, asam lemak omega dan zat terbaik untuk kucing anda.
Menariknya, makanan ini juga boleh membantu menjaga berat badan yang ideal untuk kucing tau.
Untuk pengetahuan, bola rambut yang terperangkap dalam saluran pencernaan boleh menjadi punca masalah pemakanan dan pencernaan, serta menyebabkan kucing menjadi kurus.
Kandunga asam lemak Omega-3 dan Omega-6 akan membantu meningkatkan kesihatan kulit dan bulu kucing.
Molly Super Premium Cat Food for Indoor Car merupakan makanan kucing premium yang mengandungi protein seimbang dan sukatan lemak yang sesuai untuk kucing rumah.
Makanan kucing ini akan bantu indoor cat kekalkan berat yang badan ideal dengan memberikan nutrisi seperti L-Carnitine yang baik untuk fungsi hati, tulang dan otot.
Turut mengandungi EPA dan DHA Omega 3-6 untuk memastikan bulu kucing anda cantik, kuat dan tidak mudah gugur.
Paling penting, makanan kucing Molly ini hypoallergenic iaitu bagus untuk sistem pencernaan yang sensitif, mencegah pembentukan batu karang dan menyihatkan pundi kencing.
Dengan tahap protein hidrolisis molekul yang rendah, makanan ini dapat mengurangkan tolereransi nutrien dan mencantikkan kulit juga bulu serta sistem pencernaan yang lebih sihat.
Anda nak makanan kucing super premium tapi harga marhaen? Reflex Plus Cat Food perisa Salmon ini boleh jadi pilihan anda.
Makanan kucing ini mengandungi minyak omega 3 dan 6 yang bagus untuk bulu dan kulit serta kuatkan imunisasi si bulus manja anda.
Turut mengandungi protein 32% dan lemak asid 15% menjadikan makanan kucing ini sesuai dimakan oleh kucing dewasa berusia 12 bulan ke atas.
Selain menguatkan sistem pertahanan badan, makanan kucing ini mengandungi Super XOS Prebiotics untuk pastikan sistem pencernaan kucing anda terjaga.
Jangan risau, makanan kucing ini menggunakan 90% kandungan protein haiwan yang akan bantu untuk memudahkan kucing anda naikkan berat badan.
Whiskas Cat Dry Food - Mackerel memahami keperluan nutrisi kucing dan makanan kucing ini mengandungi kandungan nutrisi yang lengkap dan seimbang.
Kalau anda mahu berikan si bulus makanan yang bersaiz kecil, boleh cuba berikan Whiskas Cat Dry Food - Mackerel.
Dirumus dengan kandungan lemak omega 3 & 6 dan zat besi untuk memastikan bulu kucing kesayangan anda kekal sihat dan berkilat.
Menariknya, makanan kucing ini juga dilengkapi dengan Vitamin A dan taurina untuk pastikan penglihatan kucning tajam dan sihat.
Mengandungi protein daripada ikan sebenar, termasuk lemak, vitamin dan mineral, agar kucing anda dapat nutrisi yang seimbang untuk bantu si bulus aktif dan ceria.
Makanan kucing jenama Reflex Plus mengandungi 92% protein daripada bahan haiwan dan Xylo-oligosaccharides (XOS).
Prebiotik semula jadi ini dapat menjaga bahagian pencernaan dan membantu mengurangkan masalah seperti lemak yang tidak diingini dan glikemia pada kucing.
Makanan kucing yang bagus untuk menguatkan sistem imun, meningkatkan penghadaman dan metabolisme nutrien dengan memperbaiki flora usus.
Tiada lagi masalah kembung perut dan penyakit penghadaman yang lain!
Bagi pemilik kucing yang nak cari makanan kucing yang kecil dan boleh bawa ke mana-mana, beli je makanan kucing ni.
Bukan apa, ia membantu menyihatkan kulit dan mengekalkan bulu kucing yang cantik.
Dengan kandungan rendah lemak, kucing anda tidak akan gemuk dan berat badannya tetap ideal.
Kandungan protein pula optimum untuk menyokong perkembangan kucing dan fungsi pundi kencing juga semakin sihat.
Makanan yang sesuai untuk kucing dewasa yang mempunyai perut sensitif dan pengambilan makanan bermasalah.
Produk ini mengandungi serat prebiotik (FOS) untuk pertumbuhan bakteria baik dan sistem pencernaan yang lebih sihat.
Ditambah lagi, Vitamin E, Omega-6 dan nutrien lain juga membantu mengekalkan kesihatan kulit.
Tidak disarankan untuk anak kucing dan kucing hamil atau menyusu.
Apakah Cara Memilih Makanan Kucing Terbaik?
Bila tersilap pilih makanan kucing, kucing boleh merajuk tak nak makan atau mengalami masalah penghadaman.
Jangan risau, berikut tips untuk memilih makanan kucing terbaik untuk si bulus di rumah!
- Kualiti bahan
Baca label pada pembungkusan dan pastikan bahan utamanya dari sumber protein berkualiti seperti daging ayam, daging lembu atau ikan.
- Produk tambahan
Elakkan daripada membeli makanan kucing yang mengandungi gandum, jagung, atau perisa tambahan.
Ini kerana kucing adalah carnivore dan memerlukan protein daripada haiwan lain sebagai sumber nutrisi utama mereka.
- Tekstur makanan
Di pasaran, terdapat dua jenis makanan kucing iaitu makanan kucing basah dan kering.
Pemilik kucing lebih gemar membeli dry cat food kerana lebih tahan lama dan mudah disimpan.
- Jenama yang dipercayai
Pilih brand makanan kucing yang terbaik dalam industri pembuatan makanan kucing.
Antaranya Royal Canin, Reflex, Molly, Misha, Whiskas dan Smartheart.
Nutrien Yang Perlu Ada Dalam Makanan Kucing
Sebagai pemilik kucing, kita mahukan yang terbaik untuk kesihatan si bulus dan setiap nutrien ini membantu kucing kita sihat dan cergas sepanjang masa.
Protein seperti daging dan ikan memberi tenaga yang diperlukan untuk kucing bermain dan kekal aktif.
Ia juga memastikan kucing kita kekal kuat dan otot terbina dengan baik.
Tambah lagi, asid lemak omega daripada ikan membuatkan bulu kucing kita kelihatan cantik dan lebat!
Sumber lemak seperti minyak ikan turut penting untuk penyerapan vitamin seperti A, D, E dan K.
Mineral lain seperti kalsium, fosfor dan taurin pula mengekalkan kesihatan jantung, mata dan tulang.
Bagaimanapun, karbohidrat juga diperlukan untuk memberikan tenaga tambahan dan mengekalkan pencernaan yang sihat.
Paling penting, kucing cepat mengalami dehidrasi. Jadi sentiasa pastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi untuk kucing minum.
Apakah Perbezaan Makanan Kucing Kering Vs Basah?
Jika anda masih keliru, berikut merupakan beberapa perbezaan besar antara makanan kucing basah dan kering.
1. Kandungan Nutrisi
Makanan kering mempunyai lebih banyak kandungan karbohidrat jika dibandingkan dengan makanan basah.
Protein dan lemak dalam makanan basah atau kering juga mungkin berbeza-beza, bergantung kepada jenama makanan yang dipilih.
Sesetengah jenama makanan, makanannya dipenuhi dengan probiotik, yang dapat menyokong kerja sistem pencernaan kucing.
2. Tahap Kelembapan
Perbezaan lain antara makanan kucing basah dan kering adalah jumlah air yang terkandung di dalamnya.
Makanan kucing kering mengandungi hanya kira-kira 10% air yang ditambah dengan bahan kering lain seperti karbohidrat, lemak dan vitamin.
Walaupun makanan basah mengandungi 90% air, kandungan karbohidrat, lemak, dan vitamin, adalah 70% lebih banyak daripada makanan kering.
Untuk mengetahui lebih lanjut, jom saksikan video berikut.