Product in this article

Baju kurung adalah salah satu pakaian kebangsaan buat rakyat Malaysia. Rata-ratanya, pasti akan memakai baju kurung tidak kira samada ke sekolah, kerja, kenduri dan pelbagai lagi acara. Mengikut peredaran zaman, kurung juga telah berubah sejajar dengan trend terkini. Tetapi masih ada juga lagi yang mengekalkan sentuhan klasik. Sesetengahnya gemar untuk menempah khas mengikut citarasa masing-masing yang kadang-kala boleh mencapai sehingga harga ratusan ringgit kerana material dan perinciannya yang teliti serta rumit.

Namun, masih ramai pereka fesyen diluar sana, samada terkenal mahupun tidak, yang mengeluarkan koleksi pakaian sedia ada (ready to wear) yang berada di dalam lingkungan harga rendah akan tetapi, kualiti yang bermutu tinggi setanding dengan hasil tempahan khas. Kain kurung juga datang dalam pelbagai material berbeza seperti Cotton, Crepe, Chiffon, Polyester, Satin, Viscose dan bermacam lagi. Pening kepala mencari baju kurung yang sesuai ikut kemampuan? Ikuti senarai di bawah ini;

Tampak manis dan ringkas dengan berbaju kurung kedah
1. AYUYAHYA Nadia Kurong
Tampak manis dan ringkas dengan berbaju kurung kedah
Buy Now RM109.00

Baju kurung kedah amat sesuai digayakan oleh mereka yang menyukai gaya santai, ringkas dan selesa akan tetapi masih mengekalkan tradisi rekaan dan formaliti rekaan baju tersebut. Baju kurung kedah sangat versetail dan akan tampak sangat manis jika digayakan dengan aksesori ringkas seperti gelang kaki tradisional dan dipadankan dengan kasut tumit tinggi ringkas ataupun kerongsang tradisional untuk member gaya ekstra mengikut tujuan si pemakai samada untuk dipakai seharian di tempat kerja mahupun untuk dipakai di hari raya atau ketika menghadiri majlis kenduri kahwin.

Serlahkan jiwa tradisional anda dengan kurung bermotif batik
2. KHALIDAH Kurung Mini Batik
Serlahkan jiwa tradisional anda dengan kurung bermotif batik
Buy Now RM90.00

Baju mini kurung bermotifkan batik amat popular dan in-trend ini, sesuai digayakan bagi mereka yang gemarkan gaya klasik. Dipadan pula dengan aksesori ringkas, baju kurung batik ini juga amat versatil dipakai kemana sahaja untuk apa jua acara sekalipun. 

Walaupun dengan motifnya penuh dan berona terang, rekaan baju kurung ini sangat ringkas dapat membantu membuatkan motif batik tersebut kelihatan lembut dan sangat menawan. 

Sesuai dipakai oleh ibu mengandung agar sentiasa tampil menawan
3. GENE MARTINO Traditional Kebarung
Sesuai dipakai oleh ibu mengandung agar sentiasa tampil menawan
Buy Now RM149.00

Para ibu mengandung pasti sering buntu kerana berat badan yang naik secara mendadak sehingga tiada baju yang muat dengan perut yang semakin membesar. Baju kurung jenis kebarung ini amat sesuai kerana bahagian pinggang dan pinggulnya yang mengembang seperti payung membuatkan perut yang besar muat dengan baju tersebut dengan selesa. 

Bukan itu sahaja, dengan kebarung yang kembang, pinggang akan kelihatan ramping dan tirus. Rekaannya yang menarik boleh digunapakai samada ke kerja, kenduri atau acara tertentu. 

Kekal berseri pada hari pernikahanmu
4. RUBY Peplum Kurung Modern Lace
Kekal berseri pada hari pernikahanmu
Buy Now RM89.00

Inginkan baju perrnikahan yang murah dan menepati bajet anda? Cubalah baju kurung jenis peplum ini. Iaya masih mengekalkan rekaan yang tampak esklusif dan mewah, baju kurung peplum ini dapat menaikkan seri raja seharimu. Tampak sahaja kelihatan kosong dan polos tetapi apabila ditambah dengan aksesori tiara serta veil ringkas bersama gubahan bunga tangan yang menarik, anda pasti akan menjadi tumpuan di majlis pernikahan nanti!

Sesuai untuk badan yang berisi (curvy) dan buah pear - tampil slim sepanjang masa
5. ROHAYU Peplum Kebaya
Sesuai untuk badan yang berisi (curvy) dan buah pear - tampil slim sepanjang masa
Buy Now RM119.00

Wanita di luar sana yang mempunyai bentuk badan yang curvy dan berbentuk pear, lebih sesuai menggayakan baju kurung berbentuk peplum. Tujuan peplum bukan sahaja untuk menyembunyikan bentuk badan dan pinggul malahan ianya dapat membuatkan anda kelihatan ramping. 

Sesuai untuk anda yang mempunyai bentuk badan berisi dan buah pear, baju rekaan sebegini akan menampilkan bentuk badan anda tampak lebih sempurna. Dengan peplum, kaki anda juga kelihatan tirus dan panjang. 

Baju kurung jenis kasual dan ranggi untuk jiwa muda anda
6. DHIA Baju Kurung English Cotton Moden
Baju kurung jenis kasual dan ranggi untuk jiwa muda anda
Buy Now RM45.00

Baju kurung yang paling tradisional dengan gaya klasik diperbuat daripada material 100% English Cotton membuatkan si pemakai tampil menawan. Sesuai buat remaja kerana kainnya mudah untuk diseterika dan dapat menyerap peluh dengan berkesan. Kain ini juga tidak akan mengecut walaupun dicuci beberapa kali. 

Sangat lembut dan sejuk pada kulit, anda tidak akan berasa kurang selesa semasa memakainya. Buat para remaja, kain kurung cotton ini sesuai untuk anda. Dengan corak dan motif menarik, pasti anda akan tampak ayu. Harganya juga mengikut kemampuan bajet anda! 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Fesyen

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!