Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

13 Jenama Baju Raya Wanita Terkini di Malaysia 2024

Jom sama-sama kelihatan cantik dengan berbaju raya warna-warni di pagi raya.

Lebih kurang beberapa hari lagi kita akan menjalani ibadah puasa, confirm ramai yang sedang mencari baju raya trend terkini dari koleksi baju raya jenama terkenal.

Terutama golongan wanita pasti berkobar-kobar mencari fesyen baju terkini perempuan dan mungkin ada yang sedang meneliti senarai butik baju kurung online untuk dapatkan deisgn baju kurung yang diidamkan.

Maklumlah, semenjak kita dah boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti biasa ramai yang teruja untuk dapatkan style baju raya perempuan untuk OOTD di hari raya pertama.

Memang ada banyak baju raya cantik dari jenis baju kurung berbeza, tinggal pilih warna baju raya yang cantik je dari brand baju kurung Malaysia.

Jadi bagi yang sedang mencari baju trend terkini perempuan dari jenama baju kurung terkenal, apa kata lihat senarai jenama pakaian wanita yang kami sediakan ni.

Mungkin salah satu jenis baju raya perempuan atau baju kurung cantik ini berkenan di hati anda.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 13 Baju Raya Terkini Untuk Wanita

Baju kurung embroidery
Lubna - Embroidered kurung with lace skirt set
Lubna
Lubna - Embroidered kurung with lace skirt set
mulai
RM249.00
Semak Lubna - Embroidered kurung with lace skirt set harga dibawah:
add_circle Floral printed puffed sleeves
add_circle Reka bentuk unik dan moden
add_circle Regular fit
remove_circle 2 pilihan warna sahaja

Baju kurung dari Lubna, Embroidered Kurung dengan set Lace Skirt Set merupakan satu baju kurung yang eksklusif dengan gabungan cetakan bunga, lace halus, dan sulaman yang rumit untuk mencipta satu gaya yang unik.

Bahagian top menampilkan lengan  bercetakan bunga, menambah sentuhan feminin anda. Dengan leher bulat dan kancing depan, bahagian top ini menawarkan potongan regular dan dibiarkan tidak berlapis untuk keselesaan anda.

Melengkapi baju kurung ini adalah skirt lace dengan tulle hem, menawarkan siluet klasik dan juga sentuhan moden. 

Baju kurung perempuan ini memang sesuai untuk dipakai pada hari raya Aidilfitri, ataupun untuk menghadiri majlis perkahwinan.

Baju kurung tradisional moden
Zalia Basics - Embroidery Kurung with Skirt Set
Zalia
Zalia Basics - Embroidery Kurung with Skirt Set
mulai
RM179.00
Semak Zalia Basics - Embroidery Kurung with Skirt Set harga dibawah:
add_circle Tidak terlalu ketat (relaxed fit)
add_circle Selesa dipakai
add_circle Rekaan tradisional dan moden
remove_circle Bukan plus size

Baju kurung Zalia Basics Embroidery dengan set Skirt ini menggabungkan gaya tradisional dengan sentuhan kontemporari, menjadikannya sebuah pakaian yang unik untuk hari raya.

Selain itu, menampilkan butiran sulaman yang indah dengan lengan flare yang menambahkan lagi keunikan baju kurung ini. 

Direka dengan leher bulat dan ceruk, bahagian atas hadir dengan potongan longgar dan tidak berlapis untuk keselesaan.

Reka bentuknya juga mudah dipakai dan lengan panjang memastikan selesa sepanjang hari untuk sesi ziarah-menziarahi.

Baju kurung ini diperbuat daripada campuran poliester, manakala skirt mempunyai potongan regular dan tidak berlapis yang membolehkan aliran udara keluar dan masuk. 

Zip di bahagian belakang dengan pengikat kait dan bar memastikan pemakaian yang kemas dan selamat, membolehkan anda bergerak ke mana sahaja dengan selesa.

Baju kurung sulam
Myravallyn Caroline Kurung Baju Raya 2024
Myravallyn
Myravallyn Caroline Kurung Baju Raya 2024
mulai
RM209.00
Semak Myravallyn Caroline Kurung Baju Raya 2024 harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk yang bersaiz kecil
add_circle Rekaan kebarung moden
remove_circle Stok terhad

Baju kurung dari Myravallyn ini bukan sahaja boleh dipakai semasa hari raya, anda juga boleh memakainya untuk majlis pernikahan anda sekiranya temanya sesuai. 

Boleh pakai untuk nikah dan hari raya, boleh jimat terus!

Rekaan baju kurung ini adalah jenis kebarung moden, dan ianya sesuai dipakai untuk gadis-gadis kecil di luar sana.

Material yang digunakan pula adalah Premium Viscose, jadi kualitinya dijamin walaupun harga agak mahal sedikit.

Baju kurung aesthetic
Wanzar Fedora Kurung 2.0
Wanzar
wanzar Fedora Kurung 2.0
mulai
RM249.00
Semak Wanzar Fedora Kurung 2.0 harga dibawah:
add_circle Rekaan lace pada pergelangan tangan
add_circle Mesra wuduk
add_circle Bahagian sleeve ada zip & puff
remove_circle Tidak banyak pilihan warna

Baju untuk lebaran tahun ini dari Wanzar iaitu Fedora Kurung 2.0 menggabungkan rekaan tradisi dan juga moden yang sesuai dipakai gadis-gadis moden di luar sana.

Dengan butiran lace tangan yang rumit dan ciri-ciri kontemporari, ia menjadikan baju kurung ini sangat kemas untuk dipakai.

Baju kurung ini mempunyai lengan puff yang elegan dan leher bulat, menambah sentuhan keanggunan di pagi Syawal.

Dengan zip pada lengan dan belahan di belakang untuk kemudahan tambahan, pakaian ini direka untuk memenuhi keselesaan anda tanpa mengorbankan gaya.

Selain itu, baju kurung ini diperbuat daripada kain shantung berkualiti tinggi dengan lapisan muka, dan ia juga mesra wuduk bagi memudahkan anda menunaikan solat tanpa masalah.

Baju kurung lace
Hijabistahub Irdina Kurung
Hijabistahub
HIJABISTAHUB IRDINA KURUNG
mulai
RM229.00
Semak Hijabistahub Irdina Kurung harga dibawah:
add_circle Ada hiasan lace 3D
add_circle Mesra wuduk
remove_circle Harga sedikit mahal

Baju kurung Irdina dari Hijabistahub ini menampilkan gabungan unsur tradisional dengan sentuhan kontemporari.

Dihiasi dengan lengan puffed dan sulaman lace 3D pada kain net yang diperkemaskan dengan manik-manik besar, menonjolkan lagi keanggunan semasa pagi Syawal.

Selain itu, ia hadir dengan potongan longgar yang memberikan keselesaan semasa memakainya, menjadikannya pilihan terbaik untuk hari lebaran yang sibuk.

Dipadankan pula dengan skirt pensil yang menampilkan kain berpleat di bahagian belakang, gabungan ini menawarkan silhouette yang menawan dan menampilkan bentuk badan yang cantik.

Paling penting baju kurung Hijabistahub Irdina Kurung ini menampilkan zip di bahagian belakang untuk pemakaian yang mudah, dan ia juga mesra wuduk.

Baju kebaya moden
Jovian Pop Raya | Amalia Modern Long Kebaya in Lilac Pink
Jovian
Amalia Modern Long Kebaya in Lilac Pink
mulai
RM459.00
Semak Jovian Pop Raya | Amalia Modern Long Kebaya in Lilac Pink harga dibawah:
add_circle Rekaan eksklusif
add_circle Bahagian bawah (waistband) boleh direnggang
add_circle Pad bahu boleh dibuka
remove_circle Harga mahal
remove_circle Perlu basuh dengan tangan

Rekaan kebaya yang moden dan cantik dari Jovian ini pasti akan membuatkan anda kelihatan anggun pada hari raya tahun ini.

Dengan menggunakan fabrik Como Crepe, ia memberikan keselesaan sepanjang hari tanpa membuatkan kulit anda rasa kasat.

keanggunan pada diri anda.

Sementara itu, pad bahu boleh dikeluarkan, memudahkan anda untuk membasuh baju ini.

Bahagian lengan pula panjang dengan belahan melengkung serta terdapat hiasan, dan belahan terbuka di bahagian hadapan dengan butang yang menawan.

Direka dalam potongan regular dan dibiarkan tidak berlapis untuk kelegaan dan keselesaan.

Baju kebarung moden
Zoe Arissa Plus Size Baju raya 2024
Zoe Arissa
Zoe Arissa Plus Size Baju raya 2024
mulai
RM73.90
Semak Zoe Arissa Plus Size Baju raya 2024 harga dibawah:
add_circle Reka bentuk moden
add_circle Pilihan corak floral printed yang cantik
add_circle Material premium Korean crepe
add_circle Kain jenis ironless
remove_circle Tidak sesuai untuk wanita bersaiz kecil

Anda semestinya tidak mahu ketinggalan memiliki baju raya dari Zoe Arissa.

Baju kurung ini ditaburi dengan corak floral yang dicetak dengan cantik, ia akan membuat si pemakai kelihatan kelihatan ayu dan segar.

Material kain pula diperbuat daripada Korean crepe dan mempunyai collar kurung yang memberikan efek peplum kepada baju dan jenis kain tidak melekat pada badan. 

Terdapat zip pada bahagian lengan baju ini serta dapat memudahkan urusan si pemakai untuk mengambil wudhu. 

Cara cucian baju kurung ini sebaiknya elakkan menggunakan mesin basuh tapi menggunakan tangan dan elakkan sidai di bawah sinar UV terik supaya kain tidak mengecut.

Paling best, kain baju ini jenis ironless, jadi tak perlu risau kalau tertinggal seterika atau tiada seterika di kampung.

Baju kurung plus size
PLUS SIZE 3LX - 6XLBAJU KURUNG MODEN
baju kurung plus size
mulai
RM30.00
Semak PLUS SIZE 3LX - 6XLBAJU KURUNG MODEN harga dibawah:
add_circle Kain sejuk
add_circle Cutting baju cantik & selesa
add_circle Tidak jarang
remove_circle Ada yang mengadu kain mudah koyak

Diperbuat daripada como crepe yang lembut dan pinggang bergetah. Baju kurung yang membuatkan anda kelihatan elegant.

Terdapat dalam saiz 3XL, 4XL ,5XL, dan 6XL. Mempunyai butang dileher dengan cutting cantik. 

Selain pakai semasa hari raya, anda boleh mengenakan baju kurung ini untuk bekerja, interview atau menghadiri kelas di universiti.

Baju kurung kaftan
Kurung Kaftan Safiyya
kurung kaftan baju kurung hari raya
mulai
RM38.27
Semak Kurung Kaftan Safiyya harga dibawah:
add_circle Kain lembut, ringan, tidak panas
add_circle Menampakkan badan kurus
add_circle Sesuai untuk semua jenis bentuk badan
remove_circle Kain perlu diikat

Siapa sangka kini kaftan atau baju kelawar boleh digayakan dalam majlis.

Mungkin disebabkan speksifikasi bagi baju kurung kaftan ini selesa, sesuai untuk semua saiz badan dan rekaannya mementingkan keselesaan si pemakai. 

Sama seperti suri rumah yang memilih untuk memakai kaftan. Walaupun begitu, anda masih kelihatan cantik manis apabila memakai baju kurung kelawar ini. 

Paling penting, sesuai digayakan dari semua jenis saiz bentuk badan. 

Materials pula, untuk nampakkan kesan flowy yang cantik, anda perlu pilih materials jenis chiffon, silk, dan satin.

Jom bergaya dengan baju kurung kelawar! 

Baju kurung murah
Baju Kurung Moden Plain Aina Fitri Collection
baju kurung moden kosong
mulai
RM49.00
Semak Baju Kurung Moden Plain Aina Fitri Collection harga dibawah:
add_circle Pinggang bergetah
add_circle Mudah digosok
add_circle Ada zip dibaju

Diperbuat dari Italian como crepe dengan 10 pilihan warna yang menarik. Skirt potongan duyung dengan pinggang bergetah.

Selain mudah digosok, baju kurung ini tidak jarang, tidak mudah luntur warna dan tak berbulu selepas dibasuh.

Sejuk dan selesa dipakai dan ada zip tersorok di baju belakang dengan harga di bawah RM50.

Baju kurung songket
Kurung Songket Tenun Asli Pahang
kurung songket 1
mulai
RM105.00
Semak Kurung Songket Tenun Asli Pahang harga dibawah:
add_circle Songket tenun asli
add_circle Rekaan moden
add_circle Sesuai digayakan apa sahaja majlis
remove_circle Sedikit keras

Fabrik songket telah menjadi semakin popular sejak kebelakangan ini. 

Tak salah rasanya jika kita gayakan songket lagi pada tahun ini kerana corak bunga taburnya tidak lekang dek zaman dan sangat manis jika dikenakan pada waktu perayaan. 

Baju kurung songket Pahang berwarna putih benang emas ataupun silver juga telah menjadi trend pada para pengantin untuk digayakan pada hari bahagia mereka. 

Koleksi songket terkini menggunakan fabrik songket tenunan asli dalam pelbagai warna, jadi anda boleh pilih mana yang anda suka.

Baju kurung Pahang
Zoe Arissa Baju Kurung Raya Floral Nayla Kurung
baju raya 2023
mulai
RM209.00
Semak Zoe Arissa Baju Kurung Raya Floral Nayla Kurung harga dibawah:
add_circle Baju dengan potongan moden
add_circle Wudhu' friendly
remove_circle Perlu cuci dry cleaning

Bagi anda yang gemar memakai baju raya bercorak bunga kecil, baju kurung Nayla jenama Zoe Arissa ini patut menjadi pilihan anda.

Bukan sahaja coraknya yang cantik, malah direka seperti baju kurung Pahang tapi dengan potongan moden. Membuatkan anda kelihatan lebih ayu dan manis.

Diperbuat daripada krep Korea berkualiti tinggi dan kainnya sangat lembut serta tidak panas.

Garis leher baju kurung yang bulat, bukaan zip tersembunyi di belakang, tidak jarang dan tidak mudah berbulu. 

Mesra wuduk dengan zip bukaan di lengan, bahu empuk kedua-dua belah dan pinggang boleh renggang penuh.

Baju raya hitam
Baju Kurung Moden Lace Koleksi Terbaru Ala Rina Harun
mulai
RM69.00
Semak Baju Kurung Moden Lace Koleksi Terbaru Ala Rina Harun harga dibawah:
add_circle Terdapat batu di atas lace
add_circle Potongan moden
add_circle Pilihan 10 warna
remove_circle Jahitan border lace tak kemas

Anda ingin memakai baju raya yang unik dan membuatkan anda tampil menonjol atau stylish?

Jangan risau, baju kurung moden dengan lace ini adalah pilihan yang tepat untuk anda!

Lace yang terdapat di bahagian bawah baju kurung dan tangan memberikan sentuhan yang elegan, manakala batu eksklusif yang terdapat di atas lace akan membuatkan anda tampil istimewa.

Material yang digunakan ialah Como Crepe, jadi baju anda lembut, selesa dan tahan lasak. Pelbagai saiz yang disediakan dari XS hingga XXL.

Dengan 11 pilihan warna yang tersedia, anda boleh memilih warna yang paling sesuai dengan citarasa anda. 


Jenis Baju Kurung

Baju kurung adalah pakaian tradisional yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan Muslim di negara kita.

Ia terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu atas (top) dan bawah (bottom). Berikut adalah penjelasan ringkas tentang jenis-jenis baju kurung:

  • Kurung Moden

Baju kurung moden mempunyai potongan yang lebih bersesuaian dengan gaya moden.

Bahagian atas mungkin mempunyai reka bentuk leher yang berbeza, seperti leher bulat, V-neck, atau reka bentuk yang lebih moden, manakala skirtnya mungkin mempunyai potongan yang lebih ramping dan moden.

  • Kurung Tradisional

Kurung tradisional lebih mengekalkan reka bentuk asal baju kurung dengan top yang longgar dan skirt yang labuh.

Bahagian atas biasanya mempunyai reka bentuk leher bulat atau leher V, manakala skirtnya panjang dan longgar.

  • Kurung Pahang

Salah satu jenis kurung tradisional yang popular adalah kurung Pahang.

Ia mempunyai ciri-ciri seperti bahagian atas yang longgar dengan kain yang jatuh di bahagian depan dan belakang, manakala skirtnya panjang dan longgar.

  • Kurung Peplum

Kurung peplum adalah gabungan antara baju kurung tradisional dengan reka bentuk moden peplum.

Untuk top kurung peplum ini ia mempunyai potongan yang mengembang di pinggang, manakala skirtnya mungkin ramping atau labuh, bergantung kepada gaya.

  • Kurung Mini

Kurung mini adalah versi yang lebih pendek dan moden dari baju kurung tradisional.

Bahagian atas dan skirtnya dipotong untuk menampakkan lebih banyak kaki, mencipta penampilan yang lebih santai dan moden.

Anda bebas memilih jenis baju kurung yang sesuai dengan cita rasa anda, dan pastikan anda mendapatkan ukuran yang betul mengikut saiz dan bentuk badan anda agar baju kelihatan kemas dipakai.


Artikel Berkaitan

End of Article