Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

7 Produk Pewangi Kereta, Cara Terapi Minda Terbaik Untuk Anda

Ruang yang wangi, mulakan hari dengan penuh semangat

Product in this article

Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, on aircond, wangian yang menusuk pasti dapat memberikan energy boost dan pembakar semangat semasa dalam perjalanan menuju ke destinasi. Ataupun semasa kusut dengan masalah, wangian pasti dapat bertindak sebagai terapi minda.

Adakah pewangi kereta bahaya untuk kesihatan?

Ada pewangi kereta yang selamat dan ada juga yang membahayakan kesihatan. Kalau ada kandungan bahan kimia, wangian tersebut bukan sahaja membahayakan anda malah anak kecil. 

Jangan lupa untuk periksa bahan kandungannya terlebih dahulu. Ingin tahu pewangi kereta yang sesuai untuk anda? Jom ikuti list berikut:

CARALL Regalia Enrich 1386 Velvet Musk Car Air Freshener (65ml)

RM 17.5
Pewangi kereta tahan lama dari Jepun
Carall Regalia
1. CARALL Regalia Enrich 1386 Velvet Musk Car Air Freshener (65ml)
Pewangi kereta tahan lama dari Jepun
Updated on 12th August 2020

Made in Japan. Jika anda jenis yang suka kereta anda berbau wangi 24 jam dan tahan lama, pewangi ini jawapan terbaik kerana teksturnya berbentuk gel dan bukan cecair. 

Baunya yang sangat lembut dan mendamaikan dapat membuatkan anda terasa tenang semasa dalam perjalanan untuk ke tempat kerja atau melakukan aktiviti harian. Harga dan kualiti yang sangat berbaloi. Tidak rugi untuk mencubanya! 

VANZO Car Perfume Air Freshener (Platinum Mask)

RM 25
Pewangi kereta selamat untuk kesihatan bayi dan anda
2. VANZO Car Perfume Air Freshener (Platinum Mask)
Pewangi kereta selamat untuk kesihatan bayi dan anda
Updated on 12th August 2020

Diimport 100% dari Jepun, wangian ini antara Top 5 Perfume yang menjadi pilihan pengguna Jepun. Syarikat pengeluar wangian kereta ini di Malaysia adalah satu-satunya yang menerima produk pengiktirafan dan kelulusan MSDS. 

Produk berbentuk gel ini tidak akan cair jika anda meletakkan kereta di tengah panas dan bertindak sebagai agen penghapus segala bauan. Bahan yang digunakan adalah semulajadi, bebas paraben dan alkohol, dijamin tidak akan membahayakan kesihatan.

DEXANDRA Air Freshener

RM 7
Air Freshener yang terbaik untuk kereta
3. DEXANDRA Air Freshener
Pewangi kereta yang murah dan terbaik di pasaran
Updated on 12th August 2020

Teksturnya yang berbentuk cecair didatangkan dalam pelbagai jenis bauan dari ekstrak bunga, buah-buahan dan kopi. Baunya dapat meningkat dan merangsang sistem otak untuk berfungsi dengan lancar. Harganya juga termurah di pasaran berbanding jenama lain. 

FLEUR Car Freshener

RM 7
Pewangi kereta bebas methanol yang membahayakan
4. FLEUR Car Freshener
Pewangi kereta bebas methanol yang tidak membahayakan
Updated on 12th August 2020

Produk keluaran anak tempatan yang menjadi pilihan pengguna kerana bebas methanol. 100% ekstrak intipati nya pula diimport khas dari Perancis dan tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan kesihatan pengguna. 

Pewangi kereta ini mampu bertahan sehingga 45 hari dan bukan hanya untuk kereta malah untuk ruangan peribadi yang lain seperti bilik tidur.

GLADE Sensation Car Air Freshener – Morning Freshness

RM 10.55
Glade
5. GLADE Sensation Car Air Freshener – Morning Freshness
Pewangi kereta diekstrak dari intipati bunga
Updated on 12th August 2020

Diekstrak dari bunga lily, mawar dan jasmine, produk ini sesuai untuk anda yang gemarkan bau dari bunga mekar. 

Pewangi ini mampu bertahan sehingga 30 hari jika anda menutup klipnya semasa tidak menggunakan kereta. Ianya juga boleh menghilangkan bau masam dan lembap serta mengembalikan kesegaran ruang kereta anda. Mulakan pagi anda dengan ceria.

AMBI PUR Car Mini Clip Air Freshener – Light Citrus (2ml)

RM 11.23
AMBI PUR
6. AMBI PUR Car Mini Clip Air Freshener – Light Citrus (2ml)
Kembalikan haruman seperti kereta baru
Updated on 12th August 2020

Jika anda menghadapi masalah kekangan masa untuk membersihkan kereta, gunakan sahaja pewangi dari Ambi Pur ini untuk menyelesaikan masalah. 

Light Citrus diekstrak dari buah lemon dapat memberikan kesegaran untuk ruangan dalam kereta dan menyah bau yang melekat pada kerusi dan bumbung. Kereta anda akan bau seperti baru keluar dari kedai! 

KOPI BALI Car Fragrance

RM 19
Pewangi kereta dari biji kopi – anti oksidan
7. KOPI BALI Car Fragrance
Pewangi kereta dari biji kopi – anti oksidan, organik dan natural
Updated on 12th August 2020

Memandangkan sekarang pewangi kereta Starbucks tengah viral, kami nak perkenalkan satu pewangi kereta dengan aroma kopi yang memang kaw. 100% diimport dari Bali, Indonesia, ia dapat bertahan selama 30 hari dan bertindak sebagai humidifier semulajadi untuk meneutralkan segala bau hapak. 

Sesuai untuk mereka yang ingin mengekalkan kesegaran bau kereta secara semulajadi atau tanpa menggunakan pewangi kereta chemical.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article