Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Praktis Skill Anda Dengan 7 Periuk Masak Pembantu Setia Dapur

Tunjukkan bakat terpendam anda!

Terdapat pelbagai jenis periuk memasak dengan harga dan kualiti mengikut kehendak serta citarasa penggunanya. Mengikut kesesuaian masing-masing, ada periuk masak yang mampu menghasilkan masakan untuk kesihatan dengan penggunaan minyak yang minima dan mudah dicuci setelah digunakan.

Bulan Ramadhan menjelang tiba tidak lama lagi, tinggal hanya beberapa minggu sahaja berbaki mungkin sekarang masa yang sesuai untuk membeli periuk memasak, menggantikan periuk yang lama. Jika anda buntu memilih untuk membeli periuk idaman anda, mungkin senarai berikut dapat memberi sedikit sebanyak panduan kepada anda...

Periuk tekanan mudah dikendali, boleh digunakan untuk memasak bubur bayi
PHILIPS HD2136 Pressure Cooker (5.0L)
From
RM299.00
Check PHILIPS HD2136 Pressure Cooker (5.0L) price below:

Dilengkapi dengan teknologi terkini, Philips Pressure Cooker ini mampu menggoreng, melayur, membakar, dan mereneh serta mendidihkan makanan. Mudah untuk dikendali, periuk ini mempunyai program menu sedia ada untuk melancarkan masakan anda. Kapasiti periuk yang besar mampu menyediakan kuantiti masakan yang mencukupi dan sekaligus menjimatkan masa serta tenaga.

Bagi ibu-ibu sentiasa ingin terbaik untuk bayi mereka, periuk tekanan ini boleh membantu dalam penyediaan bubur bayi yang segar dan menyelerakan.

Periuk stainless steel serba guna untuk mengukus dan stimboat
MORGAN Multi Cooker with Steamer MMC-3400A (4.0L)
From
RM158.00
Check MORGAN Multi Cooker with Steamer MMC-3400A (4.0L) price below:

Jika anda sedang mencari periuk 2-dalam-1 yang digunakan juga sebagai pengukus bersesuaian untuk memasak stimboat, anda tidak perlu membeli dua periuk berlainan kerana Morgan Multi Cooker with Steamer ini boleh melakukannya dengan berkesan. Ia boleh mengawal suhu periuk dan dilengkapi dengan fungsi auto cut-off yang menjadikan ianya selamat digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi, periuk masak ini mudah digunakan dan makanan yang disediakan selamat dan sihat. 

Periuk tanah diperbuat dari seramik – tahan panas untuk memasak sup
LE CREUSET Petite round stoneware casserole dish 250ml
From
RM188.00
Check LE CREUSET Petite round stoneware casserole dish 250ml price below:

Periuk seramik ini sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang sentiasa mementingkan kesihatan kerana ciri-ciri seramik itu sendiri. Walaupun ia mungkin mengambil masa yang lebih lama berbanding periuk biasa, periuk seramik lebih kuat, tahan lama dan tidak mudah rosak. 

Periuk masak non-stick (tidak melekat), sesuai untuk dapur induction
TEFAL Induction Non-Stick Super Cook
From
RM169.90
Check TEFAL Induction Non-Stick Super Cook price below:

Tidak semua periuk masak boleh digunakan di atas dapur induction. Periuk masak Tefal Pure Chef ini adalah salah satu periuk ‘non-stick’ yang boleh digunakan di atas dapur induction dan juga dapur gas. Dilapisi dengan lapisan Titanium, periuk ini boleh sesuai untuk suhu yang tinggi.

Ia juga direka bentuk dengan lapisan periuk non-stick yang memudahkan periuk dikendali semasa dan selepas digunakan serta mempunyai pemegang ergonomik, selesa dan tidak licin.

Periuk memasak untuk dapur elektrik – sesuai memasak semua jenis makanan
ML-890 Electric Frying Pan
From
RM79.95
Check ML-890 Electric Frying Pan price below:

Mengidam untuk menikmati daging Teppanyaki kegemaran pada lewat malam mungkin salah satu sebab anda perlu memiliki periuk ML-890 Electric Frying Pan ini. Menggunakan kuasa elektrik sehingga 1300W, periuk ini boleh digunakan untuk menggoreng, menyalai daging, memasak dan sebagaianya. 

Mudah untuk dicuci setelah digunakan, periuk ini sangat efisien dan berkuasa serta suhunya dikawal sama rata di setiap permukaan. Ia juga dilengkapi dengan pemegang periuk yang tebal dan tahan panas.

Set periuk masak, terbaik diguna semasa travelling dan camping
DS-300 Outdoor Portable Pot
From
RM60.00
Check DS-300 Outdoor Portable Pot price below:

DS-300 Outdoor Portable Pot ini adalah set masakan yang terdiri daripada tiga saiz periuk masak berbeza untuk mereka yang gemar memasak sendiri semasa melancong, percutian perkhemahan dan berpiknik di luar. Diperbuat dari bahan yang ringan tapi padat, saiznya yang kecil serta portable tidaklah membebankan sepanjang perjalanan anda.

Set periuk masak ini boleh dilipat dan disimpan di dalam beg serta mudah dikendali. 

Periuk aluminium besar untuk menggoreng ayam dan sesuai jamuan di rumah
DESSINI Large Pot
From
RM180.00
Check DESSINI Large Pot price below:

Dessini Large Pot adalah periuk masak yang direka oleh pengilang Itali dan diperbuat dari China. Material periuk ini daripada aluminium die-cast membuatkan ianya mudah dicuci selepas penggunaannya.

Berkualiti tinggi serta tahan lasak, periuk ini bersaiz besar dengan berdiameter 40cm dan boleh memuatkan 5 atau 6 ekor ayam untuk memudahkan anda menyediakan rendang di pagi raya nanti. Periuk ini boleh digunakan atas semua jenis dapur, tidak kira gas atau elektrik.

Artikel Berkaitan

End of Article