Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Dapatkan Rangkaian Internet Di Mana Sahaja Dengan 10 Portable Wi-Fi Ini

Tiada lagi masalah hendak Google Search

Product in this article

W-iFi pada telefon pintar adalah salah satu alternatif untuk melayari internet selain daripada menggunakan data pelan telco anda. Kadang-kadang pelan telco tidak mempunyai isyarat yang kuat justeru kita lebih selesa menggunakan perkhidmatan Wi-Fi lebih laju. Namun, tidak semua tempat yang kita pergi menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma.

Apakah kebaikan menggunakan Wi-Fi portable?

Kini dengan adanya portable Wi-Fi, anda boleh membawa kemana sahaja kotak internet ini dan sambungan internet pada smartphone atau peranti yang lain dijamin sentiasa ada. Portable Wi-Fi adalah sebuah alat seakan modem internet dirumah tetapi bersaiz kompak yang memberi perkhidmatan WiFi on-the-go. 

Anda boleh membawa peranti kemana sahaja dengan menggunakan Wi-Fi portable ini. Ayuh, kita lihat jenis-jenis portable Wi-Fi yang terdapat di pasaran melalui maklumat dibawah;

10 Portable Wi-Fi Terbaik Untuk Kegunaan Anda

1. Portable 4G Router LTE Wireless Car Mobile WiFi Hotspot
Portable murah dan berkualiti tinggi
Updated on 30th October 2020
add_circle Mesra travelling
add_circle Harga mampu milik
add_circle Sesuai untuk 10 peranti dalam satu masa
remove_circle Tidak boleh 'save' data aplikasi
remove_circle Tidak sesuai untuk international telco

Jika anda selalu ‘on-the-move’, pasti kegunaan portable Wi-Fi adalah satu kemestian. Ianya merupakan peranti yang sesuai untuk anda menggunakan internet semasa di dalam kereta, tidak kira masa dimana jua anda berada. Dilengkapi dengan 5 mod dan berfrekuensi 16-band, anda boleh menggunakan semua peranti yang mempunyai rangkaian samada 2G, 3G atau 4G. 

Portable Wi-Fi ini juga mampu menampung sehingga 10 peranti elektronik dalam satu masa yang sama tanpa membuatkan aplikasi anda gunakan menjadi lagging / buffering. Salah satu kebaikan portable Wi-Fi adalah ketahanan baterinya. Dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2,400mAh lithium-ion, ianya mampu bertahan sehingga 5 – 6 jam sepanjang penggunaan tanpa perlu mengecas atau menukar bateri. 

Untuk sesetengah aplikasi yang memerlukan anda menggunakan VPN, portable Wi-Fi ini juga menyokong kuat sistemnya dan melancarkan lagi penggunaan laman tersebut. Diperbuat dengan material yang ringan membolehkan anda membawa portable Wi-Fi ini kemana sahaja tanpa rasa terbeban.  

Rekaan yang senipis 15mm dan paparan LED, memudahkannya untuk melihat status kestabilan portable Wi-Fi anda ini. Harga juga berpatutan, semua orang mampu memiliki portable Wi-Fi ini tanpa perlu mengikat kontrak dengan mana-mana telco.

Router terbaik digunakan untuk hotspot
Prolink
2. PROLiNK Portable LTE WiFi Hotspot
Portable Wi-Fi terbaik untuk hotspot
Updated on 30th October 2020
add_circle Bateri tahan lama sehingga 10 jam
add_circle Boleh digunakan 11 peranti dalam satu masa
add_circle Mampu menyokong telco dari 185 negara
remove_circle Hanya menyokong 4G
remove_circle Kestabilan internet bergantung kepada telco

Portable Wi-Fi dari Prolink PRT7011L Hotspot ini menawarkan pemindahan data berkelajuan tinggi sehingga 150Mbps.  Ianya boleh menampung sehingga 11 peranti atau pengguna dalam satu masa yang sama tanpa membuatkan aplikasi anda lagging atau buffering. Peranti ini juga dilengkapi dengan built-in pengecasan bateri yang membolehkan anda menggunakannya sehingga 6 - 10 jam dengan hanya sekali pengecasan sahaja. 

Terdapat paparan LED pada skrin hadapan portable Wi-Fi ini memudahkan anda untuk mengawasi status kestabilan internet, tahap 4G dan juga aras baterinya. Sesuai untuk anda yang selalu travelling atau bekerja di luar kawasan, portable Wi-Fi ini boleh dibawa ke mana sahaja kerana bersaiz kompak. 

Portable Wi-Fi ini bukan sahaja boleh menggunakan telco lokal tetapi juga produk telco antarabangsa juga mampu disokong olehnya. Antara telco lokal yang boleh digunapakai melalui portable Wi-Fi ini adalah TM Unifi mobil, unifi bebas, Maxis, Celcom, Digi, XOX, Yoodoo dan U-Mobile. 

Harga dibawah kemampuan bajet menyebabkan portable Wi-Fi ini antara yang terbaik dengan jenama saingannya. Ianya juga merupakan antara jenama pilihan pengguna masa kini.

Huawei
3. Huawei Portable Modem WiFi
Portable Wi-Fi terbaik untuk gaming dan Netflix
Updated on 30th October 2020
add_circle Bersaiz kompak and travelling friendly
add_circle Sesuai untuk WFH
add_circle Tahan sehingga 3 - 6 jam
remove_circle Tidak sesuai untuk telco YES 4G
remove_circle Tidak menampung 5G

Selalunya portable Wi-Fi didatangi dalam saiz yang kompak dan mudah untuk dibawa kemana sahaja. Modem portable yang slim ini boleh digunakan untuk kebanyakan sim telco 4G di Malaysia. Jika anda gemar menonton drama atau siri Netflix melalui TV, pasti kegunaan internet adalah satu kemestian.

Gunakan portable Wi-Fi dari jenama Huawei ini. Hanya dengan menekan 1 butang anda untuk menyambung pada internet. Semasa musim PKPB ini sudah tentu anda banyak duduk di rumah atau melakukan kerja dari rumah (Work From Home), portable Wi-Fi ini merupakan pilihan utama pengguna masa kini kerana internetnya berkelajuan tinggi. 

Selain TV, portable Wi-Fi ini juga boleh digunakan dengan 10 lagi peranti elektronik. Dilengkapi dengan kelajuan internet 4G, ianya tidak akan membuatkan penggunaan aplikasi anda lagging atau buffering. Ketahanan bateri portable Wi-Fi ini boleh mencapai sehingga 3 -6 jam dengan hanya sekali pengecasan dan berkapasiti 1,500mAh.  

Sesuai untuk semua jenis telco lokal seperti Maxis, Celcom, U-Mobile, Yoodoo, Tunetalk dan Unifi, anda tidak perlu menggunakan modem yang berbeza untuk melayari internet dengan mudah.

D-Link
4. D-Link DWR-932 D3 4G LTE Portable MiFi Wireless Modem
Portable Wi-Fi terbaik untuk simkad
Updated on 30th October 2020
add_circle Mudah dan ringkas, 'plug-and-play'
add_circle Akses internet berkelajuan tinggi
add_circle Jaminan keselamatan WPA
remove_circle Bateri hanya tahan sehingga 5 jam sahaja
remove_circle Tidak boleh guna banyak peranti dalam satu masa

Ini adalah salah satu produk keluaran dari Taipei, China yang mendapat tempat di pasaran Malaysia. Ianya menyokong signal 4G daripada hampir kesemua telco di Malaysia. Dilengkapi dengan internet berkelajuan tinggi dimana ianya membantu mengurangkan lagging ketika anda melayari internet dimana sahaja. 

Ketahanan baterinya 2,000mAh Li-ion yang membolehkan anda menggunakannya lebih daripada 5 jam dengan hanya sekali pengecasan. Ciri tambahan bagi peranti ini adalah ianya mempunyai built-in firewall agar sambungan internet anda tidak mudah terkena serangan virus dan memastikan bahawa internet ini hanya dikongsi dengan orang yang anda benarkan untuk mengaksesnya. 

Portable Wi-Fi ini memudahkan akses 4G / LTE yang membolehkan anda melayari internet atau memuat turun aplikasi dengan lancar. Ianya juga memberi jaminan keselamatan WPA yang tidak mudah berlakunya pencerobohan data terhadap komputer atau laptop anda (hacking). 

Dengan pemasangan yang mudah dan ringkas, anda hanya perlu ‘plug-and-play’ sahaja portable Wi-Fi ini kepada komputer atau laptop dan boleh digunakan pada bila-bila masa, tidak kira dimana jua anda berada. Inginkan sesuatu kelainan? Cubalah portable Wi-Fi dari D-Link ini!

5. Tianjie CPE 4G LTE Portable WiFi Router Broadband
Portable Wi-Fi terbaik untuk semua jenis telco
Updated on 30th October 2020
add_circle Sesuai untuk semua jenis telco
add_circle Penggunaan browser atau muat turun aplikasi tidak lagging
add_circle Wireless modem
remove_circle Kapasiti internet tidak berkelajuan tinggi
remove_circle Tidak sesuai dibawa semasa travelling

Untuk anda yang menggunakan pelbagai telco untuk setiap peranti yang berbeza, portable Wi-Fi ini direkomendasi buat penggunaannya. Ini kerana ianya mampu menampung semua jenis telco tanpa membuatkan sistem lagging semasa anda melakukan kerja atau memuat turun aplikasi. 

Dilengkapi dengan frekuensi 2.4G, kapasiti internetnya berkelajuan agak bersesuaian untuk anda yang menggunakan untuk melakukan tugasan kerja. Portable Wi-Fi ini menyokong telco seperti Digi, Celcom, Maxis, U-Mobile dan Webe. Ianya mudah dipasang, tidak perlu menggunakan manual. 

Ianya juga boleh digunakan sehingga 2 – 3 peranti atau pengguna dalam satu masa yang sama. Semasa muat turun aplikasi atau penggunaan browser yang banyak juga tidak akan menyebabkan laptop anda cepat lagging. Walaupun rekaan portable Wi-Fi ini lebih kurang seperti modem yang dipasang di rumah, ianya tetapi mudah untuk dibawa kemana sahaja. 

Tetapi portable Wi-Fi ini lebih sesuai untuk peranti yang lebih besar seperti desktop. Ini kerana ianya boleh disambungkan terus kepada peranti tersebut tanpa menggunakan kabel. Harga portable Wi-Fi ini juga mampu untuk dimiliki kerana tidak melebihi RM 200 dan ianya menjadi antara jenama pilihan pengguna masa kini.

TP-Link
6. TP-Link M7450 300Mbps LTE-Advanced Mobile Wi-Fi
Portable wifi terbaik sebagai 4G wifi router untuk dikongsi beramai-ramai
Updated on 30th October 2020
add_circle Penggunaan maksimum dengan 32 peranti/pengguna
add_circle Tidak mudah lagging
add_circle Bateri tahan lama sehingga 15 jam
remove_circle Bergantung pada kestabilan internet
remove_circle Kelajuan sambungan internet agak 'slow'

Seperti kebanyakan portable Wi-Fi yang diterbang khas dari China, TP-Link merupakan antara salah satu jenama pilihan pengguna masa kini dan mulai diperkenal di pasaran Malaysia. Mungkin tidak sehebat atau terkenal seperti Huawei, namun TP-Link mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Terbaik untuk kegunaan di rumah dengan penggunaan maksimum, TP-Link adalah jenama yang tidak asing lagi dalam dunia modem dan WiFi. 

Ianya boleh memberi kelajuan internet sehingga 309Mbps dengan sambungan sehingga 32 peranti dalam satu masa yang sama. Tidak kira sama ada anda menggunakan iPad, tablet, smartphone, laptop mahupun TV, modem ini boleh menampungnya tanpa menyebabkan lagging. Bateri modem ini mampu bertahan sehingga 15 jam dan anda juga boleh berkongsi maklumat media secara wireless dengan hanya sekali pengecasan sahaja. 

Dengan rekaan bersaiz kompak, anda boleh masukkan sahaja ke dalam poket tanpa rasa terbeban kerana ianya juga ringan. Portable Wi-Fi ini juga boleh menggunakan simkad lokal dan international tanpa had. Cara pemasangannya juga mudah. Anda hanya perlu masukkan sahaja simkad dan sedia untuk digunapakai.

7. Mifi portable data hotspot
Layari internet dari PC dengan WiFi portable berkuasa tinggi ini
Updated on 30th October 2020
add_circle Gunakan data tanpa had
add_circle Menyokong 3G & 4G LTE
add_circle Boleh digunakan sehingga 10 peranti dalam satu masa
remove_circle Bateri tidak tahan lama
remove_circle Kelajuan internet bergantung kepada kestabilan

Portable Wi-Fi yang sudah diubahsuai ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Anda boleh menggunakan data tanpa had sehingga tahap maksimum dan tidak perlu risau akan kehabisan data dengan cepat. Sesuai untuk semua jenis simkad samada lokal atau antarabangsa, ianya juga boleh menampung pelbagai jenama telco dengan baik. 

Peranti ini juga menyokong rangkaian 3G dan 4G LTE serta tidak akan menyebabkan lagging sepanjang penggunaan. Kelajuan internetnya juga menyokong sehingga 150Mbps dan jika anda bekerja dalam jarak 15 meter dari portable Wi-Fi ini. Ianya mampu menampung sehingga 10 peranti atau pengguna dalam satu masa, dijamin akan membuatkan tugasan anda berjalan dengan lebih lancar. 

Bukan itu sahaja, portable Wi-Fi ini juga mampu menyokong sehingga 2 LAN kabel sambungan internet dan mudah dikendali. Hanya perlu sambung dan sedia digunakan. Tidak perlu menggunakan manual. Sesuai untuk semua jenis telco seperti Maxis, Celcom, U-Mobile, Digi, YES dan Unifi. 

Ketahanan bateri pada portable Wi-Fi ini adalah sehingga 4 – 6 jam dengan hanya sekali pengecasan dan berkapasiti 1,500mAh. Tetapi ianya juga bergantung kepada kestabilan internet LTE dan kelajuannya.

Tenda
8. Tenda 4G180
Portable wifi terbaik untuk travel di luar negeri
Updated on 30th October 2020
add_circle Sesuai untuk simkad lokal / international
add_circle Bateri tahan sehingga 8 - 10 jam
add_circle Rekaan saiz kompak
remove_circle Bergantung kepada data hotspot

WiFi portable ini adalah di antara jenama yang top di pasaran kerana kepenggunaannya setanding dengan jenama portable Wi-Fi lain. Ianya boleh digunakan dengan 99% jenis simkad dalam negara mahupun di luar negara. Anda tidak perlu risau akan simkad yang tidak compatible. Anda boleh menyambungkan internet kepada 10 peranti tanpa masalah.  

Menyokong transmisi 4G LTE Advanced, kelajuan memuat turun boleh mencapai sehingga 150Mbps. Selain itu, modem ini boleh menerima kad memori Micro SD sehingga 32GB memori. Rekaan yang bersaiz kompak dan tidak memerlukan ruangan luas untuk meletakkannya, anda juga boleh memasukkan portable Wi-Fi ini ke dalam poket. 

Salah satu yang menjadi kerisauan pengguna adalah ketahanan bateri sesebuah portable Wi-Fi. Bila terlalu banyak penggunaannya, pasti bateri akan cepat habis. Nah, usah risau lagi! Portable Wi-Fi ini mampu menampung sehingga 8 - 10 jam dengan hanya sekali pengecasan sahaja. Ianya berkapasiti 2,100mAh dan mudah dikendali. 

Hanya perlu masukkan simkad dan gunakannya pada bila-bila masa, dimana jua anda berada. Harganya juga mampu milik dan berpatutan dengan anda yang mementingkan bajet.

Huawei
9. Huawei E8372-608 WiFi Portable 4G LTE Modem Router
Portable wifi terbaik dengan bateri tahan lama
Updated on 30th October 2020
add_circle Saiz kompak dan portable
add_circle Sesuai untuk semua jenis telco
add_circle Boleh menampung sehingga 10 peranti / pengguna
remove_circle Tiada slot memori
remove_circle Tiada butang on/off untuk WiFi

Portable Wi-Fi ini terbaik jika disambungkan kepada PC (Desktop) atau laptop tanpa menggunakan kabel. Menyokong transmisi untuk semua jenis sistem operasi seperti Windows dan Mac tanpa menyebabkan lagging atau buffering semasa anda menggunakannya. Tidak perlu setup. Portable Wi-Fi ini mudah dikendalikan. Hanya perlu pasang dan guna sahaja.

Ianya mampu menampung sehingga 10 peranti atau pengguna dalam satu masa yang sama dan sambungan internet anda berjalan lebih lancar. Anda juga boleh menyambung portable Wi-Fi ini pada USB port kereta terutamanya bagi anda yang gemar melakukan travelling atau semasa outstation. 

Dilengkapi dengan paparan LED pada permukaan portable Wi-Fi membolehkan anda melihat tahap bateri atau status kestabilan internet. Terdapat juga firewall pada portable Wi-Fi ini, data anda dijamin selamat daripada berlakunya pencerobohan. Harga portable Wi-Fi ini mungkin sedikit ‘pricey’ daripada portable Wi-Fi konvensional yang lain tetapi ianya terjamin penggunaan memuaskan hati. 

Bersaiz kompak dan mesra poket, anda boleh bawa portable Wi-Fi ini kemana sahaja samada semasa lepak di kafe, perpustakaan atau bersantai bersama sahabat-handai. Masa untuk berkongsi internet secara beramai-ramai.

10. Travel Recommends
Portable wifi untuk disewa
Updated on 30th October 2020
add_circle Lebih menguntungkan
add_circle Senang untuk dibawa kemana sahaja
add_circle Harga sewaan lebih murah
remove_circle Kestabilan internet
remove_circle Tiada slot memori

Harga mulai dari RM 10.00 (per day)

Jika anda merupakan seorang traveller yang tegar, poket Wi-Fi merupakan satu kepentingan yang perlu ada. Pentingkah untuk mendapatkan poket Wi-Fi ini? Ya, penting untuk anda yang sering memerlukan internet tidak kira di mana jua anda berada. Poket Wi-Fi sebenarnya jauh lebih menguntungkan kerana hanya perlu membayar sewaan dan anda boleh menggunakan internet tanpa had sepanjang hari. 

Negara-negara berteknologi maju seperti Korea dan Jepun lebih amalkan penggunaan public Wi-Fi, tetapi ianya tidak semuanya mudah. Sesetengah daripada anda mungkin bercuti sambil bekerja, maka keperluan internet itu adalah penting. Jika menggunakan public Wi-Fi, pasti anda akan duduk di satu tempat dimana isyarat sambungan internet berkelajuan tinggi. 

Nah, jika anda menyewa poket Wi-Fi ini, anda boleh lakukan kerja dimana sahaja, tidak kira tempat. Ianya bersaiz kompak dan mesra poket, tidak akan membebankan anda semasa membawanya bersama. Kebanyakan traveller mengesyorkan Roamingman Malaysia yang menawarkan pakej-pakej sewaan menarik. 

Kadar sewaan poket Wi-Fi ini juga bergantung kepada pakej yang diambil seperti negara yang dikunjungi dan berapa lama tarikh percutian anda. Harga bermula dari serendah RM15 sehari dan maksimum adalah RM35 sehari.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada hello@productnation.co. Terima kasih!

End of Article