Internet sudah menjadi keperluan harian dan secara langsung mempengaruhi aktiviti harian kita.
Oleh itu, untuk elakkan situasi sambungan internet tidak memuaskan atau data peribadi habis digunakan, kami sarankan anda dapatkan modem WiFi sim card terbaik atau portable WiFi modem yang bagus.
Ada banyak jenis WiFi portable modem atau portable internet dan modem sim card WiFi di pasaran, dan paling penting anda perlu pilih portable WiFi mengikut keperluan penggunaan anda.
Jom kami kongsikan jenis modem WiFi terbaik Malaysia yang boleh digunakan bersama simcard WiFi untuk anda yang sentiasa perlu buat kerja di luar kawasan.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 15 Portable WiFi Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Portable WiFi ini boleh digunakan di luar negara, user friendly untuk semua jenis smartphone dan anda juga boleh kawal penggunaan data.
Ciri-ciri:
Dengan kelajuan internet 4G LTE sehingga 150 Mbps, WiFi portable ini boleh digunakan sehingga 10 peranti dalam satu-satu masa.
Paling menarik, WiFi ini mempunyai 4G FDD/TDD-LTE di mana pengguna dapat menyambungkan internet yang terbaik ketika melancong ke luar negara.
Malah, dengan aplikasi khas tpMiFi, pengguna boleh mengawasi kadar data yang digunakan dari telefon pintar iOS dan Android.
Menarik lagi, anda boleh menyekat peranti yang tidak diingini daripada mengakses sambungan WiFi dan menghadkan penggunaan data.
Review:
“Siapa duduk kawasan pendalaman yang masih lagi student, sangat disarankan beli modem WiFi ni untuk pembelajaran online. Router pun kecil, mudah nak bawa ke mana sahaja.”
Portable WiFi yang bersaiz compact ini merupakan antara jenama yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia untuk mendapatkan sambungan internet yang baik.
Juga boleh digunakan pada kad sim syarikat telco di Malaysia seperti DiGi, Maxis, YES 4G LTE dan Celcom.
Anda juga boleh mengawal penggunaan modem ini melalui aplikasi tpMiFi yang boleh dimuat turun di Android dan iOS.
Paling penting, portable WiFi ini mempunyai download speed sehingga 300Mbps dan 50Mbps upload speed.
Selain itu, produk ini memang sesuai untuk mereka yang mahu berkongsi internet dengan rakan-rakan atau keluarga kerana boleh menyokong 32 peranti dalam satu-satu masa.
Jadi, tidak ada lagi masalah stress dengan penggunaan sambungan internet yang terhad ketika diguna beramai-ramai.
Produk jenama D-Link ini menyokong hampir semua jenis simkad telco di Malaysia seperti Maxis, Celcom, DiGi, Umobile, Celcom, Digi, Unifi dan banyak lagi.
Malah, simkad luar negara juga boleh digunakan dalam WiFi portable ini.
Anda hanya masukkan simcard untuk mengaktifkan rangkaian WiFi mudah alih untuk anda.
Dengan saiz yang kecil menjadikan portable D-Link ini mudah dibawa ke mana saja untuk anda menyiapkan tugasan dengan senang.
Selepas ini, anda boleh membalas email sambil menunggu kopi di kafe atau membuat tugasan di lapangan terbang sambil menunggu penerbangan.
WiFi mudah alih ini juga mempunyai jaminan keselamatan dengan built-in firewall yang akan melindungi sambungan internet pengguna daripada sebarang gangguan.
Turut dilengkapi dengan WPA yang akan menghalang peranti yang tidak diingini daripada mengakses internet connection daripada modem WiFi ini.
Walaupun pihak pembuatan menyatakan bateri dapat bertahan selama 5 jam tapi kebanyakan ulasan dari pengguna mengatakan portable D-Link ini dapat bertahan selama 3-4 jam.
Modem WiFi jenis ini pula boleh digunakan dengan pelbagai jenis telco di Malaysia seperti Unifi, Digi dan Hotlink asalkan pakej internet yang dilanggan itu menyokong fungsi hotspot.
Produk ini juga hadir dengan slot khas untuk SD card 32 GB, jadi anda boleh berkongsi fail atau gambar dalam kad tersebut dengan sesiapa yang connect dengan WiFi portable ini.
Saiznya yang kecil juga memudahkan WiFi poket ini dibawa ke mana-mana dan untuk jenis modem WiFi ini, baterinya tahan lebih 8 jam penggunaan tau!
Kalau anda seorang student dan mahu kongsi portable WiFi ini, anda boleh sambungkan sebanyak 10 peranti dengan rakan serumah anda.
PROLiNK 4G LTE Unlimited Hotspot Pocket WiFi sesuai untuk 11 sambungan peranti dalam satu-satu masa.
Saiznya yang compact, portable WiFi ini juga cukup ringan untuk dibawa ke mana-mana terutamanya pengguna yang bekerja di luar kawasan.
Bateri modem ini dapat bertahan dari 6 hingga 10 jam dan boleh dicas semula menggunakan kabel USB yang disambung pada charger portable atau laptop.
Modem mudah alih ini juga boleh dikawal menggunakan aplikasi PROLiNK WiFi yang boleh dimuat turut di App Store atau Play Store.
Jangan risau, anda juga akan dapat jaminan selama 3 tahun, jadi tak risau jika rosak secara tiba-tiba selepas membelinya.
Bagi mereka yang sedang belajar di atas talian, USB modem jenama ini sangat sesuai untuk anda.
Produk ini boleh dipasang di mana-mana komputer atau laptop yang menggunakan perisian Windows dan Mac OS, atau boleh juga dipasangkan pada Smart TV.
Jadi, anda tidak perlu susah-susah cas modem ini setiap hari sebab portable WiFi ini menggunakan konsep plug and play.
Paling penting, turut dilengkapi dengan lampu LED hijau, biru, ungu dan merah yang akan bertukar mengikut kestabilan sambungan internet.
Selain itu, anda juga boleh guna peranti ini untuk meletakkan kad microSD dan saiznya yang kecil juga memudahkan kerja anda yang sering menyiapkan tugasan di luar.
D-Link 4G LTE USB Modem Adapter yang mempunyai jaminan 1 hingga 3 tahun juga menyokong kad sim daripada kebanyakan syarikat Telco di Malaysia seperti Maxis dan Celcom.
4G Mini WiFi Router With Sim Card Slot ini mampu menampung sehingga 10 peranti dalam masa yang sama.
Modem WiFi bebas wayar ini boleh digunakan dengan kad sim dari Telco Celcom, Maxis, Yoodoo dan XOX.
Menariknya, 4G Mini WiFi Router With Sim Card Slot masih boleh berfungsi di kawasan liputan talian 3G.
Jadi, untuk anda yang tinggal di kawasan luar bandar, mungkin boleh pertimbangkan modem WiFi ini.
Bagi pengguna talian 4G pula boleh menikmati kelajuan internet sehingga 100 mpbs.
Apa jua peranti boleh disambungkan dengan modem portable WiFi samada komputer, tablet, telefon pintar mahupun laptop.
Modem sim card ini sangat ringan dengan berat hanya 0.1kg dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Turut menyokong semua jenis telco dan anda hanya perlu membeli kad sim dengan pelan data bulanan yang sesuai dengan keperluan anda.
Sokongan sambungan maksimun 10 pengguna dan kapasiti bateri 3500mAh yang boleh dicas semula serta bertahan sehingga 6-9 jam.
Bukan itu sahaja, modem WiFi ini juga mempunyai rangkaian 4G dan menjamin sokongan maksimun sehingga 150mbp serta dalam jarak sehingga 10meter.
Bagi anda yang mencari modem dengan rangkaian 5G, ini adalah salah satu pilihan portable modem terbaik.
Mampu mencapai kelajuan sehingga 150mbps dan jarak rangkaian sehingga 15 meter.
Anda juga tidak perlu risau dengan kualiti video kerana portable WiFi ini mampu memainkan video FHD dengan lancar.
Dengan jaminan 3 tahun dan boleh menyokong Unifi Mobile, mengunci band atau menukar imej.
Bateri mampu bertahan sehingga 6 jam dan menyokong band B1/B3/B5/B8/B38/B40/B41.
OLAX MIFI MF982 Pocket WiFi memudahkan anda bawanya ke mana saja dan gunakan sebagai hotspot peribadi untuk mendapatkan akses internet.
Menariknya, portable WiFi ini sokong sambungan 4G LTE jadi anda dapat akses internet dengan lancar, menonton video streaming, atau download file dengan cepat.
Oleh sebab portable WiFi ini jenis direct plug dengan sambungan wayar USB, mudah untuk anda sambung internet pada smartphone, tablet, laptop, atau peranti lain yang sokong fungsi WiFi.
Anda tidak perlu lagi risau jika terlupa nak cas modem portable ini, hanya terus sambung direct plug USB mikro atau powerbank.
Cara penggunaanya sangat mudah, anda hanya masukkan SIM kad dan terus aktifkannya.
WiFi mudah alih dari jenama TP-Link ini mampu menyambung ke rangkaian 4G LTE dengan cepat, tidak kira di mana pun anda berada.
Portable WiFi ini juga menjamin kestabilan rangkaian tanpa gangguan, jadi anda akan sentiasa terhubung ke rangkaian internet.
Dengan sokongan dari pelbagai penyedia jaringan terkenal di Malaysia, termasuk DiGi, Umobile, Maxis, Celcom, Yoodo, dan YES 4G LTE, anda dapat memilih telco yang sesuai dengan anda.
Selain itu, paparan LED yang ada dapat berikan anda semua informasi penting dengan mudah, jadi anda mudah untuk membuat tetapan sebelum menggunakan portable WiFi ini.
Dengan aplikasi tpMiFi, dengan mudah anda dapat mengakses dan mengawal router M7350 ini dari peranti anda.
Boleh tetapkan had data, memberi akses kepada peranti untuk disambungkan, dan juga dapat berkongsi fail multimedia yang lain.
Portable WiFi ini mempunyai bateri 2000mAh dan memiliki ketahanan selama 8 jam penggunaan secara berterusan.
Kalau bateri habis, dengan mudah anda boleh mengecas menggunakan cable micro USB dan sambungkan ke laptop atau adapter.
Modern WiFi Netgear ini sesuai untuk penggunaan harian dan semasa bergerak kerana mempunyai kelajuan internet 4G LTE dengan muat turun (download) sehingga 1 Gbps dan muat naik (upload) 150 Mbps.
Menggunakan teknologi LTE Advanced Cat 16 dengan 4x4 MIMO serta sokongan liputan jalur frekuensi 3G/4G yang luas.
Dilengkapi chipset Qualcomm, WiFi dual band 2.4GHz dan 5GHz, sokongan IPV6, paparan luaran 2.4 " panel LCD dan meter penggunaan data.
Bateri juga berkapasiti besar 5040mAh untuk penggunaan sepanjang hari, serta port luar termasuk ethernet port, micro SD slot, USB-C port dan sambungan antenna luaran.
Modem ini juga mudah dibawa kemana-mana dengan saiz ukuran 105.5 (L) x 105.5 (W) x 20.35 (H) mm dan berat hanya 240g termasuk bateri.
Dalam setiap pembelian, anda akan dapat modem Netgear Nighthawk, bateri, pengecas, panduan dan kabel USB Type-C.
Bagi yang masih mencari modem WiFi mudah alih untuk melakukan tugasan universiti atau keperluan kerja, kami syorkan anda dapatkan modem Huawei ini.
Bukan sahaja menyokong semua telco, malah modem Huawei ini sememangnya senang digunakan.
Hanya perlu pasang simcard, tekan suis on dan masukkan password yang ada pada bahagian tempat letak bateri dalam modem.
Dalam beberapa minit, anda boleh melayari internet dengan cepat.
Jika tidak mahu kongsi WiFi, ubah password, atau block mana-mana individu, dan anda boleh tetapkan ia dengan mudah dalam aplikasi Huawei.
Bagaimanapun, pastikan letak modem ini pada tempat tinggi dan pakai telco yang mempunyai line laju di tempat anda.
Portable WiFi dari jenama FlyModem ini menyediakan akses internet yang lancar dan berkelajuan tinggi, dan ia direka khas untuk sambungan 5G.
Modem ini boleh mengunci band 28 untuk prestasi dan kelajuan yang lebih baik di kawasan 5G.
Dengan sokongan 4G LTE yang meluas untuk band 1/3/5/7/8/20/28, anda turut boleh nikmati kelajuan muat turun sehingga 200mbps dan kelajuan muat naik sehingga 50mbps.
Sementara itu, bateri 2100mAh mampu bertahan sehingga 7 jam, menawarkan sambungan yang tidak terputus di mana sahaja anda berada.
Modem ini juga menyokong semua jenis kad SIM, memberikan anda kebebasan untuk memilih telco pilihan anda.
Tambahan lagi, modem ini sudah dimodifikasi untuk membaca data tanpa had, jadi tiada masalah untuk menggunakan kad SIM yang menawarkan pelan unlimited data.
Ciri-ciri tambahan termasuk bypassed bateri, membolehkan modem beroperasi tanpa bateri, dan panduan video langkah demi langkah untuk setup modem ini.
Router TP-Link TL-WR902AC Mini Travel Wireless Dual Band WiFi direka untuk menukar mana-mana sambungan internet menjadi rangkaian Wi-Fi AC750 dwi-jalur peribadi anda sendiri.
Setiap pembelian router ini akan diberikan jaminan selama 3 tahun, membuatkan anda lebih yakin menggunakannya.
Saiz router yang mudah alih dan kompak, router ini boleh disimpan dalam beg atau poket seluar anda dengan mudah, menjadikannya sesuai dibawa travel.
Ia juga mudah digunakan di rumah dan anda boleh alihkannya ke tempat yang lebih dekat dengan peranti anda.
Ciri dwi-jalur pada router ini membolehkan anda mengoptimumkan rangkaian untuk peranti yang berbeza, memastikan connection anda tiada gangguan.
Dilengkapi dengan port USB, router ini boleh digunakan untuk berkongsi fail dengan mudah atau mengecas peranti dengan mudah menerusi power sehingga 5V/1A.
Bagaimanakah Cara Pilih Portable WiFi?
Salah satu keperluan utama di setiap rumah ialah WiFi dan dengan portable WiFi, anda boleh menggunakan internet dengan selesa di mana sahaja anda berada.
Berikut adalah beberapa tips untuk anda pilih portable WiFi yang terbaik.
-
Keperluan
Sebelum anda beli portable WiFi, fikirkan tentang cara anda akan menggunakannya. Adakah anda memerlukan peranti peribadi atau perniagaan?
Adakah anda akan menggunakannya untuk menyambung internet di rumah, di pejabat atau semasa melancong?
Jawapan kepada soalan ini akan menentukan jenis peranti yang sesuai untuk anda.
-
Jenis dan jenama portable WiFi
Terdapat pelbagai modem sim card tersedia di pasara seperti jenama Huawei, TP-Link dan ZTE.
Peranti ini biasanya mempunyai hayat bateri antara 6 hingga 10 jam, bergantung pada keadaan dan kekerapan alat ini digunakan.
-
Kapasiti bateri
Kapasiti bateri portable modem juga berbeza-beza mengikut jenama dan model.
Purata kapasiti bateri portable WiFi adalah antara 1500mAh hingga 3000mAh.
-
Kelajuan
Pastikan portable WiFi yang anda pilih mempunyai kelajuan yang cukup untuk memenuhi keperluan internet anda.
Semakin tinggi kelajuan, semakin lancar dan cepat anda dapat tonton video, muat turun fail, dan layari media sosial.
Anda pastinya tidak mahu alami masalah buffering atau sambungan perlahan semasa melayari internet.
-
Saiz portable WiFi
Pertimbangkan saiz dan berat portable WiFi, jadi pilih peranti yang ringan dan mudah dibawa ke mana-mana supaya anda tidak perlu risau tentang penyimpanannya.
-
Jangkauan
Penting untuk memilih portable WiFi yang mempunyai jangkauan yang luas dan stabil.
Oleh itu, anda boleh akses internet dengan baik di kawasan yang mempunyai liputan yang rendah.
Pastikan anda memilih peranti yang menyokong rangkaian 4G atau 5G untuk nikmati internet yang pantas dan stabil di mana sahaja anda berada.
-
Harga
Harga juga merupakan faktor penting untuk dipertimbangkan semasa memilih WiFi mudah alih.
Beli mengikut bajet anda dan jangan hanya terpengaruh dengan iklan promosi.
Pertimbangkan yuran bulanan dan tarif pakej data yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan WiFi mudah alih.
Apakah Kelebihan dan Kekurangan Portable WiFi?
Kelebihan utama portable WiFi ialah mudah dibawa ke mana-mana jadi anda boleh membawanya ke pejabat atau gunakannya dalam kereta.
Dengan portable internet, anda tidak perlu risau tentang kestabilan rangkaian kerana anda boleh menggunakannya secara peribadi.
Anda juga boleh kongsi sambungan WiFi bersama rakan atau keluarga dengan mudah dan dapat jimat kos perbelanjaan internet harian.
Satu lagi kelebihan peranti ini ialah anda tidak perlu memasang kabel atau mencari kabel, jadi lebih mudah digunakan di kawasan yang tiada sambungan WIFi tetap.
Anda hanya perlu menghidupkan peranti dan terus sambung ke internet.
Tapi, portable Wifi juga mempunyai beberapa kekurangan seperti tidak sepantas rangkaian WiFi tetap atau internet berbayar bulanan.
Oleh itu, anda mungkin mengalami kelewatan atau masalah memuat turun atau menstrim video.
Portable WiFi mempunyai had data yang terhad dan kuota anda mungkin cepat habis.
Macam Mana Nak Guna Portable WiFi?
Cara penggunaan modem sim card cukup mudah dan lebih kurang sama macam membuat sambungan dengan WiFi biasa.
Apa yang anda hanya lakukan adalah;
- Masukkan kad sim yang lengkap dengan pakej data internet ke dalam peranti tersebut.
- Kemudian switch on portable WiFi.
- Jangan lupa untuk turn on sambungan WiFi di telefon.
- Masukkan kata laluan yang telah ditetapkan.
- Akhir sekali, anda boleh menggunakan internet.
Boleh rujuk video berikut untuk melihat penggunaan moderm sim card dengan lebih terperinci.
Bagaimanapun modem simcard WiFi jenis portable ini menggunakan bateri yang perlu dicas semula.
Jadi pastikan bateri peranti ini dicas sehingga penuh sebelum anda keluar dari rumah.
Berapa Lama Portable WiFi Bertahan?
Adakah anda kerap menggunakan portable WiFi untuk menggunakan rangkaian internet yang mudah dan selesa di mana-mana sahaja?
Sebenarnya, ketahanan bateri portable WiFi boleh bergantung pada beberapa faktor.
-
Kapasiti bateri
Semakin tinggi kapasiti bateri, semakin lama portable WiFi boleh bertahan. Sebagai contoh, jika kapasiti bateri ialah 3000mAh, ia boleh bertahan sehingga 8 jam bergantung kepada kekerapan penggunaan,
Tapi, jika anda menggunakan portable WiFi untuk mengakses video atau permainan, ia mungkin hanya bertahan selama kira-kira 4 hingga 5 jam.
-
Bilangan pengguna
Umumnya, bateri portable WiFi boleh bertahan antara 6 hingga 10 jam bergantung kepada kapasiti bateri yang ada.
Jika terdapat lebih ramai pengguna yang menghubungkan peranti mereka kepada rangkaian WiFi anda, bateri akan habis lebih cepat.
-
Jenis aktiviti
Aktiviti seperti menonton video atau memuat turun fail yang besar akan memerlukan lebih banyak tenaga berbanding dengan membuka laman web atau menghantar emel.
-
Isyarat
Jika anda berada di kawasan isyarat yang lemah, portable WiFi mungkin perlu menggunakan tenaga yang lebih untuk mengekalkan sambungan internet, yang juga boleh mengurangkan masa tahanan bateri.
Tapi, terdapat beberapa cara untuk memanjangkan hayat bateri WiFi mudah alih anda.
Pertama, pastikan anda mengecas semula bateri setiap kali ia kehabisan.
Jangan biarkan bateri habis sepenuhnya, kerana ini boleh merosakkan bateri dan memendekkan hayatnya.
Kedua, matikan WiFi mudah alih anda apabila tidak digunakan untuk menjimatkan hayat bateri.
Ini ialah cara yang mudah tetapi berkesan untuk memanjangkan hayat bateri WiFi mudah alih anda.
Apakah Cara Guna Modem WiFI?
Sebelum kami mulakan, pastikan anda sudah mempunyai modem WiFi.
- Pilih lokasi yang sesuai untuk meletakkan modem WiFi anda jauh dari gangguan elektromagnet seperti peti sejuk, pemanas, dan peralatan elektronik lain.
- Sambungkan modem WiFi anda ke sumber kuasa dan tunggu sehingga semua lampu menyala.
- Sambungkan kabel ethernet dari modem WiFi ke komputer atau peranti lain, atau secara wireless melalui sambungan WiFi.
- Pastikan peranti anda boleh mengesan rangkaian WiFi dan masukkan kata laluan yang betul.
- Jika tidak mempunyai kata laluan, lihat pada belakang modem WiFi anda.
- Buka pelayar web anda dan taip alamat IP yang disediakan pada modem WiFi.
- Log masuk ke halaman dashboard modem WiFi dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang diberikan.
- Di sini, anda boleh ubah nama jaringan WiFi anda (SSID), kata laluan dan tetapan lain mengikut pilihan anda.