Setiap kali selepas mandi, kita pasti akan menggunakan tuala, tidak kiralah samada untuk mengeringkan badan atau rambut. Ada kegunaan tertentu untuk setiap tuala yang kita gunakan seperti tuala untuk rambut lebih kecil berbanding tuala badan. Kini, terdapat lambakan pelbagai jenis tuala mandi yang mempunyai variasi berbeza mengikut keperluan masing-masing. Dengan menggunakan jenis tuala yang sesuai dan tepat pasti akan menaikkan lagi mood anda ketika menjalani rutin mandian setiap hari.
Bagaimanakah memilih tuala yang bagus?
Apa yang penting dalam pemilihan sesuatu tuala, haruslah mempunyai daya serapan yang tinggi supaya tuala tersebut tidak menjadi basah lencun akibat air. Berikut ialah senarai jenis tuala yang terbaik, sesuai untuk mengisi keperluan anda.
Pasti diantara kita pernah mengalami situasi dimana tuala mandi yang baru dibeli amat keras dan tidak menyerap air serta perlu dibasuh beberapa kali sebelum ianya menjadi lembut dan menyerap air dengan betul.
Tukarlah kepada tuala mandi yang mempunyai daya penyerapan tinggi ini dan tidak disalut dengan cecair ‘wax’ sebagai kemasan akhir. Warnanya yang neutral berserta corak ringkas akan menarik perhatian anda untuk menggunakannya.
Bagi pengguna yang gemar menggunakan barangan yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan tidak menggunakan bahan kimia dalam proses pembuatannya, produk daripada Ikea ini amat sesuai untuk anda. Bukan sahaja bersifat mesra alam, bahan pembuatannya juga tidak menggunakan peluntur kasar dan pewarna fabrik kimia.
Tuala ini juga amat tinggi daya penyerapan dan lembut pada kulit badan yang diperbuat daripada fabric ‘terry’ ini juga mudah kering.
Anda pasti mempunyai anak kecil yang susah untuk mandi dan lebih rela meluang masa dengan aktiviti bermain yang lain. Dengan tuala comel yang diperbuat daripada material mikrofiber yang lembut ini, pasti anak-anak anda berasa suka dan gembira. Tidak lagi membuatkan anda pening ketika masa untuk mandi tiba.
Fabric mikrofiber mempunyai ciri daya penyerapan yang tinggi. Bukan itu sahaja, materialnya yang lembut juga membuatkan fabrik tuala ini menjadi kegemaran ramai. Tuala mikrofiber ini juga mudah kering dan ringan serta mesra pengguna, amat sesuai untuk dibawa ketika bercuti ke pantai, kolam renang ataupun bermandi manda di kawasan air terjun yang nyaman bersama keluarga tercinta.
Bagi anda yang bertubuh besar, pasti inginkan tuala bersaiz lebar dan luas agar dapat menutupi badan dengan sempurna. Tuala yang diperbuat daripada 100% kapas semulajadi ini sesuai untuk anda.
Bukan itu sahaja, tuala ini amat ringan dan tidak berat walaupun bersaiz ekstra panjang dan lebar. Material yang dapat membuatkan anda bertambah selesa semasa menggunakannya.
Pasti para ibubapa diluar sana ingin menggunakan material tuala yang sesuai serta selamat pada kulit bayi kerana kulit si kecil masih lagi dalam peringkat yang nipis dan lembut. Tuala ini diperbuat daripada kapas yang dijamin meluncur dengan lembut diatas kulit gebu si comel.
Rekaannya yang mempunyai hoodie di hujung tuala bertujuan untuk mengekalkan haba di keseluruhan kepala bayi supaya tidak kesejukan.
Tuala kanak-kanak bermotifkan pelbagai karakter kartun ini diperbuat daripada kapas 100% yang menyerap air dengan sangat baik. Rona coraknya yang terang dan berwarna-warni tidak mudah luntur walaupun dicuci menggunakan mesin basuh.
Fabrik tuala yang berkualiti tinggi ini bukan sahaja memiliki harga berpatutan dan ianya sesuai digunakan untuk aktiviti bersukan air. Nikmati hari bersantai di pantai dengan tuala ceria ini.
Tuala ini diperbuat daripada kapas terbaik Mesir yang mempunyai daya penyerapan tinggi. Dengan beratnya mencecah 700 gram, tuala ini memberikan pengalaman selepas mandi yang amat selesa, nyaman dan hangat seperti di hotel 5 bintang.
Tuala yang jenis berat dan tebal ini sesuai digunakan ketika musim sejuk untuk memberikan haba ekstra ketika mengeringkan badan. Coraknya yang simple, sentiasa menjadi pilihan pengguna.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!