Melekap di dapur, sudah semestinya menjadi satu perkara wajib bagi kaum perempuan walaupun hanya memasak nasi goreng yang simple. Bukan sahaja menyediakan bahan masakan tetapi memikirkan menu apa yang ingin dimasak buat menjamu selera samada pagi, tengahari atau malam. Jika teringin memakan rendang, asam pedas, mee kari atau apa-apa sahaja masakan yang memerlukan masa untuk memasak, pasti anda akan berfikir 2-3 kali sebelum membuatnya. Tambahan pula buat ibu atau isteri bekerjaya, kekangan masa menjadikan anda tidak sempat memasak makanan kegemaran ahli keluarga yang lain.
Bulan Ramadhan juga bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi anda yang gemar memasak sendiri, sudah listkan menu yang hendak dibuat masa sahur dan berbuka nanti? Nah, gunakan sahaja pes masakan untuk memudahkan anda memasak dalam waktu yang singkat dan pantas. Jom ikuti list dibawah ini;
Pes masakan daripada Azizah ini dicipta khas untuk memudahkan para ibu, isteri dan pelajar bagi penyediaan makanan dengan lebih ringkas dan cepat. Ianya dapat menjimatkan masa anda semasa menyediakan bahan untuk memasak.
Pes masakan daripada brand lokal ini mula mendapat tempat di hati pengguna kerana tidak mengandungi bahan seperti MSG dan pengawet tiruan. Dikilangkan di Malaysia dengan 100% mengikut resipi tradisi Melayu.
Masakan seperti rendang adalah salah satu hidangan yang paling remeh dan susah hendak dimasak. Dari penyediaan bahan sehinggalah waktu memasak, ianya memakan masa yang sangat lama dan panjang. Menyebabkan sesetengah daripada kita tidak memasak rendang akibat kekangan masa. Cubalah perencang rendang daripada jenama MakMah ini.
Tidak hanya boleh menggunakan ayam dan daging sahaja, ianya juga boleh digunakan untuk memasak itik, hati dan pelbagai lagi bahan yang boleh dimasak dengan pes ini. Ramuan pes yang masih mengekalkan ciri-ciri keaslian citarasa kampung, pasti mengingatkan anda pada masakan ibu.
Bagi yang menggemari Nasi Beriani Gam tetapi malas hendak keluar membeli di restoran-restoran, pes masakan daripada Sharifah ini dapat memenuhi kehendak anda. Mudahnya untuk memasak nasi beriani ini. Anda hanya perlu masukkan beras, air dan pes ke dalam periuk nasi. Sedia dihidang selepas selesai nasi dimasak.
Sesuai untuk 3-4 orang sekali makan, hiaskan nasi beriani anda dengan gajus dan kismis untuk membuatkan nasi ini bertambah enak.
Susahnya hendak mencari mee kari yang sedap sehingga menjilat jari? Lakukan sahaja sendiri di rumah dengan perencah masakan daripada MakMah ini. Rencah mee kari dengan campuran garam bukit, menjadikan masakan anda bertambah menyelerakan. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk rencah ini bagi menaikkan lagi kesedapan kuah mee kari anda.
Masukkan isi ayam, bebola dan tunggu sehingga mendidih sebelum memasukkan santan ke dalam pes kuah ini. Siap untuk dihidang, hiaskan dengan taugeh dan sedikit bawang goreng.
Salah satu masakan yang ringkas dan simple adalah nasi goreng. Penyediaan bahannya juga tidaklah terlalu remeh. Tetapi bagi anda yang bekerjaya dan masalah kekangan masa menjadikan tidak sempat untuk menyediakan bahan memasak. Kini, lambakan pes nasi goreng boleh didapati di pasaran samada pasaraya besar atau secara online.
Gunakan pes nasi goreng kampung daripada Sharifah ini. Bahan-bahan asas yang terkandung dalam pes ini ialah cili giling, garam, minyak kelapa sawit serta bawang merah dan bawang putih. Untuk sedapkan lagi nasi goreng anda, tambahlah ikan bilis buat naikkan selera.
Rakyat Malaysia selalunya tidak melepaskan peluang untuk merasai keenakan ikan bakar yang dibalut dengan daun pisang. Setiap restoran pasti mempunyai resepi yang berbeza untuk sambal istimewa yang diletakkan di atas ikan bakar tersebut sebelum membakarnya. Cubalah pes ikan bakar ini yang menggunakan resipi asli dan mengandungi perisa (food seasoning) yang dibenarkan.
Hanya sapukan sahaja pes ini ke atas ikan yang ingin dibakar, balut dengan daun pisang atau aluminium foil dan bakar di atas gril pan. Pasti bertambah selera anda menjamu selera nanti!
Hidangan original dari Thailand, kini didatangi dalam bentuk pes supaya mudah untuk anda memasak apabila tekak terasa teringin menikmati hidangan istimewa ini. Rasanya lebih kurang seperti paprik, anda juga boleh olah bahan yang ingin digunakan bersama pes ini. Dari pelbagai rangkaian makanan laut sehinggalah daging atau ayam, semuanya sesuai untuk dinikmati bersama keluarga.
Enak dimakan dengan nasi yang panas, resipi penyediaan bahan yang terkandung dalam pes ini sangat lengkap dan tepat mengikut citarasa orang kita. Pasti bertambah pinggan nasi nanti!
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!