Menggayakan rambut boleh menjadi sesuatu yang mencabar. Tanpa produk yang betul, ia akan kelihatan kusam dan kurang bermaya terutamanya kepada mereka yang mempunyai rambut yang tidak lurus serta sukar diurus. Mulakanlah rutin penjagaan rambut anda dengan syampu yang betul, terutamanya jika ianya syampu yang khusus untuk melurus dan melicinkan.
Syampu untuk meluruskan rambut tidak terhad kepada jenis syampu yang melembap serta membaiki kerosakan, tetapi ia juga menjadikan rambut anda kelihatan berkilat dan sihat. Di samping itu, syampu pelurus rambut yang terbaik akan memberi volum agar rambut lebih beralun tanpa membebankan kulit kepala anda. Ikuti list dibawah ini agar rambut tampak lebih lurus dan beralun.
Syampu dari jenama Kerasys ini adalah untuk merawat rambut dengan sistem pemulihan rambut mengikut 3-langkah yang sempurna. Ia memberikan rawatan intensif untuk mengurangkan keriting yang tidak terurus dan degil kepada tekstur lebih lurus serta lembut seperti baldu.
Diadun dengan protein semulajadi dalam ekstrak Moringa dan asid Amino yang boleh didapati daripada ekstrak bunga Velvet, mampu mengubah kepada rambut kepada halus, licin dan lurus agar lebih mudah diurus tanpa menggunakan rawatan perapi.
Syampu untuk meluruskan rambut ini memberikan proses pembersihan yang kompleks mampu untuk mencuci sambil menyuburkannya dan mengandungi nutrien yang diperkaya. Dirumus dengan 3 jenis bahan iaitu Keratin, asid Amino TEA-cocoyl glutamate dan Olefin.
Kandungan minyak organik yang menembusi jauh ke dalam rambut seperti Quinoa iaitu minyak ajaib untuk membuat rambut mudah diurus serta minyak Prune dan Baobab mengekalkan lembapan kepada rambut. Syampu ini sesuai untuk mereka yang ingin meluruskan rambut yang kembang agar mudah diurus.
Phyto Phytolisse Straightening Shampoo adalah syampu yang kaya dengan ekstrak Pine Pulp untuk menghapuskan kerinting serta melurus rambut dan menjadikannya mudah untuk digayakan. Ianya mampu menjadikan akar rambut anda lebih kuat dan ketahanan maksimum terhadap kelembapan dan menjamin rambut lebih mudah diurus.
Syampu ini dirumus khas dengan Hibiscus, iaitu asid dari bunga bagi melancarkan akar rambut dan memberi sinar yang luar biasa. Kepekatan tinggi bunga Calendula dengan ciri-ciri penghidratan dan penjanaan semula menjadikan rambut lembut dan lurus.
Syampu dari produk Sunsilk ini diformulasi secara eksklusif untuk meluruskan rambut kembang dan tidak terurus. Diperkaya dengan protein sutera yang melicinkan setiap helaian rambut supaya rambut tidak kusut dan bersimpul.
Hasilnya, rambut menjadi lebih bersinar serta selembut sutera dan beralun dengan sihat. Syampu ini sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut lurus dan kembang, ianya akan menjadikan rambut lebih lurus dan mudah diurus.
TRESemmé Keratin Smooth ini dirumus khas dengan minyak Argan dan Keratin untuk mengubah rambut anda, menjadikannya cantik, anggun dan kurang keriting. Syampu ini berfungsi untuk membersih dan menyuburkan rambut serta memberi anda 5 manfaat lain hanya dengan mencuci.
Antara 5 kebaikannya adalah anti-keriting, mengelakkan rambut berpintal, kekal bersinar, melicin dan rambut senang diurus. Sesuai buat anda yang mewarna rambut kerana syampu ini akan menjaga ronanya agar tidak pudar.
Syampu yang mengandungi bahan semulajadi ini, mampu meluruskan rambut sambil membuat rambut sihat bersinar tanpa bahan-bahan kimia yang membahayakan kesihatan rambut. Dengan mengandungi pelbagai ekstrak botani seperti bunga teratai dan minyak Jojoba untuk melembap rambut, menyinar dan meluruskannya agar lebih mudah diurus.
Diperkaya dengan 100% bahan organik membuatkan rambut lurus sihat dengan khasiat semulajadi. Gunakannya sekerap yang mungkin untuk mengekalkan kelembapan agar rambut kekal lurus.
SAFI Hair Spa Pro Silky & Sheen Lock Shampoo adalah shampu untuk melurus dan membuat rambut lembut bersinar seperti sutera. Diperkaya dengan Habbatus Sauda dan Lipid Layer Enhancer untuk membuat rambut anda menjadi kembali bersinar dan wangiannya berkekalan selama 24 jam.
Habbatus Sauda mengandungi bahan antibakteria semulajadi untuk mencegah pertumbuhannya yang menyebabkan ketidakselesaan kulit kepala dan menghilangkan kekusaman pada rambut. Ianya juga mampu menembusi lapisan kulit kepala untuk melindungi rambut, menjadikannya sihat dan cantik.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!