Bagi yang keliru antara pencuci baju cecair atau serbuk, sebenarnya kedua-duanya mempunyai kualiti pencuci baju terbaik.
Seperti wangian sabun yang tahan lama di kedai dobi, anda juga boleh dapatkan bau seperti sabun dobi dan gunakan di rumah.
Tapi apa yang menjadi masalah sekarang terdapat banyak jenama sabun basuh baju terbaik di pasaran.
Memang pening nak fikir sabun basuh baju yang sesuai dengan kita, dan sekarang pun dah ada sabun buatan Malaysia.
Jadi, jom tengok senarai sabun basuh baju terbaik dan harga sabun basuh baju paling wangi dan membersih dengan cekap.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
15 Senarai Sabun Basuh Baju Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Sabun basuh cecair Breeze dari variasi ‘Indoor Drying Goodbye Musty’ mampu menyingkirkan segala bau hapak, peluh dan masam pada pakaian.
Sesuai untuk pakaian yang dijemur di dalam rumah atau ketika cuaca mendung mahupun hujan.
Ciri-ciri:
Botol besar sabun dengan berat 3.8 kilogram boleh bertahan hingga 1-2 bulan penggunaan.
Diformulasi khas untuk basuhan baju yang dijemur tanpa matahari dengan hasil kain kekal bersih dari sebarang kesan kotoran.
Anda jangan bimbang tentang kesan bau hapak pada baju kerana baju anda akan berbau segar.
Jenama Breeze juga mesra alam dengan menggunakan 100% botol kitar semula.
Pihak mereka juga memperkenalkan bahan kandungan sabun bersama ekstra tumbuhan aktif.
Kesannya, sabun tidak akan menyebabkan kesan sensitif pada kulit dan lembut pada tangan.
Bagi mendapatkan hasil baju yang bersih dan segar, Breeze beri panduan cara cucian.
Caranya dengan masukkan setengah penutup botol untuk separuh cucian (10 pakaian) dan satu penutup botol penuh untuk muatan cucian banyak (15-20 pakaian).
Review:
“Harga sangat berpatutan dengan sabun yang sememangnya wangi. Sangat sesuai dengan cucian indoor tetap memberi pakaian bau segar dan tidak merosakkan pakaian.”
Anda inginkan bau pakaian yang wangi kekal berpanjangan? Boleh pilih jenama sabun basuh baju serbuk dari Breeze ini.
Sabun ini kombinasi formulasi membersih Breeze dan haruman wangian Comfort.
Setiap helaian pakaian umpama disembur minyak wangi flora yang memikat.
Review dari pembeli Shopee dan Lazada juga penuh dengan komen ‘sabun basuh baju paling wangi’.
Bukan itu sahaja, sabun Breeze mampu membersih kotoran pada pakaian dengan baik sekali.
Anda tak perlu rendam, sental dan menambah peluntur dengan satu scoop sabun membantu membersih dibahagian kolar dan lengan baju.
Jika anda inginkan baju lebih wangi dan kekal sehingga 2 minggu boleh tambah softener Comfort Ultra pada bilasan terakhir.
Percayalah memang satu keluarga anda berbau harum!
Jenama sabun basuh baju Daia cukup sinonim dengan basuhan yang meninggalkan bau wangi berpanjangan.
Sabun serbuk ini mengandungi campuran wangian yang direka khas oleh pengeluar minyak wangi terkemuka.
Mempunyai haruman musky dan warm woods, sweet roses dan fruity apple serta fresh, sparkling dan green fruity.
Setiap baju yang dibasuh dengan sabun Daia tidak memerlukan sebarang pewangi tambahan seperti softener.
Memang cukup kuat, tahan lama dan menghilangkan bau kurang enak pada pakaian.
Bersama Triple Enzyme Technology dapat menghilangkan kotoran dengan efisien tanpa memerlukan proses rendaman.
Buat para ibu yang ada anak-anak aktif dan bersekolah, sabun ini sesuai untuk anda.
Ketahanan wangi cukup lama, membersih pakaian berwarna dan putih dengan cemerlang serta dijual dengan harga yang cukup murah.
Penggunaan sabun yang banyak boleh menyebabkan berlaku kekeringan pada kulit seterusnya mengakibatkan kegatalan.
Ini sering terjadi bagi yang mengalami kulit sensitif atau allergic sabun basuh baju, pasti dilema untuk memilih sabun basuh baju yang sesuai.
Jadi anda boleh bertukar kepada sabun Bio-D Aleev Baking Soda yang diformulasi dengan serbuk semulajadi baking soda.
Bio-D Aleev Baking Soda merupakan agen pembersih tanpa campuran bahan kimia berbahaya.
Malah dapat menanggalkan kotoran tanpa beri kesan putih atau daki sabun pada pakaian anda.
Menariknya tentang sabun ini, dapat membantu mengurangkan mineral pada air sekaligus memberi kelebihan sabun untuk membersih pakaian dengan efektif.
Selain mengurangkan bau hapak, sabun ini tidak akan melunturkan warna pakaian sama ada pakaian putih atau berwarna.
Jenama sabun Ameco antara sabun cuci kain yang bagus dijual pada harga yang cukup rendah dan menjamin kualiti yang terbaik.
Sabun ini mempunyai tujuh pilihan wangian iaitu - Tulip, Sri Manjung, Dedaun, Summer, Lavender dan Deluxe.
Semuanya mempunyai haruman tahan lama sehingga 72 jam dan memberi kesan lembut pada pakaian.
Sekaligus dapat membasmi kotoran dan bakteria dengan efisien.
Buat anda yang mempunyai ahli keluarga yang ramai, sabun Ameco antara sabun yang berbaloi kerana pada 10 kilogram ia dijual hanya RM30.
Namun begitu, jenama sabun ini hanya boleh didapati di kedai online di Lazada dan Shopee.
Ada daripada kita menggunakan mesin basuh jenis front loading untuk mencapai estetika dalam menghias rumah.
Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu mesin front loading jenis ‘manja’ kerana drum mesin basuh ini sensitif terhadap buih dan sisa sabun (suds).
Malah mesin ini juga direka untuk menggunakan kurang air berbanding mesin basuh biasa.
Formula rendah buih membantu drum mesin mencuci pakaian lebih baik dan memastikan sisa buih dikeluarkan sepenuhnya.
Buat mereka pengguna mesin basuh front load boleh memilih serbuk sabun dari jenama TOP ini.
Lagipun sabun ini dapat membersih pakaian secara efektif dan efisien dengan memastikan 99.9% bakteria, virus dan habuk hama dapat disingkirkan.
Apa yang menariknya, dengan cucian rendah air tetap memberi bau segar pada pakaian dan menyingkirkan kotoran degil seperti daki peluh.
TOP Low Suds Detergent Powder, pencuci pakaian terbaik untuk mesin basuh front load!
Jenama sabun basuh baju DYNAMO sudah menjadi pilihan utama para suri rumah.
Sabun cecair ini sangat efektif membasmi bakteria dengan hanya satu penutup penuh botol untuk cucian banyak.
Walaupun dengan satu penutup botol, tetap mampu membersih pakaian tanpa meninggalkan kesan kotoran.
DYNAMO anti-bakteria turut memberi bau cucian yang wangi dan tahan lama.
Paling best, sabun ini dapati melindungi pakaian dari sebarang pembiakan kulat dan bau hapak.
Sekaligus menjadikan pakaian tetap bersih walaupun sudah dibasuh lama.
Jangan risau molekul sabun Dynamo tidak akan melunturkan atau meninggalkan kesan tompokan warna.
Sabun murah dari JV Formula boleh dikatakan deterjen paling wangi yang dijual.
Sabun ini hasil usaha milik syarikat Bumiputera Muslim yang memperkenalkan pencuci baju terbaik Halal dan 100% tidak menggunakan lemak haiwan.
Pencuci baju JV Formula mempunyai tiga pilihan wangian iaitu Super Dyedmore, Lavender Dream dan Mix Donny.
Wangian ini dapat memberi kesegaran dan haruman berpanjangan pada pakaian anda.
Bukan itu saja, sabun ini turut mengandungi formula anti bakteria, pelembut fabrik dan sesuai untuk baju kanak-kanak serta bayi.
Cadangan basuhan dari JV Formula untuk mengekalkan haruman dan pakaian yang bersih dengan mengurangkan masa basuhan dari 40 minit atau tidak melebihi 2 kali bilasan.
Untuk basuhan lebih dari 50 minit atau tiga kali bilasan, amat digalakkan menambah sukatan cecair deterjen.
Jenama sabun Do’zee antara jenama sabun yang viral sekitar penghujung tahun 2019.
Merupakan hasil produk dari syarikat Bumiputra Muslim yang memperkenalkan jualan atas talian.
Kelebihan sabun Do’zee mampu membersih pakaian dengan bersih, beri wangian berpanjangan dan paling penting menjaga kualiti fabrik baju.
100% sabun Halal, berasaskan dari kelapa sawit, tiada lemak haiwan serta tidak mengandungi sebarang agen pemutih yang boleh merosakkan warna baju.
Apa yang pasti bila guna sabun Do’zee anda tidak perlu tambah pelembut atau sabun booster kerana lengkap 4 dalam 1 dengan pencuci, pelembut, pewangi dan anti bakteria.
Malah, bila rendam pakaian, rendaman tidak meninggalkan bau busuk.
Sabun basuh baju untuk bayi dari Wetty ini sangat bagus untuk kulit bayi dan sesuai untuk bayi yang baru lahir.
Tidak mengandungi sebarang bahan kimia tambahan seperti paraben, chlorine dan formalin.
Malah, tahap pH sabun ini neutral dan kurang berbuih.
Walaupun agen pembersih sabun Wetty agak lembut berbanding sabun basuh yang lain, tapi tetap membersih pakaian dengan baik.
Segala kotoran, bakteria dan kuman yang melekat pada fabrik dapat dicuci secara efektif.
Tambahan pelembut dan ekstra aloe vera organik dalam sabun ini menjadikan setiap tekstur helaian baju si comel lebih selesa.
Serbuk basuh baju Bio Zip Parfum Bouquet ini dilengkapi dengan teknologi Co-Enzim, direka untuk memberikan prestasi pembersihan terbaik.
Formula canggih ini memastikan kerja mencuci menjadi mudah dan tanpa anda perlu bersusah payah, menawarkan penyelesaian inovatif untuk keperluan pembersihan harian.
Dilengkapi dengan Anti Bakteria Germ Shield Active, ia menjaga fabrik anda agar kekal bersih dan bebas bakteria.
Selain itu, ia juga berkerja untuk menghilangkan kotoran degil dari bahagian dalam, kolar, dan ketiak.
Formulasi canggih Bio Zip ini berfungsi dengan sangat baik pada semua jenis pakaian dan fabrik, memberikan pembersihan yang terbaik walaupun dalam air sejuk.
Serbuk basuh baju ini juga boleh digunakan untuk cucian tangan dan juga mesin, memang memudahkan anda.
Tambahan lagi, wangian daripada cucian menggunakan serbuk ini boleh bertahan sehingga 15 hari.
Jika anda duduk di rumah pangsapuri atau kondominium yang kurang mendapat cahaya matahari, atau kawasan anda sering hujan, anda mungkin perlukan sabun basuh baju indoor.
Sabun basuh baju dari Fab ini merupakan penyelesaian terbaik jika anda sering menjemur baju di dalam rumah.
Sabun ini boleh menghilangkan pelbagai lapisan kotoran dengan berkesan.
Selain itu, ia juga meninggalkan pakaian anda bersih dan cerah, dengan aroma bunga yang segar dan kekal lama.
Serbuk Detergen Fab direka untuk memudahkan kerja mencuci pakaian anda dan juga membilas, sama ada anda mencuci tangan atau menggunakan mesin.
Formulasi serbagunanya sesuai untuk pengeringan dalam dan luar rumah, memastikan cucian anda segar dan cerah tidak kira di mana anda mengeringkannya.
Sabun buku Kuat Harimau ini dirumus untuk memberikan anda lebih buih, penggunaan yang lebih tahan lama, dan kuasa pembersihan yang luar biasa dengan keharuman yang menyenangkan.
Sabun buku ini direka untuk menangani kotoran yang degil, menjadikan pakaian anda bersih, sekali gus memberi keselesaan pada kulit anda.
Buih yang banyak dihasilkan semasa mencuci memastikan pembersihan yang menyeluruh, menjadikannya ideal untuk kegunaan harian.
Dengan formula yang tahan lama, sabun buku Kuat Harimau adalah sempurna untuk anda yang mencari sabun basuh baju yang berkesan dan murah.
Serbuk cuci baju ATTACK Ultra Power Concentrate merupakan penyelesaian terbaik untuk anda yang mahukan baju putih kekal putih dan berseri.
Detergen yang berkuasa ini diformulasikan untuk membunuh kuman dan bakteria, memastikan pakaian anda bukan sahaja bersih tetapi juga bebas bakteria.
Formula canggihnya berkesan mencegah bau peluh, menjadikannya sempurna untuk pengeringan dalam rumah.
Selain itu, anda boleh yakin bahawa cucian anda akan kekal segar, cerah, dan bebas dari bau yang tidak menyenangkan.
Sesuai untuk cucian tangan dan mesin.
Sabun basuh baju pekat ini mampu memberikan prestasi pembersihan yang terbaik dan dalam masa yang sama ia menjimatkan.
Sabun pencuci pakaian Do'zee ini engandungi 4 fungsi dalam 1 botol, iaitu; pencuci, pelembut, pewangi, dan antibakteria.
Ia merupakan 100% produk Muslim, bebas lemak haiwan, dan disahkan HALAL oleh JAKIM.
Do'zee memastikan pakaian anda bukan sahaja bersih tetapi juga segar, lembut, dan warna pakaian anda kekal terjaga.
Diperbuat daripada bahan yang mesra alam berasaskan kelapa sawit, Do'zee lembut untuk pakaian dan selamat untuk alam sekitar.
Paling best, sabun ini hadir dengan isipadu 10KG, memang anda boleh guna berbulan-bulan lamanya sabun ini tanpa perlu kerap beli sabun basuh baju yang baru.
Bagaimanapun, botol sabun ini mungkin agak berat untuk diangkat, jadi memerlukan pertolongan kaum lelaki untuk mengisikan sabun ini ke dalam mesin.
Pilih dari 6 aroma ini; Ultra White, Red FSporty, Blue Caring, Pink Soft, Apple Fresh, dan Lemon Clean.
Jenis Sabun Basuh Baju
Sebenarnya banyak jenis sabun atau pencuci basuh baju yang terdapat dipasaran.
Mari kita selidik sabun yang sesuai untuk jenis basuhan dan mesin basuh di rumah;
-
Sabun serbuk
Sabun serbuk antara paling popular dan mudah dijumpai dijual di pasaraya atau secara online.
Harganya murah, sangat bagus untuk menanggalkan kotoran degil, mampu mencerahkan pakaian putih dan mengandungi kadar oxygen bleach yang tinggi.
Tapi, ada sesetengah sabun serbuk tidak mudah larut dan akhirnya meninggalkan kesan putih atau daki sabun pada pakaian.
-
Sabun cecair
Sabun jenis cecair sering menjadi pilihan ramai kerana memiliki pelbagai variasi atau manfaat mengikut kesesuaian pakaian.
Jadi, anda boleh pilih sama ada untuk basuhan pakaian putih atau berwarna.
Menariknya lagi, sabun cecair mudah larut dan sangat bagus untuk meninggalkan kesan kotoran berminyak.
Bagi kotoran yang pekat pula, anda boleh sapukan sabun pekat pada kotoran dan biar seketika.
Kemudian, basuh seperti biasa dalam mesin basuh. Mudah!
Walaupun dijual dengan harga yang lebih mahal tapi anda masih boleh dapatkan dengan pilihan harga diskaun jika membeli di kedai atas talian.
-
Sabun kapsul / beads
Mula viral pada tahun 2021 apabila muncul video-video menarik tentang aktiviti mencuci pakaian.
Sabun kapsul atau beads ini cukup menarik dan sangat mudah digunakan.
Boleh senang untuk dibawa ketika travel dan boleh digunakan untuk semua jenis mesin basuh.
Sama seperti sabun cecair, anda boleh memilih fungsi yang diinginkan dan lebih pekat.
Harga dijual lebih mahal dari sabun biasa kerana tahan lebih lama dan diselaputi biodegradable.
Perlu berhati-hati ketika menyimpan, takut anak ingat sabun ini gula-gula pula!
-
Sabun basuh baju baking soda
Sekarang terdapat banyak jenama sabun pencuci pakaian yang menambah kebaikan serbuk baking soda.
Ternyata mampu memberi tahap bersih yang maksima, mengurangkan bau busuk dan hapak pada pakaian.
Menariknya lagi, sabun baking soda dapat mengurangkan penggunaan peluntur dan sabun.
Selain itu, mampu melembutkan pakaian, mengawal peningkatan buih dan mengimbangi semula pH air basuhan.
Kalau tak nak beli sabun baking soda, boleh DIY sendiri dengan menambah ½ scoop baking soda pada setiap cucian. Lagi jimat!
-
Sabun basuh mesin front load
Buat anda yang menggunakan mesin basuh front load wajib untuk memilih sabun basuh baju yang rendah buih atau low suds.
Ini kerana drum mesin basuh front load sedikit sensitif dan tidak menggunakan banyak air untuk membuang kesan sabun yang tertinggal.
Sabun low suds jenis serbuk atau cecair sesuai untuk mesin anda. Jadi, jangan risau!
Cara Hilangkan Bau Hapak Baju
Bagi anda yang utamakan pakaian yang sentiasa berbau segar dan tidak hapak, barulah rasa lebih yakin untuk berjumpa dengan orang.
Selain daripada menggunakan sabun cuci baju yang wangi untuk hilangkan bau hapak, anda juga boleh ikut beberapa langkah di bawah: