Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Uji Kreativiti Si Manja Dengan 8 Permainan Sesuai Untuk Bayi

Ajari si kecil untuk menggunakan minda dengan cergas

Perkembangan mental dan fizikal untuk setiap anak kecil adalah berbeza dari segi pertuturan, berfikir, bersosial dan lain-lain lagi. Pelbagai cara boleh diguna untuk memastikan minda anak anda berkembang secara optimal dengan sempurna. Zaman kini, terlalu ramai ibubapa yang mengambil cara mudah iaitu mengajar si kecil menggunakan gajet seperti telefon pintar atau tablet untuk menonton rancangan pendidikan. Salah cara itu! Si kecil walaupun masih dalam peringkat umur bayi lagi, akan mudah terjebak dalam penggunaan gajet pintar.

Bermain dengan alat permainan khas boleh didefinisikan sebagai cara si kecil belajar tanpa diajari oleh orang dewasa melalui pengalaman dan pengembaraan yang melibatkan komponen fizikal, kognitif dan sosial secara spontan. Pilihlah permainan mengikut kesesuaian umur si manja. Yang penting, tidak membahayakan serta mempunyai kandungan bahan kimia, selamat untuknya. Jom lihat seleksi permainan yang ada di dalam list dibawah;

Pilihlah permainan yang tergantung/berwarna-warni untuk newborn
mulai
RM35.55
Semak JOLLYBEE Baby Fitness Gym Play Mat harga dibawah:

Pilihan permainan haruslah bersesuaian untuk bayi baru lahir seperti dapat memberikan keupayaan pada minda, pendengaran yang lebih jelas, tenaga cengkaman, deria, fokus kepada visual dan perkembangan secara intelektual. Diperbuat daripada material yang lembut dan berkualiti, playmat ini mudah untuk ditanggal serta dibersihkan selepas beberapa kali menggunakannya. 

Koordinasi pergerakan tangan dan kaki si kecil akan menjadi selari dengan alat permainan ini. Disertakan dengan alunan muzik dari piano, pasti akan menarik perhatian bayi anda semasa bermain.  

Mainan untuk anak belajar, bertujuan untuk mengasah minda si kecil
mulai
RM30.91
Semak LITTLE B House Early Childhood Education harga dibawah:

Alat mainan yang diperbuat daripada kayu ini, dapat menguji daya ketahanan otak si kecil dan sejauh mana kemahuannya untuk belajar menyelesaikan masalah. Ianya dapat merangsang kecerdasan minda, imaginasi, kreativiti serta meningkatkan keyakinan diri untuk melakukan sesuatu perkara tanpa bantuan orang dewasa. 

Direka khas dengan bentuk yang menarik, permainan ini tidak mempunyai bucu yang tajam atau membahayakan si kecil semasa bermain. Usah risau! Rona cat pada alat mainan ini berasaskan air, sesuai untuk yang berumur 1 tahun ke atas.   

Mainan si kecil untuk kegunaan indoor
mulai
RM39.90
Semak Children Mini Balance Toy Car harga dibawah:

Si kecil pasti ingin bermain di luar seperti biasa walaupun ketika itu sedang hujan lebat atau cuaca panas terik. Berikan sahaja seleksi toy car ini untuk si kecil gunakan di dalam rumah atau dimana-mana tempat indoor, bagi memudahkan anda mengawasinya bermain di tempat yang lebih selamat. 

Diperbuat daripada bahan material ABS yang selamat serta memberikan perlindungan kepada alam sekitar, sesuai untuk si manja berusia 6 – 18 bulan. Ianya dapat mengajar anak anda untuk mengimbangkan serta menguatkan otot badan si kecil.

Permainan interaktif dan menguji minda si manja
mulai
RM198.00
Semak HAENIM Toy (Korea) Aga Blocks harga dibawah:

Set permainan interaktif ini dilengkapi dengan blok-blok pelbagai rona dan bentuk dengan pemegang yang selesa, memudahkan si kecil untuk bermain. Didatangi dengan bermacam jenis haiwan, pasti akan menarik perhatian si kecil dan dapat memperkenalkan jenis haiwan yang terdapat di seluruh dunia. 

Diperbuat daripada bahan bebas toksik serta tidak membahayakan jika si manja menggigit permainan ini.  Ronanya yang pelbagai dan terang juga dapat menguji mata samada si kecil buta warna atau tidak. 

Sesuai untuk bayi, lembut dan selamat
mulai
RM99.90
Semak PEBBLE Organic Motif Bunny – Spot harga dibawah:

Bagi bayi yang berusia dibawah 6 bulan, seeloknya berikan alat mainan diperbuat daripada kain atau kertas dengan kandungan bahan tidak membahayakan seperti soft toys dan patung yang lembut. Material patung arnab ini adalah 100% menggunakan kain kapas dan isinya daripada polyester. 

Mudah untuk dicuci dengan mesin basuh dan dikeringkan dengan tetapan rendah. Khas dari Bangladesh, patung ini selamat untuk anak kecil bermain atau menggigitnya. 

Permainan untuk bayi semasa mandi dalam bathtub
mulai
RM9.90
Semak Baby Bath Boat Toy harga dibawah:

Permainan ini lebih sesuai untuk diletakkan di dalam tempat yang kecil semasa anak anda sedang mandi bagi membolehkannya duduk di dalam bathtub tanpa bergerak aktif. Didatangi dalam pelbagai bentuk haiwan yang boleh dipilih, masa mandi si kecil akan menjadi lebih riang. 

Tarikkan sahaja picu tali berbentuk kipas angin, alat mainan ini akan bergerak dengan sendirinya di dalam tempat yang berair. Dengan harga mampu milik dibawah RM10, pilihlah haiwan kesukaan si kecil untuk dijadikan peneman semasa mandi. 

Sesuai untuk kolam renang buatan khas buat si kecil
mulai
RM8.90
Semak Eco-friendly Colorful Ocean Ball Baby Soft Toys harga dibawah:

Bola plastik berwarna-warni ini sesuai digunakan untuk kolam renang buatan di rumah, khas buat bayi anda bermain dengan riangnya. Diperbuat daripada bahan mesra alam, ianya produk bebas haruman dan tanpa toksik. Usah risau. Bentuknya yang tidak terlalu kecil, pasti tidak akan membahayakan anak anda ketika menggigit. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article