Keibubapaan

Senarai 8 Barang Penting Untuk Menyambut Kelahiran Ahli Keluarga Baru

Sebelum kelahiran bayi, berusaha melengkapkan barangan keperluan seperti susu, baju & bantal. Ini checklist keperluan barangan asas untuk bayi baru lahir.


Editor · 29 Jan 2019, 7:01pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Senarai 8 Barang Penting Untuk Menyambut Kelahiran Ahli Keluarga Baru

Setiap pasangan pasti tidak sabar menanti kelahiran cahayamata tidak kira samada kelahiran bayi sulung, kedua ataupun seterusnya. Sebelum kelahiran bayi, setiap pasangan akan berusaha untuk melengkapkan barangan keperluan yang penting seperti susu, baju, mitten, lampin dan lain-lain lagi.

Ada yang membeli sedikit demi sedikit dan ada pula yang mengumpul duit terlebih dahulu sebelum membeli kesemuanya sekaligus apabila hampir waktu untuk melahirkan. Lakukan persediaan awal supaya anda tidak terkejar-kejar untuk menyediakannya. Apapun, amalan berjimat-cermat perlulah dititikberatkan agar pembaziran tidak berlaku.

Kandungan

Mari lihat senarai berikut antara barangan yang penting untuk dipersiapkan bagi menyambut kelahiran bayi anda.

Susu formula terbaik untuk bayi baru lahir 1 daripada 8
ENFALAC A+ Step1 (0 – 12mths)
Partnership with
Dari RM73.90
Mengandungi 20mg DHA & 25mg ARA
Bagus untuk perkembangan otak
Harga mahal
1 lagi
Menguatkan tulang bayi

Susu Enfalac A+ Step1 diformulasikan dengan gabungan DHA dan ARA untuk bayi baru lahir sehingga berumur 12 bulan. Kandungan spesifik DHA dan ARA ini dipercayai baik untuk pembentukan penglihatan bayi. Dilengkapi dengan pelbagai zat mineral, kandungan kalsium dalam susu ini juga membantu pembentukan gigi dan tulang yang kuat. 

Ramuan susu yang diperbuat dengan campuran Choline, Polydextrose dan sesuai untuk mengawal diet bayi semasa tumbesaran. Sentiasa pilih susu formula dari Step 1, kerana ianya khas untuk newborn.

Set pakaian lengkap untuk newborn 2 daripada 8
8 in 1 Newborn/Premature Baby Clothing Sets Tops + Pants
Partnership with
Dari RM26

Baju untuk newborn pastinya berada dalam senarai teratas untuk menyambut kelahiran bayi anda. Set 5 dalam 1 ini lengkap dengan baju, seluar, bib, mitten dan topi bercorak kartun yang sedondon. 

Walaupun murah harganya, set baju bayi baru lahir ini diperbuat daripada fabrik kapas yang berkualiti tinggi dan tidak panas. Ia sesuai dipakaikan untuk bayi baru lahir sehingga berusia 3 bulan. Tentu bayi anda kelihatan comel memakainya. 

Bantal posisi untuk kepala, sesuai buat bayi baru lahir 3 daripada 8
Newborn Infant Baby Head Positioning Pillow
Partnership with
Dari RM5.90

Bantal adalah satu lagi keperluan penting untuk bayi baru lahir kerana dapat membantu menjaga posisi kepala bayi anda dengan baik di samping memberi keselesaan kepada si kecil. Diperbuat daripada fabrik kapas lembut dengan corak yang comel, ianya direka dengan bentuk cembung (curve) di tengah untuk mengelakkan sindrom ‘flathead’ pada kepala bayi anda. 

Saiz bantal berukuran 17cm x 24 cm, sesuai digunakan untuk bayi baru lahir sehingga berusia 1 tahun. 

Lampin berkualiti tinggi tanpa bocor - dapat menampung keperluan newborn 4 daripada 8
Drypers Wee Wee Dry Newborn
Partnership with Drypers
Dari RM27.55

Lampin pakai buang dari jenama Drypers adalah pampers yang bagus dan sesuai untuk bayi baru lahir. Satu pek mengandungi 64 helai pampers yang sangat berbaloi dengan harganya. Rekaan bentuk yang selesa tidak menutupi pusat bayi anda semasa memakainya supaya tali pusat yang tertanggal akan baik dengan cepat. 

Dilengkapi dengan lapis penyerapan yang lembut dan selesa untuk bayi baru lahir, kulit punggung si manja tidak akan kemerahan atau ruam. 

Baby carrier untuk bayi baru lahir (newborn)
Kantung bayi/carrier untuk newborn 5 daripada 8
Cotton Strap Newborn Baby Carrier
Partnership with
Dari RM19.90

Badan bayi baru lahir sangat lembut dan mereka perlu dipegang dengan berhati-hati. Baby carrier atau kantung bayi ini direka dengan bentuk sling agar mudah dan selamat digunakan untuk mengendong bayi baru lahir. Material kantung ini diperbuat daripada kain kapas yang lembut dan ringan, selesa untuk digunakan dimana sahaja, pada bila-bila masa. 

Baby carrier ini juga mempunyai tali yang boleh diubahsuai aras kantung agar dapat memberikan keselesaan buat ibu dan anak. 

Kerusi kereta sesuai untuk newborn – selesa dan selamat 6 daripada 8
Carseat Baby CS816 (0mths – 1 yrs old)
Partnership with
Dari RM150

Carseat atau kerusi kereta untuk bayi adalah keperluan penting agar keselamatan si kecil terjamin sewaktu berada di dalam kereta. Dengan mempunyai dwifungsi, ianya boleh digunakan sebagai kerusi kereta atau rocking chair untuk menidurkan bayi anda. 

Ia juga mempunyai pemegang boleh laras, 3 punca tali keselamatan dan penyokong kepala untuk keselamatan serta keselesaan bayi anda. Mudah untuk dipasang di dalam kereta serta sarung carseat ini boleh ditanggalkan dan dibasuh.

Puting untuk bayi baru lahir, bebas BPA 7 daripada 8
PARHDOAS Baby Full-Liquid Pacifier
Partnership with
Dari RM4.90

Puting yang sesuai untuk bayi baru lahir ini diperbuat daripada ‘active food silicone’ dan bebas daripada bahan BPA yang merbahaya. Puting ini boleh boleh disinfeksi dan dipasturkan untuk membasmi kuman yang ada sebelum dan selepas penggunaan untuk menjaga kebersihannya. 

Direka agar tidak mudah jatuh dan selamat untuk bayi anda, ia mempunyai bentuk seperti ibu jari yang sesuai untuk dihisap sambil dapat menenangkan si kecil. 

Minyak rambut untuk bayi baru lahir – untuk menumbuh dan melebatkan rambut 8 daripada 8
Tropika Baby Hair & Body Oil (30ml)
Partnership with
Dari RM17.49

Minyak rambut beraroma lavender ini diformulasikan agar sesuai digunakan untuk bayi. Ia diformulasikan 100% daripada minyak kelapa dara tanpa sebarang bahan kimia merbahaya, bebas paraben, pewarna dan steroid. Minyak rambut ini membantu melebatkan serta kadar pertumbuhan rambut sihat. 

Sapukan pada badan bayi anda kerana minyak kelapa dara memberi kelembapan pada kulit bayi yang lembut di samping melindunginya daripada jangkitan bakteria. Ia juga dapat membantu merawat eczema, ruam dan pelbagai iritasi pada kulit bayi anda. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation