Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Susu untuk Gastrik Terbaik di Malaysia 2024

Cara elak terkena gastrik, pastikan makan tepat pada waktunya

Gastrik boleh berlaku apabila berlaku keradangan pada dinding perut sehinggakan kita rasa tidak selesa pada bahagian atas perut dan bahagian bawah tulang dada. 

Terdapat banyak cara untuk kurangkan berlakunya gastrik, antaranya minum susu yang sesuai untuk gastrik dan makan makanan untuk elak gastrik. 

Walaupun terdapat susu untuk pesakit gastrik, dan ada juga kebaikan susu omega untuk gastrik, anda juga boleh makan ubat gastrik di farmasi sebagai alternatif.

Tidak dinafikan terdapat banyak produk susu baik untuk gastrik yang ada di pasaran bagi pesakit gastrik yang boleh minum susu.

Jadi kami memudahkan anda dengan menyenaraikan jenama dan khasiat susu untuk gastrik.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 10 Jenis Susu Untuk Gastrik

Susu gastrik terbaik secara keseluruhan
GOLAC GASTROVENGER MERAWAT GASTRIK & GERD
GOLAC GASTROVENGER MERAWAT GASTRIK & GERD
mulai
RM95.00
Semak GOLAC GASTROVENGER MERAWAT GASTRIK & GERD harga dibawah:
add_circle Halal
add_circle Memberikan penghadaman dan pencernaan terbaik
add_circle Membantu mencegah dan menyembuhkan GERD
remove_circle Mahal

Sebab menjadi pilihan:

Gastrovenger, satu minuman susu kultur probiotik yang sangat baik untuk pesakit gastrik dan GERD.

Ciri-ciri:

Jika anda mempunyai masalah seperti sesak nafas, perit tekak, pedih ulu hati, kembung perut, sembelit, sakit kepala dan loya, anda perlu cuba susu gastrik ini.

Mengandungi gabungan susu penuh krim, probiotik, Al-Manna, delima, buah tin, madu, kurma dan habbatus sauda yang sangat baik untuk kesihatan.

Anda mungkin tertanya-tanya, bolehkah saya minum susu ini jika sedang mengambil ubat atau supplemen lain?

Jangan risau, anda boleh meminumnya tapi disyorkan untuk menjarakkan 30 minit sebelum atau selepas makan ubat atau supplemen lain.

Boleh dibancuh dengan air suam atau sejuk dan digalakkan minum hanya 2 kali sehari, sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Review:

“Saya telah mencuba produk ini pada tahun 2020 & ia telah membantu merawat masalah gastrik saya. Baru-baru ini mengalami keracunan makanan dan perut saya sakit teruk. Dengan itu memburukkan lagi masalah gastrik saya. Jadi saya memutuskan untuk mengambilnya semula untuk merawat masalah gastrik saya.”

Susu kurma untuk gastrik
[GASTRIK & GERD] SUSU KAMBING KURMA MADU TANPA GULA
[GASTRIK & GERD] SUSU KAMBING KURMA MADU TANPA GULA
mulai
RM23.80
Semak [GASTRIK & GERD] SUSU KAMBING KURMA MADU TANPA GULA harga dibawah:
add_circle Sesuai untuk ibu hamil, kanak kanak dan seisi keluarga
add_circle Mencergaskan minda
add_circle Mengurangkan senggugut
add_circle Memberi tenaga
remove_circle Rasa manis

Susu gastrik ini terdiri daripada campuran susu kambing asli dengan bahan sunnah, seperti ekstrak kurma, madu, lada hitam, buah tin, daun zaitun, kismis, delima, dan kunyit. 

Bahan-bahan ini dapat memberi manfaat yang luar biasa kepada tubuh anda sekaligus sesuai untuk ibu hamil dan kanak-kanak.

Lagipun susu gastrik ini terbukti dapat membantu mengimbangkan bacaan tekanan darah, mencantikkan kulit, mencergaskan minda, mengurangkan senggugut dan memberi tenaga.

Selain itu, dapat memperbanyakkan susu badan si ibu dan dalam masa yang sama melancarkan penghadaman. 

Susu kurma ini juga boleh membantu mengurangkan dan mencegah penyakit jantung, mencegah sembelit, mengurangkan risiko diabetes, menguatkan otot dan gigi.

Susu tepung untuk gastrik
Susu Gastrik GASTROLAC Milk Ubat Penawar Untuk Gastric
Susu Gastrik GASTROLAC Milk Ubat Penawar Untuk Gastric
mulai
RM31.00
Semak Susu Gastrik GASTROLAC Milk Ubat Penawar Untuk Gastric harga dibawah:
add_circle Halal
add_circle Lambatkan rasa lapar
add_circle Selesakan perut
remove_circle Tidak boleh tambahkan ais

Gastrolac, susu formulasi khas yang sangat sesuai untuk mereka yang mengalami gastrik dan pelbagai masalah berkaitan penghadaman seperti ulser peptik, pedih ulu hati, kembung perut dan lain-lain. 

Pengambilan susu ini juga disyorkan 3 hingga 4 kali sehari untuk kesan yang lebih berkesan.

Bagi mereka yang mengalami masalah gastrik, biasanya tidak boleh minum susu. Namun, jangan risau kerana Gastrolac sesuai untuk anda.

Jika anda tidak boleh minum bancuhan Gastrolac panas atau suam, bancuh dan sejukkannya di dalam peti ais. Minum ketika sejuk tapi jangan tambahkan ais.

Susu untuk gastrik gerd
Doclapa Susu Probiotik Rawat Gastrik Angin Gerd & Anxiety
Doclapa Susu Probiotik Rawat Gastrik Angin Gerd & Anxiety
mulai
RM57.59
Semak Doclapa Susu Probiotik Rawat Gastrik Angin Gerd & Anxiety harga dibawah:
add_circle Tiga pilihan perisa
add_circle Boleh diminum kanak-kanak seawal 7 tahun
remove_circle Kandungan gula tinggi

Susu probiotik Doclapa ini diperbuat daripada susu kambing, chia seed, kurma dan barli dan satu kotak susu ini mempunyai 20 sachet yang tahan untuk 2-3 minggu. 

Dikatakan sangat berkesan untuk gastrik, GERD, angin dan anxiety kerana barli membantu melegakan masalah pencernaan dan cegah usus daripada jangkitan bakteria.

Bukan itu sahaja, ia membantu dalam penghadaman, angin dalam badan, lawas pembuangan dan rasa kenyang lebih lama.

Selain itu, ia juga boleh diminum kanak-kanak seawal umur 7 tahun dan anda boleh pilih perisa antara susu asli, coklat atau mangga untuk anak anda.

Untuk cara minum sangat mudah, anda hanya perlu bancuh dan minum 1 sachet sehari selepas sarapan atau makan malam. 

Jangan risau, tidak ada pantang larang yang anda perlu ikuti untuk minum susu probiotik Doclapa ini.

Susu kultur untuk gastrik
GUESSTRIC SK solusi Gastrik
GUESSTRIC SK solusi Gastrik
mulai
RM99.00
Semak GUESSTRIC SK solusi Gastrik harga dibawah:
add_circle Bertaraf GMP
add_circle Mengandungi 10 bahan terbaik
add_circle Mengurangkan toksin badan
remove_circle Harga mahal
remove_circle Tidak sesuai untuk pesakit masalah buah pinggang, sakit jantung, pesakit kanser kolon atau pengamal ubat pencair darah.

GUESTRIC-SK ialah formula khas yang merangkumi DHA, probiotik dan prebiotik membantu mengurangkan masalah keasidan perut.

Ia mengandungi susu kambing dan 10 bahan terbaik yang telah terbukti melalui kajian saintifik berkesan untuk melegakan sakit gastrik, GERD dan masalah angin dalam badan.

Antara bahan semula jadi seperti kunyit putih Jepun boleh mengubati masalah sendi dan saraf dan badam pula bertindak sebagai agen antioksidan yang kuat untuk mengurangkan keradangan.

Selain itu, produk ini juga boleh menguatkan sistem imun badan anda, kurangkan toksin badan dan membantu pertumbuhan sel perut dan memastikan ia terus sihat.

Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk pesakit buah pinggang, sakit jantung, pesakit kanser kolon atau pengamal ubat pencair darah.

Apa yang menariknya, susu ini diformulasikan oleh saintis Jepun, Dr TOSHINORI SUZUKI @ LUQMAN ABDULLAH.

Susu kambing untuk gastrik
Alma Habbatussauda Promaxx Susu Kambing Tanpa Gula Rawat Gastrik
ALMA HABBATUSSAUDA PROMAXX SUSU KAMBING TANPA GULA RAWAT GASTRIK
mulai
RM89.90
Semak Alma Habbatussauda Promaxx Susu Kambing Tanpa Gula Rawat Gastrik harga dibawah:
add_circle Melegakan perut gastrik
add_circle Menguatkan imuniti badan
add_circle Sesuai untuk gastrik dan gerd
add_circle Mengandungi kolostrum
remove_circle Satu perisa sahaja

Bukan sahaja boleh merawat gastrik dan gerd, malah susu jenama Alma Habbatussauda ini juga boleh merawat kembung perut, pedih ulu hati dan mengawal gula dalam darah.

Diperbuat dari bahan-bahan semula jadi seperti susu kambing, habbatussauda, kurma, kolostrum dan madu asli. 

Bahan asli kolostrum dalam Alma Habbatussauda ini akan bantu untuk meningkatkan dan memperbaiki sistem metabolisme tubuh anda.

Selain itu, ia juga bagus untuk melawan virus, bakteria dan kuman serta bertindak sebagai agen anti alergi, anti peradangan dan anti toksin.

Dalam masa 2 minggu sahaja, perut anda dah tak meragam, angin mudah keluar, tiada lagi masalah sesak nafas dan dada semakin lapang. 

Susu full cream untuk gastrik
Nestle Nespray Full Cream Milk Powder
Nestle
Nestle Nespray Full Cream Milk Powder
mulai
RM53.90
Semak Nestle Nespray Full Cream Milk Powder harga dibawah:
add_circle Kandungan zat besi yang tinggi
add_circle Turut mengandungi Vitamin C
add_circle Membekalkan 15 jenis vitamin & mineral
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi

Susu penuh krim dari Nestle Nespray ini bukan sekadar susu bancuh yang biasa kerana mengandungi sumber nutrien penting untuk menyokong perkembangan dan kesihatan anda sekeluarga.

Diperkaya dengan protein yang memberi tenaga untuk tumbesaran bagi memastikan anak-anak dapat mencapai potensi penuh tumbesaran mereka.

Sementara itu, kandungan kalsium yang mencukupi membantu menguatkan tulang dan gigi sebagai persiapan untuk kehidupan yang sihat dan aktif.

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, susu ini membantu dalam pembentukan sel darah merah, meningkatkan lagi vitaliti dan kesejahteraan kesihatan anda.

Vitamin B1 dan B12 pula akan membantu pelepasan tenaga dari karbohidrat dan protein bagi memastikan anak anda kekal bertenaga sepanjang hari. 

Selain itu, turut mengandungi Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber-sumber bukan daging dan mengoptimumkan pengambilan nutrien.

Susu kambing untuk gerd
GASTROMILK Minuman Susu Gastrik
GASTROMILK Minuman Susu Gastrik
mulai
RM75.00
Semak GASTROMILK Minuman Susu Gastrik harga dibawah:
add_circle Melegakan gerd dan pedih ulu hati
add_circle Menggunakan susu kambing
add_circle Turut mengandungi Habbatus Sauda
remove_circle Harga sedikit mahal
remove_circle Tidak banyak stok di pasaran

Susu untuk gastrik dan gerd ini diformulasikan dengan formula terkini yang selamat dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah Akta Keselamatan Makanan.

GASTROMILK juga turut diyakini dapat menangani masalah gastrik, pedih ulu hati, angin dan juga gerd dengan pantas dan berkesan.

Apakah manfaat utama yang ditawarkan oleh GASTROMILK? Pertama, ia membantu dalam pemulihan lapisan perut akibat hakisan asid. 

Kedua, ia meredakan keradangan dalam perut, dan ketiga ia melegakan resdung asid yang menjadi punca pedih ulu hati. 

Selain itu, ia dengan cepat dapat melegakan angin dan ketidakselesaan perut anda. 

Tambahan pula, susu GASTROMILK ini membantu mengurangkan sakit badan dan sengal-sengal pada sendi yang disebabkan oleh gastritis. 

Susu gastrik ini sesuai untuk semua peringkat umur, termasuk kanak-kanak dan dewasa.

Susu gastrik untuk orang tua
Alpha Gold (800g) Milk Powder - diabetic milk, blood sugar level control
Alpha Gold
Alpha Gold (800g) Milk Powder - diabetic milk, blood sugar level control
mulai
RM103.50
Semak Alpha Gold (800g) Milk Powder - diabetic milk, blood sugar level control harga dibawah:
add_circle Nutrisi lengkap untuk ketahanan badan
add_circle Boleh naikkan berat badan
remove_circle Harga mahal

Susu Alpha Gold mengandungi 28 vitamin dan mineral penting, cukup untuk membekalkan nutrisi harian dan boleh jadi pakej pemakanan lengkap anda.

Dirumus khas untuk individu yang mempunyai diabetes, ia mempunyai indeks glisemik rendah dan mengandungi ekstrak pare untuk mengawal tahap glukosa dalam darah dengan berkesan. 

Selain itu, Alpha Gold diperkaya dengan Omega 3 & 6 yang dapat meningkatkan kesihatan jantung dan salur darah. 

Campuran unik prebiotik (GOS, FOS, Inulin) memastikan penyerapan nutrien optimum, manakala kalsium dan Vitamin D menyokong pembangunan tulang dan gigi yang kukuh.

Kandungan probiotik ini juga akan mengawal masalah gastrik dengan berkesan.

Dengan tambahan lutein, Alpha Gold membantu melindungi dan mengekalkan sel-sel yang sihat di dalam mata. 

Selain itu, susu ini juga kaya dengan protein berkualiti tinggi, memudahkan pembaikan tisu dan pembinaan otot. 

Manakala, kandungan serat tingginya membantu mengekalkan sistem pencernaan yang sihat.

Susu kambing gastrik untuk ibu hamil
Hi Goat Susu Kambing
Hi Goat
Hi Goat Susu Kambing
mulai
RM11.50
Semak Hi Goat Susu Kambing harga dibawah:
add_circle Mengandungi asid amino
add_circle Kandungan kalsium yang tinggi
add_circle Menguatkan sistem imunisasi tubuh
remove_circle Rasa susu kambing mungkin bukan untuk semua

Untuk anda yang mencari susu kambing yang boleh melegakan gastrik, boleh dapatkan susu kambing dari Hi Goat ini.

Susu kambing terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan, menjadikannya pilihan yang ideal untuk wanita hamil. 

Ia kaya dengan asid amino penting yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan ibu dan bayi dalam kandungan.

Dengan tambahan Vitamin D, ia membantu mengurangkan risiko diabetes semasa kehamilan dan merangsang perkembangan janin. 

Selain itu, kandungan Vitamin E memberikan sifat antioksidan, membantu mencegah pelbagai penyakit.

Kandungan kalsium yang tinggi pula menyumbang kepada kesihatan tulang ibu dan bayi, manakala kandungan Vitamin A membantu dalam pemulihan tisu dan meningkatkan sistem imun bayi. 

Manfaat susu kambing ini bukan hanya kepada ibu mengandung je, tapi turut menawarkan pelbagai kelebihan untuk individu dari semua peringkat umur. 

Susu ini bagus untuk anda yang mempunyai masalah angin atau gastrik kerana ia mudah dicerna dan tidak menyebabkan alahan, menjadikannya sesuai untuk anda yang mempunyai masalah pencernaan sensitif.


Apa itu gastrik?

Gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis iaitu keadaan di mana dinding perut meradang akibat pengeluaran asid perut yang berlebihan. 

Asid ini boleh merosakkan lapisan pelindung perut dan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. 

Keadaan ini boleh menyebabkan simptom seperti sakit perut, loya, muntah, sendawa dan ketidakselesaan di dalam perut. 


Apakah tanda-tanda gastrik?

  • Senak perut (ketidakhadaman)

Senak adalah sakit perut di bahagian atas perut dan masalah ini boleh berlaku selepas anda makan atau minum.

Ia disebabkan oleh kerengsaan dan kesakitan yang boleh disebabkan oleh asid yang memecahkan lapisan pelindung dinding perut.

  • Pedih ulu hati

Anda mungkin akan rasa sensasi terbakar di dada atau tekak anda selepas makan makanan yang banyak.

Ini mungkin tanda penyakit refluks gastroesophageal (GERD).

Penyakit refluks gastroesophageal adalah masalah penghadaman kronik yang berpunca daripada asid perut atau kandungan perut yang mengalir semula ke esofagus.

  • Perut kembung dan loya

Gastrik juga boleh menyebabkan kembung perut, rasa loya, mual dan muntah. 

Ia adalah keadaan biasa yang disebabkan oleh perut yang tidak selesa dan boleh menjadi lebih teruk apabila makanan tidak dicerna dengan betul.

Anda juga mungkin rasa lapar walaupun baru sahaja makan.

  • Hilang selera makan

Jika gastrik semakin teruk, pesakit juga mungkin hilang selera makan dan mengalami penurunan berat badan.

  • Lemah dan lesu

Badan akan terasa sangat lemah kerana terpaksa menahan sakit yang menyebabkan penat dan ketidakselesaan di bahagian perut.

Beberapa tanda gastrik yang lain termasuk:

  • Kerap sendawa 
  • Sering buang angin (kentut) selepas makan
  • Warna najis bertukar menjadi hitam


Petua Hilangkan Gastrik

Tentu anda yang mempunyai masalah gastrik mahukan cara lama atau petua yang berkesan untuk hilangkan gastrik.

Ini antara petua yang anda boleh cuba:

Makan dalam jumlah yang kecil

Anda boleh amalkan untuk makan dalam jumlah kecil atau bak kata orang putih 'eat in smaller portion' secara kerap kerana ia boleh mengurangkan tekanan pada perut dan membantu dalam proses pencernaan.

Elak makanan pedas dan berlemak

Makanan pedas dan berlemak boleh merangsang pengeluaran asid dalam perut, dan ini boleh menyebabkan keadaan gastrik menjadi lebih teruk.

Amalkan rutin pemakanan seimbang

Jika anda ada masalah gastrik yang teruk, anda perlu jadikan pemakanan seimbang sebagai rutin harian. Ambil makanan yang mengandungi serat yang mencukupi, bijirin, buah-buahan, dan sayur-sayuran, dan indari makanan yang mengandungi gula berlebihan.

Minum air secukupnya

Pastikan minum air dalam kuantiti yang mencukupi sepanjang hari kerana ia membantu proses pencernaan dan mengelakkan anda daripada dehydrated.

Elak pengambilan kafein dan alkohol

Kedua-duanya mengandungi tindak balas kimia yang boleh merangsang pengeluaran asid dalam perut dan merenggangkan atau menghakis dinding perut yang boleh memburukkan keadaan gastrik.

Amalkan gaya hidup sihat

Anda dinasihatkan untuk sentiasa bersenam secara berkala, dapatkan tidur yang mencukupi, dan mengelakkan stres untuk membantu mengurangkan gejala gastrik.

Berhenti merokok

Perkara yang sukar dilakukan bagi sesetengah orang, tetapi jika anda mempunyai masalah gastrik, anda perlu berhenti merokok kerana ia boleh menghasilkan pengeluaran asid dalam perut dan merenggangkan dinding perut.

Akhir sekali, sekiranya gejala gastrik anda makin teruk, anda dinasihatkan untuk rujuk kepada pakar kesihatan. Hal ini penting agar anda dapat rawatan awal daripada pakar kesihatan yang berkelayakan.


Makanan Dan Minuman Sesuai Ketika Gastrik

Bagi individu yang mempunyai masalah gastrik, sebenarnya penting untuk tahu apakah makanan atau minuman yang sesuai diambil.

Pengambilan makanan dan minuman yang tidak sesuai akan menyebabkan iritasi atau memburukkan lagi keadaan gastrik.

Jom lihat beberapa contoh makanan dan minuman yang sesuai untuk diambil semasa mengalami gastrik:

Makanan

  • Sayur-sayuran rebus seperti lobak, kentang, wortel, dan labu adalah pilihan yang baik kerana mudah dicerna.
  • Buah-buahan seperti epal yang direbus atau dijadikan jus tanpa gula tambahan boleh membantu mengurangkan keasidan dalam perut.
  • Pilih sereal yang rendah gula dan lemak, serta tinggi serat untuk membantu pencernaan.
  • Produk susu rendah lemak, yogurt tanpa pemanis tambahan, dan keju lembut adalah pilihan yang baik untuk mendapatkan kalsium tanpa menyebabkan keasidan yang berlebihan.
  • Ayam tanpa kulit, ikan, dan daging tanpa lemak adalah pilihan protein yang baik yang tidak akan memberi tekanan tambahan pada perut.

Minuman

  • Minum air suam atau hangat boleh membantu meredakan gejala gastrik.
  • Teh herba seperti chamomile atau peppermint dapat membantu meredakan ketegangan pada perut.
  • Air kelapa segar adalah minuman yang rendah asid dan boleh membantu menyeimbangkan pH dalam perut.
  • Susu almond tanpa gula tambahan adalah alternatif yang baik bagi mereka yang mempunyai intoleransi laktosa.
  • Jus sayur-sayuran yang segar seperti jus lobak atau jus bayam boleh membantu mengurangkan keasidan dalam perut.

Tambahan lagi, anda perlu pastikan untuk tidak mengambil makanan atau minuman yang berpotensi menyebabkan iritasi atau memperburuk gejala gastrik, seperti makanan pedas, berlemak, berminyak, dan berkarbonat.

Setiap individu mungkin mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap makanan tertentu, jadi penting untuk memantau gejala dan mengambil langkah-langkah yang sesuai mengikut keadaan diri.


Artikel Berkaitan

End of Article