Walaupun daging, ayam, ikan, sayur, kekacang dan buah sudah menjadi milk booster terbaik, ibu menyusu pasti memerlukan produk susu untuk ibu menyusu supaya mencukupi permintaan si comel.
Sekarang ni, terdapat banyak minuman milk booster untuk si ibu, tinggal nak pilih saja.
Tapi mana satu milk booster paling berkesan untuk ibu menyusu dan yang terbaik?
Jadi, kami bantu beri senarai susu untuk ibu menyusu yang terbaik supaya ibu-ibu di luar sana dapat menyusukan anak mereka sehingga berusia 2 tahun.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 11 Milk Booster Terbaik
Sebab menjadi pilihan utama:
Mengandungi pelbagai nutrisi penting untuk ibu lepas bersalin, dan ia dihasilkan daripada bahan organik yang bagus untuk tubuh badan.
Ciri-ciri:
Mengandungi 4 jenis buah iaitu longan kering, goji, kurma merah dan kurma hitam dan rose buds.
Setiap buah ini mengandungi khasiat tersendiri, antaranya:
- Mengatasi insomnia dan masalah pencernaan seperti sembelit.
- Mengandungi Vitamin C.
- Mudahkan penghasilan susu.
- Menjadikan kulit lebih berseri.
- Meningkatkan tenaga dan mood.
- Membantu menyejukkan badan dan menjaga kesihatan dalaman.
- Mengatasi masalah HB rendah bagi ibu hamil.
Anda boleh potong kurma merah dan hancurkan longan semasa membancuh teh untuk mengeluarkan manisnya.
Cara pembuatannya mudah saja, bilas dahulu semua bahan, rebus 15-30minit.
Sukatan air pastikan seimbang dengan jumlah campuran buah dan masukkan gula batu waktu mendidih.
Sebaiknya minum 2 kali sehari sewaktu pagi dan petang atau sebelum tidur. Baki air boleh simpan dalam peti sejuk dan tahan selama seminggu.
Review:
“Milk booster paling murah. Sedap & senang nak minum. Rendam dalam air panas tunggu kembang boleh terus minum. Lepas minum terus payudara rasa berdenyut. Susu pun banyak sangat.”
Bagi ibu bekerja yang mempunyai rutin harian yang padat, Mamom Milk Booster ini memang sesuai untuk anda kerana direka ready to eat.
Mengandungi campuran 11 bahan semula jadi, antaranya susu kambing, alfalfa, madu, kurma, bawang putih, halba, kismis dan banyak lagi.
Sebaiknya, minum air masak dan kerap menyusukan si kecil terutama sebelah malam untuk hasil susu yang melimpah.
Ingin diingatkan, elakkan menelan tapi kunyah supaya nutrisi dapat serap mudah dalam badan.
Cara pengambilan, hanya perlu kunyah sebiji sehari sebelum makan untuk ibu mengandung.
Manakala 2 biji untuk ibu lepas bersalin iaitu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Jika si ibu ada ambil suplemen lain selain Mamom, sebaiknya tunggu selepas 2 jam baru makan milk booster ini.
Cara penyediaan untuk Nufiya Organic Milk Booster menggunakan cara tradisional kerana perlu rebus terlebih dahulu.
Jadi untuk memudahkan anda, beli dalam kuantiti yang banyak untuk buat stok tapi perlu disimpan dalam peti ais supaya buah kekal segar dan tidak rosak.
Kandungan dalam setiap bungkusan mempunyai bahan buah semulajadi iaitu kurma merah, kurma hitam, longan, goji beri dan madu.
Setiap buah ini mempunyai khasiat tersendiri dan bila digabungkan terhasillah beberapa kebaikan, antaranya:
- Awet muda.
- Memekatkan susu ibu.
- Mengurangkan sembelit.
- Menambahkan kuantiti susu ibu.
- Memberi kesihatan dalaman yang baik.
Biskut milk booster dari Lactomomma mengandungi pelbagai nutrisi penting untuk proses susu ibu.
Antaranya asid folik, kalsium, omega-3, magnesium, potassium, iron dan Vitamin B.
Semua nutrisi yang ada dalam susu ini dapat bantu banyakkan susu ibu supaya cukup keperluaan si comel.
Cara pengambilan hanya makan 4 biskut sehari, 2 keping sebelah pagi dan 2 keping sebelah malam.
Pernah makan jeli? Ya, memang rasa jeli buah. Tak manis dan tak tawar, memang sedap.
Bagi ibu bekerja yang mempunyai rutin harian yang padat, Nufiya Lactation Jelly ini memang sesuai untuk anda kerana direka ready to eat.
Jadi tak perlu rebus-rebus, pagi sebelum mulakan kerja boleh makan jeli ni dulu untuk atasi masalah susu drip.
Kandungan bahan yang terdapat dalam jelly ini adalah longan kering, kurma merah, kurma hitam, madu asli, buah goji, putik mawar, rice paper Pith, kurma merah, RO Water dan carrageenan gum.
Semua bahan ini dapat membantu memekatkan susu, memperbanyakkan susu ibu, memberi tenaga, bantu mengurangkan sembelit dan banyak lagi.
Ingin diingatkan, wanita mengandung 4 bulan ke atas baru boleh makan jeli ini.
Dengan bahan-bahan tradisional yang digunakan dapat menyokong bekalan susu ibu. Antara bahan yang digunakan adalah Halba atau fenugreek.
Fenugreek dapat bertindak sebagai galaktagog yang menjejaskan rangsangan kelenjar susu.
Kemudian biji adas yang dapat meningkatkan tahap prolakton, hormon utama yang bertanggungjawab untuk merangsang pengeluaran susu.
Seterusnya yis brewer yang mengandungi protein, mineral dan Vitamin B yang sangat mudah dihadam.
Dalam masa yang sama yis brewer ini dipanggil sebagai "Superfood" untuk membantu meningkatkan bekalan susu.
Satu kotak dibungkus kecil dengan pek berkembar untuk kebersihan dan kemudahan si ibu untuk dibawa ke mana saja.
Lagipun cara pembungkusan begitu bertujuan kebersihan dan mengekalkan kesegaran biskut.
Dirumus khas secara saintifik untuk menyokong keperluan nutrisi si ibu yang menyusu badan.
Malah, merupakan satu-satunya susu menyusu dengan Gangliosides dan tanpa gula tambahan.
Jadi, si ibu yang menyusu cukup minum 2 gelas sehari sudah dapat menyokong 100% keperluan pemakanan untuk kalsium, folat, Vitamin B2 dan Vitamin B6 semasa penyusuan.
Ini kerana wanita yang menyusu memerlukan 500kcal tambahan setiap hari.
Manakala Vitamin B membantu menyokong pembebasan tenaga daripada makanan untuk memberikan anda tenaga tambahan yang si ibu perlukan.
Risau tidak dapat menghasilkan susu ibu yang mencukupi untuk si manja? Beli je susu untuk tambah susu badan ni!
Milk booster pertama yang menggabungkan DHA dan Fenugreek, bahan semula jadi yang terbukti dapat meningkatkan pengeluaran dan kualiti susu ibu.
Turut mengandungi bahan-bahan lain termasuk:
- Badam - baik untuk kulit dan melindungi daripada penyakit jantung.
- Kacang soya - mengandungi fitoestrogen yang dapat menurunkan risiko kanser payudara.
- Daun Katuk - mampu meningkatkan pengeluaran susu ibu sehingga 50.47%
- Ekstrak kurma - membantu badan menghasilkan lebih banyak prolaktin.
Produk ini juga telah diuji dan diluluskan di Singapura. Anak menyusu cepat kenyang dan tidur pun lena.
Menurut pelanggan, kedua-dua perisa itu memang sedap dan berkesan sebab susu badan makin banyak.
Jenama susu yang selalu laris dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Gandingan kurma dan 100% susu segar Farm Fresh sesuai dinikmati untuk semua lapisan umur dan juga untuk ibu mengandung.
Diperkaya dengan zat besi untuk pertambahan sel darah merah dan tidak mengandungi sebarang pewarna atau perasa tambahan.
Paling penting, susu ini tak perlu bancuh, rasanya sedap berlemak dan mengenyangkan.
Jenama susu rendah kolesterol yang sangat bagus untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak.
Mengandungi bahan yang bagus untuk kesihatan seperti kurma, susu kambing, madu, delima dan Vitamin C.
Membuatkan wajah kita awet muda dan menghilangkan kulit hitam di celah lipatan.
Susu ini juga boleh mencerahkan kulit, merawat masalah jerawat, kulit ekzema, kulit kusam, memudarkan jeragat dan parut di seluruh badan yang susah nak hilang.
Sangat elok untuk wanita yang mengalami masalah sembelit, gastrik, senggugut dan memberi tenaga sepanjang hari.
Selain membanyakkan susu badan ibu yang menyusu, kulit anda akan nampak lebih flawless!
Nak tingkatkan pengeluaran susu ibu secara semula jadi? Beli je VitaHealth Lac-Ease.
Lac-Ease mengandungi 150mg ekstrak halba, ditambah dengan ekstrak daun raspberry merah, biji thistle dan biji adas.
Biji fenugreek meningkatkan pengeluaran susu ibu dan ini membantu bayi baru lahir menaikkan berat badan.
Daun raspberry merah pula menggalakkan bekalan susu ibu dan membantu pemulihan selepas bersalin.
Selera makan berkurang selepas bersalin? Jangan risau, biji thistle dalam Lac-Ease akan membantu meningkatkan selera makan dan melegakan ketidakselesaan semasa menyusu.
Selain itu, biji adas turut meningkatkan jumlah laktasi, membantu penghadaman dan melegakan simptom kolik pada bayi untuk tidur lebih lena.
Ambil 1 kapsul, dua kali sehari selepas makan atau mengikut saranan doktor atau ahli farmasi.
Apa Kelebihan Milk Booster?
Milk booster bermaksud penggalak susu atau penambah susu dalam badan ibu itu sendiri.
Tapi milk booster hanya membantu 5% dalam pengeluaran susu badan.
Ini kerana khasiat kandungan milk booster yang mampu mengaktifkan hormon prolaktin dan oksitosin.
Milk booster yang sebenar datangnya dari sumber protein dan vitamin dari makanan harian si ibu.
Selain itu, kerajinan si ibu untuk menyusukan si comel kerana semakin kerap si comel menghisap susu, semakin banyak penghasilan susu akan terjadi.
Jika terpaksa berjauhan dengan anak kerana faktor kerja, milk booster si ibu adalah kerajinan untuk mengepam di tempat kerja.
Bagaimanapun kekerapan menyusukan bayi atau mengepam adalah di antara 2 hingga 3 jam.
Kesan Sampingan Pengambilan Milk Booster
Menyusu bayi merupakan pengalaman yang istimewa, namun tidak semua wanita mempunyai susu badan yang mencukupi.
Maka, mereka memilih mengambil milk booster.
Walaupun dianggap selamat, pengambilan milk booster turut membawa beberapa kesan sampingan berbeza bergantung tindak balas badan setiap individu.
Antaranya pening, mengantuk, sakit perut, dan rasa tidak selesa atau membengkak di kawasan payudara.
Jangan risau, ini biasanya hilang selepas badan anda biasa dengan milk booster tersebut.
Sekiranya kesan sampingan berterusan atau bertambah teruk, hentikan pengambilan dan berbincang dengan doktor untuk nasihat lanjut.
Elakkan juga daripada mengambil produk milk booster melebihi arahan penggunaan untuk mengelakkan masalah buah pinggang atau penyakit hati.
Ingat, kesihatan ibu dan bayi amat penting!
Cara Tradisional Tambah Susu Badan
Sebagai ibu menyusu, memastikan bekalan susu yang mencukupi untuk bayi tersayang pastinya menjadi keutamaan.
Mungkin anda kurang gemar atau tiada bajet tambahan untuk dapatkan milk booster di farmasi atau di pasaran.
Jangan risau, ikuti je tips di bawah untuk hasilkan susu badan yang lebih banyak tanpa pengambilan milk booster:
-
Banyakkan minum air masak
Pastikan anda sentiasa cukup minum air kosong sepanjang hari untuk mengelakkan pengurangan penghasilan susu badan.
-
Kawal stress anda
Beri masa untuk tubuh anda berehat dan tidur dengan cukup. Tekanan boleh mengurangkan penghasilan susu.
-
Makan makanan yang boleh banyakkan susu
Antaranya horlicks, kurma merah, teh campuran longan, lobak putih, sawi dan milk booster organik.
Kurangkan kafein dan makanan herba atau rempah secara berlebihan.
-
Rajin pam susu
Perah susu badan secara berkala dan pastikan teknik susuan yang betul.
-
Urut payudara
Urut payudara dengan lembut sebelum menyusu boleh merangsang penghasilan susu dengan lebih baik.
Boleh guna minyak zaitun atau minyak kelapa untuk urutan ini.
Apa-apa pun, jom lihat benda yang anda wajib tahu tentang penyusuan di bawah: