Model action camera telah mengubah industri hiburan dan perfileman khususnya. Saiznya yang kecil, ringan dan sangat mudah digunakan untuk merekod apa jua aksi gerakan.
Ia telah menjadi permintaan ramai terutamanya pada mereka yang ingin merakam aktiviti sukan lasak dan sukan air.
Para vlogger juga tidak ketinggalan menggunakan action camera sebagai travel gadjet.
Walaupun kecil, resolusi video dan gambar terhasil dengan jelas. Malah ia boleh menangkap view sehingga 180° darjah.
Kami sediakan 10 pilihan action camera pada harga bawah RM300;
Penyunting
Table of Contents
Isi Kandungan
- 8 Action Camera Murah Terbaik Bawah RM300 di Malaysia 2024
- Tips Memilih Action Camera
- Artikel Berkaitan
10 Action Camera Murah Terbaik Bawah RM300 di Malaysia 2024
- APEMAN A80 Action Camera 4K Ultra HD
- SJCAM C100 Mini Thumb Camera
- Eken H9R 4K Action Camera
- Eken H7S Touch Screen Action Camera
- SJCAM Original SJ4000 WiFi Full HD Action Camera
- ThiEYE i60e ULTRA HD ACTION CAMERA
- Xiaomi XiaoYi Yi Sport Action Camera
- F60R Sport Action Camera
Seakan action kamera jenama mewah, Apeman A80 memberi kepuasan hasil video yang stabil, kurang gegaran dan paling penting dapat dirakam pada saiz 4K.
Kelebihan yang lain pada action kamera ini mempunyai ISO yang tinggi dimana dapat mengambil gambar atau video walaupun dalam cahaya malap atau pada waktu malam.
Anda turut terus boleh berkongsi hasil gambar atau video didalam media sosial kerana kamera ini mempunyai sambungan WiFi.
Sekecil-kecil ibu jari anda sahaja tau saiz kamera ini. Ianya model terbaharu dari SJCAM yakni sesuai untuk apa jua aktiviti kasual, sukan lasak mahupun untuk video hiburan TikTok!
Ia boleh merakam dengan video 4K dengn 30fps dengan boleh berpusing pada mana-mana sudut sekalipun hanya dengan dua jari anda.
Malah ia kalis air sehingga 30 meter, boleh dilekat pada besi kerana body magnet dan mod tangkapan gambar tanpa henti.
Action camera keluaran Eken, model H9R adalah yang terbaharu untuk tahun 2021.
Ia sebuah mini kamera yang cukup sesuai untuk aktiviti santai, penggemar selfie atau vlogging. Dilengkapi dengan alat kawalan yang memudahkan anda untuk mengambil gambar dari sudut jauh.
Fungsi terbaharu mereka lengkap dengan penyambungan WiFi bagi membolehkan anda melihat semula rakaman video atau gambar atau terus berkongsi kedalam telefon pintar.
Saiz resolusi video sangat memuaskan yang mempunyai rakaman 4K serta wide angle sehingga 17 darjah.
Walaupun kecil dan murah, rata-rata ulasan di Shopee berpuas hati dan merasa model ini setanding dengan action camera yang premium.
Model H7S yang diperkenalkan oleh jenama Eken menjanjikan hasil video dan gambar yang memuaskan.
Dilengkapi dengan pilihan format video sehingga 4K bersama 30fps sudah tentu memberi perincian yang bagus. Begitu juga resolusi merakam gambar yang baik serta boleh terus mengambil 3 imej serentak.
Tak dilupakan dengan speaker dan mikrofon bagi memudahkan pengguna melihat dan memilih semula rakaman yang baik.
Saiz bateri 1050 mAh sudah memadai, jangan risau ia boleh dicas semula dengan power bank, AC adapter atau dari plug pengecas kereta anda.
Berdasarkan piawaian SJ4000, kamera aksi dengan wifi mengetengahkan ciri-ciri sambungan sambungan WiFi utuk pemantauan secara jauh dan kawalan menggunakan aplikasi SJCAM HD.
Sesuai untuk pelbagai jenis situasi termasuk solusi untuk topi keledar dan papan luncur. Kamera ini juga selamat ketika dibawa meluncur kerana bersifat kalis air.
Skrin LCD 1.5" di bahagian belakang kamera membenarkan anda untuk membentuk syot-syot menarik dan prebiu apa yang telah anda tangkap sebentar tadi.
ThiEYE i60e mampu membantu anda untuk merekod maksimum sehingga 4K video berdefinisi tinggi serta pandangan luas 170° darjah untuk memudahkan anda prebiu semula gambar yang telah diambil.
WiFi dengan sambungan telefon pintar Android dan IOS telefon pintar, membolehkan anda untuk mengawal secara jarak jauh untuk merakam, memuat naik dan berkongsi momen anda di media sosial.
Selain itu kamera ini juga kalis air, tahan kepada kejutan dan tahan debu.
Kamera aksi istimewa sukan ini memiliki pelbagai fungsi serta mudah alih untuk merakam gambar dan video pada definisi tinggi sehingga 1080 HD.
Saiz bateri 1400mAh yang besar sesuai untuk rakaman yang lama lebih lagi jika rakam dengan mod 4K.
Dengan teknologi kestabilan Electronic Image Stabilization (EIS) menjamin untuk aktiviti luar yang ekstrem dan berisiko tinggi.
Selain itu ia juga mampu menyokong kad mikro SD dengan 64GB sebagai peralatan untuk tujuan menyimpan.
Mudah digunakan dan berkualiti tinggi, ia juga boleh menjadi action kamera serta perakam video terbaik buat anda.
Kamera aksi terbaik untuk mereka yang sering dengan aktiviti lasak kerana ia adalah kalis air maka anda boleh merakam gambar ketika berada dalam air.
Selain itu juga WiFi binaan dalaman membantu untuk mengawal kamera sepenuhnya, mainan semula foto dan prebiu secara live.
Juga terdapat ciri unik seperti lensa 6G HD 170° darjah sudut luas serta skrin LCD 960x240 setebal 2 inci.
Dengan kamera aksi ini juga, ia menyokong video dengan langkauan masa.
Tips Memilih Action Camera
Pertama kali hendak membeli action camera? Baca tips ringkas dari team Producnation;
- Lihat pada saiz action camera seharusnya kecil, mudah dibawa dan biasanya boleh dikepil, dipasang pada pemegang.
- Resolusi kamera sangat penting, jangan rugi ya kerana resolusi kamera boleh mencecah 4K sehingga 40 fps.
- Keluasan rakaman ultra-wide, ada yang boleh sehingga 360 darjah tapi untuk kamera yang biasa-biasa 180 darjah sudah memadai.
- Jangan lupa tentang penstabilan, tidak kira action kamera murah atau mahal lihat pada fungsi stabilization. Ini adalah kunci utama bagi mendapatkan hasil rakaman yang jelas dan cantik.
- Akhir sekali semestinya ketahanan bateri. Ia bergantung kepada saiz kamera dan penggunaan fungsi.