Selalunya mesti orang akan tanya selain Astro apa yang bagus untuk dipasang di rumah sebagai medium hiburan? Jawapanya di sini adalah Android Box.
Android Box terbaik merupakan inovasi terkini untuk menikmati tayangan drama dan filem tanpa had dengan pembayaran yang murah.
Anda boleh menonton siaran daripada internet terus kepada televisyen tanpa perlu menggunakan gajet seperti laptop atau smartphone.
Bagi mereka yang sering menonton televisyen, pasti inginkan jenama Android TV terbaik dengan harga Android TV box berpatutan supaya puas untuk back to back menonton televisyen.
Jadi kami review Android TV box terbaik dan smart TV box sesuai untuk digunakan dalam kediaman anda.

Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 12 Android Box TV Terbaik di Malaysia 2025

- CPU: Cortex-A53 Quad-core 64 bit
- GPU:Mali-450
- OS: Android 8.1
- SDRAM: 2GB
- Flash Memory: 8GB
- Frequency: LAN Ethernet
- WiFi: 2.4 / 5GHz
Sebab menjadi pilihan utama:
Android box terbaik Xiaomi adalah salah satu jenama elektronik yang dipercayai mempunyai fungsi kawalan menggunakan suara Google Assistant yang lain daripada yang lain dan ada sokongan resolusi 4K.
Ciri-ciri:
Xiaomi Mi Box S tidak ketinggalan menawarkan pelbagai siaran dan kemudahan tontonan hiburan kepada pengguna.
Bercirikan sistem operasi terbaru Android bersama naik taraf Bluetooth dan Chromecast Ultra.
Jadi apa jua siaran atau pelantar penstriman video, kualiti streaming lebih lancar sehingga boleh menikmati filem, drama, video dan apa sahaja dengan resolusi jelas 4K!
Rekaan yang ringkas dan kecil tidak akan mengganggu susun atur sudut televisyen anda di rumah.
Tawaran harga juga sangat berpatutan dengan sistem canggih yang terbaik.
Model ini sesuai untuk mereka yang tidak savvy dengan teknologi, dengan kemudahan langkah tetapan yang ringkas.
Review:
“Apa yang ada pada Xiaomi Mi Box S yang tiada pada Android box lain ialah Google Assistant. Tak payah susah-susah tekan remote nak cari video. Guna suara je!”

- CPU: Allwinner H6 quad-core Cortex A53 chip
- GPU: Mali-T720
- OS: Android 9
- SDRAM: 2 / 4GB
- Flash Memory: 16 / 32 / 64GB
- Frequency: LAN Ethernet
- WiFi: 2.4 GHz
Peranti canggih untuk kemudahan tontonan mereka yang gemar menghabiskan masa menonton televisyen.
Model hebat ini dilengkapi dengan sistem operasi Android 9 yang membekalkan anda dengan pelbagai aplikasi terkini dari Android.
Selain itu, Android box ini dilengkapi dengan unit pemprosesan berkuasa tinggi untuk persembahan yang hebat.
Jangan risau, menyokong sambungan WiFi dan Ethernet untuk kegunaan seisi rumah tanpa alami masalah lagging atau buffering dalam satu masa yang sama.

- RAM : 1GB
- Storage : 8GB eMMC
- CPU : Quad-core Cortex-A53
- GPU : ARM Mali-450
- Ports : HDMI x1 / Micro USB x1
- Wi-Fi : 2.4GHz/5GHz
- Bluetooth : 4.2 Version
Android box dalam bentuk stick berjenama Xiaomi ini mempunyai rekaan yang sleek dan ringkas.
Malah dengan saiz kecil yang boleh dibawa bersama-sama ketika melancong, outstation dan sebagainya.
Mi Stick ini juga mudah dipasangkan pada semua device yang mempunyai sambungan HDMI.
Selalunya digunakan untuk menonton filem dan rancangan TV menerusi pelantar OTT seperti Netflix, Youtube, Disney+ Hotstar dan Amazon Prime Video.
Paparannya juga memuaskan hati kerana menyokong output video 4K.
Alat kawalan jauhnya juga menyokong fungsi suara melalui Google Assistant, supaya anda boleh membuat carian menggunakan suara sahaja, tanpa perlu menaip!

- CPU: NVIDIA® Tegra® X1
- GPU: 256-core GPU
- OS: Android 11.0 powered by Android TV™ with Chromecast 4K built-in
- SDRAM: 3GB
- Flash Memory: 16GB
- Frequency: Gigabit Ethernet
- WiFi: 2.4 and 5 GHz
NVIDIA SHIELD Android TV Pro menyokong resolusi 4K UHD yang menakjubkan dengan HDR10.
Tambahan pula, dengan teknologi Dolby Vision dapat memberi anda pengalaman menonton yang luar biasa.
SHIELD Android TV Pro ini mempunyai 3GB RAM dengan penyimpanan 16GB dan boleh besarkan melalui port Micro-USB atau slot kad MicroSD, memastikan prestasi yang lancar dan ruang yang mencukupi untuk hiburan anda.
Sambungan mudah dengan pilihan WiFi 5 Dual-band dan Ethernet, membolehkan anda menonton siaran TV dengan lebih lancar.
Bukan itu saja, anda juga boleh bermain game tanpa gangguan connectivity.
SHIELD Android TV dilengkapi dengan mikrofon yang boleh dikawal dari jauh bagi membolehkan anda mengawal sistem hanya menggunakan voice command melalui Google Assistant dan Alexa.
Turut mempunyai pelbagai aplikasi streaming popular telah di install di dalamnya dan anda boleh akses kepada rancangan dan filem kegemaran anda selepas memasangnya ke TV.
Walaupun harga Android Box terbaik ini sedikit mahal berbanding yang lain tapi ini merupakan satu pilihan terbaik untuk kaki gamers sebab anda boleh main game dengan lancar.

- CPU: Quad core ARM Cortex-A53
- GPU:Mali-T720
- OS: Android 9.0
- SDRAM: 2 / 4GB
- Flash Memory: 16 / 32 / 64GB
- Frequency: LAN Ethernet
- WiFi: 2.4GHz
Tonton drama terkini pada smart TV tanpa sebarang lagging dengan Q+ Android Box.
Mungkin sistem Android 9.0 bukanlah yang terkini, tetapi ia masih memberikan prestasi yang pantas untuk keperluan hiburan harian anda.
Selain itu, CPU Quad core ARM Cortex-A53 yang canggih memberikan kawalan lancar untuk menggunakan aplikasi yang memerlukan daya pemprosesan tinggi.
Kualiti tontonan bertambah hebat dengan visual sejelas 6K Ultra-HD.
Jika anda memerlukan storan tambahan untuk melancarkan lagi sesi tontonan, pilih sahaja model dengan flash memory lebih tinggi iaitu 32GB atau 64GB.
Atau anda boleh juga masukkan SD card setinggi 64GB pada slot yang disediakan.

- CPU: S905X4-B Quad-Core A55
- GPU: G31, OpenGL3.2, Vulkan 1.0, OpenGL2.0
- OS: Android 11
- SDRAM: 2 GB
- Flash Memory: 16 GB
- Frequency: Lan Ethernet
- WiFi: 2.4GHz & 5GHz
Kekuatan android TV box daripada jenama Mecool ini adalah pada kelancaran penggunaannya dan kejelasan paparan video yang dimainkan.
Kelancaran penggunaannya yang baik terletak pada sistem operasi Android 11 yang efisen dan CPU S905X4-B Quad-Core A55 yang berkuasa.
Dari segi paparan video, anda akan memperoleh kualiti gambar yang tajam dan warna yang jelas dengan fungsi sokongan output video setinggi 8K.
Keberadaan beberapa GPU seperti G31, OpenGL3.2, Vulkan 1.0, OpenGL2.0 membolehkan model ini menangani tugas grafik yang kompleks dengan lebih baik.
Ini termasuk memainkan filem atau drama terkini di platform seperti Netflix yang melibatkan grafik tinggi tanpa mengalami lag atau jerking.
Suatu kepuasan menonton yang dicari-cari untuk sebuah android box.

- CPU: Allwinner H616/H618 Quad-Core Cortex-A53
- GPU: Mali-G31 MP2
- OS: Android 12
- SDRAM: 8 GB
- Flash Memory: 32 GB
- Frequency: Lan Ethernet
- WiFi: 2.4GHz & 5GHz
Nikmati hiburan tanpa henti dengan Tx68 Android Box, dilengkapi dengan lebih 600 saluran langsung, termasuk pilihan popular serta filem dan drama yang dikemas kini secara automatik seumur hidup, tanpa perlu bayaran bulanan.
Dikuasakan oleh CPU Allwinner H616/H618 Quad-Core Cortex-A53 dan GPU Mali-G31 MP2, kotak Android ini menawarkan penstriman, permainan, dan pelayaran yang lancar.
Selain itu, ia dilengkapi dengan RAM 4GB dan ROM 32GB untuk menjalankan pelbagai tugas dengan mudah serta storan yang mencukupi.
Turut dilengkapi dengan WiFi dwi-jalur (2.4GHz & 5GHz) dan Bluetooth, Tx68 memastikan sambungan yang pantas.
Peranti ini mempunyai 3 port USB, slot kad microSD, dan output HDMI untuk memudahkan anda membuat pelbagai sambungan.
Paling menarik, android box ini juga turut menyokong platform gaming klasik seperti PSP, PS1, dan Arcade.
Dengan jaminan selama 6 bulan, Tx68 Android Box adalah alat untuk anda mendapatkan hiburan seumur hidup.

Disebabkan rupanya yang berkotak, jadi ia juga boleh dianggap sebagai TV box yang dapat disambungkan pada TV dan digunakan untuk tonton siaran TV biasa.
Memang agak pelik sedikit untuk meletakkan dia dalam kategori android box, tapi demi memenuhi permintaan anda yang mencari TV box yang tidak menggunakan internet, maka MYTV Decoder Myfreeview ini paling sesuai disenaraikan.
Apa yang menarik, anda tidak perlu bersusah payah memasang TV box ini kerana ianya mudah untuk dipasang dan anda memerlukan antena untuk dapatkan siaran TV.
Siaran TV pula semuanya jelas kerana ia merupakan TV box untuk digital TV, jadi tiada lagi TV kelabu asap.
Bagaimanapun, anda juga boleh memilih untuk memasang sambungan internet pada TV box ini dan selepas itu boleh menonton YouTube yang sudah tersedia di dalamnya.

- CPU: CH616 Quadcore cor- tex-A53
- GPU: Mali-G31 MP2
- OS: Android 10
- SDRAM: 2GB/4GB
- Flash Memory: 16/32/64 GB
- Frequency: LAN Ethernet
- WiFi: 2.4 / 5GHz
T95 Android TV Box ialah peranti penstriman media yang dilengkapi dengan pemproses H616 Quad-Core Cortex-A53 pada kelajuan 1.5GHz dan GPU Mali-G31 MP2 untuk kelancaran menonton video.
Tersedia dengan pilihan RAM 2GB atau 4GB serta storan 16GB, 32GB, atau 64GB, sistem Android 10.0 ini menawarkan pengalaman multimedia yang fleksibel dan serba boleh.
Selain itu, anda boleh nikmati visual yang menakjubkan dengan grafik 3D yang dipercepatkan dan sokongan video 6K pada 30fps.
Ia serasi dengan format popular seperti H.265 HEVC, VP9, H.264, dan banyak lagi, memastikan anda boleh memainkan pelbagai kandungan video dengan lancar.
Untuk audio pula, kotak ini menyokong pelbagai format muzik seperti MP3, WMA, AAC, WAV, OGG, dan FLAC, membolehkan playback audio berkualiti tinggi.
Pilihan sambungan termasuk WiFi 2.4G/5G, Bluetooth 5.0, Ethernet, dua port USB 2.0, dan sokongan kad SD.
Anda juga boleh menyambungkan tetikus, papan kekunci, atau peranti lain dengan mudah untuk navigasi yang lebih mudah.

- CPU: Allwinner H3 RK3228A, 28nm Quad core Cortex A7
- GPU: ARM Mali-400 GPU
- OS: Android 9.0/8.0/7.0 opition
- SDRAM: 1GB /2GB DDR3
- Flash Memory: EMMC 8G/16G
- Frequency: LAN Ethernet
- WiFi: 2.4
MXQ PRO 5G Android TV Box menawarkan hiburan terbaik untuk rumah anda dengan cipset Allwinner H3 RK3228A yang berkuasa, dilengkapi dengan pemproses Quad-core Cortex A7 dan GPU ARM Mali-400.
Kotak TV Android ini menyokong sistem operasi Android versi 9.0, 8.0, dan 7.0, memberikan anda fleksibiliti dalam pilihan sistem.
Anda juga boleh nikmati video 4K berkualiti tinggi dengan format VP9 dan H.265/H.264, serta sokongan 1080P untuk format lain seperti VC-1, MPEG-1/2/4, dan VP6/8.
Peranti ini juga menyokong pelbagai format media seperti AVI, MKV, MP3, FLAC, dan HD JPEG. HDR10 dan HLG memastikan kualiti gambar yang menakjubkan, manakala HDMI 2.0a memberikan output 4K yang jelas pada 60Hz.
Dengan pilihan RAM 1GB/2GB DDR3 dan storan 8GB atau 16GB, MXQ PRO 5G memberikan prestasi lancar dan ruang yang mencukupi untuk aplikasi dan media.

- CPU: 8 Core Processor
- GPU: -
- OS: Android 13
- RAM: 4GB
- Storage: 32GB ROM
- WiFi: Dual Band (2.4GHz / 5.0GHz)
- Output: HDMI 2.0, sokongan 6K*2K Ultra HD
- Warranty: 2 Tahun Jaminan
SQ2-BOX PRO adalah Android Box 4K terbaru yang memberikan pengalaman hiburan terbaik untuk rumah anda.
Dilengkapi dengan pemproses 8 teras dan RAM 4GB, ia memastikan prestasi yang lancar untuk menonton lebih daripada 300 saluran langsung termasuk filem, drama dan sukan tanpa perlu melanggan sebarang perkhidmatan bulanan.
Dengan HDMI 2.0, sokongan untuk keluaran 6K*2K Ultra HD memberikan kualiti paparan yang tajam dan jelas, sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman menonton yang lebih baik.
Selain itu, Android Box ini menyokong WiFi Dual Band (2.4GHz / 5.0GHz), memberikan sambungan yang lebih stabil dan pantas untuk penstriman tanpa gangguan.
Tidak perlu risau tentang pemasangan yang rumit, kerana ia hanya memerlukan plug and play sahaja.
SQ2-BOX PRO juga datang dengan sijil MCMC untuk mematuhi piawaian tempatan dan dilengkapi dengan jaminan umum selama 2 tahun.
Jika anda mencari Android Box yang mudah digunakan dan menyokong kualiti paparan tinggi, SQ2-BOX PRO adalah pilihan yang tepat.

- CPU: Semiconductor S905
- GPU: ARM Mali-400 GPU
- OS: Android TV 11.0
- RAM: 4GB
- Storage: 64GB ROM
- Wi-Fi: 2.4GHz/ 5.0GHz
- Resolution: 4K
- Ports: HDMI, Micro-USB
M98 Video Stick Android TV Stick 4K adalah peranti pintar yang memudahkan anda menukar TV biasa menjadi TV digital yang penuh dengan fungsi moden.
Dikuasakan Android TV 11.0 dan cipset Semiconductor S905, peranti ini menyokong resolusi 4K untuk pengalaman menonton yang tajam dan jelas.
Anda juga boleh menikmati kandungan audio dan video dalam pelbagai format seperti Dolby, DTS, MP3, WMA, AVI, MKV dan banyak lagi.
Dilengkapi dengan built-in Google Assistant dan Chromecast, membolehkan anda mengawal peranti ini dengan suara dan menstrimkan kandungan dari peranti mudah alih ke TV anda dengan mudah.
Dengan hanya 4GB RAM dan 64GB ROM, M98 Video Stick cukup untuk penggunaan harian tanpa lag.
Anda boleh menghubungkan peranti ini ke TV menggunakan port HDMI dan mengecasnya melalui port micro-USB.
Sambungan Wi-Fi 2.4GHz atau 5.0GHz memastikan sambungan yang stabil untuk penstriman lancar.
Saiznya yang kecil dan ringan (28.5g) menjadikannya mudah dibawa dan disimpan.
M98 Video Stick Android TV Stick 4K adalah pilihan yang sempurna bagi mereka yang ingin mengubah TV biasa menjadi peranti pintar berprestasi tinggi dengan harga yang berpatutan.
Apa Itu Android Box?
Android merupakan sistem operasi yang digunakan oleh kebanyakan telefon pintar.
Sama seperti android didalam telefon pintar, boleh digunakan untuk televisyen, tablet dan komputer.
Android box juga merupakan satu alat dimana boleh disambung pada televisyen untuk menukarkan konsep dari televisyen biasa kepada televisyen yang mempunyai pelbagai saluran pilihan, gaming dan aplikasi yang menarik.
Kebanyakan Android box menawarkan pelbagai servis hiburan seperti aplikasi sosial media, pelbagai jenis video permainan, radio global dan rangkaian saluran sukan dan filem.
Jadi anda tidak perlu lagi melanggan saluran televisyen berbayar yang mungkin mencekik kos bulanan anda.
Hanya perlu internet dan Android box, dunia hiburan anda bersama televisyen memang tiada had!
Anda boleh tontot video di bawah untuk dengar penjelasan lebih teliti tentang Android box.
Kelebihan & Kekurangan Android Box
-
Kelebihan
Kalau kena dengan bajet, Android box jauh lagi murah dari saluran berbayar yang kita terikat dengan kontrak dan peraturan.
Cuma bergantung kepada penggunaan seperti Netflix, HBO, Hulu atau Disney memang kena tambah duit untuk langganan.
Bercakap tentang saluran televisyen pula memang sangat banyak dan boleh diubah suai mengikut citarasa anda.
Ada yang menyediakan ribuan filem, siri drama dan dokumentari dari dalam dan luar negara.
Ada sesetengah Android box lengkap port USB serta sambungan Bluetooth, jadi anda boleh pasangkan keyboard serta tetikus pada televisyen.
Sekaligus memudahkan penggunaan tanpa remote atau tukarkan televisyen seperti komputer atau telefon pintar.
Tidak perlu lagi fikir nak upgrade Smart TV bila dah ada Android box, ternyata anda boleh jimat duit dari beli Smart TV yang beribu!
-
Kekurangan
Jangan cukup teruja dengan pilihan saluran yang banyak, ada sebilangan dari jenama Android box memerlukan kos naik taraf untuk mengakses saluran yang lain.
Tidak lupa juga Android box ini bergantung pada internet atau WiFi, jadi kalau anda bawa Android box bersama pastikan tempat pemasangan mempunyai internet yang baik.
Tidak semua aplikasi telefon pintar boleh dimuat turun pada Android box.
Tips Memilih Android TV Box
Kalau anda pening kepala dan tak tahu nak pilih Android Box yang mana satu, anda boleh ikut tips ini.
Jangan sampai tersalah beli, pilih Android Box yang sesuai dengan keperluan anda.
Sistem Operasi Terbaru
Pastikan Android TV Box dilengkapi dengan sistem operasi terbaru seperti Android 10 atau yang lebih baru. Ini memastikan sokongan untuk aplikasi terkini dan naik taraf masa hadapan yang lebih lancar.
Pemproses dan RAM
Pemproses (CPU) dan RAM sangat penting untuk prestasi android box tersebut. Pilih TV Box yang menggunakan CPU quad-core atau lebih tinggi untuk prestasi pantas dan RAM sekurang-kurangnya 2GB untuk multitasking yang lancar, terutamanya jika anda ingin menstrim video dalam kualiti tinggi.
Storan Dalaman
Storan dalaman juga penting untuk menyimpan aplikasi dan fail media. Disyorkan untuk dapatkan Android TV Box dengan storan 16GB ke atas. Selain itu, pastikan kotak menyokong slot kad SD untuk menambah kapasiti storan jika perlu.
Sokongan Resolusi dan Video
Jika anda ingin menonton video 4K atau 1080p, pastikan Android TV Box menyokong paparan video 4K dan H.265 untuk kualiti video terbaik dengan penggunaan data yang lebih rendah.
Sambungan Internet Stabil
Pilih TV Box dengan sokongan WiFi dual-band (2.4G/5G) atau Ethernet untuk sambungan internet yang stabil dan pantas, terutama ketika menstrim kandungan video.
Port dan Sambungan
Lihat jumlah port yang disediakan, seperti USB, HDMI, dan AV. Port yang banyak memberikan anda fleksibiliti untuk menyambungkan peranti tambahan seperti tetikus, papan kekunci, atau pemacu luaran.
Sokongan Aplikasi dan Perkhidmatan Penstriman
Pastikan TV Box menyokong aplikasi popular seperti Netflix dan YouTube. Sesetengahnya mungkin mempunyai sekatan pada aplikasi tertentu, jadi semak keserasian terlebih dahulu.
Perbezaan Android Box Dan Android TV
Apa sebenarnya beza antara Android Box dan Android TV? Jom lihat perbezaannya di bawah:
1. Sistem Operasi
- Android Box menggunakan sistem operasi Android biasa (seperti yang ada pada telefon pintar), tetapi diubahsuai untuk digunakan pada skrin besar seperti TV. Aplikasi di dalamnya adalah versi yang sama seperti di telefon, jadi tidak semuanya dioptimumkan untuk paparan TV.
- Android TV menggunakan sistem operasi Android TV yang dikhususkan untuk TV. Antaramuka dan aplikasinya dioptimumkan untuk paparan besar serta kawalan menggunakan alat kawalan jauh, memberikan pengalaman yang lebih lancar dan mesra pengguna.
2. Pengalaman Pengguna
- Android Box menyediakan lebih banyak fleksibiliti dan kebebasan kerana ia menggunakan versi Android yang lebih terbuka. Anda boleh memuat turun dan memasang aplikasi terus dari Google Play Store tanpa banyak sekatan, tetapi antaramukanya mungkin kurang mesra untuk digunakan di TV.
- Android TV direka khusus untuk digunakan di TV. Pengalaman pengguna lebih mudah, dengan menu yang besar dan mudah dilayari menggunakan alat kawalan jauh. Aplikasi seperti Netflix, YouTube, dan Prime Video sudah dioptimumkan untuk paparan TV dan memberikan prestasi yang lebih baik.
3. Kawalan dan Navigasi
- Android Box kebiasaannya memerlukan sambungan tetikus atau papan kekunci untuk navigasi yang lebih mudah, kerana beberapa aplikasi sukar digunakan dengan alat kawalan jauh biasa.
- Android TV pula direka untuk digunakan dengan alat kawalan jauh TV, jadi navigasi lebih mudah dan lancar tanpa perlu tetikus atau papan kekunci tambahan.
4. Ketersediaan Aplikasi
- Android Box menggunakan aplikasi yang sama seperti di telefon pintar Android, tetapi tidak semuanya sesuai untuk digunakan di TV. Sebagai contoh, ada aplikasi yang sukar dinavigasi menggunakan alat kawalan jauh.
- Android TV menggunakan Aplikasi yang tersedia melalui Google Play Store untuk Android TV yang telah dioptimumkan untuk paparan besar dan kawalan jauh, memberikan pengalaman yang lebih baik ketika menstrim video atau bermain permainan.
5. Sokongan Google Assistant dan Chromecast
- Tidak semua Android Box datang dengan Google Assistant atau sokongan Chromecast yang terbina di dalam. Anda mungkin perlu memuat turun aplikasi tambahan untuk menggunakan ciri ini.
- Android TV pula biasanya dilengkapi dengan Google Assistant dan Chromecast yang membolehkan anda melakukan carian suara dan memaparkan kandungan dari telefon pintar ke TV dengan mudah.
6. Kualiti dan Jenama
- Android Box banyak pilihan dari pelbagai jenama, termasuk jenama yang tidak dikenali. Kualiti dan prestasi mungkin berbeza-beza bergantung pada spesifikasi dan pengilang.
- Android TV pula biasanya dipasang pada jenama TV premium seperti Sony, TCL, dan Philips, yang memastikan prestasi dan kualiti yang lebih baik serta kemas kini perisian secara berkala.
Secara keseluruhan, Android TV memberikan pengalaman yang lebih baik dan dioptimumkan untuk penggunaan TV, manakala Android Box lebih fleksibel tetapi mungkin memerlukan sedikit penyesuaian untuk pengalaman tontonan yang terbaik.
Pilihan di tangan anda untuk pilih mana yang lebih sesuai dan mengikut bajet masing-masing.