Beribadah adalah perkara terpenting dalam menjalani kewajipan sebagai umat Islam. Buat yang beragama Islam seharusnya berpakaian cantik dan berwangi-wangian semasa beribadah terutamanya sewaktu menunaikan solat fardhu. Bagi kaum Hawa, telekung adalah persalinan yang wajib diutamakan. Tidak sukar untuk mencari telekung yang cantik tetapi adakah selesa dan berkualiti untuk dipakai sepanjang masa?
Apakah jenis-jenis telekung yang selesa untuk digunakan?
Telekung di datangi dalam pelbagai jenis material seperti kapas, lycra, denim, spandex, satin dan macam-macam lagi. Yang penting, telekung itu mestilah selesa dan nyaman supaya senang anda fokus semasa beribadah. Tidaklah bergerak ke sana-sini akibat ketidakselesaan daripada pemilihan telekung yang salah.
Sudah menjadi trend telekung bercorak dan berwarna digunakan oleh kaum wanita sekarang. Jom lihat senarai telekung yang selesa untuk digunakan semasa beribadah;
9 Telekung Nyaman Untuk Solat
Mungkin jika dilihat dengan harga pasti membuatkan anda terfikir adakah kualitinya berbaloi dengan harga? Ya, telekung ini sering menjadi pilihan ramai kerana material kain telekung ini sangat lembut dan tidak membuatkan anda berpeluh ketika memakainya.
Diperbuat daripada Cotton Viscose, telekung ini boleh membuatkan sehingga saiz 2XL. Masa untuk beribadah lebih tenang dan aman dengan menggunakan telekung ini.
Bukan sahaja baju raya anda ingin sedondon dengan anak perempuan tetapi telekung juga anda boleh lakukan perkara yang sama. Dapatkan telekung viral ini dengan harga yang murah agar sedondon dengan si kecil.
Diperbuat daripada material Cotton Viscose, kainnya tidak jarang dan nipis serta beri keselesaan buat anda.
Belilah telekung yang sesuai dan sempurna untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja terutamanya bagi anak sudah bersekolah. Jika si kecil bersekolah petang, ada masa rehat diberikan oleh guru supaya anak anda boleh pergi bersolat di surau sekolah.
Telekung dari An-Najwa ini sangat sesuai untuk si kecil kerana materialnya diperbuat daripada kain kapas yang simple dan selesa. Getah pada telekung tidak akan menyakitkan wajah si kecil semasa memakainya.
Bulan puasa semakin menghampiri, begitu juga musim umrah dan haji. Gunakan telekung mini berlengan dari Zuleykha ini. Dihiasi dengan renda cotton yang tidak membuatkan anda berpeluh semasa memakainya. Material kainnya pula jenis tidak melekat dan fit pada bahagian muka tanpa perlu memakai anak tudung.
Bagi yang menunaikan umrah, semoga ibadah anda diterima sebaiknya dan untuk bakal menjalani rukun Islam ke-5, semoga anda mendapat haji mabrur!
Dulang hantaran masih belum mencukupi? Buntu mencari barangan yang sesuai? Setiap pasangan yang akan mendirikan rumahtangga, pasti akan menjadikan telekung sebagai salah satu barangan wajib buat pasangan. Nah, telekung Aleena ini sesuai untuk dijadikan hantaran perkahwinan. Materialnya diperbuat daripada 100% kain Polyester Crepe yang berkualiti tinggi dengan sulaman simple pada hujung kainnya.
Kain jenis ini tidak mudah berkedut apabila dimasukkan di dalam beg telekung, senang untuk pasangan anda membawanya ke mana sahaja. Jahitan yang sangat kemas dibahagian dagu akan membuatkan si pemakai selesa semasa beribadah.
Didatangi dalam 13 rona berbeza, telekung dari Zara Awliya ini menjadi pilihan ramai kerana kainnya ringan dan sangat lembut. Mudah untuk dibawa kemana sahaja terutamanya semasa travelling. Tidak memakan ruangan yang luas / banyak, telekung ini boleh disimpan di dalam tas tangan. Bermaterial kapas, telekung ini pasti beri keselesaan buat sepanjang anda memakainya.
Rekaan telekung simple ini sangat sesuai buat anda yang gemarkan gaya minimalis. Ianya direka bagi memudahkan anda membawanya untuk perjalanan jauh kerana tidak disertakan dengan kain. Bahagian muka telekung ini sangat selesa untuk dipakai tanpa membuatkan anda tidak selesa.
Diperbuat daripada rangkaian material Khadijah Poplin Basic iaitu kain jenis Spun Polyester, praktikal untuk dipakai semasa travelling. Ada 2 pilihan warna, sangat sesuai buat wanita yang sukakan rangkaian gaya simple. Tunggu apa lagi? Cubalah sekarang!
Telekung edisi khas daripada Siti Khadijah ini didatangi dengan set lengkap telekung serta kain yang menggunakan rekaan bunga raya, menjadikan ianya unik dan tersendiri. Siti Khadijah terkenal dengan rangkaian telekungnya dan terkenal dalam kalangan pengguna wanita di Malaysia.
Rekaan telekung ini walaupun unik tetapi masih mengekalkan gaya klasiknya agar tidak tampil keterlaluan semasa beribadah. Dengan gayanya yang sederhana, ianya menjadi pilihan ramai.
Diperbuat daripada material Tibriz Satin yang ditempah khas untuk beri keselesaan buat anda sepanjang beribadah. Boleh dibawa kemana sahaja kerana ianya sangat ringan walaupun diletakkan di dalam tas tangan. Tidak perlu bawa beg berasingan untuk telekung ini. Sesuai dipakai oleh semua peringkat umur kecuali kanak-kanak.
Telekung berwarna Cream ini, masih menjadi pilihan wanita yang lebih suka kepada gaya simple dan sederhana. Dengan menggunakan fabrik signature Rosella Premium, telekung dari jenama TEA ini sangat lembut dan nyaman dipakai semasa beribadah.
Bersulamkan lace bunga putih berkualiti tinggi di hujung telekung, ianya tampak ekslusif dan elegan. Tali pengikat kepalanya memastikan telekung dapat memberi cengkaman kuat dan tidak perlu lagi memakai anak tudung, juga sesuai untuk dihadiahkan buat yang tersayang.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!