Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

17 Dapur Gas Terbaik Malaysia 2024 (Jenama & Harga Terkini)

Dapur gas pun main peranan penting bila memasak.

Ruangan dapur yang cantik pastinya menjadi idaman suri rumah untuk lebih bersemangat menyediakan hidangan keluarga. 

Lebih bersemangat jika ada tempat masak bersama dapur masak gas yang praktikal dan serba guna.

Dapur gas ada pelbagai jenis pembakaran, kadar haba dan rekaannya dari sederhana sehinggalah estetik moden.

Saiz dapur gas juga berbeza setiap jenis sehingga memerlukan anda mengukur dengan tepat sebelum membelinya agar sesuai dengan saiz dapur anda.

Tapi bagaimana nak tahu jenama dapur gas terbaik dan sesuai untuk kegunaan harian anda? 

Jadi, kami bantu anda senaraikan jenama dapur gas berkualiti dan jenis dapur gas yang berbeza kelebihan dan penggunaannya.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 17 Dapur Gas Terbaik di Malaysia

Dapur gas terbaik secara keseluruhan
Riino Tempered Glass Built-In Gas Cooker (ND2F)
Riino
From
RM327.00
Check Riino Tempered Glass Built-In Gas Cooker (ND2F) price below:
add_circle 2 pembakar - hidangan lebih cepat dimasak
add_circle Rekaan seramik tahan calar
add_circle Mudah untuk dibersihkan
remove_circle Lebih berat dari dapur gas biasa

Sebab menjadi pilihan utama:

Jika anda mencari dapur jenis built-in, kami mengesyorkan dapur brand Riino yang mempunyai saiz sederhana lengkap dengan dua tempat memasak.

Ciri-ciri:

Dapur jenis tempered glass ini cukup sesuai untuk peminat gaya dapur moden. 

Saiz luar iaitu bahagian kaca mempunyai ukuran 74cm x 43cm x 8cm, manakala pada bahagian dalam 64cm x 34cm. 

Jika anda membeli dapur jenis ini, pastikan anda dapat ruang ukuran yang tepat pada table top atau meja kabinet supaya tiada masalah untuk installation

Anda juga boleh mengawal api memasak dengan tiga pilihan api untuk masakan yang sekata dan cepat masak. 

Dapur ini memiliki dua burner yang berbeza:

  • Sebelah kanan nyalaan api yang besar dan kuat. 
  • Sebelah kiri lebih kepada nyalaan api yang sekata (infrared) untuk menyesuaikan pelbagai teknik masakan.  

Design:

Direka dengan kaca keras yang tahan retak dan tidak mudah calar. 

Bahagian knob pemetik api pula dipasang pada bahagian atas yang lengkap bersama fungsi keselamatan

Selain itu, lubang gas pada dapur ini berbentuk vientiane untuk memastikan tiada kebocoran gas pada paip atau paip gas tertanggal. 

Dapur dari Riino ini menitikberatkan keselamatan, kerana pihak mereka menambah lagi satu fungsi iaitu kawalan pada bahagian damper

Adjustable damper ini melaraskan ratio udara tujuan pembakaran. 

Kapasiti terma haba yang dibebaskan juga tinggi iaitu 4.5kW, iaitu sangat sesuai untuk masakan menumis dan terbaik dalam penjimatan gas.

Review:

"Senang cuci minyak yang terpercik pada area permukaan dapur dan kelihatan elegan."

Dapur gas murah dan berkualiti
Milux Gas Stove YS-3030B
Milux
Dapur gas terbaik yang murah
From
RM56.80
Check Milux Gas Stove YS-3030B price below:
add_circle Lengkap dengan 2 burner
add_circle Pencucuh secara automatik
add_circle Direka dengan besi enamel tahan karat
remove_circle Tidak sesuai untuk ruang dapur terhad

Harga yang ditawarkan cukup murah dan menjimatkan, terutama pada pasangan yang baru memulakan hidup sendiri. 

Tidak mengapa dapur murah, asalkan kualiti terjamin dan masakan menjadi.

Ciri-ciri:

Dapur memasak mempunyai dua pembakar menggunakan pencucuh automatik.

Bahagian pembakar direka dengan besi enamel bagi memastikan kedudukan periuk stabil dan kukuh ketika memasak.

Jangan risau, lubang api telah diset untuk pemanasan makanan sekata. 

Setiap pembelian dapur gas dari Milux ini disertakan dengan jaminan penggunaan selama satu tahun. 

Jadi, anda tidak perlu khuatir tentang risiko kerosakan. 

Design:

Bersaiz sederhana dengan ukuran 71.00cm x 38.50cm x 11.00cm sesuai untuk ruang dapur rumah yang tidak terlalu besar. 

Bahagian pembakar direka dengan besi enamel untuk memastikan kedudukan periuk stabil dan kukuh ketika memasak.

Malah, dilengkapi dengan dua tempat pembakar (burner) bagi memudahkan untuk memasak lebih dari satu hidangan dalam satu masa.

Bahagian pembakar direka dengan besi enamel untuk memastikan kedudukan periuk stabil dan kukuh ketika memasak.

Keluasan setiap burner adalah 10cm, jadi anda boleh masak menggunakan periuk besar dan berat. 

Review:

“Hadiahkan dekat kawan yang baru kahwin, dia kata function sebab boleh guna hari-hari untuk masak.”

Dapur gas api kuat
Butterfly LPG Gas Iron Stove – Auto (BGC-30A)
Butterfly
Dapur outdoor terbaik
From
RM107.91
Check Butterfly LPG Gas Iron Stove – Auto (BGC-30A) price below:
add_circle Sesuai untuk kegunaan perniagaan
add_circle Jamin selamat untuk digunakan
add_circle Satu pembakar dengan pencucuh automatik
remove_circle Lebih berat

Dapur dari jenama Butterfly model BGC-30A antara yang menjadi pilihan jika masak kenduri atau acara rumah terbuka khususnya.

Harga yang dijual pula sangat berpatutan dengan kualiti produk yang tahan lama. 

Ciri-ciri:

Ini kerana mampu memuatkan saiz periuk besar dan berat untuk kuantiti masakan yang banyak.

Dapur gas ini menggunakan gas tekanan rendah bagi penggunaan gas yang optimum walaupun digunakan dalam masa yang panjang.

Lingkaran api biru pada setiap lubang mengeluarkan pemanasan api yang sekata sekaligus dapat mengimbangi haba. 

Ingin kami ingatkan, penggunaan dapur ini kurang sesuai untuk masakan harian seperti menggunakan kuali atau periuk yang kecil.

Dengan tujahan lingkaran api yang besar dan kuat memang khas untuk masak kuantiti lauk-pauk dalam kuantiti yang banyak.

Jangan risau, pembeli diberikan jaminan produk selama satu tahun jika resit masih disimpan.

Pastikan, bawa dapur beserta resit jika berlaku sebarang kerosakan dan hubungi penjual untuk penukaran alat ganti. 

Design:

Saiz penunu pembakar 530mm x 285mm x 110mm, memang sesuai untuk memasak menggunakan perkakasan yang besar dan berat. 

Rekaan dapur Butterfly ini sangat teguh dan kukuh sekaligus rasa selamat untuk tidak berlaku apa-apa risiko luar jangkaan.

Review:

“Bukan sekadar memasak untuk kenduri, dapur ini juga sesuai untuk aktiviti memasak diluar atau peniaga gerai makan.”

Dapur gas stainless steel terbaik
Rinnai Cooker Gas Hob – Stainless Steel (RB-713N-S)
Rinnai
Dapur gas stainless steel terbaik
From
RM672.00
Check Rinnai Cooker Gas Hob – Stainless Steel (RB-713N-S) price below:
add_circle Jenama terbaik dari Jepun
add_circle Boleh memasak dengan cepat
add_circle Mudah untuk dikendali
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Tiada penghadang cincin penunu

Dapur dari jenama terkenal Jepun ini merupakan dapur gas terkini.

Setanding dengan harga yang ditawarkan kerana dapur gas Rinnai Cooker Gas Hob ini diperbuat dari besi keluli tahan karat.

Ciri-ciri:

Jangan risau, ketahanan besi yang digunakan sangat diyakini. Anda boleh letak periuk atau kuali yang berat.

Paling penting mudah dibersihkan kerana dapur gas ini tidak mempunyai banyak corak dan permukaan yang licin.

Selepas memasak anda boleh lap dengan kain bersih tanpa risau haba panas pada dapur. 

Cuma agak berbahaya kerana bahagian keliling cincin penunu tidak mempunyai penghadang yang kukuh. Perlu lebih berhati-hati.

Selain itu, dapur ini mempunyai pencucuh bateri untuk kegunaan yang lebih selamat serta mudah digantikan apabila perlu.

Tapi anda perlu sentiasa rajin menukar bateri 6 bulan sekali kalau tidak satu hal pula kena hidupkan dapur guna pemetik api. 

Tambah pula, dapur gas ini mempunyai dua penunu memasak dengan cincin pendua yang sesuai untuk pelbagai jenis bentuk saiz pan dan periuk.

Jadi, kepada yang ingin memasak menggunakan kuali, pastikan mempunyai dengan cast iron wok stand. 

Walaupun harganya lebih tinggi berbanding dapur lain, tapi telah terjual sebanyak 300 unit di Shopee. 

Bahagian nyalaan lingkaran api sangat bagus kerana dilengkapi dengan semi double ring bagi memastikan api panas dengan sekata.

Manakala, kekuatan tujahan api sehingga 3.7KW sudah cukup untuk masak atau menghangatkan semula makanan.

Bagi anda yang tidak mempunyai lubang kabinet untuk bentuk dapur built-in sebegini, jangan khuatir kerana ada jalan penyelesaian.

Dapur model Rinnai dilengkapi dengan kaki getah bagi pengguna dapur table-top. Jadi anda boleh letakkan dapur mengikut sudut yang sesuai.

Design:

Ukuran saiz dapur ini 77cm x 45.2cm x 7.2cm tidak terlalu besar sesuai untuk dapur built-in dan table top

Sangat cantik untuk berada di ruang wet kitchen kerana mempunyai reka bentuk yang estetik dan berkualiti tinggi.

Review:

“Sangat berpuas hati dengan rekaan dapur tahan lasak dan nyalaan api yang kuat. Malah, mudah dibersihkan.”

Dapur gas camping
Golden Fuji Portable Gas Stove (GF8000)
Golden Fuji
Dapur kecil terbaik
From
RM46.00
Check Golden Fuji Portable Gas Stove (GF8000) price below:
add_circle Sesuai untuk berkelah
add_circle Terbaik dibawa semasa travelling
add_circle Bersaiz kompak dan portable
remove_circle Menggunakan gas butane

Dapur masak ini bersaiz kecil, ringan dan mudah dibawa kemana sahaja. 

Sangat sesuai digunakan ketika berkelah atau camping

Ciri-ciri:

Dapur ini menggunakan gas butane tapi sama seperti dapur gas yang lain.

Cara untuk menghidupkannya hanya menggunakan pemetik api yang tersedia.

Walaupun menggunakan gas butane, dapur ini dapat memasak makanan lebih lama.

Penggunaan gas tidak terlalu banyak, 160g saja dengan pemanasan secara efisien 55.64%.

Apa yang best, dapur ini tidak perlu memikul tong gas bersaiz besar untuk dibawa bersama ketika melakukan aktiviti berkelah.

Sesuai dengan semua portable gas, jadi senang nak dapatkan portable gas yang dijual dari kedai.

Jangan risau, anda boleh boleh masak dua jam tanpa henti walau hanya guna portable gas.

Kegunaan lain dapur ini, anda boleh jadikan sebagai dapur simpanan atau back-up jika dapur utama anda rosak. Bijak bukan?

Design:

Dapur gas ini mudah untuk disimpan kerana tidak memerlukan ruang yang luas. 

Ini kerana dapur gas ini bersaiz kecil dan ringan.

Rekaan dapur gas ini sesuai untuk apa jenis peralatan memasak dan sesuai diletakkan diatas dapur sama ada pan grill atau kuali.

Anda tidak disyorkan menggunakan periuk, perkakas yang berat atau memasak dengan banyak. 

Bukan apa, gusar jika dapur tidak dapat menampung beban.

Review:

“Terbaik! Pembelian dapur gas yang berbaloi untuk berkelah.”

Dapur gas 2 tungku
Morgan Glass Gas Stove (MGS-8312G)
Morgan
Dapur gas yang tahan lama
From
RM175.00
Check Morgan Glass Gas Stove (MGS-8312G) price below:
add_circle Rekaan tempered glass tahan lasak
add_circle Trivet besi enamel memastikan periuk stabil
add_circle Hidangan dimasak lebih ringkas dan cepat
remove_circle Tidak sesuai ruang dapur terhad

Jika anda lihat, penunu dapur ini dilekatkan bersama agar memudahkan proses membersih. 

Jangan risau, anda boleh membersih gelung trivet ini dengan mudah. 

Hanya basuh guna air suam dan kotoran yang melekat akan tanggal tanpa perlu menyental. 

Ciri-ciri:

Dapur ini menggunakan sistem pembakar api tiga cincin untuk proses memasak lebih cepat. 

Tambah pula, jumlah lubang dan diameter lingkaran tungku dari dapur jenama Morgan ini agak besar.

Walaupun dapur ini menggunakan tempered glass tapi jangan risau, anda boleh letak kuali atau periuk yang berat atau besar kerana tidak mudah pecah dan retak. 

Lagipun jenama Morgan memastikan tempered glass dapur dapat menahan segala impak hentakan dan haba. 

Menariknya lagi, kaca yang digunakan mudah untuk proses mengelap kotoran.

Apa yang paling penting kelihatan cantik dan elegan walaupun harga yang murah. 

Design:

Ukuran dapur dari Morgan MGS-8312G ini 72mm x 380mm x 102mm.

Dapur gas kaca ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang berkualiti dan tahan lasak. 

Sekaligus menjadikan antara dapur gas tempered glass yang terbaik. 

Bahagian pembakarnya terdiri daripada trivet besi enamel untuk memastikan kedudukan periuk stabil dan lebih kukuh.

Review:

“Nyalaan api besar dan kuat, sangat berpuas hati dengan harga.”

Dapur gas yang jimat gas
RIINO Infrared Gas Stove Tempered Glass Top Gas Cooker - 702i
RIINO
From
RM157.00
Check RIINO Infrared Gas Stove Tempered Glass Top Gas Cooker - 702i price below:
add_circle Penunu dapur jenis infrared
add_circle Jimat gas
add_circle Disertakan tiub paip (tebal 1cm)
add_circle Cincin penunu anti-gelincir
remove_circle Saiz berat

Dapur jenis infrared antara dapur gas yang disyorkan jika ingin mencari dapur jimat gas.

Ciri-ciri:

Dapur ini seolah-oleh dapur elektrik dengan nyalaan api yang sekata, kuat dan efisien. 

Sekaligus menjadikan kelebihan masa memasak lebih singkat dan lebih selamat kerana tidak mempunyai sebarang percikan api untuk dihidupkan. 

Pemanasan haba amat tinggi dengan 4.6kW tapi selamat untuk anak-anak remaja yang ingin masuk ke dapur. 

Malah, tidak ada masalah kalau nak masak rendang, rebus ketupat sebab boleh mengurangkan masa memasak. 

Ciri lain yang menarik perhatian ialah cincin penunu tahan berat dan tidak mudah berkarat.

Manakala, bahan permukaan dapur diperbuat dari tempered glass.

Jangan risau, dapur infrared ini sudah mendapat pemantauan piawaian dari SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga. 

Jadi, setiap unit dapur mempunyai jaminan sehingga dua tahun kecuali tempered glass. 

Malah, anda akan menerima jaminan produk sehingga dua tahun dari Riino. 

Design:

Saiz bagi dapur ini 67cm x 37cm x 9cm dengan berat 3 kilogram. 

Menariknya, dapur gas ini kalis air, anti-wind serta melindungi bontot perkakas dapur dari kehitaman. 

Review:

“Walaupun harga murah tapi mmg kuat cumanya pemetik agak ketat.”

Dapur gas heavy duty
Cornell CGS-G122 Glass Stove Double Burner
Cornell CGS-G122 Glass Stove Double Burner
From
RM167.31
Check Cornell CGS-G122 Glass Stove Double Burner price below:
add_circle Jaminan 1 tahun dari Cornell Malaysia
add_circle Penutup penunu jenis tembaga
add_circle Jenis tempered glass
add_circle Harga murah

Ciri-ciri:

Bahagian penutup penunu menggunakan jenis tembaga bagi memastikan makanan dimasak dengan sekata.

Sekaligus memberi kesan kawalan api yang perlahan tapi haba yang kuat.

Ciri ini juga membantu mengelakkan dari cincin penunu cepat rosak atau mudah terbakar. 

Anda juga beroleh jaminan produk satu tahun dari Cornell Malaysia! 

Design:

Walaupun direka dengan tempered glass tahan lasak dan tebal sehingga 7mm. 

Sudah tentu, ia sesuai untuk pelbagai masakan harian samada didapur rumah, gerai makan dan studio masakan anda. 

Saiz penunu agak besar 120mm x 120mm sudah pasti membolehkan anda memasak hidangan besar dan mampu menampung berat periuk yang berat. 

Kalau anda ingin hadiahkan kepada ibu dikampung, kami cadangkan anda beli dapur Cornell ini. 

Review:

Teruja dengan reka bentuk dapur kaca yang cantik, kukuh dan boleh dikatakan pembelian dapur gas yang berbaloi dengan harga RM200 ni.”

Dapur gas single
Pensonic Single Burner Gas Cooker (PGC-1001S)
Pensonic Single Burner Gas Cooker (PGC-1001S)
From
RM40.83
Check Pensonic Single Burner Gas Cooker (PGC-1001S) price below:
add_circle Keluli besi tahan karat
add_circle Harga murah
add_circle Ringan, mudah alih
add_circle Trivet tahan lama
add_circle Jaminan satu tahun
remove_circle Tidak boleh guna gas portable

Dapur gas ringkas dengan satu penunu sesuai untuk mereka berstatus bujang atau yang gemar memasak hidangan yang ringkas. 

Malah, boleh juga dijadikan sebagai dapur simpanan jika dapur gas rosak.

Ciri-ciri:

Walaupun kelihatan simple tapi badan dapur ini diperbuat dari besi tahan karat.

Permukaannya sangat mudah dibersihkan serta tahan panas jika memasak dalam tempoh yang lama sebagai contoh rebusan daging atau sup. 

Malangnya, tidak boleh dijadikan dapur untuk masakan kenduri kerana ia tidak mampu memberi kepanasan yang menyeluruh.

Dapur gas ini juga tidak kuat untuk menampung perkakasan yang lebar dan berat. 

Anda boleh mengawal nyalaan api dengan butang knob mudah laras dengan fungsi pilihan api malap, sederhana dan besar.

Jumlah lubang lingkaran penunu yang sederhana sesuai untuk memanaskan kuantiti masakan yang sedikit. 

Jangan risau, dapur gas single dari Panasonic ini telah mendapat kelulusan dari SIRIM dan paling penting turut ada jaminan produk untuk satu tahun penggunaan.

Namun begitu anda jangan keliru, dapur single Pensonic ini menggunakan gas dari tong dan  tidak boleh disambungkan dengan gas portable. 

Design: 

Saiz dapur gas kecil ini mempunyai ukuran 275mm x 370mm x 85mm.

Berat 1.5 kilogram, sangat mudahkan dibawa kemana sahaja.

Review:

"Walaupun kecik tapi okaylah untuk bujang."

Dapur gas table top
Midea MGS-T211G 4.7kW Portable Tabletop Gas Cooking Stove
Midea MGS-T211G 4.7kW Portable Tabletop Gas Cooking Stove
From
RM179.00
Check Midea MGS-T211G 4.7kW Portable Tabletop Gas Cooking Stove price below:
add_circle Rekaan yang cantik dan moden
add_circle Jenis tempered glass tahan lasak
add_circle Jaminan 1 tahun
add_circle Jimat 20% gas
remove_circle Tidak sesuai untuk built-in

Bagi yang inginkan dapur dapur built- boleh dapatkan model Midea ini. 

Ini kerana antara dapur gas yang paling cantik untuk diletakkan diatas table top dapur atau ruang dapur basah.

Ciri-ciri:

Apa yang menariknya butang knob terletak pada bahagian sisi bawah supaya tidak menganggu kerja memasak.

Sekaligus dapat mengelakkan dari knob kotor dari percikan minyak dan makanan. 

Jangan risau, butang knob diberi sentuhan keselamatan ‘child lock’.

Bukan itu sahaja, dapur ini memiliki ciri pemanasan yang efisien bagi memastikan penjimatan 20% gas ketika memasak. 

Kualiti api juga baik dengan nyalaan yang besar dan api warna biru. 

Bayangkan dengan kuasa hangat 4.7kW pada dua-dua burner sudah tentu mempercepatkan masa memasak anda. 

Disamping dengan lingkaran api straight fire yang sangat elok dengan kepelbagaian masakan orang Malaysia. 

Malah ketahanan dapur dapat dilihat dari segi lima rangka sokongan cincin dapur bertujuan memudahkan anda memasak dalam apa jua perkakas samada periuk, kuali atau pan.

Biarpun tempered glass tahan lasak, tapi pengguna diberi jaminan seumur hidup untuk kerosakan retakan (natural crack). 

Hati-hati, dapur ini tidak sesuai untuk built-in kerana ingat butang laras api berada di bahagian bawah bukan atas. 

Design:

Saiz yang sederhana berukuran 460mm x 810mm x 185mm dan berat sekitar 8.68 kilogram antara aspek yang baik untuk sebuah dapur. 

Review: 

“Suka dengan rekaan dapur dua penunu dari Midea ini sebab tempered glass. Nampak moden.”

Dapur gas besar
Milux Gas Cooker With Grill Plate MSS-2500G
Milux Gas Cooker With Grill Plate MSS-2500G
From
RM146.50
Check Milux Gas Cooker With Grill Plate MSS-2500G price below:
add_circle Mempunyai jaminan selama 1 tahun
add_circle Lengkap dengan pemanggang
add_circle Disediakan dulang perangkap kotoran
remove_circle Saiz agak berat

Menarik tentang dapur dari jenama Milux ini bukan sekadar dengan saiz yang besar tapi dilengkapi bersama tempat pemanggang pada bahagian tengah dapur. 

Nah, ini menyenangkan untuk buat menu masakan diet. 

Ciri-ciri:

Ini merupakan ciri terbaru untuk dapur gas dan sudah tentu memudahkan anda untuk memanggang apa jua hidangan tanpa menggunakan ketuhar.

Model ini turut didatangi dengan alat grill seperti dulang perangkap kotoran dan alat penarik khas. 

Bahagian memanggang pun siap dengan platter grill. Tapi, nasihat kami, sebelum memanggang pastikan alas dengan daun pisang.

Sama seperti dapur gas yang lain, dapur gas ini mempunyai dua penunu dapur dan auto ignition (petikan api secara normal). 

Anda juga boleh adjust nyalaan api mengikut kesesuaian dengan bukaan api beehive yang setara. 

Lagi satu jika anda masak dengan periuk yang agak lebar, kemungkinan akan menganggu atau menutup ruang pemanggang di bahagian tengah. 

Design:

Dimensi ukuran dapur ini sudah memadai iaitu 765mm x 420mm x 145mm.

Berat 4.86 kilogram, memang selamat untuk diletakkan atas table top, meja makan atau kabinet. 

Saiz penunu 100mm x 100mm cukup sesuai untuk aktiviti memasak menggunakan kuali dan periuk dari saiz sederhana dan besar. 

Review:

“Melekat bila kita panggang so kena guna alas baru tak melekat tapi dapur ini antara produk yang berbaloi untuk dimiliki pada harga yang cukup rendah.”

Dapur gas berkaki
HITEC Free Standing Gas Cooker – Ideal Gas Cooktop HTB-S224FS
HITEC Free Standing Gas Cooker – Ideal Gas Cooktop HTB-S224FS
From
RM460.35
Check HITEC Free Standing Gas Cooker – Ideal Gas Cooktop HTB-S224FS price below:
add_circle Mempunyai kabinet / rak penyimpanan
add_circle Keluli besi tahan karat
add_circle Boil-dry protection
add_circle Daya kecekapan haba yang tinggi
add_circle Jimat gas
remove_circle Harga agak mahal

Jika anda merupakan peniaga atau penjaja makanan kecil-kecilan, pastikan anda mempunyai dapur memasak mudah alih, ringan dan tahan lasak seperti dapur Hitec ini.

Ciri-ciri:

Dapur ini mudah untuk anda, tidak perlu membeli dapur dan meja memasak secara berasingan. 

Senang untuk anda menyimpan perkakas dan bahan memasak yang lain dibahagian bawah dapur. Dengan ruang serta keluasan yang cukup memuaskan. 

Walaupun mudah alih dan ringan, dapur industri jenama Hitec ini menggunakan kualiti ketahanan besi tahan karat serta tahan panas yang menjamin keselamatan pengguna. 

Penunu dapur pula mempunyai nyalaan api 3.9kW dari lapan jet burner yang pasti dapat menjimatkan gas.

Sangat sesuai untuk masakan panas atau goreng, pelanggan pun tidak perlu tunggu lama. 

Bagi pemasangan dapur pula sangat mudah, ringkas dan komponen dapur yang tidak berat. 

Malah, anda yang ingin jimat ruang atau tidak mempunyai kabinet atau table top di rumah pun boleh gantikan dengan dapur ini. 

Design:

Rekaan dapur ini sempurna dengan ruang penyimpanan dua tingkat sekaligus menjadikan sebagai meja atau rak menyimpan dapur.

Ketinggian dapur ini 760mm, diikuti dengan lebar 550mm dan panjang 775mm. Memang merupakan rekaan engornomik.

Material dapur stainless steel membuatkan anda mudah mencuci dan tidak meninggalkan kesan kotoran yang ketara. 

Review:

“Penjaja yang bergerak dengan van atau meniaga bawah khemah sangat disyorkan mendapatkan dapur Hitec.”

Dapur gas built-in terbaik
Khind Stainless Steel Built In Hob
Khind
From
RM399.00
Check Khind Stainless Steel Built In Hob price below:
add_circle Jaminan 12 bulan
add_circle reka bentuk moden
add_circle Badan stainless steel
remove_circle Ukuran perlu tepat dengan ruang dapur

Dapur gas dengan dua pembakar gas ini sesuai untuk mereka yang mahukan kuasa memasak yang terbaik tanpa perlu menggunakan ruang yang besar di dapur, dan ia juga jenis built-in.

Ciri-ciri:

Sesi memasak anda akan lebih mudah dengan dua pembakar Cyclone Burner 4.0kW, hob ini menawarkan haba yang kuat dan sekata untuk memasak apa sahaja hidangan dengan cepat dan efisien.

Selain itu, kedua-dua pembakarnya berdiameter 100mm, sesuai untuk periuk dan kuali pelbagai saiz, jadi anda boleh buat pelbagai jenis masakan.

Dapur gas ini turut didatangkan dengan adaptor wok yang membolehkan anda menggunakan wok kesayangan untuk masakan tumis dan goreng-goreng.

Design:

Diperbuat daripada keluli tahan karat yang elegan dan mudah dibersihkan, dapur gas ini juga merupakan jenis tahan lasak dan sesuai digunakan untuk memasak secara harian.

Sementara itu, plat bawah setebal 0.5mm memastikan kestabilan dan ketahanan untuk jangka masa panjang.

Manakala, trivet besi cast iron yang disertakan memberikan sokongan yang stabil untuk peralatan memasak anda.

Dengan dimensi bina dalam 630 x 350 mm, dapur gas ini sesuai untuk dipasang pada kebanyakan kabinet dapur standard. 

Saiz keseluruhan 710 x 400 x 0.5mm memberikan ruang memasak yang selesa tanpa terlalu memakan ruang di dapur.

Review:

“Saya dah guna dapur ni. Api kedua-duanya cantik dan senang nak buka. Mungkin ada orang tak biasa guna jenis mcm ni sebab ada terbaca komen susah nak hidup api. Starter tu memang ambil masa, sabar sikit nanti api keluar.”

Dapur gas moden
SUKINBO Gas Stove Tempered Glass Embedded Double Burner
SUKINBO
SUKINBO Gas Stove Tempered Glass Embedded Double Burner
From
RM299.00
Check SUKINBO Gas Stove Tempered Glass Embedded Double Burner price below:
add_circle Jaminan sehingga 24 bulan
add_circle Ada fungsi child lock
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Hose beli berasingan

Untuk anda yang mencari dapur gas harga murah tapi masih lagi kelihatan moden, boleh dapatkan dapur gas Sukinbo dengan dua tungku ini.

Dapur ini mudah digunakan dan ia juga mudah dibersihkan kerana ia menggunakan tempered glass

Ciri-ciri:

Permukaan tampered glass empat lapisan bukan sahaja kalis calar dan mudah dibersihkan, malah ia turut menambahkan sentuhan keanggunan moden pada countertop anda. 

Dapur gas ini dilengkapi dengan dua pembakar Cyclone Direct Fire untuk pengagihan haba yang kuat dan cekap, sesuai untuk segala jenis masakan.

Selain itu, dapur gas ini menawarkan fleksibiliti pemasangan di atas countertop atau built-in, menjadikannya sesuai untuk pelbagai susun atur di dapur. 

Sementara itu, turut mempunyai ciri-ciri keselamatan termasuk tombol kunci kanak-kanak, sistem pengambilan udara tiga dimensi untuk pembakaran lengkap, dan sambungan hos yang selamat. 

Tambahan pula, penutup api tengah yang boleh ditanggalkan membolehkan pembersihan yang mudah.

Dapur ini bukan sahaja cantik dan berfungsi, tetapi ia juga dibina untuk tahan lama. 

Design:

Pemegang periuk yang ditebalkan dan alas kaki anti-skid yang stabil memastikan peletakan yang selamat untuk peralatan memasak anda.

Ukuran dapur gas ini adalah 70x38x9.5 cm, sesuai untuk ruang dapur yang tidak terlalu besar.

Cara menghidupkan api pula menggunakan electronic pulse, jadi api dinyalakan dengan lebih cepat.

Review:

“Barang berfungsi dengan baik. Reka bentuk pun nampak moden. Sesuai untuk yang nak cari dapur gas yang biasa-biasa.”

Dapur gas 3 tungku
Elba Tempered Glass 3 Burners Built-In-Hob Glass Stove
Elba
Elba Tempered Glass 3 Burners Built-In-Hob Glass Stove
From
RM499.00
Check Elba Tempered Glass 3 Burners Built-In-Hob Glass Stove price below:
add_circle Ada 3 tungku
add_circle Api besar
add_circle Tidak terlalu berat
remove_circle Stok terhad

Dapur gas Elba Tempered Glass 3 Burners Built-In Hob Glass Stove ini menawarkan kombinasi sempurna antara kecekapan memasak dan gaya. 

Selepas ini anda boleh memasak atau memanaskan 3 jenis masakan secara serentak tanpa masalah.

Ciri-ciri:

Direka dengan permukaan kaca hitam tempered yang elegan, dapur gas ini pasti menambah rasa seperti kemewahan kepada dapur anda. 

Dengan tiga penunu kuasa tinggi, termasuk dua penunu lingkaran tiga (5.0kW) dan satu penunu lingkaran tambahan (1.8kW), dapur ini memastikan prestasi memasak yang cepat dan serba boleh. 

Tapak penunu aluminium dan sistem penyalaan automatik menjadikan dapur ini tahan lama dan mudah digunakan.

Sementara itu, sokongan periuk besi tuang dan sokongan wok menawarkan kestabilan untuk pelbagai peralatan memasak. 

Design:

Dengan berat bersih 12.60 kg dan berat kasar 14.11 kg, dapur ini direka untuk ketahanan dan praktikaliti. 

Saiz produk pula adalah 760 x 460 x 188 mm (WxDxH) menjadikannya sesuai untuk dapur moden, dengan dimensi terbina dalam 703 x 403 mm (WxD) memastikan pemasangan yang lancar.

Review:

“Kualiti memuaskan cuma kalau masak dalam waktu yang lama, knob tu akan jadi agak panas. Overall memuaskan.”

Dapur gas 4 tungku
Faber Free-Standing Cooker With 4 Burner
Faber
From
RM2,199.00
Check Faber Free-Standing Cooker With 4 Burner price below:
add_circle Ada 4 tungku
add_circle Tersedia bersama ketuhar
add_circle Mudah dibersihkan
remove_circle Harga sangat mahal

Faber Free-Standing Cooker With 4 Burner boleh jadi dapur gas paling sempurna buat anda yang gemar memasak pelbagai jenis masakan.

Tidak kira masakan jenis menggoreng atau membakar, semua boleh dilakukan oleh dapur gas ini.

Ciri-ciri:

Dapur bahan api dwi separa profesional ini mempunyai ketuhar gas yang luas dengan kapasiti 60L yang dikawal dengan satu tombol, memastikan pengurusan suhu yang tepat. 

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan set pembakar Tecna, menawarkan empat pembakar dengan penarafan kuasa yang berbeza: 3.6kW, 2.9kW, 1.7kW, dan 0.95kW, memenuhi semua keperluan memasak anda daripada mendidih hingga mereneh. 

Sementara itu, pintu ketuhar kaca berganda yang boleh ditanggalkan meningkatkan keselamatan dan kemudahan.

Manakala, hob penyalaan automatik dan sokongan pan enamel menyediakan kemudahan penggunaan dan ketahanan. 

Ciri tambahan termasuk pemasa mekanikal, rak wayar sisi timbul, kaca rendah-E, dulang standard, dan grid wayar. 

Design:

Dapur ini hadir dalam kemasan hitam berkilat dengan penutup kaca dan pemegang aluminium, dilengkapi dengan kaki hitam untuk kestabilan. 

Direka untuk memudahkan tugas memasak anda, ia berukuran 898mm L x 601mm D x 787mm H, dengan berat bersih 64.0kgs, menjadikannya kukuh untuk digunakan dalam mana-mana ruang dapur. 

Saiz pembungkusannya ialah 955mm L x 675mm D x 880mm H, memastikan penghantaran yang selamat dan terjamin.

Review:

“Dah cuba dapur gas ni, semua berfungsi dengan baik. Boleh masak banyak hidangan serentak. Guna oven dia pun senang je.”

Dapur gas Mr. DIY
MR.DIY Premium Double Gas Stove GS-8247A
MR. DIY
MR.DIY Premium Double Gas Stove GS-8247A
From
RM135.00
Check MR.DIY Premium Double Gas Stove GS-8247A price below:
add_circle Jimat gas
add_circle ada 3 tetapan nyalaan api
add_circle Badan stainless steel
remove_circle Stok terhad

MR.DIY Premium Double Gas Stove mungkin kelihatan seperti dapur gas murah dan biasa, tapi ia tetap menawarkan kecekapan yang tinggi dan tahan lasak.

Dengan harga yang murah, sesuai untuk anda yang bujang atau baru sahaja berkeluarga, dan boleh juga dijadikan sebagai hadiah ibu di kampung.

Ciri-ciri:

Dapur ini direka untuk menjimatkan gas sehingga 70%, jadi gas dapur anda tidak akan cepat habis. 

Dapur ini mempunyai tiga tetapan api yang boleh dilaraskan, menyediakan kepelbagaian untuk pelbagai keperluan memasak. 

Tambahan lagi, dapur yang praktikal ini memenuhi piawaian SIRIM, menjamin keselamatan dan kualiti. 

Permukaannya pula mudah dibersihkan, jadi memudahkan penyelenggaraan atau tugas membersihkan bahagian badan dapur ini. 

Design:

Dapur gas dua pembakar ini dibina dengan badan keluli tahan karat yang tebal dan tahan kemek, memastikan prestasi yang tahan lama. 

Badan dapur gas ini pula berwarna kelabu berkilat, membuatkan ia kelihatan moden di dapur anda.

Review:

“Barang murah dan dapat berfungsi dengan baik. Nak pasang pun tak susah, mak dekat kampung pun puas hati api boleh nyala dengan baik.”


Cara Membersih Dapur Gas

Masalah dapur tersumbat, melekit dan penuh dengan kesan minyak dan air membuatkan rasa ingin tukar kepada dapur yang baru sahaja. 

Jangan begitu, kerana dapur gas sebenarnya antara alat dapur yang paling tahan lama dan tahan lasak jika ia diselenggara dengan baik dan secara berkala. 

Terdapat pelbagai cara untuk anda servis dapur gas rumah anda dengan sendiri.

Ada yang membeli produk mencucu khas tapi kami sediakan cara membersih dapur gas dengan mudah dan tanpa perlu keluar bajet besar! 

Anda boleh membersihkan dapur dengan bahan yang sedia ada dirumah. 

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Serbuk baking soda
  2. Cuka
  3. Tisu dapur
  4. Kain
  5. Berus
  6. Botol penyembur

Cara-cara:

  1. Lap terlebih dahulu bahagian sisa kotoran dengan kain supaya dapat meninggalkan kesan kotoran degil pada permukaan dapur. 
  2. Masukkan air cuka kedalam botol penyembur bagi memudahkan proses membersih. 
  3. Semburkan air cuka pada seluruh permukaan dapur dengan sekata.
  4. Letakkan tisu pada dapur, sembur cuka dan ulangi langkah ini sekurang-kurang dua hingga tiga lapis.
  5. Biarkan selama 30 minit sehingga tisu menyerap segala kotoran yang berbaki.
  6. Seterusnya, anda boleh tanggalkan tisu tadi dengan menarik kotoran yang tertanggal.
  7. Setelah itu, taburkan serbuk baking soda pula pada seluruh dapur dan sembur dengan air cuka. 
  8. Anda boleh berus bahagian sudut dapur yang kotor. Pastikan guna berus (berus gigi lama) atau span yang lembut untuk tidak meninggalkan kesan calar pada dapur.
  9. Sental sehingga segala kotoran seperti daki minyak lama hilang.
  10. Setelah berpuas hati, anda boleh lap dapur anda dengan kain bersih. 
  11. Tunggu dapur kering baru boleh letakkan semula tungku dapur.

Hasilnya dapur kelihatan berkilat seperti seolah-olah yang baru. 

Bagaimana pula untuk bahagian tungku dapur? 

Biasanya dapur ini cepat hitam dan kotor kerana antara paling dekat terkena api. 

Apa yang anda boleh lakukan ialah guna bahan yang sama cuma anda perlu cara yang rebus tungku dengan air panas bersama campuran serbuk soda bikarbonat dan cuka.

Kemudian gosok tungku sehingga bersih. Senang bukan?

Untuk kekalkan dapur bersih dan cantik, sebaiknya terus membersih selepas menggunakannya atau amalkan pembersihan seminggu sekali.

Bukan sahaja memberi ruang dapur yang bersih tapi dapat menjaga aspek kebersihan makanan terutamanya. 

Jika anda ingin mendapatkan servis membaiki dapur gas yang tersumbat dan sebagainya boleh ikuti senarai perkhidmatan melalui link ini


Apa itu Dapur Infrared?

Kini ramai yang telah beralih arah kepada dapur infrared atau dapur infra merah. 

Ini kerana merupakan satu pilihan terbaru untuk peminat alatan dapur. 

Dapur infrared merupakan inovatif terbaru bagi menjimatkan gas dan meningkatkan lagi aspek keselamatan untuk pengguna dapur

Tapi sebenarnya sama sahaja dengan dapur yang biasa, apa yang membezakannya ialah penunu dapur dialas atau diletakkan gelung besi burner infrared. 

Gelung infrared pula diperbuat daripada lampu halogen dan logam atau gegelung yang menjana haba.

Sinaran (radiation) infrared kemudian memindahkan haba ke gelung yang membolehkan anda memasak di atasnya.

Hasilnya api lebih sekata, tiada sambaran api atau mengakibatkan penunu boleh tersumbat. 

Anda boleh lihat video dibawah.

Sistem dapur infrared lebih efisien iaitu menukarkan nyalaan api kepada haba yang kuat dengan kadar penjimatan gas sehingga 15%.

Sekaligus menjadikan waktu memasak juga jadi lebih singkat dan masa untuk memanas pula tidak perlu tunggu lama.

Jadi, selepas ini masakan berkuah seperti sup atau rebusan boleh dipendekkan.

Gelombang haba yang sekata pada dapur infrared membolehkan masakan masak dengan lebih baik sebagai contoh steak daging.

Ini kerana ia membenarkan haba naik secara berperingkat bukannya terus dari nyalaan api.

Jadi tiada bahagian periuk atau pan anda sejuk atau sebaliknya (terlebih panas). 

Ya, anda boleh direct memanggang terus atas dapur infrared. 

Selain itu, apa yang anda boleh bayangkan ialah anda memasak seolah-olah menggunakan haba seperti microwave. 

Jangan risau, gelombang infrared ini tidak berbahaya kepada kesihatan.

Aspek keselamatan juga dipertingkatkan kerana ia mengelakkan dari sambaran api dan kalis rintangan angin. 

Jika berlaku tumpahan air atau minyak penunu, percikan api atau asap dapat dielakkan.

Buat yang mengimpikan dapur seperti top-chef iaitu dapur elektrik atau induction stove tapi tiada bajet. Boleh jadikan dapur infrared sebagai alternatif. 

Malah dapur infrared lebih kos rendah dan boleh digunakan dengan pelbagai perkakas dapur seperti aluminum, pots, pans, stainless steel, chinaware, glassware, earthenware dan banyak lagi. 

Berbanding dengan dapur induction yang banyak pantang larang. 

Ada yang berpendapat dapur infrared kurang sesuai dengan masakan menumis atau goreng (stir-fry). 

Ini kerana nyalaan api terus lebih baik dan mempercepatkan proses menumis atau pecah minyak. 

Tapi anda harus ingat, kini dapur infrared lebih moden dengan tahap pemanasan sehingga 4.0kW hingga 4.7kW. 

Setanding dengan dapur konvensional yang biasa dan tidak menggunakan pelepasan gas yang tinggi. 

Bagaimanapun, dapur infrared agak lambat untuk turun suhu dan bahagian pada dapur boleh kekal panas.

Jika tidak berhati-hati boleh melecur jadi, nasihat kami, sentiasa waspada dan elakkan memasak bersama anak kecil. 

Akhir sekali jika jaminan ketahanan dapur infrared mempunyai jangka hayat yang lebih tinggi berbanding dapur induction (elektrik) dan boleh kekal servis sehingga 10 tahun lama. 

Jika anda inginkan dapur infrared dan dapur tungku yang biasa, terdapat beberapa jenama yang memperkenalkan dengan dua jenis penunu ini dalam atas dapur yang sama. 

Sebagai contoh Riino Tempered Glass Built-In Gas Cooker (ND2F) yang kami tampilkan di bahagian pilihan editor. 

Anda boleh dapatkan dapur infrared di kedai alat perkakasan rumah atau elektrik. 

Lebih mudah hanya melalui penjual atas talian seperti di Shopee atau Lazada yang telah kami cadangkan diatas. 

Harga dapur infrared tidak mahal, anda boleh dapat dari bajet serendah RM150. Tepuk dada, tanya selera. 


Apa Kelebihan Dapur Infrared?

Ternyata dapur infrared sudah menjadi pilihan ramai. Antara kelebihan yang boleh anda terima apabila memiliki dapur ini ialah:

  • Penjimatan gas dan masa

Tidak disangkal lagi pengubahan api kepada haba menjadikan dapur infrared membantu pengguna mengurangkan kos gas dan masa memasak. 

Tidak sampai 30 saat, dapur infrared boleh mencapai tahap kepanasan sehingga 900 darjah celcius. 

Ternyata ini merupakan satu kelebihan lagi-lagi untuk masakan memanggang. Tak perlu tunggu lama. 

Kadar tenaga terma pada dapur infrared 69% dan sekurang-kurang 37% masa memasak dapat ditinggalkan. 

Siapa yang tak nak jimat duit gas kan? 

  • Tidak merbahaya

Pernah tak ada terkena lecur akibat sambaran api pada penunu dapur?

Kini tidak lagi dengan dapur infrared. Ia bebas api, rintangan angin dan asap serta sebarang dari percikan sambaran api. 

Begitu juga bahang haba ketika berada dekat dengan dapur kerana mampu mengurangkan kesan haba panas ketika memasak. 

Anda boleh berwaspada dengan tahap kepanasan dapur dengan warna penunu infrared yang berubah warna dari biru kepada merah.  

  • Tidak mahal

Ramai yang menganggap dapur infrared dijual pada harga yang tinggi. 

Kini dengan kepelbagaian teknologi dan bahan bermutu, anda boleh dapatkan dapur infrared pada kos tidak kurang dari RM150. 

Tapi, bergantung pada jenama, rekaan,  jenis material dan jenama dapur gas. 

  • Tidak merosakkan perkakas memasak

Menyampah bila tengok kesan hitam pada bawah periuk dan kuali kan? 

Itu semua akibat panahan api yang dari penunu dapur yang lama.

 Nyalaan api yang terus pada perkakas memasak menyebabkan kerosakan seperti kesan terbakar. 

Tidak pada dapur infrared, ia mengurangkan risiko kuali atau periuk kehitaman. 

Memang sesuai dengan apa jua jenis material perkakas memasak anda tidak kira samada dari besi, kaca, aluminium dan pelbagai lagi. 

  • Mesra alam

Kelebihan yang tidak disangka tentang dapur infrared ia mengurangkan 0.002% karbon monoksida dan 0.0015% nitrik oksida yang beracun. 

Ini merupakan hasil pembakaran sepenuhnya pada gas. 

Kesan asap atau jelaga api juga kurang sehingga 90%. 

Bukan sahaja mesra pada alam pada juga selamat pada pengguna. 

  • Masakan lebih tahan lama dan sedap

Kelebihan pemanasan haba yang sekata menjadikan masakan jadi tahan lebih lama dan menjaga moisture dalam makanan. 

Apa jua gaya masakan yang anda mahu boleh terus dimasak atas dapur infrared seperti memanggang sayuran, bakar belacan dan sebagainya. 


Bagaimana Cara Pilih Dapur Gas?

Dapur gas masih menjadi pilihan pengguna dapur di Malaysia kerana ia mudah dijaga, murah dan senang digunakan. 

Buat anda yang pertama kali nak membeli dapur gas, kami kongsikan beberapa aspek penting untuk anda tahu.

  • Tujuan kegunaan

Anda perlu tahu tujuan anda membeli dapur. Adakah ia untuk kegunaan harian di rumah, kegunaan untuk berniaga?

Kuantiti masakan serta bajet anda juga perlu dipertimbangkan.

Terutama bagi anda yang ingin memulakan perniagaan makanan, wajar mendapatkan dapur gas atau tungku yang besar dan kukuh. 

Ia dapat mengelakkan dapur cepat rosak, jimatkan kos dan paling penting ia selamat untuk aktiviti memasak.

Sebagai contoh, untuk aktiviti perkhemahan anda perlu guna dapur portable dan bukan dapur gas rumah biasa.

  • Saiz dan Ukuran

Bagi anda yang ingin mendapatkan dapur jenis built-in atau diletakkan di atas table top, anda perlu pastikan ukuran dapur gas tepat bagi memastikan ruang dapur kelihatan kemas.

Secara purata, kebanyakan dapur gas mempunyai kelebaran antara 30 hingga 36 inci.

Begitu juga dengan berat dapur, kebiasaanya berat sesebuah dapur tidak melebihi daripada 8 kilogram bergantung pada jenis dapur stainless steel atau kaca.

  • Jumlah penunu/tungku

Kebiasaannya dapur dilengkapi dengan dua penunu, namun ada juga dapur yang tersedia tiga hingga empat penunu dilengkapi tempat pemanggang.

Ada juga penunu yang dilengkapi sistem infrared iaitu penunu tanpa nyalaan api kerana ia lebih kepada haba. 

Kadar kuasa haba yang paling bagus untuk sesebuah dapur gas ialah 4.0kW. 

Begitu juga dengan jenis bukaan api (fire hole). Terdapat tiga jenis fire hole;

  1. Straight fire
  2. Lateral fire
  3. Rotary fire

Fungsi rotary fire lebih efisien dan sesuai untuk masakan jenis menumis. 

Manakala pemanasan lateral fire agak rendah dan straight fire hole adalah paling standard untuk dapur gas. 

  • Kualiti tungku

Seeloknya pilih tungku yang diperbuat daripada tembaga sebab ia mudah diselenggara dan dibersihkan terutamanya jika tungku tersumbat.

Malah tungku tembaga tidak mudah berkarat bagaimanapun tungku ini agak sukar dijumpai kini.

Alternatif lain, anda boleh pilih tungku jenis material tahan karat dan padu.

Pengagihan haba pula bergantung pada saiz dan jumlah lubang tungku. 

  • Jenis permukaan dapur 

Anda boleh memilih permukaan dapur jenis stainless steel atau tempered glass

Kedua-duanya mempunyai kelebihan sendiri dan tawaran harga yang berpatutan. 

Dapur tempered glass sinonim dengan dapur built-in dan ia mudah dibersihkan. 

Namun, anda perlu berhati-hati kerana tidak semua dapur tempered glass yang dijual bermutu tinggi. 

Kualiti rendah boleh menyebabkan berlakunya kerosakan dapur tidak tahan panas. 

Kaca dapur tersebut mungkin retak atau pecah jika periuk panas diletakkan di atas dapur tempered glass.

Manakala dapur stainless steel sesuai untuk mereka yang bajet sederhana kerana kualitinya tahan lama, mudah dibersihkan dan tidak mudah karat.

Bagi dapur jenis iron pula, biasanya dilabel sebagai dapur tanpa badan untuk tujuan masakan menggunakan perkakasan yang besar. 

  • Hos dan regulator

Anda perlu kerap lakukan pemeriksaan hos sambungan gas pada tong gas bagi mengelakkan inciden kebocoran gas.

Sebaiknya pilih regulator dan gelung hos yang telah mendapat kelulusan SIRIM. 

Pengesahan SIRIM bukan sahaja untuk melindungi dan menjaga keselamatan anda, ia merupakan pelepasan kualiti sesebuah produk. 

  • Jenis pencucuhan

Terdapat dua jenis dapur gas iaitu pencucuhan konvensional (conventional standing pilot) atau pencucuhan elektrik moden.

Sistem pencucuhan konvensional memberikan aliran gas yang berterusan untuk memastikan pembakar tetap menyala. 

Kekurangan pencucuhan ini adalah ia menyebabkan lebih banyak tenaga dihabiskan daripada yang sepatutnya diperlukan.

Sebaliknya, pencucuhan elektrik menggunakan arus elektrik (bateri) yang dihidupkan pada permulaan kitaran pemanasan dan tidak terus berjalan.

Oleh itu, pencucuhan elektrik menjimatkan lebih banyak bahan bakar tetapi harganya mahal sedikit. 

  • Alat tambahan pada dapur

Ada juga dapur yang dilengkapi bersama ketuhar pembakar.

Konsep begini sesuai untuk mereka yang gemar masakan panggang atau bakar. 

Dengan adanya dapur ini, anda tidak perlu table top atau kabinet dapur kerana ketuhar akan diletakkan di bahagian bawah. 

  • Kelebihan

Lihat juga pada kelebihan yang ada pada setiap jenama dapur pilihan anda. 

Pastikan anda pilih dapur yang dapat menjimatkan gas, rekaan penunu yang selamat, mudah dipasang dan paling penting mendapat pengiktirafan SIRIM. 

Jangan lupa dapatkan sijil jaminan untuk setiap produk bagi membolekan anda menukar atau mendapat alat ganti dengan percuma jika ada sebarang masalah. 

Setiap syarat jaminan berbeza-beza mengikut model dan jenama pengilang dapur. 

  • Jenama

Pilih jenama dapur gas yang menjanjikan keselamatan dan tahan lama. 

Elakkan pilih jenama yang tidak dikenali dan dapur gas murah kerana mungkin akan memberi kesan yang bahaya kepada dapur dan rumah anda. 

Pilih dapur gas dengan harga yang berpatutan supaya anda boleh masak dengan penuh keyakinan tanpa bimbang sebarang kerosakan.


Apa Kelebihan dan Kekurangan Dapur Gas?

Salah satu kelebihan utama dapur gas adalah ia memasak makanan dengan lebih cepat dan lebih serata berbanding dapur elektrik.

Ini kerana dapur gas mempunyai api langsung yang dapat memanaskan kuali dan periuk dengan lebih pantas.

Selain itu, anda boleh mengawal suhu dapur gas dengan lebih baik.

Apabila anda mematikan dapur gas, ia akan segera sejuk, jadi anda tidak perlu risau tentang suhu yang berpanjangan.

Dapur gas juga memerlukan tenaga yang lebih rendah berbanding dapur elektrik, jadi ia adalah pilihan yang lebih baik dari segi kos.

Bukan itu sahaja, dapur gas lebih mudah dijumpai dan ianya terdapat dalam pelbagai saiz dan jenis.

Anda boleh memilih dapur gas yang sesuai dengan ruang dan keperluan anda.

Tapi, terdapat juga beberapa kekurangan dapur gas yang anda perlu tahu iaitu yang pertama, risiko keselamatan.

Ini bermakna anda perlu memeriksa bekalan gas secara berkala dan memastikan tiada kebocoran yang berlaku untuk mengelakkan kebakaran atau letupan.

Penggunaan dapur gas juga akan mempengaruhi kualiti udara dan kadar karbon monoksida di dalam rumah anda terutama buat rumah yang tidak mempunyai pengudaraan yang baik.


Artikel Berkaitan

End of Article