Tak sempurnalah solekan harian kalau tidak mengenakan gincu kan? Ini kerana gincu dapat merangsang keyakinan kepada setiap wanita selain tampil lebih cantik. Kini, anda tak perlu lagi risau akan gincu yang pudar apabila makan dan minum, kerana pelbagai gincu tahan lama telah dikeluarkan di pasaran.
Berikut adalah beberapa pilihan gincu tahan lama yang menarik untuk anda:

Tampil dengan wajah yang nampak lebih berani dengan mengoleskan gincu ini. Bertekstur krim matte, tetapi memberikan rasa ringan pada bibir walaupun dikenakan dalam masa yang lama. Ia turut mempunyai rangkaian warna menarik untuk anda pilih, di samping memberikan penghidratan yang sempurna kepada bibir sepanjang hari.

Gincu matte ini boleh didapati dalam 12 warna metalik. Bukan sahaja warna yang menarik, tetapi ia juga sangat senang untuk dioleskan pada bibir, serta mempunyai bau manis dan wangi. Antara warna yang menarik adalah Budapest dan Cannes, sesuai bagi yang berkulit cerah. Bersaiz kecil dan comel untuk dimuatkan dalam beg tangan anda.

Gincu dengan warna merah garang ini sangat sesuai untuk dikenakan ke majlis tertentu. Ia diformulasikan dari bahan seperti shea butter yang membantu melindungi kulit bibir dengan gabungan vitamin A, C dan E. Dengan hanya mengoleskannya satu lapisan pada bibir, anda akan merasakan bibir yang licin dan juga tidak kering walaupun dipakai sehingga 12 jam.

Warna matte pada gincu ini memberikan efek yang menyerlah kepada si pemakai. Bukan sahaja itu, dengan formula yang terbaik, ia memberikan bibir tampil licin dan kemas ketika dioleskan, namun akan berasa sedikit kering jika anda tidak menggunakan lip balm terlebih dahulu. Gincu ini diformulasikan oleh dua lapisan bedak yang menjadikan gincu ini tahan lebih lama.

Nikmati bibir yang nampak terang dan berkrim dengan gincu jenama L’Oreal ini. Gincu yang memberikan penghidratan sepenuhnya agar bibir tidak kering dan selesa ketika memakainya kerana ia dirumus dengan vitamin E, anda tidak perlu bimbang akan warna gincu yang pudar walaupun selepas makan dan minum.

Gincu ini mempunyai tekstur sutera lembut yang menjadikan bibir terasa licin dan mudah untuk digoleskan. Selain itu, warnanya yang terang dan asli menjadikan bibir anda lebih menyerlah dan menarik. Ia gincu yang tidak mengeringkan malah memberi penghidratan yang secukupnya walaupun dipakai sepanjang hari.

Pilih dari 6 warna kegemaran anda dan anda tidak perlu risau lagi akan gincu yang pudar ketika minum ataupun terkena hujan, kerana ia gincu yang kalis air. Dengan tekstur yang lembut dan tahan lama, ia turut memberikan efek matte tanpa mengeringkan bibir, sekaligus membuatkan bibir anda kelihatan lebih elegan. Warna matte yang cantik ini juga sangat sesuai untuk dikenakan pada semua jenis warna kulit.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!